Bagi mereka yang dah muak dengan minuman teh hijau berperisa bunga melati (
jasmine), atau baru nak berjinak-jinak mencuba teh hijau, Oishi antara jenama yang amat disarankan.
Dengan hype "
100% dibru daripada daun teh organik" rasanya memang jauh berbeza dengan teh hijau berperisa bunga melati yang ada di pasaran. Tidak kelat dan tidak juga pahit, just nice and
khimochi oishi~
Buatan
Oishi Trading Co. Ltd. Thailand, diimport oleh
F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. Shah Alam. Dengan harga berbeza-beza mengikut premis, paling murah di premis TK dan SK dengan harga RM1.80 berbanding premis BB RM2.40 untuk sebotol 380 ml.
Terdapat juga tiga perisa lain - genmai, lemon madu, dan teh hitam. Disimpan untuk entri lain.
_____
Ada apa: Baru ada "masa lapang" untuk buat entri blog, amat sibuk beberapa hari lepas