Showing posts with label js music. Show all posts
Showing posts with label js music. Show all posts

250k Solid Shaft


Memilih untuk mendapatkan potentiometer Ernie Ball 250k solid shaft (P06382) menggunakan birthday gift card RM30 daripada JS Music. Mulanya ingin mendapatkan set tali gitar, tapi dah terlalu banyak dalam stok peribadi.

Kenapa solid shaft? Kerana ia akan dikhaskan untuk gitar tertentu, begitu juga nilai 250k untuk pikap tertentu. Tunggu untuk projek modifikasi akan datang, itupun kalau rajin...

_____
AADI: Simpan dalam stok dahulu.

1 Mega Ohm Potentiometer


Menggunakan kupon hari lahir kelab JS Music untuk mendapatkan dua unit DiMarzio EP1202, 1M (1000k) ohm potentiometer.

Walaupun dilabel sebagai TONE, tapi ia jenis "custom taper" seperti pot 250k/500k DiMarzio yang lain, maknanya boleh juga digunakan untuk VOLUME bagi memberikan output pikap humbucker yang lebih nyaring berbanding pot 500k.

Sesuai jika menggunakan kabel yang panjang dari gitar ke pedal atau amp, atau digunakan untuk menyaringkan sedikit pikap humbucker yang jenis kelam (dark). Dan seperti pot DiMarzio yang lain, ia bersaiz CTS.

_____
AADI: Simpan dalam stok dulu.

Strap PolyLock Neoprene


Mengambil peluang menggunakan kupon/baucar ahli JS Music Club untuk mendapatkan strap Ernie Ball PolyLock Neoprene Wide 3" ini, menggantikan strap Mono Betty yang sudah rosak (untuk kali kedua).

Strap dengan padding tebal begini memang sesuai untuk menggalas gitar-gitar aku yang berat. Tapi selepas mencubanya, lebih banyak kelemahan berbanding kelebihan. Kelebihan utamanya ialah mekanisma pengunci PolyLock yang amat ringkas tetapi praktikal berbanding mekanisma Planet Lock pada strap Planet Waves.

Ia juga dapat digunakan pada strap button gergasi yang biasa dipasang pada gitar-gitar Jackson dan BC Rich (tak muat pada Planet Lock).

Kelemahan yang aku perhatikan ada empat. Pertama, kualiti nylon yang digunakan nampak murahan seperti nylon pada beg sekolah, tidak seperti yang digunakan pada strap Mono, DiMarzio dan Dunlop yang nampak dan terasa lebih premium.

Kedua, seperti mekanisma Planet Lock, mekanisma PolyLock ini juga hanya dapat digunakan pada satu permukaan sahaja, maknanya jika gitar/bass yang memiliki strap button di belakang badan seperti Jackson King V/Rhoads/Kelly dan BC Rich Warlock maka akan berpintal/berpilinlah strap ini.

Ketiga, material neoprene yang kenyal akan memanjang sekitar 1-2 cm jika menggalas gitar yang agak berat, agak janggal rasanya. Dan keempat, panjang maksimumnya hanya sekitar 52" cukup-cukup untuk menggalas Les Paul.

Daripada faktor-faktor di atas tadi, pendapat aku strap ini amat sesuai menggalas gitar sederhana berat jenis superstrat atau bass. Nak menggalas Les Paul jenis londeh memang tak dapatlah.

_____
AADI: Strap Mono dah makin mahal.

Camo D Sonic


Rupa-rupanya JS Music masih lagi pengedar rasmi jenama DiMarzio, aku ingatkan sudah dimonopoli oleh kompeni yang satu lagi tu. Bila mana berita ketibaan stok baharu diiklankan dalam Facebook, dengan pantas aku terus menjengah website mereka.

Dan terjumpalah model D Sonic (DP207) dalam kemasan camo ini. Satu daripada model DiMarzio idaman yang belum pernah dicuba. Ditambah dengan diskaun 10% untuk ahli dan promo Atome 11.11 membuatkan harganya kini seperti harga DiMarzio pra-pandemik.

_____
AADI: Tunggu ada pasangan camo untuk neck pula.

Strap Nonagram Hitam


Bila strap DiMarzio Cliplock Jim Root #4 Black juga diiklankan dalam website JS Music dengan unit yang terhad dan pada harga promosi, dengan pantas terus menarik picu untuk mendapatkannya.

Sama seperti versi putih sebelum ini, ia lebih kepada koleksi berbanding digunakan. Kalau digunakan pun, calon gitar yang sepadan lebih banyak berbanding versi putih.

Strap begini pada pendapat aku lebih sesuai dipadankan dengan gitar jenis strat atau superstrat berbanding singlecut. Singlecut lebih nampak gah bila menggunakan strap jenis kulit.

Aku taklah follow sangat Jim Root mahupun Slipknot, satu album Slipknot pun aku tak ada (kalau MP3 lain cerita). Tapi untuk selera aku, strap #4 ini nampak menarik berbanding strap DiMarzio signature artis lain.

_____
AADI: Strap Richter MKH dan PG pun kira koleksi.

Strap Nonagram Putih


Pembelian impulsif pra-raya (diterima pasca-raya) daripada website JS Music, seutas strap DiMarzio Cliplock Jim Root #4 White. Hanya tinggal dua unit berwarna putih dalam katalog JS Music dan dijual dengan diskaun penghabisan stok.

Kononnya untuk menggantikan strap Planet Waves Pat Metheny sebelum ini, yang telah dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani sempena pertunangannya semasa raya ketiga beberapa minggu lepas.

Kebelakangan ini aku lebih suka menggunakan strap jenis kulit (Richter) berbanding jenis nylon (Planet Waves, Dunlop). Inipun lebih kepada koleksi dan/atau mungkin didagangkan kemudian jika keadaan memerlukan. Kalau guna sendiri pastinya akan digandingkan dengan Shiro kerana warnanya yang putih dan gitar itu ringan.

_____
AADI: Mono Betty pula semakin mahal.

Anjakan Paradigma Ernie Ball


Tertarik dengan promosi "buy 1 free 1" tali gitar Ernie Ball Paradigm oleh JS Music minggu lepas melalui Facebook. Walaupun harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding harga runcit, tapi selepas mengambil kira faktor "free 1" dan kos pengeposan, ia masih jauh lebih murah.

Batch lama tak ada kotak.
Pernah beberapa kali tawar hati dengan Ernie Ball biasa, tapi teringin pula untuk mencuba siri Paradigm ini dengan hype "tahan karat dan tahan putus" yang diwar-warkan. Nak beli seadanya (tanpa promosi) agak premium dan bagi aku ia tidak berbaloi.

Batch baru ada kotak, tapi isi dalam sama saja.
Ernie Ball katanya memberi jaminan set Paradigm ini tidak karat atau putus selama 90 hari bermula tarikh pembelian (daripada resit) dan bukan tarikh dipasang. Adakah promosi ini untuk menghabiskan stok batch lama yang berlabel 2015?

Batch lama ada "2015".
Kedua-dua set ini akan dipasang terus pada gitar-gitar yang selalu digunakan dalam masa terdekat dan akan "dibelasah" secukup-cukupnya untuk membongkar hype Paradigm tadi. Adakah batch 2015 ini mampu bertahan lima tahun tanpa karat sebelum dibuka? Kita tunggu dan lihat nanti.

_____
AADI: Satu set dipesan oleh Nuing.

Bass Talk: Warwick RockBass Arrival!


Minggu lepas, JS Music mengumumkan ketibaan stok baru Warwick RockBass di laman Facebook mereka. RockBass merupakan bass Warwick versi ekonomi buatan China pada harga yang lebih ekonomi (RM1.5k-2.5k) berbanding Warwick buatan Jerman dan Warwick Pro buatan Korea (yang harganya lebih mahal daripada belanja kahwin aku). More info on Warwick.de website.

RockBass Streamer, Corvette.

Walaupun ia versi RockBass, tapi terpampang logo "W" Warwick,
jadi Warwick tetap Warwick :)

RockBass Corvette.

RockBass Streamer.
(Imej Rockbass link dari Facebook JS Music).

Tapi sayangnya cuma ada model varian Corvette dan Streamer sahaja. RockBass Fortress dan Vampyre tak masuk...

Cerita pasal Warwick ni, dari dulu aku minat bass Warwick, semuanya gara-gara pengaruh Marco Hietala (Nightwish, Tarot) yang bergaya dengan Warwick Infinity NT (dan kadang-kadang Vampyre NT). Antara sebab aku memilih untuk belajar bass (berbanding gitar) pada mulanya...

Warwick Infinity NT (harga sebuah Perodua Kancil).

Kalaulah model Infinity ni ada dalam versi RockBass kan bagus, macam model Vampyre. "F" holes tu yang buat ia nampak klasik dan mengiurkan.

Warwick Vampyre NT.

Warwick RockBass Vampyre.

Imej Infinity NT, Vampyre NT dan RockBass Vampyre link dari website Warwick.de

Kalau-kalau ada rezeki lebih, pastinya RockBass ni (Corvette) bakal masuk dalam "senarai tahun depan" hehehe, itupun kalau Mrs. Ijau tak bising-bising...

_____
Ada apa: Sekarang ni aku cuma mampu beli Airwick sahaja...

Sepagi Di Jalan Imbi


Sambungan dari ronda-ronda kat Jalan Masjid India.

Selasa 22/6/2010 - Dalam pukul 11.40 pagi aku sampai kat area Jalan Imbi, turun beberapa meter dari Ultimate Music (malas nak menapak naik STAR/Monorail, aku naik teksi dari Jalan TAR).

Oke, Ultimate Music, pengedar barangan Blackstar, Behringer, Bugera, Schecter, BC Rich, Stagg, Sonor dan banyak lagi. Aku tak masuk sebab tadak benda yang menarik (atau yang bakal ditarget) kat dalam ni. So, off to next two doors... JS Music.

Tidak seperti Ultimate Music, JS Music ni terletak kat tingkat satu dan dua. JS Music pulak pengedar barangan Aguilar, DW Drums, Dean, Warwick (Rockcase, Rockbag, Rockstand), Gallien-Krueger, Orange, DiMarzio, MXR, Electro Harmonix dan banyak lagi.

Masuk-masuk je JS Music aku disambut oleh seorang patron bernama Mr. Athrun, aku terus bertanya gigbag untuk V-shaped guitar namely VMNTx, dan dia ajak naik atas (tingkat dua) tengok Warwick Rockbag deluxe gigbag dengan price tag RM19x. Aku mintak kebenaran daripada patron tadi nak snap beberapa gambar tapi dia tak bagi, katanya apa-apa gambar boleh check kat Facebook JS Music.

Kat JS ni jugak aku sempat pegang-pegang bass amp Orange Crush Pix 50BXT (dah ada stok) dan Gallien-Krueger Backline BL110 yang pernah masuk dalam list bass amp survey suatu ketika dulu. Damn~ waktu aku nak beli dulu tadak stok la pulak (bajet nak beli amp dah lari pi Dinoscars).

Antara stuff best yang menarik perhatian aku kat dalam JS ni (selain Dean dan Orange) ialah Electro Harmonics pedals (namely Metal Muff, Bass Big Muff Pie, Bass Blogger), MXR pedals dan DiMarzio pickups (pikap-pikap ni tak boleh cakap kuat-kuat, nanti Oriaj teruja). In the end aku tak beli apa-apa pun kat JS ni takut nanti bajet lari... So off to next destination, CK Music.

CK Music ni mula-mula aku terlepas pandang. Padahal ia sebaris dan hanya beberapa pintu dari Ultimate dan JS. Aku siap call tauke DEG tanya CK Music kat mana, Hahaha...

CK Music ("adik" kepada City Music Singapore) ni pengedar barangan Vox, Line 6, Hartke, Korg, Zoom, Bogner, Mono, Wharfedale Pro, Hamer, Craftsman dan banyak lagi. On the way pi kaunter sempat la curi-curi snap beberapa gambar :)

Line 6 products.

Vox Night Train, memang antara idaman aku ni.

Seperti yang telah dibincangkan dalam Facebook CK Music dan melalui SMS, aku dah order Hartke 8TP10 driver dan Zoom G1M. Sampai-sampai je terus berurusan dengan Mr. Ici (memandangkan Mr. Amizan outstation) check barang, isi warranty card dan bayar. Disebabkan kesuntukan masa (tadi dah buang masa kat JS), tak sempat aku nak ronda-ronda naik tingkat atas CK Music ni.

Aku dah plan nak jumpa dua orang geng trio-Bintulu (yang tengah shopping sakan kat Jalan Masjid India) kat KL Sentral sebelum pukul 1.00 tengahari sebab nak lunch sama-sama, jadi terpaksalah beredar cepat. Kalau tak impian aku bulan November yang lepas nak masuk Bentley Music showroom pastinya kesampaian. Inilah masalahnya kalau pi jalan-jalan berkumpulan, terpaksalah akur dengan keputusan majoriti...

_____
Ada apa: Dari dalam monorail aku sempat tengok pemandangan "sedih" Penjara Pudu, banyak memori jugak area-area stesen STAR/Monorail Hang Tuah ni, but that was another story...

Guitar Talk: Dean Arrival!


Petang tadi aku dikejutkan dengan wall post JS Music kat Facebook. Shipment Dean Guitars yang sepatutnya dijadualkan bulan Disember tahun lepas baru sampai hari ni... Aku double-confirmed dengan Calvin (Dead Eye Guitars). Yup memang betul, sebab dia pun ada beberapa pending orders untuk gitar-gitar Dean... Damn!~

VMNT Angel Of Deth (3rd from right), VMNTx United Abominations (2nd from right).
Imej link dari
Facebook JS Music.

Dana-dana yang sepatutnya untuk VMNTx United Abominations (atau VMNTx black) aku dah guna untuk beli Kelly Kelly bulan lepas (yang harganya lebih kurang sama, except Jackson JS32T comes with deluxe gigbag), setelah jenuh dan tensen menunggu dari bulan Oktober tahun lepas (aku order bulan Oktober, dijadualkan sampai bulan Disember).

Lepas ni mesti ada komen-komen yang kurang enak dibaca hehehe... Lebih-lebih lagi dari orang yang kuat meracun tu (percayalah!). Yang pasti model ni bukannya limited edition, lagipun temptation untuk memiliki gitar berbentuk V dah reda. Tapi takpe, ada rezeki (lebih) pastinya VMNTx akan masuk semula dalam wishlist aku tahun depan.

_____
Ada apa: Sabaruddin = Sabar-U-Dean!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger