Akhirnya... (Part 2)


Sambungan bahagian pertama...

Hari keempat, Selasa 22/02/2022 - sudah tidak lagi memerlukan dos paracetamol, tiada lagi demam-demam, sakit sendi dan kepala. Hanya deria rasa dan bau masih celaru, tapi tak mengapa yang penting selera makan tidak terganggu seperti 2-3 hari pertama. Hari-hari kuarantin lebih banyak masa bermain StarCraft II berbanding gitar, kah kah kah...

Hari ketujuh, Jumaat 25/02/2022 - hari terakhir aku dikuarantin, tapi malam sebelumnya Mrs. Ijau memaklumkan anak-anak (bilik sebelah) pula mula panas badan.

Seawal 4.00 pagi Lil'Ijau (9 tahun), Ijau Jr. (6 tahun, autistik) dan Arlo (3 tahun) menjalani ujian kendiri dan perkara yang aku geruni akhirnya berlaku, ketiga-tiga mereka positif, Allahuakbar... Setakat ini, hanya si kakak Lil'Ijau sahaja yang sudah divaksin, itupun baru satu dos.

Hari kelapan, Sabtu 26/02/2022 - gelang tangan aku sudah dipotong, tapi kesian anak-anak pula demam. Si kecik Arlo terpaksa dibawa ke unit kecemasan tengah-tengah malam kerana muntah-muntah dan SpO2 bawah 95%. Mujurlah tidak berlarutan, stabil dan dilepaskan setengah jam kemudian.

Hari ke-10, Isnin 28/02/2022 - alhamdulillah keputusan ujian kendiri aku pagi ini sudah tidak garis berkembar, dua hari lepas masih garis berkembar. *Maknanya tiada lagi C19 dalam sistem badan aku.

Walau bagaimanapun, pasca C19 memang terasa badan cepat penat walaupun hanya melakukan kerja-kerja rumah ringan mahupun turun naik tangga.

Anak-anak pula tidak lagi demam sejak semalam, tidak ada menunjukkan apa-apa simptom lain dan hari ini sudah ceria dan aktif. Harapnya mereka hanya mendapat versi yang sudah ditapis oleh badan aku (kena hari keenam aku dikuarantin) dan bukannya versi prima. Kini menunggu masa ujian kendiri hari kelima mereka esok...

Selamat tinggal Februari yang mencabar.

_____
AADI: *Achievement unlocked - C19 fighter/survivor.

Akhirnya...


Hari pertama, Sabtu 19/02/2022 - Tergerak hati untuk membuat ujian kendiri pada sebelah pagi selepas hidung dan tekak aku terasa pedih-pedih seperti rasa permulaan selesema, suatu perasaan yang sudah lebih dua tahun tidak dialami. Dan keputusannya jalur berkembar...

Aku tak pasti di mana aku mendapatnya, sejak Khamis minggu lepas aku tidak pergi ke mana-mana kecuali tempat kerja dan pasar raya F pada petang Jumaat selepas balik kerja. Jika aku mendapatnya di pasar raya F, mujurlah hanya aku sahaja yang kena dan tidak pada Mrs. Ijau dan si kecik Arlo yang pergi bersama-sama aku ketika itu.

Hari kedua, Ahad 20/02/2022 - Pagi "check-in" di CAC Poliklinik Bintulu dan mendapat arahan kuarantin di rumah selama seminggu. Dan sekali lagi mujurlah kuarantin di rumah sahaja dan tidak di pusat kuarantin atau hotel seperti ketika Mrs. Ijau menjadi kontak rapat tahun lepas.

Di rumah, bilik hobi aku (aka mancave) menjadi bilik kuarantin. Di sinilah habitatku berkurung untuk seminggu ini bertemankan gitar, internet dan PC games, hanya keluar untuk ke bilik air sahaja. Sebagai orang sains, segala usaha dilakukan untuk mengekang penularan.

Simptom yang aku hadapi setakat ini sama seperti demam selesema biasa, sedikit berhingus dan batuk ringan, tiada masalah pernafasan (vaksin itu benar). Deria rasa pula ada sedikit celaru, minum air kosong terasa sedikit masam, bila berus gigi rasa macam minyak, selera makan on-off. Dan bila demam melanda biasanya sebelah malam, habis sakit segala sendi dan kepala dihentamnya.

Bersambung...

_____
AADI: Patuhilah segala SOP dan bervaksinlah, ini ikhtiar kita insya-Allah.

Ada Apa Dengan Old Town Salted Caramel?


Jika entri semalam perisa hazelnut, hari ini perisa salted caramel (karamel masin?).

Pendapat aku, ini merupakan perisa kopi tin Old Town paling sedap setakat ini. Cukup pekat, cukup lemak, cukup manis, cukup aroma (harum karamel) dan sedikit rasa masin. Bisa mengalahkan kopi salted caramel latte jenama Frenché Roast.

Berbanding cerita perisa classic, perisa salted caramel Old Town ini menjadi pilihan tangga teratas terkini aku jika teringin minum kopi tin. Mengalahkan kopi jenama Nescafe, Wonda, Pokka dan Frenché Roast.

_____
AADI: Kalau di premis Old Oil Town aku suka perisa hazelnut.

Ada Apa Dengan Old Town Hazelnut?


Ketika entri kopi tin Old Town classic aku tak pernah minum kopi di premis Old Town, tapi ketika musim PKP pertama sempatlah memesan set sarapan daripada premis tersebut (via Foodpanda), ternyata kopi putihnya memang hype. *Sekarang ia antara premis kopi francais kegemaran mengalahkan kopi premis-premis teh boba yang lain yang juga menjual kopi.

Kopi tin Old Town perisa hazelnut ini pun sudah beberapa kali aku cuba, tapi tak pernah terbuat entri AADI lagi. Berbanding perisa classic, perisa hazelnut ini terasa lebih lemak, lebih manis dan aroma hazelnut yang kuat mengalahkan hazelnut Nescafe Cold Brew dan hazelnut Ah Huat.

Ironinya ia dibuat di kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd. Shah Alam tapi diedarkan oleh White Cafe Sdn. Bhd. Ipoh.

_____
AADI: *Di Bintulu kini nama premisnya menjadi Oil Town.

Wordless Wednesday: Kit Kat Dark



_____
AADI: Versi besar buatan Australia.

11 Tahun Yang Lepas


15/2/2011 - Musim itu datang lagi, tiap-tiap tahun akan ada entri throwback. Dan tahun ini tahun yang kesebelas... Disarankan membaca entri tahun lepas, edisi sedekad.

Malas nak cerita banyak, kehangatan mengikuti berita konsert jelajah dunia 2022 mereka sama seperti mengikuti perkembangan jelajah spoken word Bruce Dickinson di Amerika/Kanada.

Adrian Smith pula sibuk dengan jelajah Amerika projek Smith/Kotzen-nya. Aku tak pasti pula apa cerita dengan British Lion dan Steve Harris.

Tengok poster pun hanya tarikh/lokasi di Amerika sahaja setakat ini, benua lain macam belum ada.

Soalan sama, masih adakah peluang untuk mereka singgah di rantau Asia Tenggara lagi sebelum mereka bersara wajib? Ya dan tidak, kalau ikutkan jadual jelajah Legacy Of The Beast 2020, mereka masih "berhutang" dengan Manila.

Tapi aku paling terhibur dengan meme di atas, hahaha... Steve Harris masih nampak ke-Steve Harris-annya berbanding ahli lain. Semoga mereka diberikan kesihatan supaya dapat menghasilkan satu lagi album sebelum bersara wajib. Senjutsu tahun lepas pun tak disangka-sangka...

Konsert sana-sini tu aku pun dah tak kisah. Aku yang baru awal 40-an ni pun terasa kesan-kesan penuaan bisa mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental. Dan pasca pandemik, keinginan untuk melancong menjadi semakin tawar.

_____
AADI: Up the Irons! \m/ (kalau laratlah).

Erectus - Saqang (EP)


Ini antara rilisan yang ditunggu sejak 2020...

Ketika aku menjadi bassist bidan terjun Erectus untuk gig Metuk Ulau Fest 2020, aku tiada rujukan rasmi untuk lagu-lagu mereka selain YouTube dan mp3 kualiti rendah rakaman awal. Ketika itu EP ini masih dalam proses mastering.

Batch terawal EP ini ingin didapati daripada distro Metuk Ulau Underground Voices atau Luk Lalai Studio, tapi terdapat masalah pada cetakan CD batch tersebut dan terpaksa dipulangkan semula kepada pihak pencetak.

Untuk batch seterusnya agak sukar didapati di Bintulu kerana selalu sold-out. Inipun diperolehi melalui platform Shopee dari distro Garage Palakbesi yang diusahakan oleh seorang rakan kepada rakan di Miri.

Bernaung di bawah MeNJREX NeRTO Production, proses rakaman di Luk Lalai Studio Bintulu, mixed and mastered oleh Dark-E (Sil Khannaz, Vociferation Eternity, Dissectomy) di Fingers Work Studio KL.

Memuatkan empat buah lagu - Komander Teragung, Saqang, The Ancient Throne Of Metal dan Gemersik Ritma. Hanya TATOM sahaja yang aku tak pernah dengar sebelum ini.

Bangga juga kerana ada nama aku dinyatakan dalam inlay. Dan menjadikannya pembelian CD pertama aku (walaupun cuma EP) untuk tahun 2022.

Juga disertakan dengan beberapa keping freebies antaranya gambar band Erectus bersaiz poskad dan beberapa flyers untuk rilisan tempatan yang boleh didapati daripada Garage Palakbesi.

_____
AADI: Jangan serik jika perlukan khidmat bassist bidan terjun lagi, hahaha...

Dwi-Mojo 2022


Pernah memilikinya ketika musim pandemik, harganya turun mendadak selepas bernaung di bawah Music Tribe (geng Behringer) tapi hanya berada 3-4 bulan dalam axology. Ia dilepaskan bersama-sama Spark Booster untuk mendapatkan Boss DD-7 secara pertukaran (trade).

Baru-baru ini aku perasan harganya turun 20% lagi, terus menarik picu untuk mendapatkannya juga daripada Music Bliss. Ditambah dengan kupon Grabpay, harganya kini tak jauh beza dengan sebuah pedal Behringer.

Seperti biasa, perlu ada sebuah overdrive dalam axology untuk memacu lampau amp HT-5RH aku. AT Drive yang ada agak leceh kerana tidak memiliki ruang bateri.

_____
AADI: Pernah terGAS versi Paul Gilbert, tapi tak mengapalah...

Planet Metheny, Pat Waves


Inipun diperolehi daripada Bentley Music, antara batch terakhir strap berlabel "Planet Waves" kerana batch baharu kini berlabel "D'Addario". Model yang dipilih ialah Pat Metheny Travels. Kenapa? *Sebab tema warnanya hitam dan kuning yang sepadan sama ada menggalas Goldie, Tigera atau Deluxe.

Ok, aku hanya kenal nama Pat Metheny sebagai artis Ibanez. Dulu rajin follow katalog Ibanez tiap-tiap tahun, jadi nama beliau antara yang selalu menghiasi bahagian gitar semi-hollow selain George Benson dan John Scofield.

Kini bila Planet Waves sudah bernaung di bawah D'Addario, tiada lagi strap ini dalam katalog. Strap artis Planet Waves yang masih bertahan hanyalah Joe Satriani. Harga strap sebegini pun terasa melonjak naik berbanding 10 tahun lepas, termasuklah strap jenama Dunlop.

*Selain fungsi menggalas gitar, strap juga adalah fashion statement seorang gitaris.

_____
AADI: Strap kesembilan, hahaha... Satu gitar, satu strap.

Throwback Thursday: Hantar Kedai


Dalam entri RG331M Oktober 2017 aku pernah kata:

"Ini bukan wiring asal dari kilang Ibanez, sebelum dipasang semula dengan set pikap INF, gitar ini pernah dipasang dengan set Seymour Duncan Hot Rodded. Aku pernah terbaca resit servis, memang kena cas gila-gila - install pikap lain cas, wiring lain cas, darab dua pikap, cas pro-setup lagi fuh! Memang untung atas angin."

Beberapa hari lepas aku terjumpa resit yang dimaksudkan semasa mengemas dokumen-dokumen lama. Bila tengok cas yang dikenakan, aku bersyukur kerana semua eksperimentasi/projek pertukaran pikap gitar-gitar aku sejak 2011 adalah dilakukan sendiri (DIY).

Kalau gitar rakan-rakan pula, aku masih berpegang pada prinsip "jangan cas harga pro, kalau servis kita tak sampai tahap pro". Pernah juga servis gitar rakan, dibayar dengan karbon dioksida sahaja.

_____
AADI: Buka/pasang seketul humbucker saja dah RM20.

Wordless Wednesday: Flawed Design



_____
AADI: Disengajakan.

Ada Apa Dengan Milo Dairy Free Almond?


Jika entri semalam versi Nescafe, hari ini versi Milo pula.

Juga dengan formula yang sama, minuman Nestle kegemaran ramai, tanpa tenusu (mungkin diganti soya) dan berperisa badam. Tapi bagi aku, milo berperisa badam dan tiada tenusu begini rasanya agak pelik dan sukar ditelan tekak aku...

_____
AADI: Pertama dan mungkin terakhir, kecuali tiada pilihan lain.

Ada Apa Dengan Nescafe Dairy Free Badam Latte?


Bagi mereka yang lactose intolerance perut tak ngam dengan produk tenusu, tapi masih teringin nak minum "kopi susu", Nescafe versi ini mungkin sesuai untuk anda.

Nescafe ini katanya "dairy free" tidak memiliki produk tenusu di dalamnya, mungkin diganti soya kot? Aku tak sempat baca bahagian belakang. Juga perisa badamnya membuatkan kopi ini agak eksotik. Tapi untuk kopi aku lebih suka perisa hazelnut, perisa badam ini lebih sesuai untuk minuman berasaskan coklat.

Isipadu dan harganya lebih kurang sama dengan Nescafe Smoovlatte, tapi aku hanya akan memilih Nescafe versi ini jika tiada Nescafe versi tin yang biasa diminum.

_____
AADI: Juga sesuai "diseludup" masuk pawagam, hahaha...

ALX/H1N Deluxe


Setelah mengambil kira *beberapa faktor, set pikap pasif EMG ALX/H1N yang baru dipasang pada Shiro bulan lepas, dikeluarkan dan dipasang pula pada Deluxe. Set EMG 81/60 sebelum ini akan dipasang semula pada Shiro untuk mengembalikan kepada spesifikasi asalnya.

Suis push-pull ABQ EQ/boost pada pot VOLUME lebih senang ditarik menggunakan tombol jenis dome sebegini berbanding tombol jenis top-hat pada Shiro.

Setup yang digunakan masih sama, master VOLUME, neck TONE, bridge TONE dengan ABQ preamp default Alexi (resonant frequency @ 1.38 kHz) dan GAIN booster sekitar 35-40%.

Dengan sistem tanpa pateri EMG, memasangnya sekitar 15 minit sahaja, berbanding membuka litar hardwired EMG 81/60 sebelum ini secara berhati-hati supaya dapat digunakan semula pada gitar lain.

Dalam kesempatan yang ada dipasangkan dengan set tali baharu Rotosound Roto Blues RH10 (10-52) dan ditala Drop-C# (Eb-standard jika perlu).

Set Roto Blues ini satu-satunya set Rotosound yang masih tinggal dalam batch November 2019, selebihnya diborong oleh Azrol secara berperingkat. Masih belum karat selepas terperap dua tahun dalam stok.

*Deluxe ini menjadi gitar belasahan dan workhorse untuk jamming atau gig. Disebabkan fizikalnya yang sudahpun memiliki beberapa battle scars, tidak cuak untuk membawanya keluar berbanding Shiro yang lebih premium (ESP beb~).

_____
AADI: Tak terasa, Deluxe ini pun sudah dua tahun dalam axology.

MG-30 4-Cable Method


Mencuba MG-30 diasimilasikan dengan HT-5RH menggunakan kaedah 4-kabel (4-cable method, 4CM). Kabel pertama dari gitar ke input MG-30, kabel kedua dari fx-send MG-30 ke input amp, kabel ketiga dari fx-send amp ke fx-return MG-30 return dan kabel keempat dari MG-30 output ke fx-return amp.

Dengan kaedah ini, amp modeling dan cabinet/IR dalam MG-30 tidak digunakan (disabled). Bunyi-bunyian utama adalah dari amp itu sendiri dan respons kabinet HT-112. MG-30 hanya digunakan sebagai efek pre-amp seperti wah, compressor dan overdrive di hadapan amp, manakala efek modulasi dan time-based seperti chorus, delay dan reverb adalah post-amp.

Kelebihannya, bunyi amp adalah bunyi amp HT-5RH asli dan bukan tiruan modeling dan tak perlu banyak pedal stompbox berasingan untuk setiap efek. Kelemahann, lecehlah nak sambung banyak kabel.

Untuk setup di rumah atau studio bolehlah begini, kalau live atau gig, baik sambung MG-30 terus ke input clean amp atau fx-return dan guna sahaja patches yang ada (atau yang dibuat sendiri). Nak lagi ringkas, bawa Fly Rig PL-1.

_____
AADI: Belum pernah dibawa jamming lagi MG-30 ni.

Ada Apa Dengan Origina Coffee Latte?


Kopi latte peket jenama Origina ini dijumpai di Kedai Mesra Petronas dijual dengan harga RM3.80 sepeket 200 ml.

Untuk tekak aku, serius ia tak masyuk. Baunya pun ada sedikit lucu aku tak tahu macam mana nak terangkan, mungkin macam bau taufufah kot? Maka pembelian berulang untuk kopi latte jenama ini agak mustahil.

_____
AADI: Teringat susu kurma jenama yang sama beberapa tahun lepas.

Wordless Wednesday: Paris Sweden



_____
AADI: Stockholm France.

100 Plus 福 (Part 2)


Edisi khas 100 Plus 福 kembali lagi, rekabentuk tahun ini ada tarian singa.

Inipun kebetulan kombo dengan Pezzo sekeping, sebab aku dah jarang beli 100 Plus tin. Selalu beli versi botol besar.


Yours truly @ 14:05.

Selamat berbulan Februari dan GXFC!

_____
AADI: Aum! Bunyi rimau.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger