Selamat Tinggal Ogos...


Ogos tahun ini agak mencabar fizikal dan mental...


Berulang-alik ke Hospital Bintulu membawa Mrs. Ijau berjumpa doktor pakar O&G hampir setiap minggu, kadang-kadang dua kali seminggu. Dan minggu lepas dirujuk pula dengan doktor pakar O&G di Hospital Umum Sarawak (Kuching). Agak kurang masa untuk berhobi, apatah lagi berblog.

Wakanda Forever! Thank you Chadwick Boseman.
_____
AADI: Memerdekakan minda.

Ada Apa Dengan Wonda Booster?


Macam biasa, bila terjumpa kopi tin yang menarik, pasti akan dibeli atas dasar ingin mencuba dan untuk modal entri AADI. Kali ini Wonda Booster versi kopi hitam dicuba, katanya dengan 2x coffee shot.


Seperti kopi-O (tanpa susu/krimer) tin yang lain contohnya Sundrop Black Coffee, memang tekak aku susah nak telan lebih-lebih lagi kalau suam atau sejuk. Tekak aku cuma dapat teguk kopi-O panas. Pekat memang pekat, ada rasa hangit-hangit sintetik sikit (ikut lidah aku). Tapi, bagi mereka yang meminati kopi-O, mungkin pendapat kita berbeza.

_____
AADI: Mrs. Ijau yang tolong habiskan, kah kah kah...

Tech 21 PL1, Lapan Bulan Kemudian


Baru ada peluang membawa Tech 21 Fly Rig PL1 ini untuk jamming bersama-sama gitar minggu lepas untuk dipandu uji seoptimumnya. Ya gitar, sebelum ini hanya pernah dibawa jamming/gig bersama-sama *bass.


Ok, setelah dipandu uji seoptimumnya bersama-sama Deluxe, ini antara kelebihan yang aku dapati:

Distorsi - channel Feuer agak nyaring (bright) dan sesuai untuk gitar yang kelam (dark), talaan rendah atau bertali tujuh. Memiliki gain yang agak tinggi, untuk gitar berpikap jenis high-output tombol gain sekitar tahap suku (9-10 o'clock sudah memadai.

XLR output - Ia lebih optimum digunakan terus ke PA system, mixer atau speaker FRFR (via XLR output) berbanding amp gitar (normal output). Output XLR juga tersedia dalam simulasi kabinet SamsAmp Tech 21. Jika ke amp gitar (normal output), lebih sesuai disambung ke effects-loop/return berbanding front-end.

Boost - tombol "ego" anda, sesuai untuk menyerlahkan diri semasa solo.


*Bass - channel Wasser juga ampuh jika digunakan bersama-sama bass, lebih-lebih lagi dengan fungsi compressor yang ringkas berdasarkan pengalaman menggunakannya semasa jamming dan gig Metuk Ulau Fest 2020 bersama-sama Erectus. Ketika itu aku sudah tiada rig untuk bass (bass pun pinjam sewa) dan perlukan compressor serta tuner, jadi PL1 ini digunakan.



A post shared by Eternal Zine 🇲🇾 (@eternalzine) on

Kelemahan pedal ini yang aku perhatikan:
  1. Tombol-tombolnya yang terletak agak dekat dengan suis pijak. Kebarangkalian untuk tombol-tombol ini tertendang atau terpijak agak 50-50. Lebih bagus jika Tech 21 menambah besi penghadang seperti Line 6 Pod HD300, atau apa-apa jenis cara untuk menutup tombol-tombol tadi seperti penutup Joyo Ironman Series untuk versi yang akan datang.
  2. Fungsi delay dan vibrato tidak dapat diguna serentak, kena pilih sama ada delay atau vibrato pada satu-satu masa.
  3. Agak sedikit noisy walaupun menggunakan pikap aktif, kalau guna pikap pasif lebih ketara. Aku suspek ia berpunca daripada power supply. Untuk mengatasinya, pedal noise suppressor/gate digunakan bersama-sama PL1 ini, contohnya pedal EHX Silencer.
Port-mortem:
  1. Perlu berhati-hati ketika memijak suis pepijak, jangan terlalu ghairah sehingga terpijak/tertendang tombol-tombol.
  2. Mungkin akan lebih dijadikan sebagai bass rig, kerana aku tidak ada efek mahupun amp bass. Lebih "selamat" digunakan bersama bass jika mengambil kira faktor di atas.
  3. Jika ingin digunakan bersama-sama gitar juga, perlu cari idea cara untuk mengelakkan tombol-tombol tadi daripada terpijak/tertendang.
_____
AADI: Katanya Paul Landers sendiri guna PL1 ini semasa konsert Rammstein, boleh percaya tak?

Flashback Friday: Selamat... Thank You! Tujuh Tahun Lepas


Dah tujuh tahun dah ye? Nak baca entri lama, boleh klik Part 1, Part 2, Part 3.

Juga boleh baca pengalaman konsert yang sama versi bloggers berikut - Dead Eye Guitars, Metal Brain Asylum, Shafid Prime, Dark Shah dan D'arsil.

Cilok imej Dead Eye Guitars.
Masih segar lagi dalam ingatan lawak mencari rakan "hello bro, cari aku kat bawah ni, yang pakai baju metalika hitam" tak jumpa-jumpa sampai habis konsert.

_____
Ada apa: Turn the page...

Wordless Wednesday: Star Wars Lip Balm




_____
AADI: Death trooper with red light saber, good combo(?).

Aizuddin Madani - Kolaj (EP)


Bulan lepas aku ada cerita pasal beberapa single anak buah aku si Aizuddin Madani. Pada 31/07/2020 yang lepas EP bertajuk Kolaj telah dirilis secara rasmi. 100 salinan terawal didatangkan dengan tote bag.


Diperolehi dengan harga RM40 termasuk pengeposan percuma ke Bintulu. Walaupun sebenarnya aku boleh "pau" benda ni daripada empunya badan, tapi kalau bukan kroni keluarga dan sanak-saudara yang terawal sokong, siapa lagi?


Memuatkan enam buah lagu - Andai Tentang Maaf, Drivethru, Bidadari, LDR, DBMSP dan A Gift For You. Kalau ikutkan inlay semua lagu dan lirik adalah ciptaan AM sendiri, kecuali lirik lagu LDR oleh Eza Edmond.

Alatan muzik semua dimainkan oleh AM, dirakam dan diterbitkan sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana label. Hanya proses mix/master sahaja dilakukan oleh Hazardgeek Records.


Genre muziknya dengan lirik-lirik jiwang mendayu-dayu bukanlah santapan aku, tapi tetap berbangga ada anak buah yang serius dalam seni muzik. Walaupun kini sibuk bergelar pendidik, tapi mampu menghasilkan EP sendiri.


Tak sia-sia aku wariskan gitar Tanglewood TSB6 (Tobi) waktu dia habis SPM dulu. Gitar itu masih ada, menyelit penampilannya dalam video Drivethru di atas.


Jika inginkan EP ini, boleh hubungi terus AM menerusi Linktree ini.

_____
AADI: Cover Drivethru versi IDK, hmmm?

Sedekad The Final Frontier


Pejam celik, dah 10 tahun album pertama Iron Maiden untuk era 2010an - The Final Frontier. Ketika perantaraan Flight 666 dan TFF ini juga merupakan era yang menyaksikan aku semakin tegar dengan Iron Maiden tanpa menoleh lagi ke belakang.

Versi *Mission Edition.
Boleh aku katakan album TFF ini merupakan batu loncatan untuk beberapa milestones Iron Maiden peribadi:

Pertama - Ketika inilah aku mula melengkapkan koleksi 14 album-album studio mereka sebelum ini iaitu IM, K, TNOTB, POM, PS, SIT, SSOTSS, NPFTD, FOTD, X, XI, BNW, DOD dan AMOLAD dalam format CD audio. Dengan adanya rilisan semula 1998 dan eBay, semuanya menjadi mudah.

Versi cetakan Malaysia.
Kedua - Selepas menonton DVD Flight 666, rasa teringin untuk menonton Iron Maiden secara live. Dan dimakbulkan tahun berikutnya kerana konsert jelajah The Final Frontier World Tour singgah di Singapura pada 15/02/2011.


Ketiga - Mula berani cover lagu-lagu Iron Maiden semasa jamming (dan kemudiannya gig) bersama MUP. Selain lagu-lagu klasik seperti The Trooper dan Wasted Years, lagu Coming Home merupakan cover pilihan daripada album TFF ketika itu. Mungkin akan cuba kembali memainkan lagu Coming Home (dalam versi Eb).

Semoga Iron Maiden masih mampu menghasilkan sekurang-kurangnya satu lagi album studio sebelum bersara wajib.

_____
AADI: *Telah dilelong lima tahun lepas untuk sumbangan tabung rawatan anak seorang rakan.

Tona Aluminium (Part 2)


Projek pra-memasang Lace Alumitone HSS loaded pickguard pada Mr. Smith (Jackson SDX) dengan menyukat dimensi secara kasar. Dimensi segala 11-lubang skru yang ada memang selari, hanya dimensi untuk bridge sahaja yang kecil, kerana pickguard ini dipotong khas untuk bridge tremolo klasik Fender dan bukannya Floyd Rose.

SDX with black pearl pickguard? Hmmm...
Ada dua opsyen, pertama; menggunakan pickguard Lace ini dengan sedikit modifikasi iaitu bahagian bridge dipotong supaya muat dimensi Floyd Rose. Kedua; pindahkan kesemua elektronik Lace (pikap, suis, pot) ke pickguard SDX dengan modifikasi pendawaian standard SDX (master volume, master tone). Aku mulanya memilih opsyen kedua...


Tapi sebelum pickguard SDX ini dibuka (leceh, seperti entri ini) ada baiknya dimensi pikap dicuba pada pickguard SSS Lazada yang tersadai dari baki projek SSS So-Cal yang dibatalkan dua tahun lepas.


Ada masalah mula dikesan, dimensi untuk pikap Lace bersaiz singlecoil agak berbeza dengan dimensi lubang yang ada pada pickguard Lazada (dan mungkin sama pada pickguard SDX) yang bersaiz standard singlecoil Fender/DiMarzio.


Memang pikap Lace ini tidak muat tanpa sebarang modifikasi pada lubang pikap ini. Untuk opsyen kedua tadi, nampaknya perlu juga sedikit modifikasi pada lubang pikap singlecoil pickguard SDX kelak. Perlukan peralatan seperti Dremel untuk hasil yang lebih kemas.

Kini aku kembali dalam dilema, kerana kedua-dua opsyen memerlukan aku memodifikasi dimensi pickguard - sama ada saiz bridge pada Lace, atau lubang pikap pada SDX - yang kedua-dua modifikasi ini akan kekal (irreversible).

Tangguhkan dulu...

_____
AADI: Tuan YusTech, apa pendapat anda?

Dwi-Mojo


TC Electronic MojoMojo merupakan antara pedal yang terGAS sejak tahun lepas ketika harga pasarannya turun mendadak (hampir 1/3 daripada harga lama). Malangnya ia selalu kehabisan stok, maka Spark Booster dipilih ketika itu.

Kali ini berjaya diperolehi daripada Music Bliss dengan pengeposan percuma tetapi menggunakan Poslaju. Maka penantian suatu penyeksaan, ia tiba selepas tiga minggu dipos, duh memang laju~ Ini batch baharu di bawah naungan Music Tribe (geng Behringer) buatan China berbanding Spark Booster batch lama yang masih buatan Thailand.

One screw easy access.

Aku perlukan sebuah overdrive yang serba boleh (Boss SD-1 dah jual), sebelum terfikir tentang MojoMojo, calon asalnya ialah Boss BD-2 Blues Driver, tapi harganya pula tiba-tiba melambung tinggi. Manakala harga MojoMojo pula sebaliknya (rujuk kembali perenggan pertama).

Kalau dulu aku memang aku tak pandang pun pedal overdrive, dengan genre muzik yang aku mainkan apalah sangat distortion kentut daripada sebuah pedal overdrive. Sekarang bila sudah faham fungsi overdrive, sekurang-kurangnya mesti ada seketul dalam axology.

Circuitry cover, good call.

Bunyinya agak unik, walaupun dikategorikan sebagai overdrive, tapi boleh mencecah bunyi seakan distortion jika tombol DRIVE dipulas melebih 2/3. Lebih padu lagi jika menggunakan pikap beroutput tinggi dan/atau letak Spark Booster sebelumnya.

Akan dijadikan sebagai front-end booster pada Laney IRT-Pulse atau amp Blackstar HT-5RH untuk tona distorsi yang lebih keras dan padu, menggantikan tugas Joyo AT Drive sebelum ini. Atau diguna secara tunggal (atau bersama Spark Booster) seperti perenggan di atas. Ah~ Ayat temberang saja ni...

_____
AADI: Dengan harga yang sama, terGAS pula dengan Dark Matter, hahaha...

Ada Apa Dengan Alicafe Warung Kopi Putih Kaw?


Aku dah muak dengan kopi tongkat ali dan ginseng 5-in-1 jenama Alicafe sejak 10 tahun lepas. Sekitar 2005-2010 ia memang antara jenama kopi kegemaran, mungkin disebabkan "fenomena AF" ketika itu yang menyaksikan produk Power Root (Alicafe, Alitea, Perl, Oligo, dll) ada di mana-mana.


Tercuba pula sepeket kopi putih kaw Alicafe Warung ini ketika rehat di kantin/pantri pejabat, tatkala ketika itu tiada kopi jenama lain. Sekali teguk, wow! Ia hampir menyamai rasa kopi putih OldTown (versi bancuh 3-in-1, belum ada entri) yang selalu dibeli.

Beberapa hari kemudian bila terjumpa peket besar ini di pasar raya F, ia terus dibeli. Selain jenama Alicafe Warung, jenama Frenché Roast Indulgence (terutamanya perisa iced earth French latté) juga antara produk Power Root yang menjadi kegemaran mutakhir ini.

_____
AADI: Ok, dah boleh minum kopi kembali.

Ada Apa Dengan Frenché Roast Indulgence? (Part 2)


Perisa kedua kopi segera jenama Frenché Roast yang dicuba selepas perisa French Latté dalam entri bulan Ramadhan lepas.


Kali ini perisa salted caramel latté dicuba. Rasanya tak jauh beza dengan rasa Nescafé latte caramel (aka kopi Aizat), cuma lebih pekat ada sedikit terasa masin "salted"nya. Mungkin ini pertama dah terakhir untuk perisa ini, aku lebih suka perisa French Latté.

_____
AADI: Rehat minum kopi seminggu.

Ada Apa Dengan Cheers? (Part 2)


Terjumpa minuman teh herba jenama Cheers di sebuah premis kedai runcit. Walaupun jenama Cheers ini sudah agak lama berada dalam pasaran, tetapi ia tidak berapa menonjol.


Rasanya lebih kurang seperti rasa Mamee Cool Tea, cukup menenangkan dinikmati sejuk. Tapi dengan isipadu 300+ ml seperti tidak puas, kalaulah ia boleh didapati dalam isipadu 500 ml atau 1 liter terus, kan lagi bagus.

_____
AADI: Filler entry?

Tona Aluminium


Ini merupakan set pikap yang diperolehi melalui transaksi secara pertukaran (trade) dengan pikap-pikap DiMarzio dalam entri beberapa hari lepas. Rakan kenalan Jamtank tersebut merupakan orang yang sama dalam transaksi set Sentient/Nazgûl tahun lepas.


Set pikap yang menjadi pertukaran ialah Lace Custom Shop HSS Alumitone (black pearl) loaded pickguard, katanya new old stock, dah lama diperolehi tapi tak pernah dipasang. Kalau unit baru menggigil juga tengok harganya.



Teknologi Alumitone ini agak unik, tapi bak kata DylanTalksTone, teknologi ini sebenarnya lebih murah berbanding teknologi pikap kontemporari.


Komponen yang digunakan berkualiti (CRL 5-way switch, 250k CTS pots, kapasitor tak pasti jenama apa) selain pematerian yang kemas mengingatkan aku kepada kualiti kerja mentor maya kita YusTech. Aku sampai sekarang masih terkial-kial untuk mendapatkan pematerian sekemas ini.



Daripada konfigurasi HSS set ini sudah pasti dapat tahu pada gitar mana ia akan dipasang. Tapi bukan dalam masa terdekat ini, mungkin akan dijalankan semasa proses pertukaran tali gitar seterusnya.

_____
AADI: Masuk khemah Lace pula.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (169) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (1) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (462) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger