Showing posts with label zoso music. Show all posts
Showing posts with label zoso music. Show all posts

Peti Lembut V


Dah lama aku intai softcase SKB SC58 Flying V ni di Zoso Music (Bintulu), rasanya sejak bulan April lagi, selepas mendapat info daripada seorang rakan yang rajin ke sana.


Agak berdebu, mungkin stok lama yang terperap (NOS) dan harga yang ditawarkan pun agak berbaloi. Untuk kepastian, aku membawa King V aku (Sarge) ke premis Zoso untuk dicuba muat dengan softcase ini.


Aku perlukan sebuah softcase yang ergonomik untuk mengusung Sarge ke studio jamming dan lokasi gig. Hardcase amat leceh dari segi logistik (berat dan tiada strap bahu), gigbag yang ada sekarang (generic GC-EX atau Gator GBE-EXTREME-1) cukup syarat dan hanya memberi perlindungan yang minimum.


Daripada gambar stok website SKB, ruangan dalaman softcase ini nampak lebih khusus untuk Dean V-series berbanding Flying V (Gibson/Epiphone) berdasarkan ruang yang cukup besar untuk headstock bercabang ikonik Dean.


Bentuk King V agak kecil berbanding Flying V, jadi agak longgar pada bahagian dalamannya. Masalah ini boleh diatasi dengan menyendat tuala kecil atau span tambahan. Lagi bagus longgar daripada tak muat langsung kan?


Dan ruang headstock yang besar tadi juga sebenarnya muat untuk kecondongan headstock ikonik Jackson sama ada standard atau reversed.


Memiliki dua ruang penyimpanan sampingan, satu di bahagian atas yang aku rasa sesuai untuk menyimpan kabel atau strap. Dan bahagian bawah yang memiliki poket kecil-kecilan untuk buku nota, pen, pick, tuner, tools kecil-kecilan dan tali gitar ekstra.


Dengan strap bahu yang selesa dan berpad, mobilitinya terasa seperti menggalas gigbag. Manakala material EPS yang tegap tetapi ringan memastikan gitar di dalamnya terasa terjamin tanpa ragu. Untuk masuk ruangan kargo pesawat pula, itu aku tidak jamin.


Bahagian bawah juga mempunyai alas tambahan sekiranya peti ini diletakkan secara menegak (horizantal).

Dengan adanya softcase ini, menggalas Sarge sambil mencilok-cilok sekitar gig tempatan menjadi lebih mudah. Dan jenama SKB itu sendiri terbukti berkualiti sama par dengan jenama Gator.

_____
AADI: Agak-agak boleh muat bentuk Rhoads tak?

Peti Gitar Cap Buaya


Dah lama teringin nak dapatkan hardcase Gator GC-ELECTRIC-A ni. Kalau beli online harganya sekitar RM3XX, tapi disebabkan saiznya, bila ditambah dengan kos penghantaran ke Sarawak, sudah agak tidak berbaloi.


Kebetulan beberapa minggu lepas Zoso Music (Kuching) ada jualan penghabisan stok dan hardcase ni antara yang tersenarai. Harga selepas diskaun ditambah dengan kos penghantaran ke Bintulu (guna bas ekspress) adalah lebih kurang sama dengan harga online tadi.


Berurusan dengan krew Zoso Music Bintulu untuk proses pesanan dan pembayaran, hardcase ni tiba dan dituntut dua hari kemudian. Meskipun penghabisan stok, hardcase ni merupakan batch baru (inspected on 13/10/2016), good to know...


Fungsi utama adalah tempat penyimpanan Calypso (So-Cal Style 1 HH), dan juga persediaan untuk travelling (jika perlu). Model ni memang khas untuk saiz Stratocaster/Telecaster (dan mungkin superstrat lain), memang perfect fit untuk gitar hijau ni. Materialnya juga lebih tahan berbanding hardcase ular sawa yang aku pernah ada dulu.


Malangnya, bukan semua superstrat boleh muat hardcase ni, Mirage (M-103FM) tidak muat, headstocknya agak panjang. Dan aku berpendapat, siri-siri LTD lain seperti H-series dan MH-series juga tidak akan muat kerana dimensi yang lebih kurang sama dengan M-series.

Tapi kalau korek entri lama, Jackson Dinky macam Dinky Bro Adam (DK2FS) boleh muat hardcase jenis ni, selamatlah kalau ada Dinky/Soloist. Ibanez RG/S series aku tak pasti, tapi rasanya boleh muat kot?

_____
AADI: Selamat bulan April.

Majestica - Simfoni Infiniti


Majestica, sebuah band progressive rock Iban dari Bintulu mula menggegarkan industri muzik Iban dengan lagu-lagu yang berbeza daripada lagu-lagu komersil Iban yang biasanya berirama rock & roll dan joget.


Setelah menunggu beberapa tahun, akhirnya Majestica berjaya meriliskan album penuh pertama mereka Simfoni Infiniti (kalau tak silap pelancarannya seminggu selepas raya baru-baru ni). Untuk info lanjut boleh lawati Facebook mereka.


Rilisan ni bukan alang-alang, bukan demo atau split atau EP, tapi album penuh. Rilisan tahap pro, siap ada sticker ori hologram KPDNKK. Tapi sayangnya di Bintulu ia tidak dipasarkan secara komersil di premis-premis menjual CD (sedih™), unit yang aku perolehi ni pun dibeli di premis Zoso Music secara lisan. Kebetulan drummer mereka Boyzt, merupakan tauke Zoso Bintulu.

Tracklist
  1. Simfoni (Instrumental)
  2. Munsang Mirah
  3. Ais Ati
  4. Tongkat Dunya
  5. Tua Selama Ya
  6. Sapa Tua
  7. Sangkar Pemula
  8. Egois
  9. Infiniti
  10. Infiniti (guitar backing track)
Aku hanya faham 20-30% bahasa Iban, tapi dari segi muzik, mereka memang mantap, kerja gitar (guitar works) Romy Bujang Kesindap memang terasa ada elemen progressive ala Petrucci. Lagu paling aku suka Tongkat Dunya.


Dan tak lupa single hits pertama mereka yang agak radio friendly (memang selalu masuk radio tempatan lagu ni) iaitu Tua Selama Ya.


Aku mula mengenali Majestica setelah berkongsi pentas dengan mereka semasa Oktoberfest 2012 di La Bistro, Kemena Hotel, sekali lagi semasa Bintulu Music Fest 2013. Semasa Love & Peace Gig pula tak sempat, sebab mereka main sebelah malam.

Majestica.
Terbaik dari Bintulu!

_____
Ada apa: Serius, ini CD lagu Iban pertama yang aku beli.

BMF2013: Prequel


Jumaat (1/3/2013) - Beberapa gambar sekitar kerja-kerja buruh kasar dan soundcheck pada malam sebelum gig Bintulu Music Fest 2013 bertempat di Stadium Muhibah Bintulu.


Penganjur suruh aku datang sekitar 9.00 malam untuk tolong-tolong bab teknikal dan audio, tapi waktu aku sampai semua dah siap cuma tinggal soundcheck saja lagi.

Aku agak teruja melihat perkakasan ada di atas, di belakang dan di bawah pentas. Selain perkakasan asas 36 Studio, juga disokong oleh perkakasan "live concert" dari Vaie Entertainment dan Zoso Music.


Selain geng Metuk Ulau Project, ada juga beberapa kumpulan lain yang hadir pada malam tersebut untuk sessi soundcheck. Tapi kami dimaklumkan oleh pihak penganjur hanya dapat soundcheck selepas pukul 11.00 disebabkan tidak mahu mengganggu mereka yang masih main futsal di bawah (gelanggang futsal disewa sehingga 11.00 malam).


Tapi malangnya sehingga pukul 12.00 tengah malam masih ada masalah teknikal yang dialami, antaranya amp bass Hartke HyDrive 5210C, nasib baik ada backup amp bass Peavey. Ramai ahli-ahli kumpulan yang datang untuk sessi soundcheck tadi mula beredar pulang seorang demi seorang...

Bob Kandar dan Rezal BIMM.
Aku nak cuba tolong troubleshoot pun rasa segan, sebab dah cukup ramai "kaki-tangan teknikal" yang ada ketika itu, seorang cakap lain seorang cakap lain, malaslah nak masuk campur. Aku pun beredar pulang sekitar 12.30 malam dengan hati yang agak hampa bukan sebab tak dapat soundcheck, tapi terlepas peluang nak tengok filem Rocky V di TV2.

_____
Ada apa: Daripada info kurang rasmi, pukul 3.00 pagi baru selesai masalah...

Ada Apa Dengan The 2010 Great Music Sale?


It's that time of the year once again. It's time for CK Music Year End Sale (YES). Tahun ni lain sikit namanya "The 2010 Great Music Sale".

Patutlah dari pagi semalam aku tak dapat akses website CK Music, rupa-rupanya diorang tengah buat maintenance persediaan untuk YES.

Imej link dari website CK Music.

YES tahun lepas aku sempat rembat Zoom B2, Korg GA-1 dan Vox Satchurator. Tahun ni pada mulanya memang banyak stuff aku target (some Vox stuff maybe). Tapi disebabkan demam Iron Maiden Singapore, dana-dana yang pada mulanya diperuntukan untuk YES (lama kumpul ni wei) telah dibeloti untuk membeli tiket Sistic dan tiket Air Asia. Up the Irons! \m/

One of the participating outlet mentioned in the catalog was Zoso Music Bintulu. Tapi adakah harga yang ditawarkan di Zoso Music sama dengan CK Music? Aku berani cakap - HELL NO! Nanti kalau ada masa aku nak pi tengok showcase room baru Zoso Music yang kini telah berpindah dari Parkcity ke Medan Raya.

[Edited @ 9.25 pm] Info terkini daripada Jairo menyatakan bahawa participating outlets di Sabah (Hollywood Music House) menjual **** ** dengan harga yang sama seperti dalam katalog CK Music. Damn~ Esok nak kena singgah Zoso Music Bintulu juga ni.

[Edited @ 30/11/2010 10.45 pm] Petang tadi sempat singgah Zoso Music Bintulu. Walaupun showroom baru nampak lebih luas dan, tapi tadak apa-apa promosi walaupun rata-rata tertulis Zoso Music Bintulu pada katalog CK Music YES. Dan yang paling menyedihkan, kedai baru ni tadak studio jamming macam kedai lama.

Btw, you can download the 2010 YES catalog here.

_____
Ada apa: Tengah mengira duit syiling dalam tabung yang baru dipecahkan...

Bass Talk: Kustom KB100 Bass Amp


KB100 Specifications:

  • RMS Wattage: 100 watts
  • Speaker: 1 x 15-inch Kustom
  • Horn Type: N/A
  • Input Configuration: 0 dB & -6 dB
  • EQ: Bass, Lo-Mid, Hi-Mid, Treble
  • Gain Control: Yes
  • Effects Loop: Yes
  • Line Output: XLR with Volume Control
  • External Speaker Jack: Yes
  • Headphone Jack: Yes
  • Auxiliary Input: Yes
  • Dimensions: 23.5 (H) x 18.75 (W) x 15 (D)
  • Dimensions (mm): 597 (H) x 476 (W) x 381 (D)
  • Weight: 53 lbs/24 kg <-damn! this thing was heavy
  • Power Amp Circuit: Organic Overdrive
  • Retail Price: RM1098 @ Guitar Collection

Specifications, price and image taken from Guitar Collection website.

Petang semalam lepas balik kerja aku singgah kat Zoso Music, browsing for some "big" bass amp not those 10-35 watt practice amps. Cuma ada tiga bass amp besar kat Zoso - Kustom KB100, Fender Rumble 75 dan Randall RX75BM, yang lain-lain semua practice amps. Daripada harga per watt, Kustom KB100 agak menarik perhatian berbanding Fender dan Randall.

Yang bestnya aku dapat test amp ni kat Zoso, test dengan Cort Action bass direct to amp without any effects. Hohoho! baru pulas volume suku tapi bunyi dah kuat bergegar satu kedai! Test beberapa bassline lagu The Trooper, Wasted Years, bla bla bla... Ala lagu-lagu yang selalu kitorang jamming la, lagu lain mana aku reti...

Tag price RM1450!

Pros

  • F*cking 100 watts!
  • 15" speaker.
  • 4-band EQ bass, low-mid, hi-mid, treble.
  • Effects loop, XLR output with volume, external speaker output.
  • Auxiliary input, headphone output.
  • Passive (0dB) and active (-6dB) inputs.
  • Barang memang dah ada di Bintulu, tak payah nak order.

Cons

  • 24 kg! Berat nak mampus...
  • No built-in effects except gain (eh, ni kira bagus lah ni).
  • Boxy shape, doesn't have tilt-back @ kick-back monitor position.
  • Bukan selalu dapat pulas volume lebih daripada suku.

Last price? Paling rendah aku boleh dapat dalam RM1.3k nett. Not bad eh? Kalau bandingkan dengan retail price Guitar Collection lebih kurang RM1.1k, beza RM200+ tu boleh dikira sebagai shipment cost la kan (actually Guitar Collection charged RM180+ for shipment via City-Link). Planning to get it next week after payday, tapi kena fikir masak-masak dulu.

Jadi persoalannya, adakah berbaloi aku beli amp besar macam ni? Kalau aku beli pun mungkin ia akan statik melepak kat Hepi ;) makeshift studio sahaja sepanjang masa. Nak beli yang sederhana tapi mobile (45-75 watts) macam alang-alang la pulak kan?

Kustom KB100 (KXB100) bass amp, more info at Kustom official website.

Btw, main gitar kat amp bass tadak masalah kan? Lainlah kalau main bass kat amp gitar...

_____
Ada apa: Tu belum lagi test dengan PHAT II Black Ice aku...

Ada Apa Dengan Katalog Ibanez 2010?


Pagi tadi aku berkesempatan singgah kejap kat Zoso Music sementara menunggu *ehem-ehem* aku hantar thermopotnya yang rosak kat Kuan Sing Electric (next door from Zoso).

Kali ni aku nampak ada banyak katalog alat muzik yang dijual dengan harga RM5.00 per copy. Satu daripada katalog tu ialah Ibanez Electric Guitars, Electric Basses, Amplifiers, Effects & Accessories 2010, katalog yang sama seperti yang aku dapat dari Bro Sub dalam entri ni. Katalog-katalog lain? Mostly drum products (Tama, Sonor, Pearl). Kan best kalau ada katalog ESP/LTD, Jackson ataupun Epiphone...

Jadi, kepada saudara Muspeed, sekiranya hang berminat (aku tau hang memang minat pun) sila hubungi aku untuk urusan seterusnya...

Btw, patron Zoso Music (Mr. Jot) ada bagitau aku yang diorang sediakan servis tukar pickup dengan cas RM30 untuk passive pickup dan RM50 untuk active (pickup lain harga) and he's also quite familiar with orange drop capacitor. So, to Bro Sub... I've found a Jedi Master here in Bintulu hehehe...

_____
Ada apa: Aku tak pasti lagi tahapnya, sama ada betul-betul Jedi Master atau masih lagi Padawan Learner.

jamming session at zoso music


(entry #32? hehehe) sabtu 21/11/2009 - mula2 hari ni around 1000hrs plan nak jamming kat makeshift studio kitorg (kat opis la), aku dah siap2 bawa instrument & equipment aku (dah plan nak debut my behemoth utk sessi kali ni), semua dah sumbat masuk imago... tp disebabkan kali ni ada byk arah melintang yg rasanya xpyhla aku ceritakan. last2 bob kandar ajak jamming kat studio

dipendekkan cerita, kitorg book studio jamming kat zoso music utk 1 jam (1230-1330hrs) dgn sewa RM35/jam (+RM2 weekend surcharge). rasa2nya sblm ni aku xpnh main (gitar/bass) kat studio jamming... dulu2 klu jamming, aku layan vocal je

aku xpasti apa yg tersembunyi di dlm kotak warna hitam kiri skali tu (aku rasa adapter utk kedua2 pedal boss). pedal biru ialah boss CH-1 super chorus pedal dan yg hitam tu ialah boss MT-2 metal zone pedal yg kebilangan (terbilang)

line-up kali ni

bob kandar - drums
jo - guitar/bass/vocals
aku - guitar/bass/vocals
mrs. bob kandar - penonton
(hehehe... bob kandar bawa wife)

maybe sessi ni sessi jamming yg terakhir jo bersama2 kitorg, sbb next year jo akan transfer pi cawangan sabah. aku xpasti ibanez GIO model apa yg studio ni pakai... tp aku rasa siri GRX

kehidupan seorg (rookie) bassist yg terlampau. bass studio ni ibanez GIO model GSR180, sambung kat behringer ultra bass chorus BUC400 (baju biru kat tepi drums tu mrs. bob kandar)

bob kandar yg berkenan dgn set drum pearl, siap ketuk2 snare mcm kompang

amp marshall tp xpasti model apa tp aku rasa yg 100w. amp utk bass pula guna fender rumble... mmg bleh tahan kedua2 amp ni. ntah bila la aku dpt beli amp besar mcm ni. drp hasil 'pendengaran' aku yg xseberapa ni, (aku ada cuba2 main riff dialectic chaos) distortions boss MT-2 mmg power dan berat... tergerak hati aku nak beli, tp yela kan brand boss ni mahal. klu skali dgn ac adapter mau dkt RM500 jugak melayang. alternatif lain? aku nak target beta aivin heavy metal HM-100 (review krenmaut)

aku xtau, mcm ada something wrong je dgn sessi jamming kitorg ni... maybe sbb masa terhad cuma ada 1 jam, xmcm main kat tmpt sendiri (makeshift studio) bleh main berjam2 ikut suka hati selagi xbosan. lgpun muzik dan tempo kitorg very loose, xbrapa masyuk... atau maybe aku masih rookie, slalu buat silap... jd, hasilnya 'hentam sajalah!'

mula2 kitorg ada ajak azroy utk join kitorg, tp dia hari ni ada show kat kelab kidurong sempena karnival keluarga petronas bintulu.... hmm, ptg ni lps abis jamming aku dan bob kandar plan nak pi tgk karnival ni (dgr2 mlm nnti ada amy search perform) but that was another story...

harap maaf, kualiti pic kurg memuaskan... memandangkan suasana dlm studio yg suram2 low light condition dan pic diambil menggunakan (night mode) camera phone SE K618i yg low-tech

_____
p/s: nak cari bass mentor...

...of string and me (part 3)


penantian 5 hari~ akhirnya... ibanez gio soundgear GSR190J

tghari td mr. ayang sms "ur bass arrived" so lunch hour pkl 1 aku pun bergegas pi zoso music. sampai je kat zoso, ibanez aku dah tergantung kat stand hitam berkilat lagi tu~

mr. ayang pun suruh aku test power... lps tune sket2 (guna electronic tuner yg dtg skali dgn set ni) aku lyn la nirvana ngan black sabbath (come as u r & iron man, tu je yg aku tau... hehehe) 3-4 round dgn setting yg optimum (ala amp 10w je) soalan mr. ayang "u suka nirvana?" aku jawap "biasala zmn i skolah dulu ofkos layan nirvana" (padahal dlm hati sbb tu je lagu yg aku tau main stakat ni) dah test 15-20mnt kat zoso, aku pun byr balance then bungkus bawa masuk imago aku

ptg lps balik keja aku terus balik umah, memandangkan arini xmain futsal sbb hari selasa & khamis giliran team pompuan yg main. sampai2 je umah aku terus punggah... then susun pose nak amek pic riak ;)

test2 power xsedar dah 1 jam aku gig sorg2 (dgn volume yg minimum sbb xmau jiran2 bising) ntah aku pun lupa aku main lagu apa... rasa2nya main hentam2 je kot asal kluar bunyi. patutnya mlm ni aku pi majlis mkn mlm kat dewan suarah sempena sambutan ulang tahun ke-28 pemerintahan pehin sri... tapi aku mcm malas nak pi sbb temptation ibanez ni membuatkan aku melekat kat rmh. aku rasa nak bg nick kat bass aku ni, sbb dia itam... aku nak bg nick CROWS tribute lagu/album tarot "crows fly black" (wlupun marco guna warwick bkn ibanez)

to be continued...

_____
p/s: welcome to the bass club~

...of string and me (part 2)


setelah survey2 kat internet + lawatan sosial ke zoso music, aku pun nekad nak beli satu set gitar bass utk aku blajar main (seriuosly! learning from scratch... basic, doremi, abc) kesian gak dgn kapok housemate aku (mr. jo), kena bantai main bass style...

atas nasihat dan komen2 (racun) drp joad (manggas), jairo (mi scusi) dan mr. ayang of zoso music (mr. bkn miss) aku decide angkat set ibanez GSR190J dgn harga RM1.2k okela utk hrga kat bintulu ni (yg potong leher) sbb kat ebay pun RM9xx+20

cilok dari website ibanez

set bass jump start ni rasa2nya sesuai utk projek permulaan aku (nak lebih lanjut klik pic set kat atas) sbb everything dah complete utk beginner level mcm aku, berbanding klu aku beli berasingan (mix & match) sbb aku sket lagi nak angkat squier j-bass/yamaha RBX170 + ibanez amp @ RM1145 tp xberbaloi sbb xdpt apa2 aksesori kecil2an lain (gig bag, tuner, strap, dll)

well, aku dah order dgn mr. ayang set ibanez tu dgn deposit RM1k, paling cpt sampai hari rabu ni 25/3 (ngam2 gaji ni) plng lmbt maybe isnin dpn 30/3, so nnti2 kan la...

to be continued...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger