Sepetang Di Gig Terjun Part III Jepak


Sabtu (28/10/2017) - Bertolak sekitar 2.30 petang dari Bintulu, bersama-sama Azrol dan bassist jemputan Herman (NV Unity) menaiki Imago aku. Sudahpun kautim dengan Bob Kandar yang juga seorang daripada AJK penganjur untuk memilih slot pada sebelah petang untuk MUP.


Setibanya di Dewan Balairaya Kampung Jepak sekitar 3.00 petang agak terkejut kerana dewan seperti tidak ramai orang, yang ada hanyalah kru penganjur dan ahli beberapa buah kumpulan sedang menunggu giliran untuk soundcheck. Bob Kandar pun belum datang...

KIKOSP dan G7.1ut.
Rupanya ada sedikit miscommunication, ataupun mungkin perubahan pada saat-saat akhir kerana ada melibatkan VIP (akupun tak pasti). Gig sebenar akan berlangsung pada sebelah malam dan slot petang adalah untuk sessi soundcheck. Hello Bob, apa sudah jadi?

Kehilangan ahli kumpulan.
Aku dan Azrol memang tidak dapat datang kalau gig sebelah malam. Setelah berbincang sesama sendiri, kami memutuskan untuk membuat persembahan penuh semasa sessi soundcheck. Giliran MUP "soundcheck" bermula sekitar pukul 4.30 petang.


Ya, warna hijau Neon juga memang menyerlah, dapat menandingi warna hijau Calypso, sesuai dengan fungsinya sebagai gitar pentas, very, very 80's.

Setlist yang dimainkan - Pentagram Di Atas Pusara (lagu sendiri), Kabus, 2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Sepatutnya ada satu lagi lagu sendiri bakal dimainkan (working title: Mengkarung) semasa gig ini, tetapi disingkirkan daripada setlist kerana belum yakin arrangement belum mantap.

Foto kredit: Herman Akmal.
Bassist terjun jemputan, Herman Akmal daripada kumpulan NV Unity yang baru saja malam sebelumnya menang BOTB sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di Betong. Youth energy... Teringat stamina aku waktu aku 20an dulu.

Foto kredit: Herman Akmal.
Beraksi dengan hanya disaksikan oleh kru penganjur dan ahli kumpulan lain, kah kah kah memang janggal rasanya.

Juga ada sedikit masalah teknikal sebelum lagu 2MTM, tiba-tiba bekalan elektrik terputus (tripped?), ah sumpahan electric youth kembali! Tapi nasib baiklah terjadi perantaraan lagu dan bukannya semasa persembahan.


LTD vs. Ibanez.

Video pendek yang dirakam oleh seorang ahli kumpulan lain (Nawaitu Band kalau tak silap) kemudian dimuat-naik dalam Facebook Azrol. Solo aku improvised/simplified.


Habis "persembahan" sekitar pukul 5.00 petang, semasa lepak di luar dewan sambil mendengar kumpulan Jepak Buskers soundcheck, tiba-tiba muncul kelibat Ayahanda Pandan... Ah! Kau terlepas persembahan MUP tadi.

Post-mortem Gig Terjun:
  1. Jadual/tentatif patut diperjelaskan oleh penganjur, sekarang sudah moden, guna media sosial lagi cepat.
  2. Mengekalkan tradisi MUP yang mengambil masa soundcheck dalam tempoh ~5 minit.
  3. Backline (amp) tak seberapa, tapi disokong oleh FOH/PA system yang mantap.
  4. Field test Neon, lulus!

Entri Mini: Gigrig?

Reality check sebelum gig - memang teringin nak bawa full pedalbard atau flagship multi-fx, tapi bila fikir balik setlist cuma guna dua perubahan patches (heavy distortion dan solo) maka Zoom MS-50G pun sudah memadai.

Travel light, let's hunt some orcs!
_____
AADI: Terfikir nak cari vokalis wanita untuk MUP.

IDK Sig Mark V?


Sebenarnya ini merupakan plan B, plan A ialah untuk mendapatkan Jackson SLXT kawasabi green yang telah dipesan melalui Dead Eye Guitars sejak tahun lepas (parodi entri ni). Terbantut beberapa kali disebabkan perampasan dana (PS4, Megadeth, Johnny, dll.). Bila dana dah cukup, dilanda masalah birokrasi pula, yang rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini.


Jadi, plan B menggantikannya dengan LTD M-50FR neon green, hijau terang juga seperti kawasabi Jackson. Ini merupakan model tahun 2016 seperti M-400 dark green metallic yang pernah masuk dalam senarai GAS tahun tersebut.


Disertakan dengan beberapa hex-wrench (Allen keys), tremolo bar (of course) dan label tag "strung with D'Addario XL nickel wound". Daripada kod warna jingga/oren D'Addario, sudah pasti ia dipasang dengan set bersaiz 10-46.


Model M-50FR ini aku rasa ada dua batch, batch pertama memiliki nama model pada fret ke-12 seperti model-model LTD lain. Batch kedua pula tidak memiliki nama model pada fret ke-12, tetapi terletak pada penutup truss rod.


Daripada nombor siri IW17040664 ia dibuat pada bulan April 2017 dan merupakan produk yang ke-664. Buatan Indonesia daripada kilang yang sama kod IW seperti abangnya Mirage (M-103FM).

Secara keseluruhan pertukangan kayunya memang mantap seperti gitar-gitar buatan Indonesia lain yang pernah atau sedang dimiliki. Cuma ada sedikit cat terkucil (f*cked-up paint job) pada area neck joint, satu-satunya kecacatan yang aku jumpa setakat ini.


Pikap berkembar ESP designed LH-150 humbucker, yang aku pasti merupakan pikap G&B (akan diintai kelak), suis blade 3-arah, tombol VOLUME dan TONE. Hardware bertema krom, agak kurang sepadan dengan kemasan hijau terang. Mungkin akan lebih menyerlah jika berwarna hitam atau emas.


Aku memang sudah biasa dengan potongan M-series, berat pun sama seperti Mirage iaitu 3.7 kg, jadi tidak terasa janggal menggalasnya. Cuma perbezaan yang paling ketara ialah ketebalan dan bentuk neck, M-50FR ini berbentuk D berbanding bentuk C pada M-103FM. Ia juga agak nipis seakan-akan neck Ibanez RG-series.


LTD by Floyd Rose? Nampak agak "murahan" berbanding Floyd Rose Special (FRS), harap kualitinya juga sepadan atau lebih bagus daripada FRS, dan boleh bertahan sekurang-kurangnya 2-3 tahun. Jika tidak, ia dirancang akan diganti dengan sistem yang lebih stabil dan tahan pukul (Gotoh GE1996T?) kelak.


Satu perkara lagi yang aku suka pasal gitar-gitar buatan Indonesia ialah ruang kaviti dengan routing yang kemas. Termasuklah juga pematerian dan wayar yang juga kemas. Gitar ini juga telah siap sedia ditala, tinggi action, intonasi semua tak perlu lagi dilaras.

Setakat ini aku agak berpuas hati dengan prestasi kedua-dua pikap asal LH-150. Akan cuba untuk tidak menukar pikapnya selagi mampu menahan diri daripada berbuat demikian. Walaupun sebenarnya ada beberapa pikap aftermarket dalam simpanan yang sedang menanti gitar hos untuk dipasang.


Aku perlukan sebuah gitar pentas untuk menggantikan Calypso, dengan mojo warna hijau terang, superstrat 24-fret (bending 22-fret, masih ada ruang), ringan dan memiliki FR sebagai bonus. Hati terasa lebih tenang membawa gitar ekonomi sebegini ke sana-sini (gig, BOTB, persembahan umum) berbanding gitar koleksi yang berharga.

Jika abangnya M-103FM telahpun mengambil nama MIRAGE, M-50FR ini akan digelar NEON bersempena warnanya neon green.

Recap: ex-Mark I, ex-Mark II, Mark III, Mark IV.

_____
AADI: Masih setia dalam khemah LTD.

Ada Apa Dengan S&C Americana Root Beer?


Sudah lama mengintai root beer jenama S&C ini, tapi harga runcitnya agak premium sekitar RM4.00+ untuk sebotol berisipadu 330 ml, biasalah barang import. Bila ia mula dijual dengan harga lelong separuh harga, barulah terasa berbaloi membelinya.


Buatan Saxbys Soft Drinks, Saxby & Coleman Pty. Ltd. NSW, Australia. Rasa? Serius, seperti rasa F&N Sarsi kah kah kah... Manis, tapi tak ada rasa signature pahit/hangus seperti root beer Bundaberg atau Saxby's.

_____
AADI: Baik beli F&N Sarsi, lagi murah.

Loxx, The Smart Strap Lock?


Pembelian eksesif daripada Gapnap, selain alat ganti elektronik kegitaran yang lain. Strap lock stainless steel jenama Loxx buatan Schaeffertec Jerman.


Lebih kurang sama seperti sistem Hennessey, cuma lebih kecil, low-profile dan lebih tegap. Katanya boleh bertahan sehingga 200 lbs @ ~90 kg (betulkan kalau salah).


Strap button yang kecil, manakala cap yang bergigi mencengkam teguh hujung strap, amat sesuai untuk hujung strap yang diperbuat daripada kulit. Memasang dan membukanya daripada strap amat mudah kerana dibekalkan spanar kecil dalam pakej.


Digandingkan dengan strap The Betty untuk dipasangkan pada Johnny. Disebabkan ia berwarna krom, ia juga serasi dipasang pada Goldie sekiranya sudah bosan pada Johnny.


Satu kelemahan sistem Loxx ini ialah diameter skru Loxx lebih besar berbanding skru asal strap button, sedikit sebanyak merosakkan alur/lubang kayu lama. Sekiranya ingin memasang semula strap button asal, skru asal tidak dapat digunakan.

_____
AADI: Strap lock adalah mandatori.

Wordless Wednesday: Inverno Fishing (Part 3)




_____
AADI: Promosi yang sama macam entri ni.

Denner/Shermann - Masters Of Evil


Bagi peminat Mercyful Fate pastinya meremang bulu roma mendengarkan kerja gitar Michael Denner dan Hank Shermann dalam album-album klasik MF. Dan pastinya amat teruja bila mendengar berita rilisan album ini. Dah sebulan lebih diperolehi daripada Rock At Large, tapi baru nak terbuat entri.


Muka depannya seperti gabungan Melissa (tengkorak) dan Don't Break The Oath (tangan dan tema warna kuning). Tengok tajuk-tajuk lagu - Angel's Blood, Son Of Satan, The Wolf Feeds At Night, Pentagram Di Atas Pusara And The Cross, Masters Of Evil, Servants Of Dragon, Escape From Hell dan The Baroness - pun dah terasa lagu-lagu jahat, kesetanan dan black metal gitu.


Tapi aku agak sedikit kecewa, rasanya 4-5 lagu permulaan sahaja yang agak layan. Lagu seterusnya seolah-olah "filler". Vokal Sean Peck seakan-akan ingin mencuba dinamik ala King Diamond tapi tanpa falsetto. Oleh sebab itu vokalnya seolah-olah bertukar-tukar daripada vokal ala Ozzy Osbourne, kemudian Brent Hinds, tarik macam Rob Halford (imej/penampilan pun sama) atau Matt Barlow.


Dari segi muzik dan kerja gitar memang ampuh, memang terasa riff-riff "jahat" tanpa perlu talaan terlalu rendah, dual-harmony attack dan tona gitar yang biasa didengar dalam album-album klasik MF. Mereka membuktikan tak perlu riff yang kompleks atau solo yang bergulung-gulung untuk membuatkan sesebuah lagu itu "jahat" atau mudah diingati (memorable).


Tapi apa-apapun, pendapat peribadi aku masih sama seperti perenggan ketiga... Rasanya cukuplah dengan Mercyful Fate.

_____
AADI: Dengar saja, jangan terpengaruh dengan lirik-liriknya, kah kah kah...

Rocktober Fest Gig Terjun Part III


MUP bakal turut serta dalam Gig's Terjun Part III hujung minggu depan di Kampung Jepak, Bintulu. Setelah sekian lama tidak beraksi di atas pentas gig (busking listrik tidak dikira gig).

Imej cilok daripada Facebook.
Dengan sedikit kelainan line-up, seorang pemain bass import. Adi Herman tidak turut serta kerana menggalas tugas lebih mega bersama-sama Larrong di Seremban pada tarikh tersebut. Manakala Nas Korawk pula entahlah, kira dah hilang daripada radar.

Insya-Allah, bakal menpersembahkan dua lagu sendiri selain lagu cover play-safe.

_____
AADI: Ejaan "gig's" lagi?

Flashback Friday: Oktoberfest 2012


Kitar semula ayat entri tahun lepas...

Tak terasa dah lima tahun (20/10/2012) peristiwa ni berlalu, Oktoberfest 2012 - La Bistro Cafe, Kemena Hotel Bintulu.


Nak rasa trobek throwback, boleh baca entri penuh di sini dan entri bias di sini. Entri versi Molotov Cocktailz pun ada di sini.

Hujung bulan ni (28-29/10/2017) MUP khabarnya akan turut serta dalam Gig Terjun Rocktoberfest yang bakal berlangsung di Dewan Balairaya Kampung Jepak. Kalau sempat mungkin boleh debut lagu kedua dengan tajuk (working title) Mengkarung Biru.

_____
Ada apa: Ice cream for me Jepak!

Jackson RR3 LaRRong


Bersangkut paut dengan entri Rocktoberfest 2017 blog Molotov Cocktailz semalam. Aku dimaklumkan oleh Azrol yang gitar Tazudin (gitaris Larrong) ada masalah output semasa sessi praktis mereka di Bintulu petang Khamis (5/10/2017). Mungkin akan dihantar ke tempat aku untuk "ditengok-tengokkan" petang Ahad disebabkan aku tiada di Bintulu hujung minggu tersebut kerana balik ke kampung Mrs. Ijau.


Dihantar oleh Adi Herman pada malam Isnin (9/10/2017), sebuah gitar Jackson Rhoads, aku tak pasti model apa tapi berkemungkinan model RR3 berdasarkan karekteristiknya. Ini merupakan gitar utama Tazudin, ditinggalkan di Bintulu untuk servis, manakala *gitar kedua (backup) BC Rich Mockingbird digunakan semasa persembahan mereka di Miri - berdasarkan gambar-gambar Facebook Adi Herman.


Headstock Jackson sememangnya seksi. Dah lama teringin untuk mendapatkan sebuah Jackson dalam axology, kali terakhir ber-Jackson tujuh tahun lepas dengan Kelly Kelly (JS32T Kelly). Tapi mungkin jodohku bukan dengan jenama Jackson, sebab baru-baru ini pun terlepas peluang untuk memiliki sebuah Jackson, mungkin akan dirapu dalam entri lain.


Buatan Jepun dengan plet nombor siri 9767588. Maple neck, ebony(?) fretboard with the infamous Jackson's sharktooth sharkfin inlays. Bernadi Seymour Duncan, tak pasti model apa, berkemungkinan besar hot rodded set (JB/Jazz). Dengan sistem tremolo Jackson, design seperti Schaller. 2x volume, 1x tone, 3-way toggle switch.


Difahamkan gitar ini bermasalah dengan output, sama ada output kurang ataupun langsung tiada output. Biasanya masalah macam ni sama ada volume pot bermasalah ataupun output jack. Tapi yang peliknya, bila aku cuma pandu-uji untuk pertama kali, semuanya normal, tiada masalah.


Menjenguk isi perut, masih lagi pendawaian asal dari kilang Jepun, belum ada apa-apa modifikasi. Tiada apa-apa wayar pintas (short-circuited) dikesan.


Output jack pun dah guna Switchcraft yang tahan pukul, juga tiada masalah dikesan. Dipandu-uji berkali-kali menggunakan amPlug2, Micro Cube dan HT-5RH, ketiga-tiganya tiada masalah, ada output, dan output maksima bisa mendapatkan bunyi distortion yang tepu.

2-3 hari kemudian, dicuba lagi, masih tiada masalah. Jadi kesimpulannya, gitar ini tiada masalah, berkemungkinan besar masalah pada kabel yang digunakan.


Ok lain cerita, gitar ini dihantar bersama-sama hardcase Gator GW-Extreme. Hardcase yang lebih berat (8.0+ kg) berbanding gitar (3.0+ kg), teringat Jairo ada hardcase sebegini untuk Ironbird-nya. Mana Jairo?


Hardcase ini mempunyai foam pelbagai bentuk yang boleh dipadankan dengan gitar berbentuk ekstrim - Jackson (Rhoads, King V, Kelly, Warrior), Gibson (Explorer, Flying V, Firebird), BC Rich (Warlock). Sempat jugalah mencuba Korina masuk dalam hardcase ni, memang muat untuk Explorer, kah kah kah...

*Moral of the story - sentiasa bawa gitar backup kalau ada persembahan awam atau gig di luar kawasan. Shit do happens...

_____
AADI: Jackson oh Jackson, lari ke LTD.

Wordless Wednesday: Graveyard Of Kings



Pancingan Rock At Large
_____
AADI: Selamat Deepavali, kami kerja...

Kamikaze - Kontroversi


Perolehan batch ke-13 daripada Radin Music Centre dua minggu lepas, peneman album Tragedi Oktober.

Dulu aku tak pandang pun Kamikaze, just another new rock band, kalau tak silap naik sezaman dengan Amuk kan? Beberapa tahun kemudian, tanggapan aku pada Kamikaze mula berbeza, cuma agak menyesal kerana tidak layan album-album mereka ketika itu.


Ok, album ini diperolehi atas nilai-nilai nostalgik, terutama kerana dua lagu yang berhantu Tawa Dalam Tangisan dan Luhur, antara lagu yang kadang-kadang menjadi pilihan untuk karaoke awal 2000an dulu selain lagu-lagu XPDC. Rilisan semula NSR memang berbaloi, jewel case tegap, kertas inlay pun jenis tebal berkilat (shiny).


Pendapat aku vokal T-Rex paling menang untuk lagu-lagu ballad berbanding lagu-lagu keras. Dan ah~ kerja gitar album ini memang ampuh! Banyak riff-riff yang kuat "berbau" Metallica terutama solo-solo yang menggunakan pedal wah. Tak sia-sia Sham Kamikaze ada signature Fender sendiri (versi Squier).


Walaupun rata-rata bergenrekan hard rock dan heavy metal (selain lagu ballad), lagu Dentuman agak berat riff-riffnya ala nu-metal, tapi bila dengar sampai habis macam lenggok power metal Kamelot pula, hahaha... Oh ya, juga ada lagu cover Sentuhan Kecundang (Ekamatra).

Selebihnya, koranglah komen...

_____
AADI: Apa dah jadi dengan Kamikaze sekarang ye?

Mono, Betty Dan Cerita Strap


Dah lama teringin terGAS dengan strap jenama Mono model The Betty ini, rasanya sejak jualan akhir tahun CK Music 2011 kot? Tapi ketika itu tiada keperluan untuk memiliki strap premium sebegini, jadi ia disingkirkan daripada senarai.


Selepas pengalaman menggalas gitar berat (Johnny @ 4.7 kg) 2+ jam semasa sessi jamming KKB bulan lepas, sudah ada keperluan untuk memiliki strap sebegini. Strap yang lebar dan berlapik tebal (heavily padded) sesuai untuk mengurangkan lenguh menggalas gitar yang berat dalam jangka masa yang lama.

Pick pocket, get it?
Diperolehi daripada Music Bliss melalui perantaraan Lazada, berbekalkan dana-dana hasil servis beberapa gitar. Harganya agak premium berbanding strap lain, kenapa? Kerana material dan rekabentuknya, spesifikasi boleh rujuk website rasmi.

Scott Ian sebagai penyeri.
Cerita pasal strap, aku ada empat lagi strap. Dua Dunlop; Flambe dan Camo, dua Planet Waves; JS Skull n' Bones dan Barbed Wire versi Planet Lock. Kedua-dua jenama ini ada kelebihan dan kelemahan.


PW material lembut dan selesa, tapi tak berapa panjang sesuai untuk gitar-gitar superstrat (Mirage, Calypso). Dunlop pula walaupun materialnya kasar (nylon), tapi ia memang panjang, sesuai digunakan untuk bass atau gitar yang disangkut jenis londeh (Goldie, Korina).

*Dan kesemua strap aku ada sistem kunci (strap-lock) - Flambe guna Dunlop Lok Strap, Camo guna Hennessey, JS guna Dunlop StrapLok, manakala Barbed sememangnya ada mekanisma kunci tersendiri (Planet Lock). Betty di atas tadi mungkin akan menggunakan Hennessey.

Chelsea?
Flambe ini merupakan strap aku paling senior, digunakan sejak zaman aku guna bass ex-Black Ice lagi. Sekarang ia merupakan platform untuk sistem wireless Takstar WGV-601, biasanya digunakan bersama-sama bass Tommy. Ironinya sistem wireless ini lebih optimum digunakan bersama-sama bass, berbanding gitar. Mungkin boleh buat entri berasingan nanti.

Strap yang selesa dan teguh (berkunci) sedikit-sebanyak menaikkan mood dan semangat semasa jamming atau gig.

_____
AADI: *Tak mahu tragedi Kelly Kelly berulang lagi...

Alat Ganti Elektronik Gitar Gaya Lazada (Part 2)


Lagi alat ganti elektronik kegitaran daripada Lazada, China mari...


Dua unit potentiometer Alpha jenis push-pull A500k dan B500k untuk stok, sesuai untuk tone dan volume masing-masing. Dua unit suis jenis toggle, satu dipesan untuk menggantikan suis pada ex-EC-256 si Korawk, satu untuk stok simpanan.


Dan multi-spanner OEM yang mengikut spesifikasi jenama ESP. Dah lama mencari alat ni, nak beli yang original ESP memang mencecah RM50 (StewMac) sebelum masuk kos penghantaran.



Cuma tinggal alat yang dipanggil "The Key" saja lagi belum kesampaian, kalau ada memang senang nak buat intonasi gitar ber-Floyd Rose.

_____
AADI: Remeh tapi berguna.

Rewiring Nuing's RG331M


RG331M ini sebenarnya masuk servis bersama-sama EC-256 si Korawk beberapa minggu lepas. Walaupun tidak seteruk EC-256, tapi gitar ini juga seperti kurang kasih sayang, penuh dengan residu manusia pada badan dan fretboard. Ok, tak sampai hati letak gambar luaran sebelum diservis...

Dah bersih cantik berkilat.
Selain dibersihkan dan dipasang dengan set tali gitar baru D'Addario EXL110, servis utama adalah untuk tukar wiring baru. Tuan punya mengadu ada arus bocor, kadang-kadang akan terasa renjatan elektrik kecil bila menggunakan gitar ini, selain humming yang tidak tertoleransi oleh telinga.

Alat ganti Lazada.
Tiada renjatan elektrik aku hadapi semasa proses trial-and-error (adakah aku dah immune?). Mungkin masalah pada rig yang digunakan oleh tuan punya? Amp? Pedal power adapter? Tapi tak mengapa (parap-parap), diteruskan juga dengan wiring baru.

Bab yang ini aku patut berterima kasih kepada Yustech, daripada blognya aku belajar cara untuk meringkaskan wiring berbanding wiring sebelumnya yang berserabut seperti di bawah.


Ini bukan wiring asal dari kilang Ibanez, sebelum dipasang semula dengan set pikap INF, gitar ini pernah dipasang dengan set Seymour Duncan Hot Rodded. Aku pernah terbaca resit servis, memang kena cas gila-gila - install pikap lain cas, wiring lain cas, darab dua pikap, cas pro-setup lagi fuh! Memang untung atas angin.

Aku berpegang pada prinsip "jangan cas harga pro, kalau servis kita tak sampai tahap pro".

_____
AADI: Cas aku? Dapat cover beli pateri baru dan tools lain, jadilah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (79) 58 explorer (22) 7-string (3) 724rocks (2) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (24) adrian smith (14) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (148) amplitude music (3) amplug (4) andy james (4) angker (2) anime (51) anniversary (81) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (130) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (4) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (64) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (14) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (12) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (287) bintulu buskers (5) black friday (8) black sabbath (1) blackstar (26) blades (5) blaze bayley (27) blind guardian (21) blogging blues (59) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (6) boss (62) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (3) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (58) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (24) canon (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (65) children of bodom (21) ck music (55) cog (10) coke (5) coklat (5) cola (5) compilation (63) conception (2) console games (11) converse (3) cort (46) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (42) dalat (19) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) dgr (1) digipak (41) digitech (22) dimarzio (46) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (4) dvd (72) earth hour (14) ebay (228) ec-256 (26) ec-257 (3) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (88) electro-harmonix (26) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (25) emo (209) energy drinks (31) engrish (3) entwistle (9) environment (35) epiphone (123) erectus (8) ernie ball (23) esp/ltd (174) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (13) fallout (14) family (49) fear factory (3) fender (16) filler entry (49) first aid (1) fishman (3) flashback friday (15) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (20) footwear (3) fotografi (31) fozzy (1) fund-snatcher (15) fusion (3) gamer mode activated (23) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (124) gator (15) gax010ltd (9) geeksup (3) ghs (27) gibson (16) gig (98) gigrig (14) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (8) green tea (18) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (13) guitar collection (11) guitar parts (68) guitar service (33) guitar talk (64) hammerfall (16) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (29) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (60) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (27) ibanez (200) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (68) imitation (3) in flames (4) instagram (22) inverno (19) iron maiden (144) irt-pulse (6) isolated gig (8) isu semasa (242) j5 (13) jackson (42) jamming (140) jamtank (31) jepak (9) jim dunlop (62) joe satriani (14) jotb (13) joyo (21) jr (10) js music (3) js32 king v (9) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (22) karisma (4) kaset (32) kawan (298) kazanna (1) kempen (34) kerja (74) kerly (2) kesihatan (41) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (9) king diamond (24) king's studio (2) kkdn (6) koleksi (299) konsert (91) kopi (28) korg (51) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (34) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (4) laney (31) larrong (6) lawas (4) lazada (20) lefthanded (5) lemon tea (13) letgo (50) lil (32) limbang (7) limited edition (33) line 6 (42) linkin park (4) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (87) m-50fr (22) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (382) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (15) marco hietala (20) marigold (3) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (59) melaka (13) membakut (44) memori (332) mercyful fate (11) metallica (80) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (3) moody monday (12) mooer (1) motorhead (9) movie (55) mr diy (2) mrs (59) muf (1) mug (2) mukah (20) mup (130) music bliss (10) music master (41) music nomad (1) muuv (57) muww (1) mxr (10) my music (8) nanasmania (26) naruto (1) nat-geo (4) nestle (37) new album (28) new gear (193) newsted (3) nightfall (8) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (14) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (86) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (26) nylon maiden (2) of string (20) oishi (5) oktoberfest (9) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (38) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (49) pc stuff (35) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (309) pedaltrain (14) pemuzika (15) penang (37) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (14) pfg5 (7) phones (12) pic of the day (58) pick (60) pickup swap (62) pickups (141) planet waves (12) playstation (11) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (17) pod x3 (17) pokka (13) popcorn (6) popomania (6) post-apocalypse (15) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (3) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (47) radio (5) rajinikanth (3) ramadhan special (72) ramli sarip (2) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (73) revamp (2) rex (1) rg331m (13) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) richter (2) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy khan (12) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (33) shopee (12) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (7) silvia (13) singapore (51) single/ep (7) sipitang (1) sit (9) skb (1) skull strings (3) slayer (3) slipgate (5) smr (3) snark (9) so-cal (59) sonata arctica (3) sony (23) soundcloud (7) soundwave (2) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (33) stagg (12) star wars (14) stewmac (6) sticker (6) strap (17) street jam (2) strings (125) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (13) super album (94) superlux (3) susu (6) sv guitars (3) swee lee (6) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (45) tahi suci (7) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tc electronic (2) tech21 (1) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (2) the cranberries (2) the guitar addict (32) the iron maidens (3) thomas zwijsen (6) throwback thursday (14) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (9) tonelab ex (2) tong garden (3) tools (20) top 5 (5) tour de brunei (46) toys (6) trade (21) transformers (4) travel (125) tribute (42) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (3) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (72) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (28) wireless (5) wonda (3) wordless wednesday (313) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (5) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (112) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger