Ada Apa Dengan F&N Sarsi Classic?
oleh Ijau D. Koceng 22 March 2020 pada 6:00 AM 0 commentsHarganya sekitar RM2.00 untuk setin 240 ml, agak mahal jika dibandingkan dengan versi tin biasa 365/360 ml dengan harga yang hampir sama.
Pendapat aku, jika dihidangkan dengan pelbagai jenis sarsi berkarbonat daripada jenama yang berbeza, rasa trademark sarsi F&N ini paling mudah untuk dikenalpasti.
_____
AADI: Tak ada bekalan sarsi di rumah.
Kanister Warisan 125 Tahun Shell Malaysia
oleh Ijau D. Koceng 03 October 2016 pada 1:00 AM 3 komen:Diperolehi dengan harga RM12.90 dengan setiap pembelian minimum RM40 produk Shell terpilih. Ada lagi beberapa design kedai Shell retro yang menarik mengikut dekad, akan berubah design setiap minggu. Yang diperolehi kali ni merupakan design 1920an (18-24/9/2016). Design seterusnya boleh jenguk di website Shell Malaysia.
Oh ya, juga disertakan dengan fridge magnet berlogo Shell pada era tersebut.
_____
Ada apa: Isi di Shell sebab BonusLink, selebihnya lari ke Petronas.
Wrigley's 100th Years
oleh Ijau D. Koceng 04 August 2015 pada 8:00 AM 5 komen:![]() |
| Figurin kura-kura Carrie Junior sebagai hiasan sahaja. |
Dalam tin berisi tiga paket gula-gula getah Wrigley's jenis strip, dah lama tak makan jenis strip ni, selalu beli yang jenis tablet. Tinnya nanti boleh dijadikan tempat menyimpan pick gitar, macam tin Jim Dunlop Papahet, Hammett atau Awe-In-One.
_____
Ada apa: Kalau tin biskut Copenhagen lagi kvlt.
Wordless Wednesday: Prickly Heat Powder (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 14 May 2014 pada 8:00 AM 3 komen:Ada Apa Dengan Milo?
oleh Ijau D. Koceng 11 November 2012 pada 10:00 PM 8 komen:Aku perasan sekarang ni agak susah nak cari Milo versi tin. Kalau ada pun mesti tin yang besar, tiada lagi tin kecil seperti tahun 80-90an dulu. Bukan nak cerita pasal kempen isian semula (refill), tapi pasti ramai yang masih ingat kegunaan tin Milo (dan jenama lain) kosong pelbagai saiz suatu ketika dahulu.
Dan bersempena "100 tahun Nestle di sisimu" Milo mengeluarkan tin 1.7 kg (1.5 kg + 200 gram free) "limited edition" yang agak unik dengan empat jenis rekaan label - 1950an, 1970an, 1990an dan terkini.
Memandangkan Mrs. Ijau suka minum Milo dan aku pula seorang "collector" (dan "hoarder") yang agak "fetish" dengan barangan "vintage, reissued, rare" - jadi faham-faham sajalah. Aku memilih rekaan label 1950an yang agak ringkas ni sebagai permulaan, dengan imej lelaki sedang mengangkat lembu, wtf?
Oh ya, mungkin ada yang boikot produk Nestle. Tapi walau apapun kempen dan alasan anda, hakikatnya di Malaysia ni hampir setiap hari kita menggunakan produk Nestle - Milo, Nescafe, Nestum, Nesvita, Nespray, Every Day, Coffee Mate, Susu Cap Junjung, Maggi, Cerelac, and the list goes on... Cuba periksa dapur anda dahulu.
Tak guna produk Nestle di rumah? Tahniah! Anda memang komited, teruskan kempen anda dan jangan hanya kempen bermusim, sekian terima kasih~
_____
Ada apa: Layan Nescafe Ipoh white coffee sambil taip entri ni...
Ada Apa Dengan Kellogg's?
oleh Ijau D. Koceng 18 July 2011 pada 9:00 AM 4 komen:Selamat pagi warga Blogger, dah sarapan? Dah kebetulan cerita pasal sarapan, entri kali ni aku nak merapu pasal emping jagung (cornflakes) Kellogg's. Aku bukan nak buat ulasan pasal rasanya, sebab memang tak sedap pun, hahaha...

Oke, aku tak tahulah sama ada benda ni baru atau dah lama berada di pasaran, sebab aku jarang beli cornflakes (tak kisah jenama Kellogg's atau Nestle), kecuali dah dekat bulan puasa ni, kebiasaannya akan dijadikan juadah bersahur kelak (macam zaman bujang).
So, what's so special about it? When you flipped it around...

Sebenarnya ia merupakan pek berkembar "twin pack" (RM12.50 untuk 2 kotak 275 gram = RM6.25 sekotak, kira murah dah tu) tapi dengan sedikit kelainan - pek kedua diisi dalam bekas tin dengan rekabentuk dan label yang vintage, hence the label "free vintage tin".

Waktu aku beli semalam, tin ni terdapat dalam dua jenis rekabentuk (aku tak tau ada berapa jenis rekabentuk semuanya), satu rekabentuk yang vintage macam imej di atas, dan satu lagi rekabentuk yang agak baru (80's-90's design).
Aku sememangnya suka kumpul benda-benda "vintage", "reissued" dan "rare" macam ni. Dah memang dasar "collector" (dan "hoarder") kan? Pantang tengok benda yang jenis "collectible" mesti nak beli juga.
Lain cerita, aku masih lagi simpan naskah New Straits Times keluaran 31/8/1957 versi "50th anniversary reissued".
_____
Ada apa: 1957 reissued? Bunyi macam Goldie aku je...
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Anak autis aku memang suka dinosaur sejak kecil, dah berapa banyak aku belikan buku-buku ensiklopedia berkaitan dinosaur dan ilmu alam lain....
-
Bulan ini beberapa kali singgah di E-Mart Riam (Miri). Biasanya singgah untuk mencari makan tengah hari sementara menunggu urusan kesihatan...
-
Bagi yang mengikuti AADI pastinya tahu ini antara franchise yang aku follow sejak 90an lagi. Sudahpun dibuatkan entri sejarah ketika ulang t...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Kali ni aku raid kedai kaset kat area old town Bintulu, Sun Yun Music House . Tempat aku beli CD Ella - 30110 dan Fenomena Rock Klasik - I...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-












