Ada Apa Dengan Juice Secret?


[Nanasmania] A-ha! Entri pasal jus nanas kembali lagi! Jus kali ni agak berbeza daripada yang sebelumnya, kerana jus kali ni mempunyai serat (pulp) nanas di dalamnya. Juice Secret pineapple juice with pulp, yang dibuat oleh Yoke Food Industries Sdn. Bhd. Senai, Johor. Dengan harga runcit dalam RM1.30 hingga RM1.80, kira harga berpatutan jugalah.

Ingredients: water, pineapple juice concentrated, pineapple pulp, sugar, citric acid (E330), ascorbic acid (vitamin C), antioxidant, natural identical pineapple flavour, permitted colouring (E102/E110), food conditioner (E466/E415).

Rasanya? Rasa nanas... Tapi ia tidak dapat menandingi rasa jus nanas F&N Fruit Tree dan Lee Pineapple yang pekat dan "kimochi", lagipun serat nanas yang ada di dalam jus ni agak menjengkelkan (annoying) sebab agak keras dan tidak selesa dikunyah.

_____
Ada apa: Lepas ni nak cuma nanas dalam tin.

Antara Les Paul Dan Kerry King


Dari apa yang aku dengar, gitar-gitar Les Paul (atau singlecut lain berskala 24.75") amat sesuai jika menggunakan strings bersaiz 10-46 pada standard tuning. Apa yang bestnya? Pfft!~ Akupun tak tau, yang tu kena tanya pada yang pakar...

Dalam stok aku, cuma tinggal sekotak saja strings bersaiz 10-46 (selebihnya 9-42) iaitu Dunlop KFK (Kerry King Icon Series), jadi aku cuba memasangnya pada Goldie.

Memang terasa amat berbeza dengan 10-46 Stagg (eksperimentasi strings murah) yang pernah aku pasang pada Replacement, yang agak keras dan cepat berkarat. Dunlop KFK ni terasa lembut walaupun ia bersaiz 10-46.

I guess you have to sacrifice the fretting/bending comfort for the crunchiness of the sound... Lepas ni boleh tumpukan pada 9-42 saja.

_____
Ada apa: Adakah inai membuatkan jari-jari lebih sensitif pada tekanan dan cepat sakit?

Gold Rush!


Dalam diam, aku sebenarnya suka gitar berbentuk singlecut ala Les Paul, sebab tu dulu aku pernah memiliki Les Paul copy SX Pirate Series PEG2 (aka Les Pirate). Tetapi atas sebab-sebab tamak peribadi aku "terpaksa" menjualnya untuk mendapatkan dana-dana tambahan (sebab nak beli Kelly Kelly). Ya aku tau, aku selalu bertukar-tukar pasangan gitar, jual yang lama beli yang baru... Sehingga dilabel sebagai "rakus" oleh Oriaj.

Soalan cepumas - "kenapa gitar-gitar bentuk singlecut (lebih-lebih lagi Gibson/Epiphone Les Paul) disukai ramai?"

Oke, gitar kali ni pun secara tidak rasminya boleh dikatakan sebagai pengganti kepada Abominations, dan pada mulanya ingin dijadikan sebagai "hadiah" perkahwinan Projek Mega 2011, tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Here it is, Epiphone Les Paul 1957 Goldtop.

Sebenarnya dah lama aku order Goldtop ni, kalau tak silap selepas CNY setelah terkena racun (high level poison) dari entri Dead Eye Guitars (DEG) ni. Beberapa bulan kemudian, baru aku mengambilnya sendiri (self-collect) daripada DEG waktu aku pi PJ penghujung bulan April yang lepas.

Dan tujuh naskah katalog dalam entri yang lepas sebenarnya merupakan "saguhati" daripada urusniaga kali ni.

Oke, masa untuk buat ulasan kecil-kecilan setelah beberapa bulan dalam bentuk draft.

Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (Reissued)

"lama tak kena racun" - DEG

Meet Mr. Les Paul (spesifikasi)

  • Brand: Epiphone
  • Model: Les Paul Standard
  • Model Code: Limited Edition Custom Shop 1957 Reissued Goldtop (or just '57 Goldtop)
  • Made In: China
  • Serial No: 10091506687 (September 2010, Qing Dao plant China #06687)
  • Construction: Set-neck
  • Body: Mahogany
  • Neck: Set neck, mahogany
  • Fingerboard: Rosewood with trapezoid inlays
  • Pickups: Alnico '57 classic humbucker (H-H), 3-way pickup selector switch
  • Colour: Metallic gold (top), with cream scheme (binding, pickguard, pickup holder)
  • Hardware: Chrome
  • Scale: 24.75"
  • Fret: 22 jumbo
  • Bridge: TOM bridge with stoptail
  • Special feature: Push/pull pot on both tone knobs for coil tap

Set as standard tuning EADGBE.

Pearloid "Epiphone" wording (same material as fret inlays).

Serial number, Epiphone Limited Edition Custom Shop logo.
With Grover tuners of course...

Kelebihan:

  1. Epiphone "Limited Edition Custom Shop".
  2. Agak versatile (dengan push/pull pot), bunyi yang agak bright. Bunyinya juga agak nyaring (if compared with Replacement) jika dimainkan tanpa amp (unplugged)
  3. Good looks - aku memang minat Goldtop.
  4. Optional Epiphone Les Paul hardcase pada harga yang menarik.

Kelemahan:

  1. Output alnico '57 classic humbucker pickups (stock pickups) yang agak medium, tak berapa "berat" kalau main riff-riff Metal. But it's a Les Paul, wasn't meant to play Metal in the first place (without some modifications of course).
  2. Neck yang agak tebal, nipis sikit dari neck gitar akustik, tapi masih selesa digenggam. Yet again it wasn't a shred guitar in the first place, and I don't shred (tak reti lagi hehehe).
  3. Tidak disenaraikan dalam website Epiphone, no info at all (the closest was '56 Goldtop), aku terpaksa korek forum MyLesPaul.com untuk cari data-data pasal '57 Goldtop ni.

"57 Classic" humbucker pickup(s) dated 08/19/2010.

Mesti ada yang tanya kenapa aku tak pilih Les Paul Custom? Kalau diikutkan harga Goldtop dan Custom lebih kurang sama saja. Les Paul Custom sekarang ni macam dah terlampau "common" jadi aku memilih yang "less common" dan "rare".

Glittering in gold.

Dark shiny see-thru amber at the back.

Aku suka Goldtop bukan disebabkan pengaruh Slash (aku tak minat Slash), tapi disebabkan Goldtop Adrian Smith yang lagenda. Up the Irons! \m/

Buat masa ni aku malas nak modify/upgrade apa-apa pada Goldtop ni, kecuali dah tukar strap button guna Hennessey dan guna strings Dunlop KFK (10-46), but that was another story...

Push/pull tone knob. Wiring pun boleh dikatakan kemaslah juga.

Nickname? Sebelum berpindah milik, aku dan tauke DEG memang selalu mengistilahkannya sebagai GOLDIE, jadi tak payah nak pikir nick yang lain. This Goldie was my prized possession so far...

Iklan mini dari penaja...

Golden brothers side by side - Gibson Goldtop VOS (±RM10k) and Epiphone version of '57 goldtop. Ada sapa-sapa berminat Gibson Goldtop? Image courtesy of Dead Eye Guitars.

Off-topic: Sejak Khamis lepas sehingga petang tadi aku (dan Mrs. Ijau) sibuk berpindah dan mengemas rumah. Baru malam ni ada peluang berblogging...

_____
Ada apa: Lepas ni dah payah sikit nak bermewah-mewah sebab dah berubah status.

Seminggu Yang Emo (Part 2)


Beremosi seketika...

Isnin - Kembali ke Bintulu (sebagai raja) seperti dalam entri yang lepas.

Selasa - Bengang dengan tuan rumah yang tak tepati janji, sepatutnya kami boleh masuk rumah (kelamin) pertengahan bulan Jun (15-16hb) tapi sehingga hari ni, kami masih belum dapat mendiaminya kerana kerja-kerja renovasi masih belum selesai sepenuhnya. Kalau renovasi tu cantik takpe la juga... Akhirnya terpaksa "membujang" untuk dua malam.

Gambar hiasan (Wikipedia).

Rabu - Mula membersihkan rumah, walaupun ia bukanlah rumah yang agak selesa, tapi inilah rumah (sewa) pertamaku yang bakal didiami bersama isteri tercinta, susah senang kita bersama (amboi). Dan insya-Allah hujung minggu nanti kami dapat mendiaminya tanpa sebarang halangan.

Khamis - Aku mula bekerja setelah bercuti panjang hampir empat minggu (bersamaan 16 hari bekerja, tolak cuti hujung minggu dan Gawai). Tak sampai setengah jam duduk, aku "dibebankan" dengan dua (mungkin tiga) buah komputer Jabatan yang diserang W32.Rontokbro@mm (a Brontok variant). Ni yang aku tak suka, orang lain punya salah aku yang susah!

Gambar hiasan.

Sebelah petang (selepas waktu kerja) ada majlis barbeku (barbecue, BBQ) untuk seorang staf (En. I) yang bakal berpindah ke Cawangan Melaka minggu depan. BBQ kepak ayam, udang, ikan, bla bla bla... Pada pengikut setia AADI pastinya tau, kalau opis aku anjurkan bab-bab berkaitan makan ni, selalunya memang "meriah".

Jumaat - Pagi ada perhimpunan bulanan, dan seterusnya majlis "sambutan 4 dalam 1" - (1) Gawai Dayak (2) hari lahir beberapa orang staf (3) perpisahan En. I dan (4) meraikan pasangan pengantin baru :) Banyak juga dapat hadiah.

Tak pernah-pernah aku terima hadiah sebanyak (dan seberat) ni. Hadiah-hadiah dari staf Jabatan - orang perseorangan atau pasangan suami-isteri, seksyen-seksyen dan dari Kelab Sukan Dan Rekreasi. Tapi Mrs. Ijau tak bagi buka hadiah-hadiah ni dulu, tunggu dah pindah rumah baru boleh buka :(

Dalam banyak-banyak hadiah kahwin, hadiah yang paling "OMG!" aku terima melalui poslaju pagi semalam. Apa dia? Hehehe from tauke DEG himself!

Hahaha! Vandalisme yang terlampau!

Aku agak terharu bila tauke DEG menghadiahkan aku oren ni, mungkin ia sebagai tanda penghargaan kerana aku seorang daripada pelanggan tetapnya (regular customer - means buying guitar on REGULAR basis). Terima kasih tauke DEG!

Hidung selsema, tekak perit rasa nak batuk, badan mula rasa macam nak demam, adoi~

_____
Ada apa: Ada sapa-sapa nak hadiahkan aku MT-2?

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 2)


Picture of the day, sepagi di Pekan Beaufort...

Tiada apa yang salah pada papan tanda ni, cuma kadang-kadang minda kita mula memikirkan perkara dan soalan yang bukan-bukan...

Tahniah kepada saudara Jairo (fellow blogger, NBT and proud Pimpingan) yang kini telah bergelar seorang bapa.

_____
Ada apa: Bersarapan pagi dengan sebiji oren empat segi.

Ada Apa Dengan Action Figure? (Part 2)


One Piece action figures and cosplay in Bintulu? Damn! Check out the headgears...

Showcase tingkat dua pasaraya M kini dihiasi dengan action figures dan cosplay beberapa anime yang terkenal (One Piece, Naruto, Bleach, Mario, Arale) pada harga yang jauh lebih murah berbanding yang dijual di Wisma Sanyan, Sibu. Cuma tak banyak pilihanlah... Dan tadak satu produk pun yang berkaitan dengan watak Roronoa Zoro.

Aku dah target miniature Thousand Sunny dan Going Merry.

_____
Ada apa: m(^_^)m

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 4)


Entri Bundaberg kembali lagi! Masa untuk layan Bundaberg, terutamanya perisa Lemon Lime & Bitters (LLB)...

Pasaraya M di Bintulu menjualnya pada harga "promosi" RM2.20 sebotol (340ml). Ini taktik biasa peniaga untuk menghabiskan stok lama bila tarikh luput dah dekat. Tapi sayangnya cuma ada peachees dan LLB, tadak root beer mahupun ginger beer.

Apa-apapun... Up the Bundaberg LLB!

_____
Ada apa: Bundaberg LLB + ice cubes (shaken, not stirred) = kimochi!~

Ada Apa Dengan Beg Gitar?


Entri yang dah lama dalam bentuk draft. Tapi ini bukan entri cerita pasal gigbag...

Dah berkali-kali aku perasan beg ni tiap kali lalu area beg di The Bay Departmental Store, Parkcity Mall, Bintulu. Beberapa minggu lepas aku sempat curi-curi snap gambar beg ni.

Memang kvlt la beg ni, dengan artwork decal menyerupai gitar. Neck and frets became bag's strap, strat-shaped pickguard with three single coil pickups. Came in two flavours; bronze and silver.

Rasa-rasanya amat sesuai untuk kaki gitar guitar enthusiast (macam aku), boleh bawa aksesori jamming dalam beg ni (lyrics, effects, cables, picks, tuner, mic, etc) dengan bergaya pi jamming studio.

Tapi malangnya, aku rasa beg ni bukanlah dibuat oleh seorang guitar enthusiast. Disebabkan ada satu kesilapan kecil besar yang tidak boleh dimaafkan! Cuba perhatikan input jack yang "bersambung" dengan tremolo (whammy) arm, wtf?!

Sebab tu aku tak jadi beli beg ni dulu, selain harganya yang tak munasabah munasarawak dengan kualitinya... TAMMAT!

_____
Ada apa: Rasa-rasanya ada tak beg macam ni tapi bentuk singlecut ala Les Paul? Mesti lagi gempak...

Kembali Ke Bintulu (Part XI - Return Of The King)


[Scheduled entry] Kembali ke dunia blogging setelah "bercuti" beberapa hari. Entri ni pun kalau diikutkan memang aku taip secara ekspress, nak kejar masa.

Pagi ni memulakan perjalanan balik ke Bintulu, seperti biasa seawal 5.30-6.00 pagi dari kampung. Sekiranya tiada arah melintang, insya-Allah dijangka sampai dalam pukul 4.00-5.00 petang.

Gambar hiasan - Jambatan Sungai Lawas.

Esok dan lusa aku (dan Mrs. Ijau) masih lagi bercuti untuk menguruskan hal-ehwal pindah barang-barang ke rumah baru (rumah kelamin). Khamis nanti baru mula bekerja...

[Entri Mini] Tribute To Pak Uda

Imej Wikipedia.

Al-fatihah kepada Zami Ismail yang lebih dikenali sebagai Pak Uda (menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu) yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Aku nak cerita panjang, tapi kesuntukan masa...

_____
Ada apa: Return of the King?

Time To Be King! (Part 2)


Selasa (7/6/2011) - Alhamdulillah segala urusan pertabalan diRaja (sehari) di Kampung Tanam, Dalat sudahpun selesai. Walaupun ia bukanlah suatu majlis yang besar dan sempurna, tapi ia berjalan dengan lancar...

Ya aku tau, temanya bukanlah hijau...

Dan yang penting tiada pengulangan akad >:) all happened in one shot! (Dengan bantuan soundcheck dan demo sebelum akad). Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang dan tak lupa juga kepada yang memberi ucapan tahniah melalui media Facebook, Bloggers dan juga SMS.

[Edited - image added @ 2.30 pm] Teaser adalah disengajakan.

Disebabkan majlis di kampung aku (Kampung Pimping, Membakut) akan diadakan pada 17-18/6/2011 nanti (dan hal-hal peribadi yang tak dapat dielakkan), dengan ini aku ingin mengumumkan blog AADI akan bercuti beberapa hari.

Hail to the King!

_____
Ada apa: Now, there's Mr. & Mrs. Ijau! No more *ehem-ehem* status.

Time To Be King!


[Scheduled entry] This is it, my own *D-Day! Projek Mega 2011! Or whatever you wanna call it... Yeah! Time To Be King!

Imej link dari Wikipedia.

Jadi aku tujukan lagu ni khas kepada geng-geng Bloggers, pembaca dan pengikut setia blog AADI tak kisah sama ada anda pembaca aktif atau pembaca senyap (silent reader).

*Yang ironinya ulangtahun ke-67 D-Day Operation Overlord (6/6/1944) pun berlangsung semalam.

_____

Owh btw, apa yang setaraf/setanding dengan raja kalau bukan emas? Well, here's my gold! Muahahaha...

KING and GOLD, a good combination, yes?

Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (reissue, custom shop, limited edition?). Review? Nanti-nantilah kalau aku rajin lepas Projek Mega 2011...

_____
Ada apa: The crown is in my hands, time to be king...

The Man Who Would Be King?


[Filler entry] The Man Who Would Be King by Iron Maiden, from their 15th studio album The Final Frontier...

Hail to the Man who would will be King!

Dalam kesempatan ini, blog AADI ingin mengucapkan "Selamat Menjadi Raja" kepada seorang daripada geng Bloggers yang telah menamatkan zaman bujangnya semalam, iaitu Encik Muspeed (Musyrif + Speedrider), semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.

_____
Ada apa: King Ijau? Dulu aku pernah guna nick ni dalam mIRC (circa 2000-2001), pengaruh King Diamond.

Kembali Ke Bintulu (Part 10)


[Scheduled entry] Dalam perjalanan balik ke Bintulu, bertolak seawal 5.30-6.00 pagi tadi. Kali ni aku tidak berseorangan, tetapi bersama-sama rombongan konvoi tiga buah kereta (termasuk Imago aku) untuk fasa terakhir Projek Mega 2011.

Gambar hiasan - Kompleks CIQ Lawas.

Dalam perancangan, kami akan bermalam di Bintulu (rumah bujang aku) malam ni dan malam esok. Dan akan bertolak ke Mukah seterusnya ke Dalat pada pagi Isnin (6/6/2011) nanti, insyallah...

_____
Ada apa: Harap-harap dipermudahkan segala urusan dan selamat perjalanan pergi dan balik, amin~

Sepetang Di Pekan Lama Membakut


Petang tadi aku berkesempatan singgah di pejabat pos Membakut sebab nak bayar bil air rumah parents aku (bil air betul ni)...

Aku datang awal dalam pukul 1.40 petang, sementara menunggu pejabat pos buka pukul 2.00 petang, aku sempat meninjau area rumah kedai yang terbakar awal Januari dulu, yang tak berapa jauh dari pejabat pos (dari dalam kereta sajalah).

Pemandangan keluar dari pintu pagar pejabat pos.

Area ni betul-betul depan kedai On Tai,
tempat aku selalu beli komik suatu ketika dulu.

Cukuplah aku ronda satu pusingan dan snap tiga keping gambar sahaja, sebak rasa di hati bila mengenangkan apa yang terjadi. All the ruins, debris, charred stuff and memories...

Cuma yang hairannya, dah hampir lima bulan tragedi ni berlaku, tapi masih belum nampak usaha pembersihan area ni. Adakah masih lagi berkabung? Atau belum ada syarikat yang menang tender untuk membuat pembangunan baru di tapak kawasan ni? Oriaj, boleh buat sedikit ulasan?

_____
Ada apa: Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat membeli komik?

Let-Go: Ibanez ICB200EX Iceman Bass


Selasa (31/5/2011) - Atas sebab-sebab peribadi, bass kegemaranku Ibanez ICB200EX Iceman bass aka Black Ice telah berpindah milik (let-go) kepada seorang bassist kidal, yang juga merupakan seorang rakan Facebook dan geng-geng underground Sabah.

Berada dalam axology aku selama setahun lebih, namun ia masih berkeadaan 9/10 walaupun selalu aku "belasah" tiap kali ada sessi jamming. Elixir strings yang ada pada bass ni pun belum pernah tukar semenjak aku beli sebab masih oke lagi (kecuali ada sedikit bulu-bulu coating).

Selamat tinggal Black Ice, harap kau akan terkenal (dengan gelaran Aisehmen) bersama tuan dan kugiran baru selepas ni.

Pencen? Eh belum pencen lagi... Tapi rehat untuk jangkamasa yang pendek (beberapa bulan). Selesai saja Projek Mega 2011 + aftermath, aku sambung balik muahahaha!~

_____
Ada apa: Ice ice baby...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger