Ada Apa Dengan Heaven And Eearth Lemongrass Green Tea?


Entri AADI pertama selepas Heaven And Earth berubah wajah (facelift), kalau botol/tin wajah lama boleh singgah sini, sini dan sini.

Ini aku rasa antara perisa yang terbaharu Heaven And Earth, teh hijau berperisa lemon dan serai (lemongrass). Tapi sayang, rasa serainya tidaklah begitu ketara kerana rasa lemon lebih menonjol.

Minuman begini walaupun memiliki logo pilihan lebih sihat, tetapi lidah 40-an akan merasakan ia masih manis yang amat.

_____
AADI: Selamat tinggal Januari.

Ada Apa Dengan Supremeo Popcorn?


Terjumpa popcorn jenama Supremeo ini di pasar raya SK dijual dengan harga RM2.80 sebungkus 60 gram. *Ada dua perisa, coklat dan mentega karamel.

Untuk percubaan, aku memilih perisa coklat. Merujuk harganya, aku tidak menaruh harapan yang tinggi untuk rasa popcorn yang premium seperti jenama Tong Garden, Eureka mahupun Magic Bites.

Seperti yang dijangka juga, paketnya berisi 40-50% oksigen (kalau faham). Selaput coklatnya juga tidaklah sepremium popcorn Royale TGV, tapi dengan harganya apalah sangat nak dikomplen kan?

Semenjak dah ada TGV Cinemas di Bintulu Boulevard, mencari dan menikmati popcorn yang premium menjadi lebih mudah. Tapi makanan begini perlu dihadkan lebih-lebih lagi bila sudah mengalami krisis pertengahan hidup.

_____
AADI: *Katanya ada juga perisa telur masin.

Wordless Wednesday: Buldak Kau!



_____
AADI: Ingatkan dah habis trending pedas Korea ni.

Ada Apa Dengan Pokka Japanese Green Tea? (Part 2)


Aku rasa versi tin ini tak jauh beza dengan versi botol 500 ml yang dibuatkan entri hampir tujuh tahun lepas walaupun labelnya berbeza (facelifted?).

Buatan Pokka Singapura dengan harga RM1.20 untuk tin berisipadu 300 ml. Rasa teh hijaunya memang pekat, tawar tanpa gula, tak ada perisa/bau jasmine seperti teh hijau jasmin Pokka.

Bila dah berumur *pertengahan hidup, terapi makanan dan minuman kurang atau tanpa gula sebegini terpaksa dijadikan kebiasaan. Meneguk teh hijau Jepun ini sekarang agak rileks berbanding tujuh tahun lepas.

_____
AADI: *Teringin nak cover lagu ni.

G-PG-335V Soundgear


Menjawab soalan ketika entrinya minggu lepas.

Ya, jika padding "bantal" di bawah tu dibuka, sebuah bass Ibanez Soundgear memang boleh muat dalam gigbag ini, contohnya bass aku Tommy (SR300).

Jadi, jika aku tiada gitar jenis *ES-335 atau V, gigbag ini akan digunakan bersama-sama Tommy. Pastinya bass lain bersaiz begini seperti Cort Action atau Jackson Spectra juga boleh muat.

_____
AADI: *Alasan...

DEG CNY 2022 Collab


Sekali lagi dijemput (dan sempat) untuk berkolaborasi CNY 2022 Anjuran Dead Eye Guitars berlatar belakangkan lagu Gong Xi Ni dan Bai Nian. Kolaborasi kali ini agak kurang penyertaan, hanya 28 orang sahaja berbanding 64 ketika Merdeka dan 55 ketika Raya.


Yours truly @ 14:05.

Selain kurang penyertaan, kolaborasi kali ni terasa agak kelam-kabut (rushed), bahagian aku (dan beberapa pemain lain) tidak selari dengan muzik latar dan menjadi double-tracked. Tapi tak mengapa, yang penting ia sudah masuk dalam perbatuan (milestone) kegitaran tahun ini.

Signal path: So-Cal - Pod HD Desktop (Fireball modelling) - DAW (Audacity). Mulanya ingin menggunakan Goldie untuk tema CNY sebab aku tak ada gitar merah, tapi gitar "signature" ini juga yang terasa ampuh, hehehe...

_____
AADI: Gong Xi Fa Chai in advance.

Ada Apa Dengan Good Mood Rose Milk?


Pantang terjumpa minuman pelik pasti akan diintai, dibelek dan jika teringin, dibeli terus. Contohnya minuman rose milk (air bandung) jenama Good Mood ini. Diperolehi di pasar raya SK dengan harga RM3.80 untuk setin 220 ml.

Buatan Thailand tapi tidak dinyatakan nama kilang, "specially packed for The Good Mood Company BSB Brunei". Design yang agak retro dan tin yang keras (macam tin minuman nanas) memang hype, tapi rasanya biasa-biasa saja, tidak begitu manis dan tidak begitu lemak/pekat. Dengan harga per isipadu tadi, pada pendapat aku minuman bandung Asian Story lebih berbaloi.

_____
AADI: Facebook, Instagram ada, tapi website belum siap.

Beg ES-335 Cap Buaya


Ada beberapa gigbag Gator siri Pro-Go ditawarkan pada harga gila-gila (crazy sales promotion) oleh Music Bliss, tetapi kos penghantaran ke Borneo sebelum ini mencecah kos penghantaran sebuah hardcase, hampir separuh daripada harga beg, tidak berbaloi.

Tapi bila Music Bliss mula menawarkan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk produk-produk Gator, maka terus menarik picu untuk mendapatkan gigbag G-PG-335V ini. Dengan diskaun 46% daripada harga semasa, ia jauh lebih murah berbanding saingannya seperti Mono dan Reunion Blues.

Ia dihantar menggunakan jalan laut (ESB), tapi hanya mengambil masa seminggu untuk sampai di Bintulu (boleh lawan Poslaju ni). Yang lambat biasanya menunggu giliran kapal belayar mengikut jadual. Dipesan awal Disember, tapi kapal hanya berlayar pada 30 Disember.

Satu kelebihan siri Pro-Go ialah ia dibekalkan dengan "baju hujan" yang menutupi hampir keseluruhan gigbag. Amat berguna ketika meredah hujan naik motosikal atau berjalan kaki.

Sebagai siri gigbag Gator paling premium (selepas siri Transit, 4G dan GBE), material yang digunakan pastinya tegap-tegap belaka, "the thoughest gigbag on the market" bak kata Gator sendiri.

Fabrik(?) utamanya jauh lebih tebal dan agak kalis air berbanding siri 4G, merujuk kepada gigbag GB-4G-ELECX2 yang aku ada. Jahitan memang kukuh pada kawasan yang menerima beban dan tekanan paling tinggi

Selain ruangan utama, juga memiliki ruangan sampingan yang luas, dapat menyimpan sebuah laptop atau tablet, dokumen, aksesori kegitaran dan ruangan khas untuk mengikat kabel gitar.

*Model ini khas untuk gitar Gibson/Epiphone model ES-335 atau semi-hollow jenama/model lain yang serasi. Juga katanya boleh memuatkan sebuah gitar Flying V dan aku pasti ia juga boleh memuatkan bentuk V lain Jackson King V dan/atau Rhoads (rujukan).

Bahagian dalamannya fuh! Padding memang tebal dan plush. Aku rasa gitar akustik atau klasik pun boleh muat dalam ni.

Untuk gitar Les Paul atau singlecut lain memang boleh muat cuma banyak ruang kosong, perlu diimprovisasi dengan menyendat dengan tuala atau span tambahan jika ingin membawa gitar begini.

Begitu juga dengan gitar jenis Tele, Strat, superstrat, SG dan doublecut lain. Mungkin juga muat untuk bass Ibanez SR-series jika padding "bantal" di bawah tu dibuka (nanti aku sukat).

*Aku tak ada gitar semi-hollow saiz ES-335 dan/atau gitar Flying V... Alasan untuk mendapatkan sebijik ni, kah kah kah...

_____
AADI: Muncul pula siri Icon yang lebih premium berbanding Pro-Go.

Flashback Friday: XV Blogging Blues


Cerita yang sama setiap tahun, tahun ini tahun ke-15 (esok sebenarnya).

Bak kata Berteromber, spesies penulis dan pembaca blog ni makin lama makin kurang. Tak kurang juga yang beralih menjadi vlogger menggunakan platform yang lebih ranggi seperti YouTube dan TikTok.

Aku? Masih di sini dan begini... Selagi ada modal penulisan terutamanya berkaitan hobi dan makanan/minuman, blog AADI akan terus bernadi insya-Allah. Disinggah, dijengah, dibaca dan dikomen tu kira bonus.

_____
AADI: Teringin kembali aktif berseni bela diri, hmmm...

Antara Swee Lee, D'Addario Dan Dunlop


Perolehan aksesori kegitaran pertama 2022 dipesan daripada website Swee Lee Malaysia. Hero utama kali ialah set tali bass D'Addario EXL170-6 (6-string?) untuk projek ke-bass-an tahun ini.

Perolehan sampingan ialah dua unit kabel D'Addario Planet Waves Classic Series PW-CGT-10 (10' @ ~3.05 m). Akan dikhaskan untuk menghubungkan effects-loop antara MG-30 dan HT-5RH. Mungkin nanti boleh buat entri cerita pasal kabel gitar pula.

Perolehan sampingan kedua pula ialah Dunlop Straplok SLS1036BN black nickel. Ini merupakan Straplok ketiga diperolehi selepas SLS1033BK black dan SLS1034GL gold.

Serius, kalau ada jumpa Dunlop Straplok dijual pada harga bawah RM70, sila beli. Kebanyakkan stok/batch baharu harganya jauh melonjak naik. *Ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk kaki jamming/gig.

_____
AADI: *Atau paling ciput beli getah macam Strap Blocks.

Wordless Wednesday: Gru



_____
AADI: Gru.

Ada Apa Dengan Nescafe Iced Cappuccino?


Entri perkopian pertama 2022. Lagi Nescafe botol 500 ml, kali ini berperisa iced cappuccino. Juga mungkin sebagai saingan untuk Pokka premium cappuccino.

Agak lama aku tidak terjumpa Nescafe tin perisa cappuccino, jadi aku tidak dapat membandingkan rasa versi botol "barista blend" ini dengan versi tin. Tapi versi botol begini memang puas hatilah, harga per isipadu pun masih dikira berbaloi.

Mulai tahun 2022 ini aku cuba hadkan pengambilan kopi (tak kiralah apa versinya) kepada 1-2 hidangan sehari. Secawan atau setin kopi dikira sebagai satu hidangan, sebotol 500 ml ini boleh dikira dua hidangan.

_____
AADI: Order Nescafe tarik, dapat Nescafe bancuh 3-in-1, hampa.

ALX/H1N Shiro


Projek kegitaran pertama untuk 2022, hampir sama rutinnya seperti tahun lepas. Kali ini set EMG pasif EMG-ALX dan EMG-H1N yang diperolehi daripada Gapnap beberapa minggu lepas dipasang pada pada Shiro (ESP Eclipse-II).

*EMG dan ESP memang serasi bersama, set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini mungkin akan dipasang semula pada Goldie atau didagangkan jika ada yang berminat.

Dengan sistem tanpa pateri (solderless system) EMG, memasang set ini amatlah mudah, hanya menyusun wayar supaya nampak kemas (meneruskan legasi YusTech) sahaja yang memakan masa.

Setup yang aku pilih ialah master VOLUME, neck TONE, bridge TONE dengan ABQ preamp default Alexi (resonant frequency @ 1.38 kHz) dan GAIN booster sekitar 35-40%.

Booster OFF - sebagai pikap pasif, model H1 dan ALX (H2) ini memiliki karekter pikap klasik (PAF-ish?) dengan output agak moderate dan tidak segarang model H4 seperti yang pernah digunakan pada ex-Nightfall (sempat juga pada Goldie) yang mereplikasi karekter pikap aktif EMG 81/85.

Booster ON - seperti yang dijangka, efeknya seolah-olah mengaktifkan sebuah overdrive, menjadikan signal lebih responsif dan lebih sustain untuk distortion. Tapi untuk clean agak overkill kerana signal telahpun sedikit terpacu lampau (overdriven).

Dalam kesempatan yang ada, Shiro juga dibelanja set tali baharu GHS Burnished Nickel Rockers BNR-L (10-46) stok 2020 yang dalam simpanan tapi masih belum berkarat. Ditala dan diintonasi pada Eb-standard. Entahlah bila ada peluang memandu-ujinya dalam keadaan jamming...

_____
AADI: *Juga tribute untuk Alexi "Wild Child" Laiho.

The Chicken Picks Addict!


Entri pertama untuk 2022, beberapa hari lepas menerima sampul bersetem Kota Singa tak lain tak bukan daripada Bro Sub The Guitar Addict dan merupakan kesinambungan daripada entri giveaway ini.

Aku menerima pek Chicken Picks model Bermuda III 2.1 mm. Jenama ini boleh dikira jenis premium, terkejut bila tengok harganya di website.

Ia juga disertakan dengan bekas kulit berlogo Chicken Picks yang boleh menyimpan sekeping pick, juga berfungsi sebagai keychain. Korg pernah menyertakan bekas pick sebegini dengan pembelian tuner PitchHawk-G.

Sekeping akan cuba digunakan, sekeping lagi akan masuk dalam koleksi. Terima kasih kepada Bro Sub dan juga Davis Guitar yang menjadi penaja giveaway ini.

_____
AADI: Geng pick premium, bersama-sama LK, Daw dan Gravity.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger