Showing posts with label fund-snatcher. Show all posts
Showing posts with label fund-snatcher. Show all posts

Perampas Dana: Osteoarthritis


Selain masalah penglihatan, masalah lutut juga antara cabaran selepas memasuki fasa 40an. Setelah berjumpa dengan beberapa orang ahli fisioterapi dan kiropraktik, hampir kesemuanya mengatakan lutut aku mengalami osteoarthritis dan menyarankan supaya aku mengambil suplemen khusus untuk lutut sebagai ikhtiar sebelum berjumpa dengan pakar tulang.

Joy oren, Joy epal, mangga dan jambu batu...

Begitu juga dengan pemilihan pendakap lutut (knee brace) untuk kegunaan bersukan, mereka menyarankan supaya memilih jenama yang memang khusus untuk sukan, bukan yang murahan dijual di premis buat sendiri kerana kualiti elastik material fabriknya yang boleh meregang empat arah berbanding dua untuk jenama murahan.

Maka sedikit dana akan ditarik setiap bulan untuk bekalan suplemen ini...

Selamat berbulan Ogos, bulan kemerdekaan.

_____
AADI: Pernah guna jenama Ebene (pertama, kedua).

Perampas Dana: Radiator Imago


Setelah beberapa bulan tersadai, Imago aku kini sudah boleh digunakan tanpa perlu rasa risau. Sebelum ini tersadai kerana enjin cepat overheat akibat masalah pada radiator. Bila dah masuk kategori kereta tua (bukan buruk ye), faham-faham sajalah, macam tuannya juga...

Anak-anak selalu komplen kenapa ayah jarang guna kereta popop (istilah untuk Imago ini, kerana bunyi lock/unlock nya), mereka lebih suka naik Imago waktu pagi pergi sekolah berbanding Sylvia (Alza). Akupun kalau drive solo memang akan guna Imago, teringat zaman-zaman bujang.

Tukar motor kipas radiator (rosak), tukar cover atas radiator (retak), cuci radiator, tukar coolant dan upah, hangus juga sekitar harga semasa sebuah pikap DiMarzio. Kan? Kadang-kadang kita tak berkira pun kalau bab berkaitan hobi, tapi kalau bab lain amatlah lokek untuk berbelanja, tangguh sana, tangguh sini, kah kah kah...

Tapi tak mengapa, asalkan Imago aku dapat beraksi semula... Aku sayang Imago aku, 18 tahun bersama, masih lagi comel. Ada lagi beberapa masalah pada kereta tua ini yang belum diselesaikan - seatbelt, aircon, power window - tapi semuanya taklah sampai tahap menjadi kekangan untuk dipandu. Tidak seperti masalah utama di atas, kayuh pelan-pelan untuk dibaiki.

_____
AADI: Ada hati juga mau bikin cantik-cantik, tapi rujuk perenggan ketiga.

Throwback Thursday: February Stars (Part 3)


Juga menjadi bulan yang kurang entri seperti tahun lepas, cuma ada tujuh entri termasuk entri ini.

9/2/2024 - Memang sudah merancang untuk balik Membakut sekeluarga cuti seminggu melalui jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) bersempena CNY dan cuti sekolah. Lagipun ingin melawat ibu yang kesihatannya mula merosot sejak bulan Ogos tahun lepas.

Singgah Lawas, rehat dan makan.

Tiba di kampung rumah kakakku (mak Aizuddin Madani) sekitar 7.30 malam dan amat tak sangka ibu kini dalam fasa tenat. Sejak bulan September tahun lepas keluar-masuk wad hospital Beaufort, Kuala Penyu dan Queen Elizabeth atas pelbagai komplikasi kesihatan.

11/2/2024 - Dipendekkan cerita, ibu menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.40 petang dan pengurusaan jenazah dijalankan keesokkan paginya 12/2/2024, genap setahun selepas pemergian ayah. Bak kata abang sulungku, cinta orang dulu-dulu berjanji sehidup semati. Memang aku perasan sejak pemergian ayah, ibu sudah tidak sesihat dan seceria sebelumnya.

14/2/2024 - Baru ada peluang menukar sebiji tayar Silvia aku yang menjadi mangsa jalan Pa(i)n Borneo semasa perjalanan lima hari lepas. Memang sudah ada perancangan untuk menukar kedua-dua tayar hadapan yang sudah berkhidmat empat tahun selepas balik cuti. Tak sangka pula terpaksa ditukar awal. Maka terkoreklah dana-dana kecemasan dirampas dari tabung perhobian.

15/2/2023 - Sudah tidak membuat entri ulang tahun berteriak di Singapura selepas entri tahun ke-11, sudah boleh move-on seperti tahun lepas.

Dalam perjalanan balik dari Taman Firdaus (tanah perkuburan), sempat singgah di sini untuk mengambil gambar sekolah rendahku SK Pengiran Jaya (1986-1991) yang kini sudah jauh berbeza berbanding era aku dahulu. Katanya pemenang sekolah rendah tercantik daerah Membakut.

Bangga juga kerana aku produk sekolah ini. Cuma mural "Wawasan 2020" yang aku lukis dan cat bersama-sama rakan dan guru besar ketika itu (1991) sudah tiada.

Selamat tinggal Februari...

_____
AADI: Aku ada beberapa orang rakan yang lahir pada 29 Februari.

Perampas Dana: Root Canal Treatment


Sabtu lepas ada temujanji dengan doktor gigi kononnya hanya ingin tampal gigi berlubang. Tapi lepas didiagnos, masalahnya lebih serius daripada yang disangka dan terpaksa menjalani root canal treatment.

Bila ada melibatkan bius, x-ray dan surgery, sudah pasti kosnya lebih tinggi daripada jangkaan. Maka dana-dana perhobian akan datang terpaksa dilaburkan supaya tidak mengganggu dana-dana lain yang dikhaskan pasca berpindah rumah.

Akan follow-up lagi minggu depan. Tak mengapa, aku suka makan. Kalau gigi bermasalah, pasti nikmat makan akan berkurangan...

_____
AADI: Melepaslah sebiji IRF-Loudpedal.

Perampas Dana: Presbyopia


Mula mengalami simptom-simptom presbyopia selepas tragedi September 2020, berpakej dengan masalah optik lain berkaitan *usia seperti silau dan floaters. Telahpun dirujuk dengan oftalmologis penghujung 2020 dan disarankan untuk aku memakai cermin mata jenis dwifokal atau progresif.

Setelah bergelut hampir dua tahun, mahu tak mahu terpaksa juga memakai cermin mata berkanta progresif begini. Kerja harian aku yang berkaitan analisis saintifik dan dokumentasi, perlukan lebih fokus kepada objek 20-40 cm di hadapan mata.

Cuma ini kali pertama sejak 25+ tahun bercermin mata, dana yang agak besar diperlukan untuk sepasang kanta. Bingkai tak ada masalah, Mrs. Ijau yang belanja sebagai hadiah hari jadi.

*Pasrahlah dengan tanda-tanda penuan, ini keperluan bukan kemahuan. Sebenarnya tiadapun dana-dana perhobian dirampas untuk entri ini, memang sudah ada dana khas. Hanya tajuk sahaja yang sensasi, hahaha...

_____
AADI: Masih setia dengan jenama Hoya.

Perampas Dana: Redak Seribu Raya


Entahlah, mungkin sebab perbezaan suhu dan tekanan pada ketika itu atau mungkin sebab milage-nya betul-betul 50000 km beberapa minit sebelum kejadian, cermin belakang Silvia aku *redak seribu secara tiba-tiba...

Terbang jugalah bonus raya, itupun terpaksa menunggu dalam beberapa minggu sebelum alat ganti ori Perodua sampai. Nasib baiklah raya tahun ini kami balik kampung guna jalan udara... Rehatlah dulu Silvia, si Imago meneruskan tugas.

_____
AADI: *Merujuk lagu Redak Seribu Masterpiece...

Perampas Dana: Core i3 Rig


Untuk pertama kalinya sejak 1997, inilah sistem PC klon pertama aku yang dipasang oleh orang lain (dibeli sebagai set). Sebelum ini semua PC klon aku dipasang sendiri dan dinaiktaraf secara berperingkat ikut keperluan, bajet, dan game semasa.

Kemas juga pemasangannya. Hmm, mana SSD?

Mahu tak mahu, aku perlu mendapatkan sebuah PC baharu menggantikan PC aku *sebelum ini yang sudah 10 tahun ketinggalan zaman, sudah tidak relevan untuk kegunaan online harian (browsing, Meet/Zoom, WFH). Offline mode tak ada masalah, masih cemerlang memainkan game Fallout: New Vegas pada setting maksimum.

Spesifikasi PC baharu ini tidaklah segah mana - Core i3-10100F, H410M H V2, 8GB DDR4, GT710-SL-2GD5-BRK, 240GB SSD - hanya cukup-cukup makan untuk gaming kasual. Tapi sistem ini lebih kepada kegunaan online berbanding gaming. Bukan apa, segan nak guna laptop keluarga (Dell Vostro, AMD A8) yang diguna oleh Mrs. Ijau (WFH) dan sekolah online Lil'Ijau.

Ya, masih ada FDD di sana

*Spesifikasi PC aku sebelum ini - C2Q Q9550 LGA775, GA-EP41-UD3L, 3GB DDR2, GV-N440-2GI, 500GB HDD - adalah sistem yang dinaiktaraf secara berperingkat mengikut keperluan gaming sejak 2007. Dalam casing yang sama pernah menggunakan Athlon 64 X2, AN7S, E5700 dan beberapa graphic card seperti yang pernah diceritakan dalam entri ini.

Pernah tergerak hati untuk menaiktaraf PC di atas penghujung 2015 semata-mata ingin memainkan game Fallout 4, tetapi mengambil keputusan untuk melabur sebuah PS4 Slim dengan kos yang hampir sama.

Owh, SSD main sembunyi di belakang.

Nampak sangat aku sudah banyak ketinggalan teknologi baharu dunia PC. Paling ketara ialah kepantasan teknologi solid state drive (SSD), boot-up Windows 10 tak sampai 10 saat berbanding 25-30 saat pada Dell Vostro yang masih menggunakan HDD. Itu baru interface SATA III, belum lagi M.2 NVMe.

Sebenarnya dana-dana hasil jualan Mr. Smith beberapa minggu lepas telahpun dirampas disalurkan untuk perolehan sistem ini. Selepas muhasabah diri, PC ini lebih penting (keperluan) berbanding sebuah GRGR131EX atau MG-30 (kemahuan).

_____
AADI: Mampukah ia memainkan The Outer Worlds?

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 17)




_____
AADI: Dua-dua belah pula tu...

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 16)




_____
AADI: Tua, bukan buruk.

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 15)




_____
AADI: Nasib baik tak kena waktu PKP fasa pertama.

Perampas Dana (Part 14)


Menghantar Imago aku untuk servis rutin dan tambahan Sabtu lepas, dah dua minggu Imago aku tersadai di rumah atas sebab-sebab berikut...


Masalah pertama ialah ekzos bocor, sama seperti tujuh tahun lepas, bocor disebabkan berkarat teruk pada bahagian tertentu. Nampaknya masalah ini rutin setiap 6-7 tahun, mungkin tahun 2025-2026 kelak aku harus bersedia...

Imej kitar semula.
Juga imej kitar semula.
Masalah kedua yang lebih kritikal ialah ketika membrek, kadang-kadang pendek/keras (normal) dan tiba-tiba panjang/lembut (abnormal). Jika anda seorang pemandu, pasti akan faham apa yang aku maksudkan.


Puncanya, pam utama cecair brek (brake master pump) yang bermasalah. Bila dipukalkan semua kos alat ganti dan servis, terpaksalah mengorbankan dana-dana perhobian. Lebih-lebih lagi hasil jualan Mirage dan SD-1 baru-baru ini, untuk menambah dana-dana khas yang telah diasingkan untuk servis.

Gambar hiasan, entri lama.
Tapi tak mengapa (parap-parap), asalkan Imago aku dapat beraksi semula setelah dua minggu tersadai, semua itu berbaloi... Aku sayang Imago aku, walaupun kategori kereta tua (bukan buruk ye) berusia 13 tahun, tetapi masih lagi comel.

_____
AADI: Nasib baik ada Silvia.

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 13)




_____
AADI: ~Harga seketul MT-2.

Moody Monday: Perampas Dana (Part 12)


Kali ni bila ia mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah sejak beberapa minggu lepas, terus ditukar tanpa perlu menunggu keadaan menjadi lebih teruk. Maka, dana-dana perhobian tidak terlepas daripada menjadi mangsa.

"Pounding out aggression, turns into obsession..."
Jangka hayatnya tak sampai dua tahun, lebih teruk daripada unit sebelum ini yang bertahan tiga tahun. Tapi aku memang respek dengan unit pertama kerana mampu bertahan hingga lima tahun. Aku rasa pemain CD sedikit sebanyak menjadi faktor pelupus kuasa bateri Imago aku.

Masih setia dengan jenama Yokohama walaupun ditawarkan jenama alternatif lain yang lebih murah/mahal.

_____
Ada apa: Mujurlah bulan ni tak ada terGAS apa.

Moody Monday: Perampas Dana (Part 10) Versi Year End Sale


Tidak seperti tiga tahun lepas, kali ini ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pada hari sebelumnya.


Mungkin juga disebabkan kealpaan diri menggunakan "jus" berlebihan semasa membersihkan ruangan kabin semalam tanpa menghidupkan enjin.

Oleh sebab itu, dana-dana yang bakal disalurkan untuk memuaskan nafsu barangan Year End Sale 2014 terpaksa dirampas tanpa belas kasihan, melepaslah seketul pedal wah.

_____
Ada apa: December to remember...

Perampas Dana (Part 9)


Sabtu lepas terpaksa menghantar Imago aku untuk servis penghawa dingin (bahasa pasarnya aircon) di premis yang sama seperti dalam entri 2010 ni. Kes aircon dah tak sejuk, dah lapan tahun guna baru sekali servis, hehehe...


Servis kali ni agak teruk, selain pekerjanya yang teruk (bumper depan pun boleh calar?), ia juga agak "teruk" dari segi kos kerana ada beberapa bahagian terpaksa diganti. Tertangguh lagi hasrat untuk mendapatkan semula MT-2 kerana dana-dananya telah dicopet.

Tapi tak mengapa (parap-parap) kerana kabin Imago aku kini dah sejuk seperti berada di Scotland pada penghujung musim luruh.

_____
Ada apa: Macamlah pernah pergi Scotland...

Perampas Dana (Part 8)


Pagi-pagi lagi dah mengular ke Sri Ting Auto (authorised Perodua Service Centre) untuk mengenalpasti bunyi "misteri" yang kurang menyenangkan di bahagian bawah-belakang Imago aku yang mula dikesan sejak minggu lepas.


Terkial-kial juga mekanik mencari punca bunyi "misteri" tu, yang mungkin hanya boleh didengar oleh (1) tuan punya Imago (2) mekanik berpengalaman (3) mutant with super-human hearings. Dalam kes aku ni, tauke Sri Ting sendiri yang turun padang.


Pemeriksaan untuk kali kedua mengesahkan penyerap hentakan (shock absorber, oksoba?) belakang kiri bermasalah. Benda ni baru saja aku tukar (sepasang) selepas balik bercuti raya tahun 2013. Semenjak itu rasanya Imago aku tidak mengalami sebarang situasi hentakan kuat yang cukup untuk membuatkan benda ni rosak. Atau mungkin dah nasib...

Tapi tak mengapa (parap parap), dana-dana yang dikumpul untuk sesuatu terpaksa dikorbankan untuk menggantikannya. Nak harapkan "sindrom Tony Stark" lagi dua minggu lah jawabnya. Aku agak cerewet bab-bab keselamatan dan keselesaan Imago ni, tak nak tunggu lama-lama.

_____
Ada apa: Sesuatu...

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 7)




_____
Ada apa: Guna PKB pinjam nama Mrs. Ijau, hehehe :)

Wordless Wednesday: Perampas Dana! (Part 6)




_____
Ada apa: Agak janggal rasanya mengedit blog guna tablet ni...

Perampas Dana! (Part 5)


Memulakan pagi Khamis dengan bersarapan roti canai keju telur dan teh tarik di Refah Cafe. Ya, hari ni aku cuti.


Refah Cafe (tak berapa jauh dari La Bistro Cafe), boleh dikatakan premis yang menjual roti canai antara yang tersedap di Bintulu. Tapi kalau diikutkan rasa rotinya biasa-biasa sahaja, tapi kuahnya (kari ayam + sambal bilis) yang sedap membuatkan roti canai Refah Cafe ni berbeza daripada roti canai di tempat lain.

Oh ya, bukan nak cerita pasal roti canai Refah Cafe ni, tapi aku cuti hari ni kerana ingin menghantar Imago aku ke Sri Ting Auto - authorised Perodua Service Centre, untuk menukar set penyerap hentakan (shock absorber, tapi orang kampung aku sebut oksoba) depan Imago aku yang dah "keras" sejak beberapa bulan lepas.


Sepasang absorber tulen Perodua bersama mounting (mounting asal dah bengkok) dan upah servis, melayang juga RM5xx. Ini merupakan kali pertama Imago aku bertukar absorber sepanjang enam tahun aku menggunakannya.

Dana-dana hobi persediaan untuk Year End Sale sekali lagi dirampas oleh Imago aku selepas servis 75k awal bulan November lepas. Tapi demi keselamatan dan keselesaan diri sendiri dan keluarga, relaku korbanan dana-dana hobi kerana ini adalah keperluan yang didahulukan (priority) dan bukan kemahuan.

_____
Ada apa: Bulan depan dapat bonus, boleh ganti ;)

Perampas Dana! (Part 4)


Odometer Imago aku baru sahaja melebihi 75k bulan lepas. Jadi tiba masanya untuk servis major terutamanya penggantian pad brek dan beberapa belting (termasuk timing belt).


Dipendekkan cerita, kos yang terlibat ialah RM5xx, lebih beberapa ringgit daripada jangkaanku (RM500), *sigh~* RM500 yang pada mulanya merupakan dana-dana yang disimpan untuk CK Music 2012 Year End Sale (YES), akhirnya terpaksa disalurkan pada Imago aku.

Seperti biasa, kepentingan lebih diutamakan berbanding kemahuan.

_____
Ada apa: Melepas G3/G5 la nampaknya tahun ni...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger