King V Kembali


Jackson JS32 King V matte army drab ini kembali, tapi bukan gitar yang pernah dimiliki tiga tahun lepas (ex-Sarge), ini gitar baharu batch 2022. Diintai semula sejak terasa sedikit menyesal melepaskan ex-Sarge sebelum musim pandemik 2020, terus menarik picu mendapatkannya bila mana stoknya sudah ada.

Diperolehi daripada website Swee Lee berbekalkan dana-dana jualan amp Blackstar HT-5RH/HT112. Ironinya dengan harga yang lebih murah berbanding tiga tahun lepas tatkala harga Jackson siri/model lain melonjak naik. Dan paling menang dengan pengeposan percuma menggunakan DHL dari stok Swee Lee Singapura yang mengambil masa tiga hari untuk sampai ke Bintulu.

Spesifikasi lain semua sama seperti ex-Sarge, hanya berbeza pada material fretboard yang digunakan. Batch 2022 ini menggunakan kayu amaranth sama seperti Dinky Methodman (batch 2020) berbanding rosewood pada ex-Sarge (batch 2017).

Satu-satunya "kecacatan" yang aku kesan ialah neck pocket pada sisi high-E ada sedikit offset sekitar 0.5 mm pada bahagian badan. Tapi itulah dilema gitar model/siri bawahan, kurang telitian pada butiran kecil begini selain setup yang ala kadar.

Juga agak cukup-cukup muat dalam gigbag Gator G-PG-335V Pro-Go yang khusus untuk gitar saiz ES-335 dan Flying V (Gibson/Epiphone). Tapi pendapat aku, headstock dan ekor yang tajam mungkin akan menyebabkan dalaman beg ini terkoyak jika digunakan dengan kerap.

Nickname? Tidak akan digelar Sarge II, tapi akan digelar PRAETOR berdasarkan warna hijau ikoniknya seperti baju zirah "Praetor Suit" Doom Guy/Slayer dalam siri game Doom. Dan dengan tradisi gitar-gitar hijau aku, akan menjadi IDK signature (self-proclaim) Mark VII. Pejam celik pejam celik, gitar ke-11 dalam axology semasa, aduih tabalurut miani eh!

_____
AADI: Rip and tear!

V-Tone Biru Kedua


Pedal ini juga antara yang selalu kehabisan stok dalam katalog. Bila stoknya kembali ada, dengan pantas terus masuk dalam bakul. Kali ini diperolehi daripada Music Bliss, juga dengan pengeposan percuma.

Behringer GDI21 V-Tone Guitar Driver DI - pernah memilikinya 11 tahun lepas, tak perlulah aku ceritakan lagi spesifikasinya. Tapi apa yang menarik kali ini, harga runcitnya semakin murah tak sampai tiga digit. Dan kali ini ia akan digunakan agak berbeza berbanding 11 tahun lepas.

_____
AADI: Alangkah bagusnya kalau pedal ini guna casing logam.

Wordless Wednesday: Gold Nescafes



_____
AADI: Hanya pernah cuba versi biasa dan decaf.

Adam Hitam


Aku kalau filem-filem adiwira DC/DCEU agak kurang layan di pawagam, kecuali filem-filem Batman atau yang ada watak Batman di dalamnya seperti Batman V Superman: Dawn Of Justice dan Justice League. Selain itu aku tak banyak tahu alter-ego, kuasa, nama asal, latar belakang (origin) dan ranking watak-watak DC berbanding Marvel.

Jumaat lepas sempat layan filem Black Adam tayangan 9.15 malam seperti biasa di TGV Bintulu Boulevard. Dwayne "The Rock" Johnson (bukan Johanson) itu sendiri merupakan tarikan utama untuk aku menonton filem ini. Juga mengambil peluang menggunakan promosi DiGi untuk tiket TGV Cinemas berharga RM8.10 bersempena Deepavali 2022.

Seperti biasa, tiada ulasan dan spoiler dalam entri ini kerana filem ini masih panas. Akupun menontonnya tanpa sebarang pengetahuan mengenai watak Black Adam itu sendiri (rujuk perenggan pertama). Yang pasti, The Rock tak perlukan "muscle suit" untuk filem ini kerana dia itu "a walking muscle". Manakala tahap lakonan Pierce Brosnan memang ada kelasnya tersendiri dan MVP dalam filem ini.

_____
AADI: Elemen wokeness masih ada, tapi boleh ditoleransi.

Throwback Thursday: Oktoberfest 2012


Aku berhenti buat entri trobek pasal Oktoberfest 2012 sejak lima tahun lepas. Tahun ini agak istimewa sedikit ditrobek semula kerana ulangtahun ke-10 peristiwa tersebut. Boleh baca entri penuh di sini dan entri bias di sini. Entri versi Molotov Cocktailz pun ada di sini.

Sessi soundcheck sebelah petang.

Merupakan persembahan gig kedua aku bersama MUP selepas Opening Season Gig 2012. Peristiwa yang menaikkan nama MUP sebagai antara cover band Iron Maiden Bintulu. Selepas-selepas itu menerima banyak jemputan untuk gig-gig tempatan - Bintulu Music Festival 2013, Love & Peace Gig 2013, Bintulu Bike Week 2013 dan BRRU Rock Nite 2013 (tapi sekarang trend cover band dah basi*).

Sebelum ini aku tak berani solo, mula berani untuk ambil solo pertama lagu The Trooper (sebagai cabaran) yang semasa sessi latihan tak pernah menjadi sebab selalu terkucil. Tapi bila hari kejadian, mungkin disebabkan adrenalin dan mojo pentas, ia menjadi walaupun tidak sesempurna solo asal Adrian Smith.

Bangga juga kerana pernah berkongsi pentas bersama Majestica (bukan Majestica ini), yang kini menjadi satu nama besar muzik Iban kontemporari.

Gig pertama aku menggunakan Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) yang ternyata merupakan sebuah gitar yang tahan pukul dan amat sesuai untuk persembahan pentas.

Juga mula berkenal-kenalan dengan undergrounders/metalheads Bintulu dari kalangan penonton dan juga ahli band lain yang membuat persembahan pada malam itu.

*Selepas MUP 10th anniversary Facebook livestream tahun lepas, aku rasa MUP sudah tidak berapa relevan lagi. Kehangatan jamming bersama pun sudah tidak ada, mungkin kerana masing-masing sibuk dengan urusan peribadi. Aku faham, akupun begitu. Mungkin aku boleh teruskan projek Hepi 2020 kembali...

_____
AADI: Ice cream for me Bintulu! \m/

Wordless Wednesday: Tokai Temptations



_____
AADI: Bahaya temptasi ni...

Papan Batu


Berpuas hati dengan layout TC'ed Fly Rig dalam entri ini, tapi OCD aku mahukan sebuah pedalboard yang "proper" berbanding pedal-Drain longkang v2.0, maka tertariklah picu untuk mendapatkan pedalboard Warwick Rockboard Tres 3.1 ini.

Diperolehi daripada Swee Lee dengan pengeposan percuma, sekaligus mengalahkan calon-calon lain daripada jenama Pedaltrain, Mooer dan Nu-X.

Ia dipilih kerana bentuk dan dimensinya, bersaiz 522 x 236 mm (ya ukuran metrik) *lebih daripada cukup untuk menempatkan TC'ed Fly Rig yang disebut pada perenggan pertama di atas. Disertakan dengan segulung hook-loop (Velcro) dan beberapa utas cable tie.

Memiliki patchbay untuk menempatkan modular MOD yang dijual berasingan. Ruangan bawah lantai yang cukup luas untuk menempatkan pedal power supply. Tapi itu semua projek naik taraf untuk masa hadapan, buat masa ini hanya mampu menggunakan daisy-chain.

_____
AADI: *Akan dibuatkan entri IDK gig rig #9 kelak.

Ada Apa Dengan Tatawa Butter Cookies?


Alternatif untuk butter cookies (biskut mentega?) murahan dan pada kuantiti yang sedikit.

Tatawa ini hanya berharga sekitar RM3.00 di pasar raya D, isinya kalau tak silap cuma ada 24 biji (atau 12, akupun lupa). Sesuailah untuk dinikmati ketika minum petang bersendirian (standard introvert).

Rasa? Pastinya tidak dapat menandingi Kjeldsen's, tapi kira bolehlah untuk jenama murahan dan menghilangkan keinginan untuk makan butter cookies.

_____
AADI: Dinikmati dengan kopi, fuh~

Wordless Wednesday: Kuaci



_____
AADI: Rancak menguaci semenjak PKP.

Steam Persian Prince


Masih memainkan Baldur's Gate II, dimaklumkan pula oleh Steam mengatakan dua lagi game klasik dalam wishlist aku Prince Of Persia: Warrior Within (POPWW) dan Prince Or Persia: The Two Thrones (POPT2T) kini ada promosi RM6.20 setiap satu (harga asal RM31.00). Macam biasa, muat turun dahulu...

POPWW rilisan 2004 game kedua dalam triloginya, antara game klasik yang banyak memori ketika memainkannya, membuatkan aku berhenti sekejap Baldur's Gate II dan mula memainkan POPWW. Pernah diceritakan memorinya dalam entri ini, ini dan ini. Sekejap, berlarutan menjadi dua hari...

POPT2T pula game rilisan 2005, sekuel kepada POPWW. Dimainkan tahun terakhir aku di Penang dan disambung ketika aku menganggur di kampung (awal 2006). Tema, suasana dan gameplay POPT2T ini agak berbeza berbanding POPWW, tiada lagi muzik runut heavy metal kembali pada fusion klasikal Timur Tengah dan India, tiada lagi semangat perwira dan kini lebih kepada covert dan stealth kills.

Aku rasa hanya pernah habis main sekali sahaja POPT2T ini (2006) dek kerana kelecehan proses instalasi game (versi JS) ketika itu yang mula menggunakan app Daemon Tools atau Alcohol 120% (mun paham bisa).

_____
AADI: How about Prince Of Persia: The Sands Of Time?

Death Alumitone Tigera


Gitar rimau Tigera ini baru sahaja dipasangkan dengan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 beberapa minggu lepas, gatal tangan pula untuk memasang set Lace Alumitone/Deathbucker yang tidak memiliki gitar perumah selepas dikeluarkan daripada Shiro.

Penampilan gelapnya lebih sebati dengan tema gitar ini berbanding cover warna emas berkilau Shopee sebelum ini (teruk OCD aku ni). Begitu juga dengan berat keseluruhan gitar ini yang ~100 gram lebih ringan disebabkan pikap Lace ini. Tona? Tak perlu ceritalah, ini semua entri temberang belaka...

Dipasang secara full humbucker dan masih mengekalkan pendawaian asal untuk menjimatkan masa. Set PAF Pro/Super 3 tadi pula kini disimpan dalam stok menunggu gitar perumah yang sesuai. Swede? Biarlah gitar itu dalam keadaan stok, bisa didagangkan semula jika ada yang berminat.

Tiga singlecut aktif semasa - sirimau Tigera kini menjadi singlecut utama, abang long Goldie bernadi Epiphone Alnico Classic direhatkan daripada tugas jamming/gig selepas sedekad beraksi dan Shiro kembali dengan set EMG 81/60 untuk mainan syok sendiri di rumah. Swede, Chucky dan Sven tidak aktif, disimpan dalam peti/beg sehingga diperlukan.

Beberapa calon singlecut dicadang untuk dilepaskan meneruskan projek 2020 purge. Tak laratlah terlalu banyak untuk dijaga, kah kah kah...

_____
AADI: Salam Maulidur Rasul 1444H.

Steam Icewind Dale


Ketika ini aku masih lagi memainkan Baldur's Gate II sekitar 40-50% progresnya, menerima pula emel daripada Steam mengatakan satu lagi game RPG klasik dalam wishlist aku iaitu Icewind Dale ada promosi RM9.00+ sepanjang minggu ini (harga asal RM30+), dengan pantas terus diklik!

Juga versi Enhanced Edition rilisan yang diolah semula oleh Beamdog sekitar 2014 untuk PC moden. Agak mahal sedikit berbanding harga promosi Baldur's Gate II dan Planescape: Torment sebelum ini yang hanya RM7.00+. Tak apa, download dulu, main kemudian.

Game asal rilisan tahun 2000 keluaran Black Isle Studios ketika itu. Aku memainkannya sekitar 2000-2001. Tapi berbanding Baldur's Gate II dan Planescape: Torment, aku tak pernah sempat menghabiskan game ini.

Game ini mengingatkan aku pada era aku terpaksa menambah satu semester lagi di USM semata-mata untuk mencukupkan mata elektif untuk berkonvokasi. Juga era kaki Napster dan mula mengenali nama-nama seperti King Diamond, HammerFall, Kamelot, After Forever, dll.

_____
AADI: Menunggu giliran Neverwinter Nights pula lepas ini.

In Flames - Battles (Limited Edition)


Diperolehi daripada Drop Dead Distro ketika gig MUWW 2022 beberapa minggu lepas, ketika itu kesemua CD import dijual pada harga RM50. Sayangnya dalam katalog hanya CD ini yang menarik perhatianku, selebihnya tidak menarik atau aku sudah ada. Kalau tak memang aku teringin menapau 2-3 keping CD.

Aku tak berapa follow In Flames, setakat ini aku cuma ada dua CD album mereka Colony (my fav In Flames album) dan A Sense Of Purpose. Kalau mp3 lain ceritalah... Terkejut juga bila dapat tahu Chris Broderick kini menjadi gitaris live/tour mereka, dah jadi ahli rasmi ke?

Ini merupakan digipak edisi terhad dengan dua lagu bonus Greatest Greed dan Us Against The World. Langsung tiada gambar ahli kumpulan dalam inlay. Dan katanya ini merupakan album terakhir bersama bassist Peter Iwers, yang dulu selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez dengan ada signature bass PIB.

Tapi dalam album ini muzik melodiknya semakin senang dihadam, agak pop-komersil (siap ada koir tau) dan terasa seperti nu-metal, jauh berbeza dengan muzik mereka era Colony. Tak hairanlah kenapa ramai peminat lama yang mempertikaikan mereka. Tapi pendapat aku, selagi ia seronok didengar malah menghilangkan stress, kenapa tidak?

Menjadikannya CD kedua yang dibeli tahun ini, kah kah kah...

_____
AADI: Ramai yang lari ke The Halo Effect.

Jirim Gelap


TC Electronic Dark Matter juga antara pedal distortion yang terGAS sejak beberapa tahun lepas bila harga pasaran pedal-pedal TC Electronic turun mendadak semenjak bernaung di bawah Music Tribe.

Diperolehi daripada Music Bliss yang menjualnya lebih murah berbanding pengedar lain ditambah dengan pengeposan percuma.

Fizikal dan dimensinya sama seperti pedal-pedal TC Electronic lain. Cuma warna hitam dan huruf yang agak ke-"Star Wars"-an pasti akan menjangkakan ia sebuah pedal metal. Pahadal distorsinya hanyalah sekentut-kentut Boss DS-1, namun hati ini tetap teringin untuk memilikinya.

Secara tunggal, setakat 80's rock memang pedal ini dapat tapau. Tapi ia akan digunakan bersama-sama MojoMojo untuk gain yang lebih tinggi atau sebagai booster dan variasi tona. Selebihnya ayat temberang saja ni...

_____
AADI: Mengintai MXR M78 Custom Badass '78 distortion pula lepas ni.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger