Showing posts with label tv. Show all posts
Showing posts with label tv. Show all posts

Wordless Wednesday: RM0.06



_____
AADI: Subscribed sehingga 31/12/2025 23:59, tapi 10:30 dah tutup siaran.

Okey Dokey (Part 2)


Menyambung binge-watch lapan episod musim kedua siri TV Fallout cuti CNY lepas. Seperti yang dicanangkan, musim kedua ini pengembaraan Lucy dan The Ghoul semakin ohsem kerana berlatar belakangkan Nevada yang menjadi lokasi Fallout: New Vegas.

Antara lokasi yang aku dapat cam antaranya Novac (dengan latar belakang HELIOS One), Primm, Camp Golf, Freeside dan The Strip itu sendiri yang diolah sebiji seperti dalam game FNV, kecuali Dinky di Novac menghadap arah yang berbeza.

Begitu juga dengan factions yang sinonim dengan area California/Nevada iaitu New California Republic (NCR), Desert Rangers, Caesar's Legion dan Great Khan ada dalam musim kedua ini. Cuma kesian faction Kings menerima nasib malang kerana semua ahlinya menjadi feral ghouls.

Kedua-dua watak utama Lucy dan Maximus kini lebih matang dan semakin kental. The Ghoul tak perlu ceritalah, masih lagi cool dengan persona dead cowboynya. Thaddeus pula semakin bermutasi, adakah akan menjadi ghoul atau centaur?

Beberapa lore ikonik Fallout juga ditonjolkan dalam musim kedua ini, antaranya:

  • Fauna - radscorpion, radroaches (they fly now), deathclaws, super mutant (ironinya dilakonkan oleh *Ron Perlman) dan alien Zeta. Walaupun dikatakan deathclaws dalam siri ini datang dari Quarry Junction, tapi penampilannya adalah varian Boston (Fallout 4) yang lebih bulky.
  • Senjata - super sledge, laser pistol, plasma grenade, gauss riffle dan power fist, juga semuanya varian Fallout 4 dan bukan varian FNV.
  • Teknologi - T-45 power armor, NCR power armor, robot securitron, Buffout, Addictol, teknologi "kepala" Enclave dan Liberty Prime.
  • Watak - Victor dan Robert House. Kali ini showrunner bijak mengolah watak Robert House dan sumbangannya dalam dunia Fallout tanpa mengganggu lore dan canon game FNV.

Lagu Big Iron kembali famous.

Musim ketiga katanya akan meneroka area Colorado. Bagi mereka yang pernah memainkan Fallout Tactics: Brotherhood Of Steel pasti ingat lokasi final boss adalah dalam Vault 0 yang terletak di pergunungan Cheyenne, Colorado. Di mana teknologi "kepala" Enclave tadi memang sudah wujud dalam Vault 0.

_____
AADI: *War, war never changes.

Okey Dokey


Sejak musim pertama mula disiarkan beberapa tahun lepas (2024), aku tidakpun terliur untuk menonton siri TV Fallout yang distrim eksklusif melalui Amazon Prime Video.

Tapi semenjak tamat musim kedua beberapa minggu lepas, majoriti komuniti Fallout di internet memujinya kerana ia antara siri TV adaptasi dari video game yang terbaik setakat ini. Dan kebarangkalian plot untuk musim ketiga semakin ohsem, maka tergerak hati untuk menontonnya.

Memandangkan aku pernah ada akaun Amazon, cubalah untuk melanggan Prime Video Malaysia dengan harga RM25 sebulan. Baru nak melanggan, tiba-tiba ditawarkan dengan percubaan percuma 30-hari (free 30-day trial), dengan pantas peluang terus diambil.

Sudahpun binge-watch lapan episod musim pertama beberapa hari lepas dan musim kedua dicadang sepanjang cuti CNY nanti. Berikut antara post-mortem aku sebagai seorang peminat siri game Fallout tanpa membuka spoiler.

  • Bijak bagi showrunner menggunakan lore dunia Fallout sebagai plot cerita tanpa mengganggu canon game yang sedia ada. Plotnya tidak diadaptasi terus dari mana-mana plot game dalam siri Fallout.
  • Temanya pun trademark game siri Fallout - violence, alcohols, drugs, tobaccos, sex, slavery, racism - dan tak lupa segala eksperimentasi Vault-Tec yang gila-gila.
  • Musim pertama ini berlatar belakangkan California (Shady Sands sebagai bandar utama), tapi teknologi, pakaian, persenjataan adalah seperti yang digunakan dalam game Fallout 4 (Boston/Commonwealth).
  • Lagu-lagu runutnya semua pernah dipopularkan (semula) dalam siri-siri game Fallout. Otomatik aku akan berkaraoke mana-mana lagu yang aku ingat.
  • Serius, aku tak pernah minat lakonan Walton Goggins sebelum ini yang selalunya menjadi watak protagonist. Tapi dalam siri TV Fallout ini, lakonannya sebagai Cooper Howard/The Ghoul memang superb.
  • Ella Purnell dengan matanya yang besar memang sesuai dengan watak vault dweller Lucy MacLean yang naive.
  • Unsur-unsur LGBTQ+ dan DEI memang ada, tapi bijak bagi showrunner mengasimilasikannya dalam dunia Fallout tanpa perlu menonjol seperti siri TV lain.
  • T-60 Power Armor menggunakan efek praktikal dan bukan CGI, tapi agak cemerkap semasa beraksi.

Bersedia untuk binge-watch musim kedua yang berlatar belakangkan Fallout: New Vegas.

_____
AADI: War never changes.

Boxing Diaries: May 2025


Selama hampir tiga tahun menyertai PS Boxing aku rasa dalam bulan ini ada sekali aku mampu menyertai ketiga-tiga sessi latihan dalam seminggu iaitu malam Selasa, Rabu dan Sabtu. Sebelum ini biasanya hanya menyertai satu atau dua sessi seminggu bergantung kepada faktor kepenatan badan dan masa.

Dan untuk malam sparring (biasanya Rabu, kadang-kadang Sabtu) juga mampu menghabiskan semua pusingan latihan (8-10 pusingan), 3 minit per pusingan, 1 minit rehat. Kalau sebelum ini biasanya hanya mampu separuh, nampaklah ada peningkatan stamina di situ.

Masih ada sessi S&C menyelit. Kadang-kadang rasa enjoy bila ada sessi S&C sebegini, terasa seperti boleh push limit kendiri. Serius, kalau buat S&C sendiri di rumah memang tiada motivasi, antara sebab aku sertai PS Boxing sebab ada juru latih yang akan asses kemampuan dan keupayaan ahli.

Lain cerita, rancangan dokumentari Contender terbitan TVS yang sessi rakamannya dilakukan di Sapphire Gym tahun lepas (entri ini) telahpun mula disiarkan pada Jumaat lepas 16/05/2025 8.15 malam di TVS. Boleh tonton semula di sini, tak dapat nak embedded.

Adalah seorang "uncle" tu berseluar hijau menyelit menjadi NPC bermula @7:15 dan seterus-terusnya. Katanya dokumentari ini ada enam bahagian, tak pasti Jumaat minggu ini masih fokus ke PS Muaythai lagi atau kelab/gym Muaythai lain di Sarawak.

_____
AADI: NPC pun NPC-lah, janji masuk TV.

Boxing Diaries: June 2024


Untuk bulan Jun dapat menyertai 4-5 sessi, lebih banyak berbanding bulan April dan Mei. Oklah ada sedikit peningkatan.

Juga sempat ditemu ramah (off-camera) oleh wartawan TVS ketika mereka membuat rakaman siri dokumetari untuk Bintulu Fight Team minggu lepas.

Tapi dokumentari mereka ini lebih fokus kepada Muaythai berbanding tinju kerana ada di antara mereka yang akan mewakili Sarawak dan faktor sukan Muaythai SUKMA 2024 yang akan diadakan di Bintulu. Kalau ada masuk TV pun, mungkin akan menyelit menjadi NPC beraksi sebagai latar belakang.

Malangnya selepas sessi malam Selasa lepas, dua hari kemudiannya aku positif C19 untuk kali ketiga. Kena rehat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dapat kembali aktif. Seminggu cuti kuarantin, seminggu cuti untuk rehatkan paru-paru atas faktor semput pasca-C19.

_____
AADI: Rehat lok.

Flashback Friday: Tiga Skrin, Tiga Memori


Gambar terakhir sebelum dihantar ke pusat pengumpulan barangan e-waste Sabtu minggu lepas. Tiga skrin yang memiliki tiga memori berbeza.

1) Monitor (aku lupa jenama) 16" - Monitor PC pertama aku ketika fasa menganggur di kampung Januari-April 2006. Gaming PC aku ketika di Penang aku bawa balik, tapi monitornya terpaksa dijual kerana tidak ekonomi untuk dibawa balik. Monitor inilah menjadi pengganti supaya aku dapat gaming beberapa bulan di kampung sebelum dapat tawaran bekerja di Bintulu.

Sebelum musim PKP aku bawa ke Bintulu kononnya untuk digunakan di sini, tapi akhirnya terbiar jua dalam stor kerana sudah tidak relevan menggunakan monitor CRT.

2) TV Ichiban 19" CRT - TV yang dibeli menggunakan gaji pertama aku bekerja di Bintulu, bersama-sama langganan pertama Astro Jun 2006. Waktu itu dengan bil bulanan hanya RM50 dapat layan tiga pakej - variety, learning, sports- selain pakej asas. Inilah TV fasa bujang, beberapa kali diusung kerana berpindah-pindah rumah sewa. Kenangan layan WWE, TNA, Akademi Fantasia, Maharaja Lawak, Piala Dunia dan Animax bersama rakan-rakan serumah sewa.

Masih berfungsi, tapi selepas perolehan item perenggan di bawah, ia menjadi penghuni tetap dalam stor.

3) Sharp Aquos 32" LCD - Pernah dibuatkan entri dalam AADI pada tahun 2012, penangan ketika mula-mula bertukar kepada Astro B.Yond dan tak puas hati dengan paparan TV Ichiban tadi. Inilah TV yang mengingatkan aku pada fasa bergelar ayah, kerana layan Astro Ceria, Disney XD dan Moonbug Kids bersama anak-anak.

Bertahan 11 tahun (sebaya anak dara aku si Lil'Ijau) sebelum paparannya kembang dan warna pudar pada tempat kembang tadi. Ditamatkan perkhidmatannya awal tahun ini dan digantikan dengan jenama dan model sama tapi berteknologi LED dan saiz yang lebih besar.

_____
AADI: 80-90an dulu TV 14" layan sekeluarga.

Ada Apa Dengan Nescafe Ais Kopitiam?


Nescafe ais kegemaran kita juga tidak terlepas daripada facelift menjadi label "kopitiam" dengan mengekalkan warna asal biru.

Rasanya masih sama seperti Nescafe ais tin yang lama, walaupun agak cair sedikit berbanding Nescafe original, tapi rasa "sejuk" menthol dan isipadu yang lebih banyak (~300 ml) membuatkannya lebih puas diminum. Inilah Nescafe tin yang mula-mula aku kenal ketika aku mula minat minum kopi awal 2000an dulu.


Nostalgia NTV7 penghujung 90an dulu.

Maka lengkaplah kesemua *tujuh perisa Nescafe tin berlabel "kopitiam" dalam entri AADI - kopi ais, kopi putih, kopi-C, kopi cham, kopi tarik, kopi-O dan kopi tarik kaw.

_____
AADI: *Mengikut artikel Nestle bulan Jun.

Flashback Friday: Aku Dan WWE


Minggu ini saluran History Asia mula menayangkan rancangan-rancangan berkaitan WWE, bermula dengan Biography: "Stone Cold" Steve Austin dan WWE's Most Wanted Treasure Isnin lepas sehinggakan Forged In Fire malam tadi pun ada elemen WWE siap ada Ric Flair sebagai tetamu. Tergerak hati nak buat entri...

Serius, ada tiga benda yang membentuk sikap dan mempengaruhi kehidupan remaja aku penghujung 90an dan awal 2000an dulu - komik manhua, muzik grunge/metal dan pro-wrestling (gusti, bukan tinju ye).

Mula kenal pro-wrestling era "Rock and Wrestling" WWF pertengahan 80an dulu, rajin baca majalah pro-wrestling di rumah Takilala, mula kenal beberapa kompeni lain seperti WCW dan NWA. Kemudiannya layan sahaja apa rancangan pro-wrestling yang disiarkan di TV RTM ketika itu, WWF/WCW yang biasa ceritanya ketinggalan beberapa bulan.

"Johanson" dan tinju.

Masuk zaman siswa USM terutamanya 1998-1999, hampir majoriti rakan-rakan serumah adalah kaki WWF. Kami akan kumpul duit RM5.00 dan menyewa pita VHS Raw Is War mingguan daripada kedai video berhampiran. Ketika itu merupakan kemuncak era "Attitude" WWF yang menyaksikan kemasyhuran Stone Cold Steve Austin, Undertaker, D-Generation X dan The Rock. Crotch-chop DX merupakan norma biasa kami ketika itu.

Sehinggalah awal tahun 2000 aku terbaca artikel berkenaan industri pro-wrestling, mula faham konsep pro-wrestling, istilah babyface/face, heel, kayfabe, sell/sold, botch, promo. Pandangan aku terhadap pro-wrestling mula berubah daripada gaya-hidup kepada hiburan, sama seperti baca komik dan/atau tengok drama mingguan. Kebetulan ketika itu merupakan era peralihan WWF kepada WWE (entertainment).

Kemudian ketika era "Ruthless Aggression" minat aku terhadap pro-wrestling mula menurun dari tahun ke tahun, sehinggalah tahun 2010 atas sebab-sebab "sudah tidak menarik" aku berhenti layan pro-wrestling, siap berhenti melanggan pakej sukan Astro (yang semakin mahal).

Terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam industri pro-wrestling, termasuklah manager, announcer, referee, promoter, diva, live TV production team. Kerana anda, pro-wrestling akan sentiasa diingati sebagai memori menarik zaman remajaku.

_____
AADI: And that's the bottom line coz IDK said so...

Wordless Wednesday: Mi Generation



_____
AADI: Agak terlewat menceburkan diri.

The Rescue (Of The Franchise)


One X-Wing, blue R2 unit, black robe, green lightsaber... Oh wait!

Sekadar gambar hiasan entri lama.

Sejak tawar hati dengan franchise Star Wars selepas The Last Jedi, dibawa ke Solo dan akhirnya The Rise Of Palpatine Skywalker, Jon Favreau dan Dave Filoni membuktikan betapa seronoknya kembali menjadi seorang peminat Star Wars menerusi siri The Mandalorian.


[Edited: added on 21/12/2020]

_____
AADI: Thank you Favreau/Filoni.

Wordless Wednesday: Thank You Mr. Imahara







A post shared by Kari Byron (@therealkaribyron) on









_____
AADI: Grant Masaru Imahara 1970-2020.

Wordless Wednesday: ShockWatch Sticker



Apakebenda?
_____
AADI: Selalu tengok diguna dalam Mythbusters.

Wordless Wednesday: Kelab Doktor Muda




_____
AADI: Rajin temankan anak tonton di Astro Ceria.

Throwback Thursday: MythBusters


Selesai menonton dua episod MythBusters berturut-turut di saluran Discovery (ch551); Grand Finale dan Reunion sebentar tadi (semalam), katanya ini merupakan episod dan musim yang terakhir selepas 14 tahun bersiaran (bacaan lanjut), sedih...

Image by arashicat on DevianArt.
Mula meminati MythBusters sejak 2006 bila bermastautin di Bintulu dan memiliki Astro sendiri. Sejak itu, ia merupakan antara rancangan TV kegemaranku, dan boleh dikatakan aku "membesar" dengan rancangan ni. Orang sains, senanglah nak hadam...

Ditambah pula dengan sedikit unsur humor dan karekter pengacaranya, sudah cukup untuk memartabatkan rancangan ini menjadi status pop-culture.

Linked from somewhere.
Kari Byron, antara "sebab lain" untuk menonton Mythbusters. Bermula dengan budak suruhan (di belakang tabir), kemudian menjadi myth-tern, pengacara hinggalah menjadi selebriti dan ikon sains. Aku lupa musim keberapa, tengah-tengah mengandung pun masih boleh bereksperimen gila-gila, fuh! Waktu cuti bersalin pula, diganti sekejap oleh *Jessie Combs.

Ok, jika disuruh pilih eksperimen-mitos kegemaran, aku akan pilih eksperimen menggunakan telefon bimbit semasa mengisi petrol.



Terima kasih kepada pasukan MythBusters dan Discovery kerana sedikit sebanyak telah menjadikan sains sesuatu yang menyeronokkan. Nak taip banyak lagi sebenarnya, tapi dah mengantuk...

_____
Ada apa: *Sayangnya, episod Reunion mereka tak jemput Jessie Combs dan Scottie Chapman.

The Force Awakens


Sama seperti filem The Winter Soldier tahun 2014, menyewa filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens di Astro Best (beberapa bulan lepas) juga disertakan dengan DVD promosi. Walaupun dijanjikan akan menerima DVD awal bulan Mei, tapi baru minggu ni aku menerimanya.


Bulan Disember 2015 ramai peminat Star Wars di Bintulu dan kaki wayang amnya mengeluh kerana pawagam di sini (the one and only Star Cineplex) tidak menayangkan Episode VII dan lebih selesa menayangkan filem Snoopy dan Chipmunk ketika itu. Ada rakan yang sanggup ke Miri untuk menontonnya, sedih...


Setahu aku, hanya Jedi, Sith Lord atau mereka yang ada "the force" sahaja yang boleh mengendalikan light saber. Jadi selain watak Rey, watak Finn juga ada kebarangkalian menjadi Jedi.

Mematikan watak besar seperti Han Solo juga merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Atau mungkin disebabkan faktor usia Tok Harrison Ford menyebabkan watak Han Solo terpaksa dimatikan.


Ok, Luke Skywalker... Babak paling hangit dalam filem ni ialah ketika Luke tunjuk muka hanya beberapa saat di penghujung filem. Dengan memek muka yang seolah-olah menyindir dan mengatakan "you're screwed" kepada penonton yang ternanti-nanti kemunculannya.


Secara peribadi jalan cerita Episode VII ni seperti dikitar semula dan boleh diagak. Malah tiada babak pertarungan light saber yang epik seperti Episode III. Mungkin yang memegang light saber tu semuanya bukan tahap Master Jedi atau Sith Lord lagi.

Selebihnya tak payahlah aku ulas, AADI bukan blog ulasan filem. Tapi atas dasar peminat Star Wars, pastinya DVD ni akan menjadi sebahagian daripada koleksi.

_____
Ada apa: BB-8

Roots


Menonton mini-siri Roots di saluran History (Astro Ch555) empat malam berturut-turut sejak Selasa lepas. Cerita pasal Kunta Kinte dan keturunannya yang menjadi hamba sehingga generasi kelima (kalau tak silap).


Siri yang penuh drama, emosi dan sejarah Amerika (duh~), sedikit sebanyak mengingatkan kita (tak kira bangsa) supaya tidak lupa dari mana asal-usul kita. Selain itu ada juga muka-muka yang biasa kita tengok - contohnya Forest Whitaker, Anna Paquin, dan paling hangit Laurence Fishburne yang hanya muncul seperti Luke Skywalker dalam Episode VII.

Selain siri-siri flagship kegemaranku seperti Pawn Star, The Pickers, Counting Cars, Ancient Aliens, Forge In Fire, dll, saluran History ni juga kalau buat mini-siri berepisod atau telemovie memang epik! Antaranya siri Vikings, Texas Rising dan akan datang Barbarians Rising.

_____
Ada apa: Mini-siri versi 1977 macam pernah masuk RTM awal 80an dulu.

Wordless Wednesday: Tonton The Force Awakens (Astro Best) Sampai Muak



Imej cilok.
_____
Ada apa: Tunggu DVD percuma bulan depan.

T-Shirt Wrestling


T-Shirt yang dihantar melalui GDex ni bukannya dibeli, tetapi ditebus (redeemed) menggunakan mata bonus di Astro Circle (macam BonusLink lah~).


Mata bonus aku adalah sekitar 1500+, pada mulanya aku nak tebus dengan melanggan Astro Best Star Wars dengan 1050 mata, tapi macam tak berbaloi pula sebab hanya sekali guna.

Made in El Salvador.
Kemudian aku cuba selongkar katalog dan terjumpa t-shirt WWE dalam seksyen channel merchandise. Dulu aku menang gila layan gusti, tapi sejak 2010 dah berhenti, sekarang sudah tidak thrill seperti zaman "Attitude" WWF (F ketika itu) penghujung 90an hingga awal 2000an.


Dengan 1100 mata aku boleh dapat t-shirt John Cena Never Give Up (pilih sebab warna hijau, aku tak berapa minat pun dengan Cena ni). Ada lagi beberapa t-shirt WWE lain, tapi *warna tak menarik dan memang diskriminasi saiz (M, L).


Katanya neon, adakah ia glow in dark atau fluorescence macam tali DR String Neon? Yang ni pun nasib baik saiz XL American, kalau saiz XL Asian memang tak muat. Oklah sekurang-kurangnya sesuai dipakai untuk bersosial berbanding t-shirt tengkorak.

_____
Ada apa: *Rasa menyesal pula tak pilih t-shirt Austin 3:16 klasik.

Voices Of Ummi - Erti Al-Fatihah


Entri yang sesuai untuk hari Jumaat.

Audio CD ni dibeli di premis Speedy Video, Suria Sabah bersama-sama CD/DVD Rockestra Wings awal bulan Februari ini. Sebenarnya ia dibeli oleh Mrs. Ijau untuk hiburan anak semasa pemanduan jarak jauh.


(P) & (C) 2011 Johan Nawawi Sdn. Bhd. Edaran Sony Music Malaysia. Album yang boleh dikira sebagai "soundtrack" daripada siri animasi 3D Ummi... Ceritalah Pada Kami yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu. Mengandungi 14 buah lagu, termasuk lagu Pedoman yang merupakan lagu nasyid terbaik AIM ke-18 2011.


Pada mulanya Mrs. Ijau nak beli versi DVD, tapi aku sarankan lebih baik beli versi CD audio (hahaha tiba-tiba teringat dialog dalam entri Xyrus Zone semalam).

Selain CDnya boleh dipasang dalam Imago semasa pemanduan sekeluarga, versi mp3 (ripped) dapat dipindahkan ke dalam tablet, telefon pintar atau mp3 player, boleh diaplikasi untuk pelbagai aktiviti keluarga. Kalau DVD, kat situ sajalah...


Lil'Ijau suka lagu ni... Budak-budak, biasalah kalau hari-hari dengar lagu yang sama memang cepat hafal, begitu juga ayahnya hahaha... Siap karaoke sekeluarga. Tapi memang kena "veto" oleh anak, tak dapat nak pasang lagu lain semasa pemanduan sekeluarga.

_____
Ada apa: Lagu Munif dia dah tak minat dah...

Buku Si Eli


Semenjak dapat akses percuma (preview) kepada saluran Fox Action Movies (ch434) dan beberapa saluran baru Astro, dapat juga layan beberapa filem aksi lama dan yang tak berapa baru yang sebelum ini tidak sempat/pernah ditonton di mana-mana medium (pawagam, VCD/DVD, TV, sedut).


Satu daripadanya ialah The Book Of Eli, sejak minggu lepas aku mengejar siarannya kerana minggu sebelumnya hanya sempat menonton sekerat-sekerat kerana waktu siaran yang tidak mesra keluarga. Baru malam tadi berjaya menontonnya dari awal sampai habis.

Ok, dalam entri ni bukanlah niat aku nak buat ulasan mengenai filem tersebut, tapi yang pasti apa-apa filem (aksi) yang dibintangi oleh Denzel Washington pastinya hebat.


Sebagai seorang peminat genre post-apocalypse (dan filem aksi amnya), latar belakang filem ini mempunyai persamaan dengan game dalam siri Fallout - post-nuclear war, civilization crumbles, survival, in search of lost (pre-war) knowledge - aku rasa pengarah filem ni Hughes bersaudara juga merupakan peminat siri Fallout.


Terasa nak main semula game Fallout 3 atau Fallout New Vegas dengan watak ala Eli (African American, skills; unarmed, melee weapons, small guns).

Pada babak akhir filem ni (semasa Lombardi meletakkan buku di atas rak), terselit metafora yang amat bermakna - walaupun dunia dan tamadun musnah, agama samawi dan ilmu wahyu tetap terpelihara.

All images linked from somewhere on the net.

_____
Ada apa: Oh ya, kalau Portdy mesti dia akan cerita pasal Mila Kunis.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger