Pembelian ria (joybuy) seunit Nu-X B10 Vlog wireless microphone system yang sebenarnya merupakan pengganti kepada satu barang yang dipesan ketika jualan May Day Sales! Bentley Music tetapi sudah kehabisan stok.
Inipun merupakan unit terakhir berdiskaun 70% kerana Bentley Music bukan lagi pengedar rasmi jenama Nu-X Malaysia. Kalau pada harga runcit memang aku tak tergerak hatipun dengan benda ni.
Disertakan lengkap dengan segala jenis kabel dan aksesori rakaman - fur windshield x1, USB-C Y-cable x1, TRS (female) to TRRS (male) adaptor cable for mobile phone (CTIA) x1, 3.5mm TRS cable for RX to camera x1, 3.5mm TRS Y-cable for 2 RXs to camera x1, cold-shoe RX mount x1 - dan dimuatkan dalam satu bekas berzip yang comel.
Aku tak ada pengalaman buat rakam-rakam jenis vlog ni, jadi tak adalah nak ulas macam-macam. Mungkin ia juga boleh diasimilasikan menjadi in-ear system - transmitter (TX) letak berdekatan speaker amp, receiver (RX) disambung terus pada headphone atau mixer/PA system - dengan harapan mikrofon pada TX tahan bunyi kuat.
Selebihnya entahlah, bukan bidang aku untuk mengulas peralatan rakaman vlogging macam ni, tengok saja video di atas. Perlukah AADI mencuba dunia vlogging pula lepas ni? Zoom H1 akupun sudah lama tidak digunakan...
_____ AADI: Mengintai wireless untuk gitar jenama Nu-X.
Pancingan kedua bersempena jualan *May Day Sales! Bentley Music, sebuah pedal MXR EG74 Raw Dawg Overdrive. Dipesan dan diterima bersama-sama amp DV Micro 50 M dalam entri lepas, tapi dibuatkan entri berasingan.
Ia merupakan pedal overdrive signature Eric Gales, katanya berasaskan litar Tube Screamer akupun tak pasti dan tak kisah, overdrive is an overdrive. Tapi dengan diskaun 70% harganya kini semurah pedal-pedal Behringer plastik tu, kalau harga runcit asal memang taklah aku berminat.
Fungsinya sebagai overdrive tak perlulah aku jelaskan di sini. Jika anda boleh fikirkan overdrive jenis Tube Screamer, tapi dengan lebih gain dan EQ seimbang, begitulah fungsinya. Dengan adanya pedal ini, GAS untuk mendapatkan pedal Ibanez Tube Screamer Mini boleh dilupakan.
Pancingan pertama bersempena jualan May Day Sales! Bentley Music, sebuah amplifier head DV Mark DV Micro 50 M. M di sini katanya khas untuk "high-gain distorted lead tones" aka metal. Berdiskaun 70% atas klausa display unit (keluaran Jun 2017) menjadikan harganya semurah Joyo siri BanTamP XL. Model ini dan model Micro 50 yang lain (CMT, Jazz) sudahpun discontinued.
Hanya amp head, power cable dan invois sahaja ada dalam kotak, tiada manual disertakan (boleh download). Ia sebuah amp solid state dengan dua channel (clean dan drive) dalam casis yang kecil, tapi memiliki ciri-ciri sebuah amp head yang sempurna - 120/240 V power input, foot-switchable channels, effects loop, 2x speaker output (minimum 4 ohm) dan digital reverb.
Berkuasa 50 Watts pada 8 ohm dan 60 Watts pada 4 ohm, kalau 16 ohm tidak dinyatakan, tapi pastinya akan lebih rendah daripada 50 Watts (mungkin sekitar 20-40 Watts kot?), *harapnya serasilah dengan kabinet Vox V110NT aku (16 ohm, 30 Watts). 50 Watts ni jika dipadankan dengan kabinet yang sesuai sudah cukup kuat untuk gig.
Distorsi pada drive channel cukup-cukup keras untuk sebuah amp metal tanpa perlu bantuan overdrive. Ia juga sesuai digunakan sebagai power amp untuk pedal platform dan multi-effects melalui clean channel ataupun cucuk belakang effects return, ikut keserasian patch/preamp. Tapi untuk setup aku, ia akan dipacu dengan GT-OD di hadapan untuk distorsi yang lebih keras.
Ciri pelik pada amp ini, jika headphone dicucuk pada output "phones" sepatutnya tiada bunyi pada speaker utama (defeated) seperti kebiasaan amp-amp lain. Tetapi tidak pada amp ini, bunyi masih keluar pada kedua-dua speaker dan headphone. Amat menjengkelkan jika ingin silent practice pada waktu malam kerana kabel speaker terpaksa dicabut (solid state amp, no load, no problem).
Tapi ciri ini amat berguna ketika persembahan live atau rakaman, kerana output "phones" boleh dihantar ke mixer, PA system atau monitor (contohnya IRT-X).
Sesuatu yang agak pet peeve bagi aku ialah tulisan (script) pada panel nampak tak berapa sesuai, nampak "buruk" untuk sebuah amp metal, kan? Tapi tak mengapalah... Ada masa kelak mungkin akan dibawa ke REG Studio untuk digandingkan dengan pelbagai kabinet 4x12" yang ada di sana (RG412, LX412A). Saiznya yang kecil mikro amat memudahkan logistik, boleh muat dalam gigbag.
Pancingan terakhir bersempena jualan Merdeka Bentley Music. Seunit pikap Seymour Duncan Jeff Loomis Blackouts bridge (ya, pikap gitar lagi) yang berdiskaun 40% atas klausa display unit terakhir dari cawangan Gurney Paragon, Penang.
Juga diterima dengan kotak yang agak barai seperti Distortion bulan lepas, dengan permukaan pikap yang agak "kotor" dengan cap jari. Tetapi kesemua isi dalaman lengkap - potentiometer, kapasitor, wayar, skru dan manual.
Blackouts dengan "perisa" Jeff Loomis - slug pole pieces, black cover - yang fizikalnya nampak seperti EMG Het Set. Litar preamp di belakang nampak berbeza berbanding Blackouts biasa. Tapi serius, EMG nampak lebih kemas.
Seperti biasa, akan disimpan dalam stok peribadi (koleksi?) sehingga ada gitar perumah yang sesuai. Atau kalau nak pandu uji, akan dicuba plug and play pada Shiro atau Iron Cross yang memiliki sistem solderless EMG. Itupun kalau rajinlah...
Pancingan kedua bersempena jualan Merdeka Bentley Music - seunit pikap (lagi?) Seymour Duncan Distortion neck (SH-6N) yang berdiskaun 50% atas klausa display unit terakhir dari cawangan Bukit Bintang.
Tidak seperti Red Devil minggu lepas, unit yang diterima ini memang barai kotaknya seperti Blackouts dalam entri ini. Tapi mujurlah pikapnya masih baharu kerana tiada tanda-tanda pernah diguna. Daripada sticker di belakang, ia merupakan unit keluaran 2009, fuh lama gila jadi display.
Walaupun versi neck, tapi berdasarkan EQ-nya hampir sama seperti versi bridge, yang berbeza hanya output dan DCR (neck 13k, bridge16.6k). Dengan DCR 13k tadi, pada pendapat aku ia juga sesuai pada kedudukan bridge jika dipadankan dengan pikap neck dengan DCR yang lebih rendah, contohnya Jazz Model (7.5k).
Seperti biasa, disimpan dalam *koleksi peribadi sehingga ada mood untuk memasangnya pada gitar singlecut (spacing 50 mm) bersama-sama Jazz, memotong giliran Thrash Factor.
Dua alatan perkusi Pearl wood hex ganza (long. 7.25") dan Latin Percussion sugar skull shaker merupakan pembelian sampingan yang kedua-duanya berdiskaun 70% untuk menggenapkan bayaran. Pasti akan jadi mainan anak-anak.
Pancingan pertama bersempena jualan Merdeka Bentley Music - seunit pikap Seymour Duncan Red Devil Strat (neck, white) Billy Gibbons signature dengan diskaun 68%. Katanya display unit terakhir dari cawangan Gurney Paragon, Penang.
Dengan diskaun dan status display unit tadi, aku beranggapan fizikalnya barai seperti Blackouts dalam entri ini. Tapi agak terkejut kerana mendapat unit yang masih baharu dan bersegel (new and sealed).
Tiada apa yang menarik hanya sebuah pikap humbucker neck berwarna putih dalam bentuk single coil dengan nama Billy Gibbons dan diskaunnya yang amat menarik.
Aku tak ada gitar Strat (ada, tapi versi HH) atau yang menggunakan pikap saiz single coil. Seperti biasa akan disimpan dalam stok peribadi sebagai koleksi sama seperti Thrash Factor. Worst case scenario akan didagangkan semula.
Ada beberapa lagi item promosi (pikap, pedal) yang disasarkan dan menarik perhatian, sayangnya banyak yang sudah dikebas pembeli lain yang lebih pantas.
Saki-baki promosi pikap Bentley Music sempena ulang tahun ke-50 mereka, terpancinglah set Seymour Duncan Thrash Factor Dave Mustaine signature ini yang berdiskaun 30%. Mulanya cuba untuk muhasabah diri sejak bulan Mac untuk tidak menarik picu. Tapi ada pula dana-dana hasil pelepasan dua buah pikap DiMarzio dalam entri dua minggu lepas sebagai modal pusingan.
Sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik pada set ini selain nama "Dave Mustaine" dan harga diskaunnya. Tanpa diskaun, memang aku tak terliur pun dengan set ini kerana asasnya adalah model JB dan 59. Dengan diskaun tadi, harganya seperti harga pikap-pikap Seymour Duncan standard pra-pandemik.
Disimpan dalam stok peribadi sebagai koleksi, belum lagi memikirkan gitar mana yang akan menjadi perumah. Worst case scenario akan didagangkan semula pada harga runcit, kah kah kah... (minda scalper).
Lain cerita, dengan isu terkini, pada pendapat aku Pak Mus tak perlu lagi buka cerita rivalry Metallica. Patutnya isu semua itu sudah tamat bila Pak Mus setuju bermain dengan Metallica atas pentas yang sama sempena ulang tahun ke-30 Metallica.
Memesan dua unit lagi D'Addario Ultra Pack saki-baki penghabisan stok yang masih ada di Bentley Music, hanya tinggal saiz 10-46 sahaja.
Gigbag ukulele Ibanez IUBS301 pula sebagai pembelian sampingan yang berdiskaun 50% bersempena promo ulang tahun ke-50 Bentley Music. Serius harganya lebih murah berbanding seunit tali gitar D'Addario biasa (XL).
Aku tak ada ukulele, tapi beg ini boleh dijadikan sebagai gigbag untuk pedal atau multi-effects kecil (G1X Four, B1Xon, Fly Rig PL1) dan aksesori gitar lain seperti kabel atau strap.
_____ AADI: Selamat Kaamatan/Gawai untuk warga Borneo.
Seymour Duncan Liberator ini juga satu daripada pancingan promosi pikap Bentley Music berdiskaun 60%. Ia dipesan sekali bersama-sama DiMarzio D Activator-X dalam entri lepas, tapi dihantar berasingan kerana ia merupakan stok dari Bentley Music Gurney Paragon, Penang.
Diterima dalam keadaan opened box tapi masih baharu dan lengkap dengan manual dan pemutar skru kecil. Dengan diskaun 60% tadi harganya kini sama seperti harga seunit potentiometer Bourns biasa.
Agak terkejut kerana dapat varian pot 500k kerana dalam katalog hanya ada varian pot 250k. Tapi bila dapat varian 500k ini lebih bagus kerana aku ada banyak pikap humbucker pasif yang lebih sesuai dengan unit ini.
Pernah memiliki unit Liberator terpakai hampir tujuh tahun lepas, yang dipasang pada ex-Neon. Liberator ini sesuai dipasang pada gitar yang kerap bertukar-tukar pikap, kerana wayar-wayar pikap hanya perlu disambung pada terminal yang diketatkan dengan skru. Dapat menyingkirkan kelecehan bermain pateri.
_____ AADI: Mungkin akan pancing lagi beberapa unit kalau ada bajet lepas raya.
Katanya cuba untuk tidak membeli pikap gitar lagi tahun ini, tapi terjebak jua dengan promosi pikap Bentley Music yang sukar ditepis bersempena ulang tahun ke-50 mereka.
Menarik picu untuk mendapatkan DiMarzio D Activator-X neck (DP221). Dan dengan promosi diskaun 40% tadi menjadikan harganya jauh lebih murah berbanding harga runcit pra-pandemik. Penampilannya sama seperti model X2N.
Tergugat juga dengan set Seymour Duncan Thrash Factor yang berdiskaun 30%, mohon muhasabahkan diri dekat nak raya ni.
Semenjak harga runcit tali gitar jenama D'Addario melonjak naik, aku berhenti memukal stok tali jenama ini... Selalunya akan memukal stok jenama lain, contohnya GHS sempena Year End Sale CK Music tahun lepas (yang masih lagi belum dipakai).
Dah lama mengintai promosi D'Addario Ultra Pack ini di website Bentley Music (juga ada di D'Addario Flagship Store Lazada). Mungkin untuk menghabiskan stok, *lalu aku memesan dua unit masing-masing bersaiz 9-42 dan 10-46.
Ultra Pack ini berisi satu set XL dan satu set NYXL pada saiz yang sama. Dengan promosi tadi, harganya lebih murah berbanding harga runcit XL + NYXL pra-pandemik (kalau harga semasa tak payah ceritalah).
"Aku berani menyimpan stok banyak tali gitar berjenama D'Addario berbanding jenama lain kerana ia terbukti tahan lama dalam simpanan. Jenama kegemaran seterusnya ialah GHS dan Rotosound. Kalau Ernie Ball tu faham-faham sajalah, kalau nak guna baru beli."
Ya kembali kepada jenama DiMarzio... Dua bungkusan diterima selang sehari, kurier berbeza tapi isinya jenama yang sama. Bungkusan pertama berisi DiMarzio Super 3 (DP152) F-spaced, merupakan unit terpakai diperolehi daripada seorang kenalan Jamtank Facebook yang pernah beberapa kali bertransaksi sebelum ini.
Pernah memiliki model ini tahun 2014, tapi seperti biasa bila sudah tidak ada gitar perumah dan perlu dana-dana segera, maka ia didagangkan semula. Kebelakangan ini amat sukar mencari model-model pelik pikap DiMarzio dalam pasaran (atas talian) termasuklah model ini. Mungkin disebabkan isu semasa dan pertukaran pengedar rasmi sedikit sebanyak mempengaruhi.
Bungkusan kedua berisi DiMarzio PAF Pro (DP151) diperolehi terus melalui website Bentley Music berbekalkan kupon Atome (bahaya skim BNPL ni). Sebelum ini aku hanya pernah menggunakan PAF 36th Anniversary (DP103) dan PAF Master (DP261), katanya karekter PAF Pro ini pula lebih moden berbanding PAF DiMarzio lain.
Bagi aku, PAF Pro ini merupakan pasangan yang sesuai dengan Super 3 di atas tadi baik dari segi sonik mahupun penampilan. Jika set classic rock PAF 36th/Super Distortion sebelum ini adalah team Jedi, set heavy metal PAF Pro/Super 3 ini pula team Sith. Hampir sama konsep, cuma pada sisi gelap...
Inipun diperolehi daripada Bentley Music, antara batch terakhir strap berlabel "Planet Waves" kerana batch baharu kini berlabel "D'Addario". Model yang dipilih ialah Pat Metheny Travels. Kenapa? *Sebab tema warnanya hitam dan kuning yang sepadan sama ada menggalas Goldie, Tigera atau Deluxe.
Ok, aku hanya kenal nama Pat Metheny sebagai artis Ibanez. Dulu rajin follow katalog Ibanez tiap-tiap tahun, jadi nama beliau antara yang selalu menghiasi bahagian gitar semi-hollow selain George Benson dan John Scofield.
Kini bila Planet Waves sudah bernaung di bawah D'Addario, tiada lagi strap ini dalam katalog. Strap artis Planet Waves yang masih bertahan hanyalah Joe Satriani. Harga strap sebegini pun terasa melonjak naik berbanding 10 tahun lepas, termasuklah strap jenama Dunlop.
*Selain fungsi menggalas gitar, strap juga adalah fashion statement seorang gitaris.
_____ AADI: Strap kesembilan, hahaha... Satu gitar, satu strap.
Tidak seperti Seymour Duncan Blackouts AHB-1N, pikap-pikap berikut tidak disenaraikan dalam website Bentley Music, dan diskaun jualan hujung tahunnya (YES) hanya eksklusif untuk pelanggan walk-in seperti kes PRS SE Torerro beberapa tahun lepas.
Unsealed...
Namun, kedua-dua pikap ini berjaya diperolehi menerusi perantaraan Gapnap yang datang ke Bintulu beberapa hari lepas. Untuk YES Bentley, EMG-ALX Alexi Laiho set ini berdiskaun 30% manakala *EMG-HZ H1-N pula berdiskaun 50%!
Hmmm... Mana sweatband COB?
EMG-ALX ini antara pikap yang teringin aku miliki sejak diiklankan oleh Dead Eye Guitars sedekad yang lepas. Tapi dengan harga runcitnya, terasa tidak berbaloi ketika itu. Tapi dengan diskaun 30% terasa tersenyum memilikinya.
Ini merupakan batch baharu (batch 2018) berlogo "EMG", tidak seperti batch lama berlogo "EMG-HZ". Kalau ikutkan spesifikasi, EMG-ALX ini sama seperti EMG-HZ H2, ya sebuah pikap pasif.
Yang membuatkannya istimewa ialah litar aktif ABQ EQ/boost seolah-olah memiliki sebuah overdrive/booster dengan frekuensi resonans yang boleh dilaras.
EMG-HZ H1-N (neck) ini pula diperolehi untuk melengkapkan kedua-duanya sebagai sebuah set pikap pasif EMG dengan ABQ EQ/boost aktif.
H1-N ini merupakan batch agak baharu (batch 2015) juga berlogo "EMG" seperti EMG-ALX tadi. Tanpa mata terlatih (trained eyes), kedua-duanya akan nampak seperti EMG Revelation (Prashant Aswani) set.
Akan dipasang untuk projek kegitaran tahun 2022. Secara tidak langsung, ia akan menjadi tribute untuk Alexi "Wild Child" Laiho selepas setahun pemergiannya, walaupun aku bukanlah peminat tegar Laiho dan COB/BAM. Gitar apa? Tunggu...
_____ AADI: *Kalaulah ada model bridge H1-B atau H2-B, memang aku beli lagi satu set.
Mengambil peluang jualan akhir tahun Bentley Music dan kupon 12.12 Atome untuk mendapatkan pikap Seymour Duncan Blackouts AHB-1N (neck) ini.
Ia merupakan unit terakhir dengan diskaun penghabisan 50%, kotaknya barai nampak seperti unit terpakai.
Mujurlah pikapnya masih nampak baharu berplastik (NOS?), dan segala komponen elektronik yang diperlukan - dua pot 25k, kapasitor, stereo output jack, palam bateri 9V dan wayar-wayar - masih dalam plastik.
Kedua-dua Blackouts dan EMG adalah interchange-able. Maknanya, kalau gitar sebelum ini dipasang dengan pikap aktif EMG, cabut dan gantikan dengan Blackouts ini tanpa perlu modifikasi.
Mungkin boleh dicuba pada Deluxe yang bernadi EMG 81/60, atau disimpan sehingga ada gitar perumah yang sesuai.
_____ AADI: Jika situasi mendesak mungkin boleh didagangkan semula.
Ini antara perolehan yang tertangguh sejak April - Nu-X (disebut "niu-eks") MG-30, diperolehi daripada Bentley Music dengan mengambil kesempatan kupon Black Friday Atome berbekalkan dana-dana GLTL hasil jualan beberapa gajet sebelumnya.
"ii) Multi-FX - juga terGAS untuk mendapatkan multi-fx gedabak yang memiliki opsyen effects loop jika projek di atas tidak menjadi, sama ada Line 6 Pod HD500X, Boss GT-100 atau Mooer GE-250. Dan amat berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox lagi tahun ini."
Saiznya tidaklah segedabak jenama/model yang disasarkan pada awal tahun, ia agak kompak cukup-cukup muat masuk dalam beg Pedaltrain-Nano. Pakejnya termasuklah manual ringkas, adapter, NMP-2 dual footswitch, kabel stereo dan kabel USB type-C.
Faktor effects loop membuatkannya dipilih berbanding saingan lain yang tewas - Hotone Ampero One, Mooer GE-200 dan Zoom G3Xn. Dari segi kualiti bunyi pula tak perlulah aku ulas - Nu-X (Cherub) dan geng-geng jenama China lain (Joyo, Mooer, Hotone, dll) antara yang meningkat naik dalam dunia kegitaran dan bisa menggoncang takhta nama-nama besar seperti Boss, Zoom, Digitech, Line 6 dan Vox.
Bijak bagi Nu-X untuk menyertakan NMP-2 dual footswitch untuk mengakses fungsi tambahan MG-30, jika dibeli berasingan harganya sekitar RM150. Selain untuk kegunaan MG-30, footswitch ini juga jenis universal dan boleh digunakan bersama-sama pedal atau amp lain - serasi dengan Boss FS-6.
Dan dengan adanya effects loop SEND/RETURN, MG-30 ini bisa diasimilasikan bersama-sama amp Blackstar HT5-RH dengan menggunakan kaedah 4-kabel (4-cable method). Efek compressor/drive dapat digunakan sebelum amp dan efek modulation/time-based selepas amp.
Skrinnya agak besar (4") dengan paparan warna-warni yang jelas dan beresolusi tinggi, berguna untuk penglihatan yang telah mencecah krisis pertengahan hidup. Juga bijak sekali lagi untuk Nu-X kerana tidak menggunakan skrin sesentuh (touchscreen, seperti Ampero One) pada pedal ini untuk merendahkan kos(?).
Bijak untuk kali ketiga kerana Nu-X memasang palang besi (seperti Pod HD300) untuk menghalang kaki daripada tertendang atau terpijak tombol 1/2/3/4 dalam kehangatan beraksi di atas pentas.
Buat masa ini aku hanya menggunakan preset asal yang tersedia (factory presets) terutamanya preset ohsom daripada Pete Thorn dan preset bass daripada May Patcharapong.
Kalau tengah bosan atau tengah tunggu gitaris lain tengah tuning, boleh main game Snake macam game yang ada pada telefon Nokia dulu-dulu.
MG-30 ini akan menjadi multi-fx utama menggantikan Digitech RP360 yang telah dilepaskan beberapa bulan lepas. Seperti multi-fx yang lain, ia lebih ampuh jika digunakan bersama-sama speaker FRFR (kes aku IRT-X) atau terus ke FOH/PA system berbanding amp gitar. Dan disebabkan ia juga dapat digunakan untuk dan gitar akustik dan bass, berkebarangkalian besar B1Xon akan cuba dilepaskan untuk modal pusingan.
Fungsi lain seperti CTRL, SCENES, parallel effects,USB reamp, Quicktone dan sebagainya mungkin akan diteroka dan dijadikan modal untuk etnri akan datang...
Ini merupakan kali kedua aku memesan barangan kegitaran terus daripada website Bentley Music, kali pertama 2017 dengan gigbag bass Ritter (tak buat entri pula). Pengeposan percuma menggunakan Poslaju (duh~) untuk pembelian melebihi RM100. Ironinya, bungkusan ini tiba seminggu dan bukannya sebulan (mun paham bisa~).
Bentley dipilih kerana harga kedua-dua item ini lebih murah berbanding berbanding premis-premis online lain mahupun platform Lazada/Shopee. Contohnya Dunlop Straplok SLS1034GL dengan kemasan emas ini masih lagi murah (batch lama?) berbanding tempat lain yang sudah mendadak naik (batch baharu?).
Begitu juga dengan set tali bass D'Addario EXL220BT yang berdiskaun 10%. Biasanya versi balanced tension (EXL220BT) mahal sedikit berbanding versi biasa (EXL220).
_____
AADI: Salam Aidiladha 1441H, masih lagi suasana "raya PKP" di sini.
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?