_____
AADI: OEM tips for Hako.
Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 7)
oleh Ijau D. Koceng 04 September 2024 pada 6:00 AM 0 commentsNomad Gauges
oleh Ijau D. Koceng 16 March 2023 pada 6:00 AM 0 commentsBersempena jualan Founder's Day CK Music aku ada memesan satu set barangan podcast yang aku rasa memang murah gila berbanding harga asal. Aku rasa macam tak munasabah kerana diskaunnya hampir 90%. Tapi tak salah mencuba dan terus masuk bakul, kot-kot macam kes B-stock Dinky.
Beberapa hari kemudian dihubungi oleh seller CK Music, orang yang sama aku deal ketika memesan ex-Celeb (Ovation Celebrity CC24S) dulu. Seperti yang dijangka mereka salah letak harga, terlupa letak satu digit, patutpun murah gila. Ada sesetengah seller mereka akan "honour the price" kalau mereka yang salah. Tapi tak mengapa, aku faham.
Jadi aku gantikan pembelian dengan produk Music Nomad iaitu Precision Nut Height Gauge dan Precision Truss Rod Gauge. Kedua-dua alatan ini amat berguna untuk mengetahui lurus, cekung, cembung fretboard yang optimum dan ketinggian nut untuk menentukan tinggi/rendah action dengan mudah dan jitu.
Sebelum ini untuk rujukan peribadi, aku hanya menggunakan pick 1.14 mm diletakkan di bawah tali GBE pada fret ke-12 dan action ditinggikan cukup-cukup sebelum pick itu jatuh. Untuk kelurusan fretboard pula biasanya aku pakai pembaris 1 meter. Semua main agak-agak sahaja secukup rasa.
_____
AADI: GHS Boomers 9.5-44 penggenap harga.
Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 6)
oleh Ijau D. Koceng 22 September 2021 pada 6:00 AM 0 commentsMitutoyo Shiro
oleh Ijau D. Koceng 04 April 2021 pada 6:00 AM 0 commentsSebelum bertukar hakmilik, Mr. A sudahpun memasangkan set tali baharu pada Shiro (ESP Eclipse-II) ini, katanya Elixir 10-52. Pengalaman aku, saiz 10-52 agak serba-boleh untuk gitar berskala 24.75" pada talaan yang selalu aku guna - Eb-standard/drop-C# dan E-standard/drop-D.
Tapi aku was-was dengan saiznya kerana terasa agak keras pada talaan Eb-standard berbanding 10-52 Ernie Ball dan Skull Strings yang pernah aku guna sebelum ini.
Aku tak pernah beli tali jenama Elixir, tapi ikut pengalaman pada tali bass ex-Black Ice, sadurannya akan mula "membulu" akibat selalu kena pick. Jadi kebarangkalian ini adalah tali jenama Elixir amatlah tinggi.
Untuk mengetahui diameter tali, aku menggunakan angkup digital Mitutoyo, pinjam opis punya. Aku ada angkup vernier versi Mr. DIY/Super Save, tapi untuk bacaan bawah 1 mm memang tak tepat dan jitu.
Selepas diukur ternyata set tali ini bersaiz 10-13-17-30-42-52, tapi entahlah kenapa tidak "feel" seperti dua jenama di atas tadi.
Mungkin akan dipasangkan dengan set Turbo Slinky (9.5-46) yang diperolehi beberapa minggu lepas. Ernie Ball ni tak boleh disimpan lama-lama dalam stok, nanti menyesal... Sempat menjenguk TOM bridge dan tailpiece, ternyata ia juga berjenama Gotoh.
Bersambung...
_____
AADI: Set Elixir dikitar semula untuk gitar lain.
Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 5)
oleh Ijau D. Koceng 02 December 2020 pada 6:00 AM 0 commentsAda Sesuatu Daripada Steward-MacDonald (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 28 February 2019 pada 6:00 AM 1 commentSepatutnya untuk menjaga integriti, ia perlu dilekat semula dengan sellotape rasmi seperti yang KDN selalu buat (contohnya entri ini), ataupun paling cikai ada nota mengatakan dibuka untuk pemeriksaan kastam. Mujurlah semua barang yang dipesan masih ada. Tapi tak mengapa (parap-parap), kita teruskan entri...
Barangan yang dipesan kali ini; seunit ESP multi spanner, seunit CTS DPDT push-pull 500k pot solid shaft (lagi), dua unit CTS SPST push-pull 500k pot split shaft dan Golden Age wiring jig untuk Les Paul.
Apa yang menariknya pembelian kali ini dapat baucar "surprise gift" bernilai USD15.00 daripada StewMac bersempena Krismas dan Tahun Baru, yang aku kira sebagai penanggung kos penghantaran.
Hero utama kali ini ialah ESP multi spanner, antara tools yang terGAS sejak 2014 lagi. Kebetulan ketika ia dipesan ada diskaun 18% bersempena jualan hujung tahun. Aku dah ada versi
Wiring jig daripada Golden Age ini nampak lebih hipster dan trendy, kah kah kah... Tujuannya? Untuk memudahkan proses pematerian di luar kaviti gitar Les Paul. Lain cerita, sebelum ini aku pernah ada ada wiring jig Les Paul DIY daripada kadbod dan plywood, tapi kedua-duanya dibuang secara tidak sengaja oleh Mrs. Ijau, sedih...
_____
AADI: Next, radius gauge.
Wordless Wednesday: Birthday Comes Early (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 26 December 2018 pada 6:00 AM 4 komen:Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 4)
oleh Ijau D. Koceng 19 December 2018 pada 6:00 AM 0 commentsAda Sesuatu Daripada Steward-MacDonald
oleh Ijau D. Koceng 09 July 2018 pada 6:00 AM 1 commentKotaknya kemas tetapi tidak berdaftar seperti bungkusan STM, agak berisiko untuk tidak sampai seperti kes pikap Entwistle dalam entri ini. StewMac merupakan pilihan terakhir untuk mendapatkan item atau alat ganti gitar yang tidak dapat diperolehi melalui eBay, Lazada atau Shopee.
Untuk permulaan ini hanya memesan tiga item - CTS push-pull 500k pot, switch tip (CRL Oak Grigsby size) dan The Key. Harap-harap nanti bila nilai forex ringgit dah stabil, mungkin akan cuba memesan beberapa item lain lagi.
The Key merupakan item utama untuk pembelian kali ini, sudah sekian lama ingin memilikinya. Disebabkan 80% daripada gitar elektrik yang aku ada memiliki sistem tremolo (Floyd Rose dan setaraf), maka alat ini perlu ada untuk membuat intonasi.
Walaupun ia dikhaskan untuk tremolo Floyd Rose (FRO, FR1k, FRS), tetapi ia juga serasi dengan tremolo Gotoh GE1996T seperti yang ada pada Mirage. Kalau tremolo Ibanez Edge III atau Edge Zero II aku rasa ia tidak serasi.
Juga akan digunakan untuk servis intonasi gitar bertremolo rakan-rakan di Bintulu.
_____
AADI: Item lain, tak payah ceritalah kan?
Step Drilling
oleh Ijau D. Koceng 28 April 2018 pada 6:00 AM 2 komen:Hujung heksagonnya memang serasi dengan lubang pada drill Bosch GSR ProDrive, membuatkan kerja-kerja semakin mudah. Masking tape digunakan sebagai penanda supaya tidak terlajak
Masking tape juga digunakan semasa proses mengorek supaya kemasan tepi lubang pada permukaan Goldie tidak pecah/retak. Kerja-kerja membesarkan lubang tak sampai pun 5 minit, kalau guna kikir entah berapa lama masa yang diambil.
Hanya pot CTS All Parts sahaja yang digunakan kerana memiliki groove kasar yang sesuai untuk tombol asal Epiphone yang jenis tekan (push-in). Pot CTS DiMarzio EP1201 memiliki groove halus dengan diameter yang agak lebar. Mungkin sesuai untuk tombol jenis berskru.
Dipasang pot volume sahaja, bypass tone (wayar label biru), kerana aku cuma ada dua unit pot CTS All Parts dan dua unit CTS DiMarzio (yang mulanya dirancang untuk tone). Nanti kalau dah ada stok CTS All Parts baru, akan dipasang kemudian bersama-sama dua biji buah oren.
Juga bereksperimentasi menggunakan penebat heat shrink tube untuk projek kali ini. Nampaknya kena ada pemanas yang sesuai barulah ia mengecut dengan sempurna, aku menggunakan pengering rambut dan pemetik api, kah kah kah...
Bersambung...
_____
AADI: Dah lama Goldie tidak beraksi.
Wordless Wednesday: Imperial Step Drill Bits
oleh Ijau D. Koceng 11 April 2018 pada 10:00 PM 2 komen:Solder Of Fortune (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 17 March 2018 pada 6:00 AM 2 komen:Menggunakan platform Shopee (ubah angin kejap, dah bosan Lazada) aku mendapatkan dua jenis besi pemateri "berjenama" dan beberapa pembelian sampingan daripada States Electronic Sdn. Bhd. (seller id e_World) yang berpengkalan di Ipoh.
![]() |
| Pro'sKit SI-S106A, ditulis 30W tapi sebenarnya 20W (duh~). |
![]() |
| Hakko Red 24W. |
Dan nilai Watt merujuk kepada kuasa (power) yang diperlukan untuk elemen pemanasan, bukannya berapa panas suhu yang dihasilkan. Betul tak Yustech?
Satu daripada pembelian sampingan ialah Pro'sKit Helping Hand 608-391A, yang juga memiliki lensa akrilik bermagnifikasi 6D/2.5X. Sesuai untuk memegang komponen kecil semasa memateri.
Dan dua unit bateri AA GP ReCyko+ 1300 series yang (kononnya) akan dikhaskan untuk kegunaan Boss GT-1 supaya lebih mudah alih semasa Rock & Mob kelak, adapter PSA akan dijadikan sebagai backup.
Daripada penggunaan percubaan, didapati timah pateri lebih mudah cair dan melekat pada permukaan muncung (tip) kedua-dua pemateri tadi. Memang jauh beza berbanding pemateri cap ayam yang digunakan selama ini. Dan yang paling penting, kedua-duanya menggunakan palam tiga pin 13A dan memiliki sticker SIRIM.
_____
AADI: Tak jadi nak pilih Hakko Presto.
Alat Ganti Elektronik Gitar Gaya Lazada (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 13 October 2017 pada 6:00 AM 1 commentDua unit potentiometer Alpha jenis push-pull A500k dan B500k untuk stok, sesuai untuk tone dan volume masing-masing. Dua unit suis jenis toggle, satu dipesan untuk menggantikan suis pada ex-EC-256 si Korawk, satu untuk stok simpanan.
Dan multi-spanner OEM yang mengikut spesifikasi jenama ESP. Dah lama mencari alat ni, nak beli yang original ESP memang mencecah RM50 (StewMac) sebelum masuk kos penghantaran.
Cuma tinggal alat yang dipanggil "The Key" saja lagi belum kesampaian, kalau ada memang senang nak buat intonasi gitar ber-Floyd Rose.
_____
AADI: Remeh tapi berguna.
Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 04 October 2017 pada 6:00 AM 3 komen:Antara Ibanez, Bespeco Dan Reco
oleh Ijau D. Koceng 05 August 2016 pada 1:00 AM 0 commentsKalau tak silap, dulu multi-tool ni hanya eksklusif untuk gitar Ibanez Prestige, sekarang ia sudah boleh dibeli secara berasingan.
Peralatan yang sesuai untuk disimpan dalam gigbag atau dalam gig survival kit, untuk kegunaan tatkala kecemasan dan kejadian tahi (shit happens?) contohnya menukar tali gitar semasa jamming atau gig.
Model SLYS2J merupakan kabel berkepala tiga, daripada TRS 1/4" (6.3 mm) stereo jack kepada dua 1/4" mono jack, versi 1.8 meter (6') panjang. Tema warnanya hitam-jingga memang menarik.
Sesuai digunakan untuk multi-effects yang memiliki output stereo seperti Zoom G1/G2 dan Vox ToneLab EX. Output stereo tadi boleh dipecahkan kepada output mono kiri dan kanan secara berasingan.
Toggle switch washer berwarna hitam menggantikan washer asal Goldie ('57 Goldtop) yang berwarna cream, supaya nampak serasi dengan tema warna hitam ring pikap ProBucker.
Untuk mengubah penampilan Goldie (face-lift), mungkin aku akan cuba gantikan keempat-empat tombol top-hat berwarna amber kepada tombol jenis speed-knob berwarna hitam.
_____
Ada apa: Nak cari tool The Key pula.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Anak autis aku memang suka dinosaur sejak kecil, dah berapa banyak aku belikan buku-buku ensiklopedia berkaitan dinosaur dan ilmu alam lain....
-
Bulan ini beberapa kali singgah di E-Mart Riam (Miri). Biasanya singgah untuk mencari makan tengah hari sementara menunggu urusan kesihatan...
-
Bagi yang mengikuti AADI pastinya tahu ini antara franchise yang aku follow sejak 90an lagi. Sudahpun dibuatkan entri sejarah ketika ulang t...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Kali ni aku raid kedai kaset kat area old town Bintulu, Sun Yun Music House . Tempat aku beli CD Ella - 30110 dan Fenomena Rock Klasik - I...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-




















































