Epiphone Classic Alnico Set


Mengakhiri bulan Julai dengan mendapatkan set pikap Epiphone Alnico Classic melalui platform Shopee.

Ini merupakan pikap standard untuk gitar-gitar Epiphone lama sebelum digantikan dengan model Probucker, contohnya ex-Korina ('58 Explorer Korina, keluaran 2007) aku.

Diperolehi pada harga yang amat tersenyum (RM60+ per set), mungkin disebabkan lambakkan stok di kilang OEM kerana model ini tidak lagi diguna pakai oleh Epiphone.

Berlabel BHC (Boo Heung Korea China?) diperolehi semata-mata untuk projek klasik pada masa akan datang.

Bersambung...

_____
AADI: Sibuk jadi single parent untuk dua minggu.

Wordless Wednesday: Nano Nano



_____
AADI: Ingat lagunya?

Ada Apa Dengan Aik Cheong Flat White?


Dah lama aku nampak produk kopi gelas segera Aik Cheong ini di pasar raya MG, baru tergerak hati beberapa hari lepas untuk mencubanya. Terdapat beberapa perisa, tapi untuk pertama kali ini aku mencuba flat white.

Dengan harga RM3.80 segelas kertas besar yang boleh mengisikan isipadu sekitar 500 ml, cukup puas untuk segelas kopi premium.

Di dalamnya ada beberapa paket berasingan, serbuk besar kopi utama, serbuk kecil kopi sekunder yang katanya "freeze dry coffee", dua paket gula perang dan sebatang kayu pengacau.

Dengan paket begini, pastinya ia disasarkan kepada peminum kopi jenis on-the-go, contohnya dibeli di 7-Eleven, stesen minyak atau R&R lebuh raya kemudiannya dituang dengan air panas.

Jika ia disediakan seperti urutan saranan, rasanya memang kimochi, boleh menandingi flat white McCafe. Pada harga bawah RM4.00 amat berbaloi untuk segelas kopi premium.

Recommended!

_____
AADI: Akan dicuba perisa latte selepas ini.

Sepetang Di Hobby Kai


Tergerak hati untuk mengunjungi Hobby Kai Bintulu selepas menonton live Facebook Ngumpaiks TV pada sebelah pagi...

Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.

Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021


Bahagian Kedua Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.

Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021

Itupun selepas roving reporter Uchu aka Nasuki Malim menunjukkan figura aksi Trooper Eddie terpakai (@18:32) pada harga yang mampu milik.

Maka terkunjungilah premis ini yang terletak di tingkat satu Ibraco Town Square Plaza Bintulu. Serius, rasanya dah 3-4 tahun aku tak naik atas ni. Waktu tu aku rasa belum ada premis yang buka, hanya ada beberapa restoran dan kiosk di tingkat bawah.

Pertama kali masuk, pemandangan pertama yang aku nampak ialah galeri One Piece dengan poster wanted Mugiwara Kaizoku dan figura aksi. Sudah pasti tauke premis ini juga seorang peminat One Piece. Yang pasti, taukenya memberi kebebasan sepenuhnya untuk aku snap gambar di dalam premis ini.

Sebagai seorang peminat kurang tegar One Piece, pernah juga aku tergerak hati ingin berhobi kumpul figura aksi sebegini. Rujuk entri 11 tahun lepas.

Gear 4 Luffy, not for sale.

Tapi bila ambil kira faktor harga per figura, lebih afdal aku setia dengan hobi bergitar sahaja. Hobi beli CD pun dah terbantut semenjak PKP tahun lepas. Serius, banyak hobi, banyaklah dana yang perlu disalurkan.

Ini aku rasa figura aksi One Piece yang paling terkini, Gol D. Roger vs Edward Newgate (Whitebeard). Sebab anime yang memaparkan aksi ini rasanya baru sahaja disiarkan awal tahun ini atau hujung tahun lepas. Waktu aku datang ke premis ini pun, taukenya baru sahaja selesai memasang figura ini.

Lagi figura aksi One Piece, Portgas D. Ace dengan persalinan episod Alabasta. Maaflah, aku banyak snap gambar bertemakan One Piece berbanding anime lain.

Ok, ada sebuah gitar elektrik terpakai dijual di sini, model ESP LTD EC-256 dijual pada harga RM1500. Menurut nombor siri ia merupakan model keluaran Ogos 2014 buatan Vietnam, mengingatkan aku kepada ex-Dark Moon.

Juga ada figura aksi agak lewd, DOA Kasumi dan Ayane. RM120 per figura, oklah untuk sebuah figura lewd. Kalau ada figura bishoujo dan yang lebih lewd lagi macam mana?

Ok, awal 2017 dulu aku hampir-hampir terbeli Funko Pop! Fallout 4 Power Armor di Toys R Us KLIA2. Nasib baiklah tak terjerumus, kalau tak set Eddie empat album pertama Iron Maiden ini memang racun berbisa.

Hah! Ini antara mainan idaman aku sekitar 1987-1988, MASK Split Seconds Dynamo. Juga berstatus terpakai, sayangnya ia tak lengkap kerana tidak memiliki figura pendua/hologram Bruce Sato. Aku teringat waktu kecil dulu aku rajin main Split Seconds Barracuda kepunyaan Joad Takilala.

Hampir-hampir tertarik picu untuk membeli Sixshot terpakai ini, tak pasti dari siri Transformers mana, mungkin G1 atau Masterforce kot? Kena rujuk Shafid Transformers United ni... Harga pun mampu milik.

Figura aksi Marvel dan DC pun banyak, tapi hanya satu ini aku snap kerana tahap rare. Thank you Stan!

Hampir sejam juga aku berada di premis ini. Aku rumuskan bahawa premis ini lebih fokus kepada figura aksi - anime, Marvel, DC, Gundam, Transformers, Funko Pop!, dll - berbanding "hobi" lain.

Inilah satu-satunya hasil pancingan aku - Trooper Eddie. Tiga sticker rawak (Ace, Shanks dan Galactic Empire) dan Space Marine Warhammer 40k merupakan pemberian mutual (free gift), terima kasih.

Tiada apa-apa info pasal figura Trooper Eddie ini. Ia tidak lengkap, tiada tapak (base) pedang rapier/sabre dan bendera Union Jack. Dan daripada perincian, kebarangkalian besar ia adalah model keluaran McFarlane. Akan dibuat entri berasingan kelak...

_____
AADI: Ada figura yang mencecah harga ribuan ringgit, lagi nak komplen hobi bergitar itu mahal?

Autism Dan Thomas & Friends


Malam semalam satu daripada koleksi Thomas & Friends (ori Fisher-Price) anak autistik aku si Ijau Jr. rosak dikerjakan adiknya si Arlo sampai tercabut tayar. Dahlah spesifik hero utama (Thomas) yang rosak dan bukannya watak sampingan, mengamuklah si kawan...

Siapa ada anak autistik pasti akan faham kalau dah datang tantrumnya, memang "bergegarlah" rumah, ditambah lagi dengan perasaan sedih tengok Thomas dah rosak. Budak autistik kalau menangis sedih memang kaw-kaw, silap-silap kau sendiri pun akan sebak mengalirkan air mata sebab kesian...

Toys R Us KLIA2, menuju Dystopia.

Aku mula rajin belikan mainan T&F (siri Push Along, Metal Engine) begini sejak umurnya dua tahun bila dia dah mula minat animasi T&F. Hampir 90% nama watak-watak dia kenal dan ingat nama (kelebihan autism). Setiap kali pergi mana-mana premis Toys R Us, Popular atau Parkson, kalau jumpa watak yang belum ada dalam koleksi, pasti akan dibeli.

Sejak 2017 sampai sekarang, tak pernah satu pun watak-watak T&F dalam koleksinya yang rosak. Memang cermat dia memainkannya, kalau setakat lusuh tu biasalah. Setakat ini sudah ada sekitar 15 watak kepala enjin dalam koleksi - Thomas (2x), Ashima, Diesel, Winston, Luke, Percy, Rosie, Trevor, Toby, Salty, Nia, Frankie, Victor, Emily dan Cranky.

Selain watak-watak kepala enjin, turut dibeli secara berperingkat ialah trek landasan tambahan, gerabak dan struktur bangunan yang serasi (compatible) boleh sambung dengan yang lain, selagi ia berjenama Fisher-Price.

Semenjak Toys R Us Times Square Bintulu dah tutup, tiada lagi tempat untuk mendapatkan mainan T&F ini. Pagi tadi aku cuba meronda premis Popular dan Parkson untuk mencari pengganti watak spesifik Thomas yang rosak di atas tadi.

Sayangnya di kedua-dua premis tadi kini dimonopoli oleh koleksi Hot Wheels yang lebih trending. Kalau terjumpa pun T&F tinggal seketul dua sahaja, itupun watak yang sudah ada dalam koleksi, dan malangnya bukan hero (Thomas).

Opsyen terakhir kini ialah memesannya secara atas talian. Baru sekejap tadi melayar website rasmi Toys R Us Malaysia, Mighty Utan Malaysia dan di platform Shopee/Lazada.

_____
AADI: Juga meminati mainan dinosaurs dan alam fauna.

IDK Impromptu Streaming Rig


Dalam situasi semasa (pandemik, PKP, WFH) memang tidak dapat lari daripada menggunakan aplikasi video conference seperti Google Meet dan Zoom. Dengan adanya sebuah laptop dan talian internet yang stabil tiada masalah untuk semua itu.

Masalah muncul bila sessi kita bertembung dengan sessi sekolah online anak. Kena dahulukan sessi anak kerana laptop dibeli adalah untuk tujuan itu. Terpaksalah aku "hadir" sessi dengan menggunakan PC klon aku yang tiada keupayaan audio dan visual online. Ya, aku tahu boleh guna telefon pintar, tapi lebih selesa mengadap skrin laptop atau monitor berjam-jam berbanding skrin telefon pintar kan?

Mulalah terfikir untuk mendapatkan sebuah webcam untuk dipasang pada PC aku, dan terkadang berangan untuk membina streaming rig ala Matt Heafy seperti video di atas...

Baru-baru ini aku ada terbaca artikel PCWorld yang mengatakan kebanyakkan kamera digital, DSLR dan kamera aksi (jenis macam Go-Pro) boleh berfungsi sebagai webcam, bergantung kepada jenis, kebolehan dan setup yang digunakan.

Jury-rigging DIY streaming rig.

Kamera digital Sony DSC-S930 yang dibeli eksklusif untuk AADI 12 tahun lepas (sudah pencen) hanya berfungsi sebagai card reader bila menggunakan sambungan USB. Kamera dashboard cap ayam pula (sekarang dah guna 70Mai) menggunakan sambungan USB hanya untuk mengecas bateri.

Mujurlah diselamatkan oleh kamera aksi Go-Amateur (parodi Go-Pro) yang sudah lama tidak digunakan, walaupun berkulat tapi masih berfungsi. Kamera ini mempunyai dua mode USB iaitu sebagai card reader dan PC camera. Dengan resolusi maksimum 720p (16:9 30fps) untuk mode PC camera ia sudah kira cukup untuk dijadikan webcam.

Zoom H1 Handy Recorder ini juga boleh berfungsi sebagai mikrofon USB. Sudah pasti kualiti audionya lebih mantap berbanding menggunakan mikrofon pada kamera atau mikrofon analog headset. Sayang tripod APH-1nya sudah patah.

Selamatlah daripada TERbeli sebuah webcam dan/atau sebuah mikrofon USB podcast. Dan tak perlu lagi "pinjam" laptop anak tiap kali ada sessi VC.

Salam aidiladha kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI.

_____
AADI: Ok, dah boleh join sawancara Ngumpaiks TV.

Ada Apa Dengan Sundrop Teh Tarik?


Kalau jenama Sundrop ni biasanya ada banyak diskripsi pada tin, macam teh tarik ni ada "Malaysian tea," lepas tu "milk with tea", nasib baik tak ada "pulled tea". Teringat aku label lama kopi susu Sundrop.

Teh tarik Sundrop ini sebenarnya sudah lama ada dalam pasaran Borneo, sezaman dengan kopi susu Sundrop, mungkin dah lebih 20 tahun.

Tapi macam biasalah, rasa teh bertenusu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi, pasti akan ada rasa sintetik sama seperti 3-layer tea Leaves dan teh tarik ori F&N.

_____
AADI: Juga ada piramid "healtier choice".

Ada Apa Dengan TWOTW?


Baru 15 minit lepas tengok premier...

Simbolik benar ceritanya, ada bau-bau isu semasa, ada juga pengaruh Naruto dikesan (Samurai Eddie transform macam Susanoo?) kah kah kah...

_____
AADI: Up the Irons! \m/

Ada Apa Dengan Munif Hijjaz Squeezy Lime?


Ada geng bloggers kata blog AADI ni tempat mereka kenal jenama minuman yang pelik-pelik. Nah, entri kali ni minuman limau nipis Squeezy Lime keluaran Munif Hijjaz Marketing Sdn. Bhd.

Dijumpai di pasar raya M dengan harga RM2.30 untuk sebotol berisipad 350 ml. Katanya minuman ini lebih hype di Negara Brunei Darussalam berbanding Malaysia.

Tiada apa yang menarik, tidak berkarbonat, rasanya cukup-cukup manis dan masam untuk minuman limau nipis. Mungkin boleh jadi minuman alternatif jika sudah muak dengan teh hijau atau teh lemon.

Cerita pasal Munif Hijjaz, aku lupa di mana aku letak CD Munif Ahmad, mungkin tertinggal dalam mini hi-fi yang dah rosak dalam stor.

_____
AADI: Kalau lagi pekat, boleh lawan Mojito.

Wordless Wednesday: Mystery Packet



_____
AADI: Di dalamnya ada sarung getah plastik?

Ada Apa Dengan KroBe Salt Cola?


Kola pedas sudah, kali ni kola masin pula. KroBe Salt Cola ini dijumpai di pasar raya M dengan harga RM1.90 untuk setin 320 ml.

Buatan Malaysia oleh OP-G Innovative Industry Sdn. Bhd. Batu Berendam Melaka. Rasa kolanya agak generik seperti Dubai Cola dan Est Cola, tapi ada sikit rasa masin dengan hype mengandungi garam Himalaya membuatkannya unik. Tapi masinnya tidaklah semasin air laut, lebih kurang macam masin air Eno original.

_____
AADI: Bolehlah kalau dah tak ada kola lain.

Ada Apa Dengan Hype Energy Twisted?


Ini perisa ketiga Hype yang dicuba, yang sempat dibeli ketika ia dilelong pada harga RM0.99 setin. Perisa kali ini namanya Twisted, tropical punch.

Perisa ini katanya merupakan gabungan perisa epal, mangga dan markisa (5% fruit juice), tapi aku pasti macam ada rasa nanas juga. Mungkin gabungan rasa manis, masam, masin tiga buah tadi menjadi seakan-akan rasa nanas.

Untuk perisa lain yang ada dalam pasaran Malaysia, boleh layari di sini.

_____
AADI: Kalau tak, dah boleh masuk kategori nanasmania ni.

Ada Apa Dengan Latina Mango Juice Drink?


Ok, gambar minuman ini diambil beberapa minggu sebelum Ramadhan dan sepatutnya untuk entri bulan puasa.

Banyak data yang aku dah lupa, contohnya harga dan buatan mana sebab ia adalah minuman import. Tapi ia hanyalah "just another" minuman berperisa jus mangga dan bukan jus mangga. Ya, terasa seperti minum sirap/kordial berperisa mangga.

_____
AADI: Latino heat!~

Pocky Watermelon


Pantang tengok Pocky yang bertulis edisi terhad (limited edition) sebegini, pasti akan dibeli semata-mata untuk entri AADI. Kali ini berperisa tembikai, katanya keluaran bersempena musim panas.

Rasa tembikainya sama sahaja seperti makanan ringan lain yang berperisa tembikai contohnya ais krim  dan gula-gula getah. Tapi "with cooling effect" membuatkannya agak istimewa berbanding Pocky edisi terhad lain, ada sedikit rasa dingin seperti pudina atau menthol(?).

_____
AADI: "Gaya jantan gedik sebenar..."

Dilema Woody


Dalam entri pengenalan Woody (Cort G200DX) minggu lepas aku ada nyatakan bahawa disebabkan bentuknya yang offset, gitar ini tidak muat dalam peti cap buaya.

Bentuk dalaman GC-ELECTRIC-A ini adalah untuk menampung bentuk Fender Stratocaster, Telecaster dan superstrat simetri yang seangkatan - Charvel So-Cal/San Dimas, Jackson Soloist/Dinky, Ibanez RG/S.

Tetapi tidak pada gitar ini dan Cort G-series secara amnya, kerana tanduk atas sangkut pada pembahagi dalaman peti.

Tapi tak mengapa, gitar ini tidak akan disimpan dalam peti buaya ini, paling-paling pun dalam gigbag sahaja kerana ia dijadikan gitar harian dan akan sentiasa diletak atas stand.

Dilema kedua pula, *tak sabar nak pasang set Lace Alumitone HSS yang tersadai sejak dikeluarkan daripada ex-Mr. Smith. Tujuan utama gitar ini diperolehi pun sebenarnya adalah untuk menjadi perumah kepada set pikap tersebut. Ironinya, kalau ikut harga runcit, set pikap ini lebih mahal berbanding harga runcit G200DX.

*Akan diberi "tempoh bertenang" sehingga pertukaran tali yang akan datang.

_____
AADI: Iklankan di Jamtank pun tak ada yang berminat set pikap ini, nasiblah.

Ada Apa Dengan Mi Sedaap Korean Spicy Chicken?


Aku tak faham apakah tujuan sebenar trending makanan pedas Korea yang sepedas-pedasnya, contohnya produk Cheers Daebak ghost pepper cola. Tapi aku terperangkap juga dengan trending ini, mungkin untuk menyahut cabaran tahan pedas kot? Hahaha...

Ini antara mi goreng segera yang selalu ada dalam stok aku kebelakangan ini. Mi goreng jenama Mi Sedaap ini terdapat dua versi Korean spicy chicken, iaitu versi mi sup dan mi goreng.

Jenama ini memberi pilihan dua tahap kepedasan, tabur satu paket untuk pedas lazat dan tabur dua paket untuk pedas gila. Dan seperti ayatnya, satu paket memberikan rasa pedas lazat, dan peket kedua faham-faham sajalah...

_____
AADI: Ingin mencuba mi goreng Maggi pedas giler.

Ada Apa Dengan Pokka Herbal Tea?


Aku boleh dikira antara peminat minuman jenama Pokka (terutama teh hijau jasmin dan kopi). Tapi minuman teh herba Pokka ini rasanya kali pertama aku jumpa sebelum bulan puasa lepas (tengok latar belakang monitor bertarikh 26/03/2021). Adakah ia produk baharu?

Rasanya lebih kurang macam beberapa minuman teh herba hype lain dalam AADI contohnya Jia Duo Bao, Cheng Bou Leong, cuma ada sedikit rasa pahit dan kurang manis. Harga standard minuman teh hijau lain yang berisipadu 300-325 ml iaitu sekitar RM2.00-2.50 setin. Kalau aku jumpa lagi, memang aku beli.

_____
AADI: Selamat berbulan Julai.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger