Ada Apa Dengan Nescafe Creamy Roast?


Sebelum cuti raya aku perasan Nescafe (tin 240 ml) ada perisa baru "creamy roast". Dengan tinnya yang berwarna merah, ia amat menarik perhatian berbanding perisa lain.


Rasanya memang lemak berbanding perisa asli (tin coklat), bayangkan seperti perisa mocha (tin ungu) tapi tanpa rasa koko. Mungkin nak lawan rasa kopi Wonda kot?

Entri Mini: Selamat Hari Pahlawan


Sekadar gambar hiasan (entri lama).
_____
Ada apa: Distractions...

Wordless Wednesday: Sembunyi




_____
Ada apa: "Kita kasi picah ini olen!"

De-Floyded Mirage


Sambungan entri lepas...

Masalah utama yang ada pada sistem Floyd Rose Special (FRS) ialah material yang digunakan tidak tahan lama (contohnya kes #1, kes #2, kes #3 dan kes #4) kerana menggunakan aloi zink berbanding keluli yang terdapat pada Floyd Rose Original (FRO).

Tapi dari segi kestabilan talaan (tuning stability) FRS, ia tidak berbeza daripada FRO kerana rekabentuknya yang sama. Jika ada yang kata FRS tak stabil, pastinya yang berkata gagal untuk mengguna/menyelenggara FRS dengan betul.

Exit FRS, enter GE1996T.
Ok kembali kepada cerita Gotoh GE199T dan Mirage. Daripada apa yang aku baca ia juga dibuat daripada keluli (atleast the saddles are processed steel). Untuk bacaan lanjut mengenai kualiti GE1996T beserta gambar sila klik forum JCF Online.


Kalau dah biasa buka pasang FRS, GE1996T ni memang senang dipasang, ia cukup-cukup muat dalam routing/kaviti asal FRS pada Mirage. Tetapi atas kekangan perkakasan (tak ada drill), stud-bolt Gotoh tidak dapat digunakan, lubang baru perlu ditebuk kerana diameternya lebih besar daripada diameter FRS.


Begitu juga dengan spring serta pemegangnya (spring claw), aku masih menggunakan spring dan claw asal FRS. Spring Gotoh agak keras (tegap) dan pendek, manakala jarak skru pada claw lebih lebar, perlu ditebuk lubang baru (juga, atas kekangan perkakasan).


Satu daripada inovasi Gotoh berbanding FRS, spring dikunci pada blok brass dengan skru, fungsinya supaya spring tidak terlepas jika tremolo dimainkan dengan ganas. Inovasi sebegini juga ada pada tremolo varian Edge Ibanez.

Blok brass 40 mm sebegini agak panjang berbanding ketebalan badan gitar, ia akan terkena dengan penutup ruang spring. Penyelesaian mahal, beli blok brass 33 atau 36 mm. Penyelesaian murah, tak payah tutup...


Tahun lepas berjaya memperolehi locking nut Gotoh GHL-2-G pada harga tersenyum. Sekarang kedua-duanya ia sudah sepadan berwarna emas.


Sememangnya warna emas begitu menonjol pada gitar hitam, lepas ni nak cuba cari tombol warna emas yang murah di eBay.


Perbezaan ketara selepas diganti dengan GE1996T?
  1. Pastinya lebih yakin untuk untuk bending sampai 2-3 semitone, yakin tali gitar tidak akan terlepas daripada cengkaman saddle. Teknik tremolo lain aku bukannya reti, kalau setakat dive-bomb bolehlah.
  2. Bunyi akustik (main tanpa amp) terasa lebih nyaring, mungkin disebabkan blok brass yang besar/panjang.
  3. Lebih senang ditala kerana talaan halus (fine tuning) pada hujung tremolo amat sensitif.
Sekarang ia kembali menjadi gitar utama di rumah (bedroom guitar), mungkin juga akan dipandu-uji hujung minggu ini bersama-sama "Petruccised" Goldie semasa jamming pasca-raya.

_____
Ada apa: Stay away from FRS-equipped guitars...

Tremolo Emas Gotoh GE1996T


Setelah beberapa kali kecewa dengan Floyd Rose Special (FRS) yang ada pada Mirage (LTD M-103FM), aku mengambil keputusan untuk menggantikannya terus dengan set Gotoh GE1996T. Gotoh sememangnya terkenal dalam menghasilan alat ganti kegitaran yang berkualiti dan inovatif.


Diperolehi daripada Dead Eye Guitars (katanya stok peribadi) dengan berbekalkan dana-dana yang dipinjam dirampas daripada hasil jualan Dark Moon (LTD EC-256) beberapa minggu lepas.


Set GE1996T ni merupakan opsyen penyelesaian yang paling optimum (kualiti per harga) berbanding Floyd Rose Original (FRO) yang harganya hampir tiga kali ganda.


Kemasan emas dipilih supaya serasi dengan locking nut Gotoh GHL-2-G yang telah dipasang tahun lepas. Lagipun kemasan emas nampak menyerlah pada gitar hitam.


Didatangkan standard dengan blok sustain loyang (brass) berukuran 40 mm panjang, sememangnya agak panjang untuk ruangan spring di belakang Mirage, kalau blok 33 atau 36 mm memang sesuai. Tapi tak mengapa (parap-parap), akan diselesaikan kemudian.


Seperti biasa, akan ada sedikit pembelian sampingan dan hadiah percuma. Suis mini DPDT 2-arah DiMarzio (EP1106) ni untuk projek seterusnya. Manakala dua keping pick Jim Dunlop Stubby sebagai pemberian mutual.

Bersambung...

_____
Ada apa: Belum ada masa untuk dipasang pada Mirage.

Raya Di Perantauan


Cerita pasal raya, setelah mengambil kira faktor-faktor logistik, birokrasi dan kesihatan Mrs. Ijau serta Junior, raya tahun ni aku mengambil keputusan untuk tidak balik Sabah.

Cuti raya beberapa hari kami sekeluarga hanya balik ke kampung Mrs. Ijau, Kampung Tanam, Dalat. Kalau diikutkan seumur hidupku, ini merupakan kali *kedua aku beraya "di perantauan".

Sekadar gambar hiasan.
Majoriti penduduk Kampung Tanam bukan beragama Islam (termasuklah keluarga Mrs. Ijau), jadi suasana raya tu tak terasa. Tiada masjid atau surau berdekatan untuk melaungkan takbir malam raya, yang ada cuma melalui TV dan radio.


Solat Aidilfitri pula di Masjid Darul An-Nur, Kampung Balan (kampung bersebelahan) bersama birasku (si pengemudi sampan dalam gambar di atas tadi) yang juga merupakan orang Kampung Balan.


Google Street View (cilok idea Muspeed dan Berteromber).

Walau bagaimanapun, ini Borneo, soal agama bukan penghalang untuk ikatan kekeluargaan. Semua sporting, raya ke, krismas ke, tak ada masalah nak sambut bersama.

Entri Mini: Raya Di Perantauan (Flashback Friday Version)


*Kali pertama beraya "di perantauan" ialah pada tahun 1998 ketika menuntut tahun pertama di USM (Dip. Lab Tech batch 1997-2000). Nak balik raya mana ada duit nak beli tiket kapal terbang. Waktu tu Air Asia tambang murah belum ada (zaman logo biru), nak balik naik MAS kurang-kurang kena ada RM1k+ untuk tiket ulang-alik PEN-KUL-BKI.

Akhirnya diajak oleh boss (tempat aku kerja sambilan) untuk balik beraya di kampungnya di Raub, Pahang (dah lupa nama kampung). Serius, ini merupakan pengalaman raya yang paling tak best setakat ini. Mana taknya, boss aku tu dari pagi sampai malam tak ada di rumah, keluar sorang-sorang, tinggalkan aku di rumah lepak dengan ayahnya jaga ayam itik. Kalaulah aku tau jadi macam ni, aku lebih rela beraya di Desa Fajar.

Desa Fajar yang KLMJ (sumber imej).
Tapi sekarang ni bila dah berkeluarga, beraya di mana pun dah tak kisah, asalkan bersama isteri dan anak-anak. Yang selebihnya, gunakan teknologi semasa...

_____
Ada apa: 17/7/2015 yang lepas juga ulangtahun pertama tragedi MH17, al-fatihah...

Wordless Wednesday: Brightest Flame Burns Quickest (Part 2)




_____
Ada apa: Sindrom pasca-raya klasik...

Wordless Wednesday: The Quadrupleness Of Moderate Distance Driver



Kakak pink, adik hijau...
_____
Ada apa: Penuh Imago aku, tapi tak mengapa (parap-parap)...

Petruccised Goldie


Ini projek pasca sahur Ahad lepas, memasang pikap DiMarzio Petrucci set (LiquiFire + Crunch Lab) pada Goldie. Petrucci set ni diperolehi pada harga tersenyum Pawn Star (serendah mungkin) setelah dilelong oleh penggunanya sebelum ini.


Ini merupakan kali ketiga Goldie mengalami modifikasi pikap selepas Tesla Plasma-2 gold set dan DiMarzio Classic Rock set (PAF 36th Anniversary + Super Distortion).

Classic Rock set sebelum ini memang serasi dengan Les Paul, lebih-lebih lagi jika dimainkan terus kepada amp tanpa sebarang efek pedal (contohnya Marshall MG102DFX). Jadi, kenapa tukar? Because I can...


Masih mengekalkan pendawaian asal Epiphone dengan push/pull pots untuk dual sound (series-parallel) dan Mallory caps walaupun aku ada beberapa biji Sprague Orange Drop caps dalam stok.

Yang pasti, walaupun dipasang dengan Petrucci set, ia tidak akan membuatkan anda otomatik menjadi hebat seperti John Petrucci, percayalah! Lebih-lebih lagi macam aku ni yang masih lagi main "patuk ayam" hahahaha...

Kalau tak serasi pun apa susah, pasang balik Classic Rock set, because I can too...

_____
Ada apa: Masih ada Air Norton dan Super 3 dalam stok.

Let-Go: Dark Moon


Ya, let-go. Dengan alasan standard "gali lobang tutup lobang", suntikan dana untuk membeli sebuah *amp studio (projek aktif lepas raya), sambil meminimakan kuota kembali kepada empat buah sahaja.


Daripada lima gitar yang aku ada, LTD EC-256 (Dark Moon) merupakan yang paling bongsu dan belum ada nilai-nilai nostalgik (not attached yet), jadi tak terasa sedih untuk melepaskannya sekali bersama-sama pikap Tesla di dalamnya.

Lagipun ia tak lari ke mana, masih dalam lingkungan rakan seMUUV, spesifik, ahli Metuk Ulau Project yang tahun ini berazam untuk menjadi James Hetfield celup (katanya). Kebetulan pula EC-256 ni boleh dimodifikasi menjadi (replika) Iron Cross atau Uncle Milty.

_____
Ada apa: *Harapnya dana tak terpesong beli gitar lagi...

Mahathir 90


*Baru perasan semalam hari lahir Tun Dr. Mahathir yang ke 90 (90 tu!). Itupun selepas terbaca status rakan-rakan di Facebook (jenis share/forward).

*Entri lama.
Siapa yang sezaman dengan aku (Generasi X) pastinya bangga mengaku bahawa kita merupakan "produk" era Mahathir. Pengalaman aku berjumpa Tun face-to-face cuma sekali, semasa bersalaman selepas solat Jumaat di Masjid Negara circa 1994.

Serius, buku memoir beliau yang dah empat tahun dibeli pun belum habis aku baca (baru 50-60% mengikut penanda buku), ternyata aku bukanlah seorang yang rajin membaca buku...

Thank you Tun! Semoga Tun sempat sampai ke tahun 2020, amin.

_____
Ada apa: *Melayu mudah lupa...

HammerFall - Infected


Ini merupakan perolehan terakhir daripada estock_deutschland sebelum senarai katalognya "kosong", album studio HammerFall yang kelapan - Infected.


Diperolehi dengan harga sedikit tersenyum €5.40 (RM22.96). (P)+(C) 2011 Nuclear Blast GmbH, sudah pasti ia adalah cetakan Jerman.


Ini merupakan versi special edition digipak (duh~) yang didatangkan sekali bersama DVD All Guts, No Glory yang mengandungi persembahan lima buah lagu secara "live" di studio (tapi aku rasa macam miming saja).


Macam videoclip Iron Maiden 80an je...

Cover art album ni pernah menjadi kontroversi, kerana imej asal merupakan logo biohazard yang kemudiannya diganti dengan imej tangan zomba zombie ala Left 4 Dead.


HammerFall juga mungkin terikut-ikut trend semasa (ketika itu) dengan memilih tema zombie dan wabak penyakit sebagai konsep album mereka kali ini, sehinggakan cover art album ni tidak menampilkan maskot templar mereka iaitu Hector. Walau bagaimanapun, muzik mereka dalam album ni tidak berubah, vokal Cans pun masih maintain...

_____
Ada apa: Bang your head!

De-Petruccised Korawk's GRG270


Sabtu lepas Korawk menghantar gitar "1Malaysia"nya (Ibanez GRG270) untuk diservis, dibaikpulih dan dipasang dengan tali baru GHS Boomers (GBCL 9-46). Ketika dihantar, gitar ini penuh dengan debu dan sticker merata (lupa nak ambil gambar sebelum diservis).


Selain dibuang segala kotoran, debu-debu liar, karat dan sticker yang menjengkelkan, Korawk juga meminta supaya pikap DiMarzio Petrucci Set (Liquifire/Crunch Lab) yang dipasang dua tahun lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal Ibanez Powersound. Dengan kata lain, ia menjalani proses baikpulih (restoration) kepada konfigurasi asal.


Dengar-dengar Korawk ingin menjual gitar ni kerana dah bosan dengan karenah floating bridge, selain alasan mencari dana-dana tambahan "gali lobang tutup lobang" untuk GAS gitar raya baru.

_____
Ada apa: Petrucci set juga ingin dijual secara berasingan, hmmm...

Wordless Wednesday: Antara Pap Smear Dan Pat Smear



Pap.
Pat (imej Music Radar).
_____
Ada apa: Pat Smear pun dah ada gitar signature sendiri, hebat...

Parts From Hong Kong


Ini pula bungkusan daripada eBay seller motiangarden beralamat dari Hong Kong, diterima minggu lepas. Bukan berisi CD audio, tapi alat ganti kegitaran.


Berisi pre-wired rig untuk Les Paul, selonggok pick pelbagai ketebalan berjenama Alice (60 keping) dan 30 utas wayar merah/hitam/putih untuk stok projek pematerian (10 wayar per warna, panjang 20 cm). Macam biasalah, belah-belah sana (Hong Kong, Taiwan, China) benda-benda cap ayam macam ni memang murah.


Kedua-dua item ni sebenarnya adalah pembelian sampingan, 60 keping pick Alice ni harganya US$2.99 (RM11.63) lebih kurang ~19 sen sekeping, boleh buat bisnes kecil-kecilan jika dijual dengan harga 50 sen sekeping (harga runcit di sini pun RM1.00 sekeping). Wayar merah/hitam/putih stok untuk projek servis/pasang pikap.


Dan ini merupakan item utama yang dibeli, Les Paul pre-wired rig (2x volume, 2x tone, 3-way switch, output jack) untuk projek baikpulih sebuah gitar Les Paul (copy) kepunyaan seorang rakan.

Rig ini harganya cuma US$6.69 (RM26.01), lebih murah berbanding membelinya satu-persatu, cap ayam pun biasanya mencecah RM50+, apatah lagi kalau berjenama DiMarzio sudah pasti RM100+. Wayar yang dah siap *dipateri pada pot/switch/jack memudahkan kerja pemasangan kelak.

Bersambung...

_____
Ada apa: *Dipateri dengan kemas.

Ada Apa Dengan Roti Jala? (Part 3)


Semenjak Mrs. Ijau dah pandai buat roti jala (one of my fav food) untuk juadah sungkai (sungkei, iftar, berbuka puasa), tak perlu lagi tercari-cari di bazaar Ramadhan sekitar Bintulu. Baru-baru ini aku perasan ia dijual dengan harga *cekik leher RM1.00 sebiji (sebiji!).

Jangan tenung lama-lama...
Kalau aku, makan roti jala untuk juadah sungkai biasanya 4-5 ketul pun dah kenyang, jadi tak perlu buat banyak-banyak. Kalau buat banyak pun, biasanya disedekahkan kepada jiran-jiran.

_____
Ada apa: *Mungkin saiznya besar pukat tunda kot?

Entwistlerised Mirage


Sekali lagi LTD M-103FM (Mirage) aku mengalami modifikasi. Kali ini dipasang dengan pikap-pikap Entwistle XS 62N dan X3. Dengan adanya kembali pikap-pikap singlecoil, maka GAS untuk mendapatkan Stratocaster mula reda...


Barulah nampak "mojo" bila ketiga-tiga pikap konfigurasi HSS adalah daripada jenama yang sama. Gandingan hibrid Entwistle-Tesla "putih" sebelum ini walaupun bunyi ok rasa macam pelik dari segi penampilan. *DiMarzio Super 3 yang dipasang beberapa bulan lepas pula disimpan kembali dalam stok peribadi.


Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Mirage merupakan gitar platform yang senang untuk dimodifikasi. Oleh kerana skematiknya yang mudah, hanya perlu memateri wayar-wayar pikap pada suis lima arah tanpa perlu mengganggu pot volume dan tone.

Kalau bab bunyi-bunyian pula aku tak reti nak terangkan. Lagipun blog AADI ni kalau bab gitar, temberang je lebih...

_____
Ada apa: *Terasa nak gantikan Super Distortion dengan Super 3.

Children Of Bodom - Blooddrunk (Part 3)


Ini merupakan kali ketiga aku membeli CD audio Blooddrunk. Kali pertama tahun 2009 (Hong Kong pressing, ada cerita sedih) dan kali kedua tahun 2010 versi CD/DVD digipak (US pressing).


Kedua-duanya berserta diskografi COB lain telah dilelong pra-Projek Mega 2011. Tapi dengan adanya *estock_deutschland, kini amat mudah dan murah untuk meneruskan proses pembelian semula. Album ini diperolehi dengan harga tersenyum €3.01 (RM12.48).


(C)(P) 2008 Spin-Farm Oy, a Universal Music Company, made in EU (UK pressing la kot?). Versi yang diperolehi kali ni menggunakan super jewel box, CDnya pula berwarna hitam berbeza dengan dua versi sebelumnya yang berwarna kelabu/perak. Cerita selebihnya berkaitan album ni boleh baca entri lama pada link perenggan pertama.


Sekarang cuma follow COB sekadar di pinggiran atau ikuti sipi-sipi (bak kata Dr. Ben). Roope Latvala keluar pun aku baru tau beberapa minggu lepas, digantikan oleh Antti Wirman (adik kepada Janne Wirman). Dengar-dengar mereka juga bakal meriliskan album studio kesembilan bulan Oktober nanti.

Halo Of Blood pun belum pra-dengar lagi...

_____
Ada apa: *Katalog estock_deutschland dah kosong, terpaksa mencari di estock (UK).

Antara eBay, PickupsPlus Dan Entwistle X3


Menerima bungkusan daripada eBay seller pickupsplus beralamat dari UK semalam, dan pastinya ia berisi pikap gitar dan bukannya CD audio.

Sebenarnya ini merupakan bungkusan gantian, kerana bungkusan asal tidak sampai-sampai sehingga kini sejak dibeli dan dihantar awal bulan April lepas, dan ia dianggap hilang semasa transit dan berakhir di Lautan Hindi.

Jika benar ia hilang, maka ini merupakan kes kehilangan yang pertama sejak aku terjerumus dalam eBayholic awal 2009 dulu. Kalau kes barang lambat sampai tu lain cerita...


Tapi tak mengapa (parap-parap), pickupsplus merupakan seller yang bertanggungjawab (atau mungkin undang-undang kepenggunaan di UK yang ketat). Setelah bekerjasama, sabar menanti lebih daripada dua bulan dan berbalas emel, akhirnya seller mengambil keputusan untuk menggantikannya walaupun terpaksa menanggung kerugian (juga mungkin disebabkan T&C eBay/Paypal yang melindungi pengguna).

Dan kali ini seller menghantarnya menggunakan opsyen "International Tracked & Signed" untuk mengurangkan risiko kehilangan barang semasa transit. Menariknya, ia sampai dalam masa seminggu sahaja.


Ok kembali kepada bungkusan, ia berisi seunit pikap Entwistle X3 dan dua unit bobbin (cover) hitam untuk pikap Entwistle XS 62N untuk menggantikan bobbin putih (kosmetik) pikap-pikap XS 62N dalam stok peribadi (projek akan datang).


Pada mulanya aku ingin mencuba model Dark Star yang beroutput tinggi, tapi akhirnya memilih model X3 yang lebih dinamik (katanya) untuk dipasang bersama-sama sepasang XS 62N pada Mirage (LTD M-103FM) jika ada kelapangan kelak. Gandingan "putih" XS 62N bersama Tesla Plasma-7 sebelum agak kurang mojo, hahaha...

Dengan empat wayar (4-wire leads), sesuai untuk pendawaian opsyen seperti coil split atau series/parallel menggunakan push/pull pot atau suis DPDT.


Pikap Entwistle merupakan pikap yang berkualiti pada harga yang rendah, model X3 ni harganya £16.75 (RM95.39) lebih murah daripada pikap jenama Tesla (RM175-225 per humbucker), apatah lagi jika dibandingkan dengan jenama-jenama besar seperti DiMarzio dan Seymour Duncan (RM300+ per humbucker). Jika aku ada gitar lain (sendiri atau rakan-rakan) untuk dieksperimenkan, mungkin aku akan order lagi pikap Entwistle model lain.

Dengar-dengar Brado Guitars ada jual pikap Entwistle, mungkin akan cuba dirisik...

_____
Ada apa: Dah masuk bulan Julai, dah pertengahan tahun, sekejap saja rasanya...

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Mountain Dew? (Part 3)



Nuka Cola Quantum wannabe...
_____
Ada apa: Rasa masih sama, botol saja yang gempak.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger