Tali Gitar Gaya Pos (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 07 July 2017 pada 6:00 AM 0 commentsUntuk kali ini GHS Progressive Dave Mustaine signature PRDM (10-52) diborong lima unit, dengan diskaun 20% penghabisan stok, mungkin disebabkan Dave Mustaine dah masuk kem Cleartone. Dalam website GHS, model ini masih wujud, tapi tanpa nama Dave Mustaine walaupun masih mengekalkan kod PRDM (bukan PDRM).
Pernah menggunakan PRDM ni enam tahun lepas, dibeli di premis Davis GMC Peninsula sebelum ke konsert Iron Maiden Singapore. Sekarang saiz 10-52 merupakan saiz kegemaran untuk talaan Drop-D atau D-standard.
Lain cerita, tapi masih cerita tali gitar GHS. Dimaklumkan oleh Azrol beberapa hari lepas menerusi Whatsapp yang premis My Music Bintulu juga ada penghabisan stok diskaun 50% untuk GHS Boomers 7-String stok lama.
Belum ada gitar bertali tujuh, tapi tak mengapa (parap-parap) enam tali pertama (EADGBE) pada GB7L/M adalah bersaiz sama seperti set 9-42 dan 10-46. Jadi ia boleh digunakan pada gitar-gitar bertali enam yang biasa, tali ketujuh (B besar) boleh disimpan untuk kegunaan kemudian hari.
_____
AADI: Minat jenama GHS selain D'Addario.
Sepetang Di My Music (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 05 June 2012 pada 10:00 PM 7 komen:Singgah sekejap di premis My Music lepas balik kerja, mencari tali gitar yang dijual secara berasingan (individual strings) sebagai "backup" sekiranya tali Gibson Brite Wires yang teruk berkarat (dalam entri lepas) tiba-tiba buat hal.

Di premis ni hanya tali gitar berjenama Alice dijual secara berasingan, aku membeli tiga tali pertama (unwounded strings, GBE), dan juga yang dijual sebagai set (9-42) untuk disimpan dalam stok - bertambah lagi stok tali gitar aku. Dua keping pick *tengkorak tu pula dibeli sebagai koleksi (geng dengan pick tengkorak yang didapati dari Pusat Muzik Reco).
Jangan pandang rendah pada tali gitar jenama Alice ni, walaupun ia dikategorikan jenama murahan, tapi ia merupakan antara tali murahan yang lembut, tegap dan lambat berkarat. Sekurang-kurangnya ia tak berkarat sebelum digunakan, tak seperti tali jenama "mahal" tu...
_____
Ada apa: *Tengkorak merah tu pastinya Diablo II, yang hijau aku tak pasti di mana aku pernah tengok.
Doubled Acoustic Mood!
oleh Ijau D. Koceng 25 August 2011 pada 9:00 AM 13 komen:Dah beberapa hari aku tabahkan diri supaya tak teracun dengan stuff dari NoobAxe (yang ini dan yang ini). Tapi selepas sessi lawatan TERlawat ke My Music minggu lepas, akhirnya aku tewas bila benda berada di depan mata.

Harta rampasan perang dari My Music, berbekalkan dana-dana jualan Zoom G1u beberapa minggu lepas dan dengan sedikit tambahan daripada "bonus", akhirnya aku TERbeli juga... Sebenarnya dah lama aku target benda ni, sejak lawatan terakhirku ke My Music pada bulan Mei lepas, kebetulan waktu tu ada Gawai Sale (dalam entri ni).
Setelah berbincang dengan Mr. Hii, aku masih dapat membelinya dengan harga Gawai Sale dan "smooth-talk" untuk mendapatkan sebungkus Martin/Darco strings secara percuma.
Ashton DM25/12 12-String Acoustic Guitar
"If you’re stepping up to a 12-string from a standard 6-string acoustic, you’ll find the transition to the DM25/12 a breeze. Its smooth playing action, fast neck and exotic sound will make you wonder why you waited so long!"
- Hype dari website Ashton.

Meet the 12-stringer (spesifikasi)
- Brand: Ashton
- Model: DM25/12 NTM 12-string dreadnought-shape acoustic
- Made in: China (of course)
- Serial no: N/A
- Construction: Set neck
- Body: Spruce top, mahogany sides and back
- Neck: Mahogany, dove-tail neck joint
- Fingerboard: Rosewood, with dot inlays (with plastic nut)
- Pickups: N/A
- Colour: Natural
- Hardware: Chrome die-cast tuner
- Scale: ?
- Fret: 20 medium
- Bridge: Rosewood acoustic bridge with plastic saddle
- Special feature: Built-in Ashton chromatic tuner

Pearloid Ashton logo, die-cast chrome tuners, plastic nut.
Oh ya, pada sesiapa yang tak pernah main 12-string sebelum ni, ia sebenarnya sama sahaja seperti main 6-string dari segi chords, cuma ada tambahan tali octave pada empat tali terbawah (eE-aA-dD-gG) dan tali berkembar pada dua tali atas (BB-EE), hence twice the sound of normal guitar. Dengan kata lain, bila memainkan chords tertentu, kita menekan dua tali berbanding satu. Senang je kan? Walaupun pada mulanya terkial-kial jari...

Rosewood bridge with plastic saddle.
Daripada petua-petua 12-string yang aku baca di Internet, untuk mengurangkan tegangan pada tali dan bebanan pada neck dan bridge, gitar ni aku set pada D-tuning standard (drop scale) dD-gG-cC-fF-AA-DD, walaupun neck gitar ni mempunyai truss rod yang pelarasnya terletak di bahagian bawah neck (area lubang akustik). Kalau nak main standard tuning eE-aA-dD-gG-BB-EE, aku guna capo kepit pada fret kedua.

Truss rod adjustment bolt placement.

Capo on 2nd fret for standard tuning.
Kelebihan:
- 12-string, twice the sound, with natural chorus effect.
- Harga yang murah berbanding 12-string jenama lain.
- Craftsmanship yang agak halus walaupun pada harga yang murah.
- Built-in chromatic tuner, senang nak tune tanpa perlu guna external tuner.
- Neck yang agak nipis lebih kurang sama dengan neck gitar akustik biasa (6-string).

Mahogany sides and back, with binding (plastic?).
Kelemahan:
- Tuning akan cepat lari, biasanya aku akan tune sehari sekali.
- Plastic nut and saddle, agaknya pada harga RM4xx mungkin material plastik dah cukup kot? Dan aku belum terpikir lagi nak upgrade kepada material graphite atau bone (tulang?).
- Saiz badan yang agak besar, aku dah biasa main gitar elektrik, tiba-tiba main akustik memang terasa janggal.
- Begitu juga dengan neck yang agak lebar (untuk menampung lebih banyak tali), dan tali-tali yang agak keras, besar dan kasar.
Satu perkara yang terasa "bagus" bila main gitar akustik ni ialah hujung jari-jemari akan rasa lebih "kebal" disebabkan talinya agak keras, besar dan kasar berbanding tali gitar elektrik (walaupun dengan gauge 10). Bila dah sehari suntuk main gitar akustik, lepas tu cuba main gitar elektrik, pastinya anda akan merasa satu pengalaman yang "agak menarik".

Built-in Ashton chromatic tuner,
powered by a pair of AA batteries.
Dengan gitar ni, aku kembali belajar asas bermain gitar... Selama ni (sejak dua tahun lepas) aku dah lompat banyak step. Daripada zero-knowledge terus main bass, kemudian lompat terus kepada powerchords gitar elektrik dan effects tanpa belajar asas gitar dengan sempurna (chords & scaling).
Biasanya ia aku mainkan secara strumming, kalau nak main secara picking agak susah sedikit (kecuali kalau anda seorang "precision picker"). Lepas ni nak kena buka balik buku asas belajar gitar hehehe...
Oh ya, nickname... ASHDOZEN, don't ask why. Tiba-tiba aku teringat gitar Nandung aku suatu ketika dulu.
_____
Ada apa: Dan kalau bukan pasal "bonus", jangan harap nak dapat benda ni waktu dekat-dekat nak raya (lagipun Mrs. Ijau bagi "lampu kuning").
Sepetang Di My Music (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 18 August 2011 pada 5:00 AM 9 komen:Bukannya petang pun, tapi dah malam pukul 8.00 lebih, temankan Mrs. Ijau ke pasaraya F beli barang-barang untuk membuat kuih raya, disebabkan petang semalam lepas balik kerja tak sempat nak singgah sebab kesuntukkan masa (nak memasak juadah berbuka lagi).

Tapi sebelum tu aku TERsinggah di premis My Music, disambut oleh Mr. Hii (tauke kedai) dengan senyuman yang lebar. Hasilnya? Hahaha kerja gila!
[Diari Ramadhan 1432H entri #15]
_____
Ada apa: Mixed reactions on Mrs. Ijau's face, but she said 50/50, go ahead.
Sepetang Di My Music
oleh Ijau D. Koceng 20 May 2011 pada 10:00 PM 2 komen:Petang tadi lepas habis main bola tampar, aku TERsinggah di premis My Music - kedai menjual alat muzik (kebanyakannya gitar akustik, ukulele, biola dan piano) dan juga kelas muzik.
Aku sebenarnya TERtarik dengan iklan "SALE" di depan pintu masuk. Antara barangan "SALE" ialah gitar-gitar akustik dari jenama Ashton, Yamaha, Samick, Takamine dan Ibanez (tadak satu pun yang cap ayam).

Harap maaf, tak dapat nak snap gambar dalam premis.
Aku tertarik dengan beberapa gitar akustik 12-strings (pengaruh intro lagu ni) yang ada. Antaranya Ashton D25/12 dan SL29/12CEQ. Tauke premis ni, Mr. Hii bermurah hati membenarkan aku mencuba kedua-dua gitar 12-strings ni. Sebelum ni memang aku tak pernah main gitar 12-strings, jadi inilah peluangnya.
Ashton D25/12 12-string acoustic guitar
selling at RM4xx (image linked from DV247.com)
Ashton SL29/12CEQ 12-string electro-acoustic guitar
selling at RM6xx (image linked from DV247.com)
Walaupun chords sama macam 6-strings, tapi memang terkial-kial jari dibuatnya, jari-jari dah biasa tekan fret gitar elektrik (low actions) tiba-tiba tekan fret gitar akustik, 12-strings pula tu! Selain 12-strings, aku cuma sempat mencuba beberapa gitar akustik biasa (6-strings) antaranya Ibanez V50NJP Jampack dan sebuah model (aku lupa) dari Samick. Takamine dan Yamaha harga melebihi RM1k, tak berani aku nak cuba hehehe...
Ibanez V50NJP Jampack acoustic guitar pack
image linked from DV247.com
Credits to Mr. Hii for letting me test-drive some of the acoustic guitars. Treng-treng-treng, tak sedar hampir sejam juga aku "melepak" dalam premis ni, hahaha... Tapi serius, bunyi akustik 12-strings memang best! Crystal clear sound with resonating natural chorus effects, gonna get myself one of these stuff someday...
Btw, click here for My Music Bintulu's blog (non-sale related).
_____
Ada apa: Dah terkena racun 12-strings pula~
Ada Apa Dengan GHS Boomers?
oleh Ijau D. Koceng 11 December 2010 pada 1:00 AM 2 komen:Khamis lepas 9/12/2010 aku tersinggah di premis My Music (banyak gitar akustik di premis ni), dan terbeli GHS Boomers strings dan dua keping Planet Waves Joe Satriani thin picks. Dengan harga RM22.50 (setelah diskaun 10% daripada RM25), kira okelah untuk harga Bintulu sebab standard retail price kat Semenanjung pun dalam RM18-20 per pack.

Aku pun tak tau kenapa aku tersinggah dan terbeli Boomers ni, dan tak pernah-pernah aku beli string saiz 011 ni. Selalu aku guna saiz 009 untuk floating (Replacement), 010 untuk fixed (Abominations) dan 012 untuk bakal projek 7-at-6-string-setup (aka B-tuning). Dah sampai rumah baru aku pikir balik, apekehe aku beli?
Mungkin aku dah terkena hype Boomers dari entri Bro Sub ni. Padahal stok strings aku pun masih banyak lagi - D'Addario, Rotosound, Martin/Darco, tak lupa DR Extra Life Evergreen dan Pyramid pemberian Bro Sub yang masih belum digunakan.
Kalau pick tu aku tak kisah, sebab memang aku kumpul pick gitar yang cantik-cantik ;) dah dasar collectors...
_____
Ada apa: Sekali-sekala tengok viola/violin dan cello best juga kan?
Opening Soon? (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 28 June 2010 pada 10:00 PM 0 commentsBulan lepas aku ada buat entri pasal premis alat muzik ni. Semalam (Ahad 27/6/2010) aku berkesempatan menjenguk premis ni. Memang ternyata ia sebuah premis menjual alat muzik, jugak menyediakan kelas belajar muzik (piano, gitar, biola, vokal).

Nama premis ni My Music, pemilihan nama premis yang agak tawar (tawar macam nama The Guitar Store dan Guitar Collection). Agaknya premis ni belum dibuka secara rasmi, sebab tu signboard pun belum naik. Kat dalam premis pun tadak kad ucapan tahniah dan bunga-bunga.

Seperti biasa, kebanyakkan (diulangi - kebanyakkan, bukan semua) premis-premis milik orang Cina tak akan bagi pelanggan mengambil gambar suasana dalam premis, wtf? Dari dulu aku musykil... Adakah ini pantang larang orang Cina? Sebab tu aku snap dari luar.
Pada peminat gitar elektrik di sekitar Bintulu (seperti aku), premis ni bukanlah tempat untuk mencuci mata. Sebab di dalamnya cuma ada satu gitar elektrik (Washburn superstrat) dan satu gitar bass (Ashton P-bass), yang lain kebanyakkannya gitar akustik dan klasik (tong) berjenama Ashton dan Vantage (kalau nak cuci mata baik pi Zoso Music, sekurang-kurangnya ada Ibanez, Squier, LTD, Cort, AXL, SX, dll). Lain-lain instrument terdiri daripada keyboard, piano, biola, drumset dan percussions.
Btw, harga gitar-gitar kat premis ni masih lagi standard harga Borneo...
_____
Ada apa: Alaaa... Order je kat tauke DEG lagi senang dan murah.
Opening Soon?
oleh Ijau D. Koceng 29 May 2010 pada 8:00 AM 1 commentKhamis 27/5/2010, lepas bayar bil kat TM Point (Medan Raya Bintulu), sebelum aku menapau nasik mamak (ala-ala nasik kandaq) kat Kamil Cafe, aku ternampak banner ni...
Petang tadi baru aku berkesempatan snap gambar ni.
Music instrument showroom, OPENING SOON... Yang tulisan Cina tu aku tak paham tapi mungkin mempunyai maksud yang sama. Ini sudah kira bagus! Ada lagi sebuah kedai/showroom/premis alat muzik bakal dibuka di Bintulu (selain Zoso Music dan Fotomax Colour Lab).
Aku akan ikuti perkembangan lanjut premis ni dari masa ke semasa sehingga ia dibuka dengan rasminya...
_____
Ada apa: Tapi kalau harga instrument masih sama "cekik leher" macam kedai lain, tak guna jugak...
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Kenapa A&W tidak menjual lagi A&W root beer seperti dahulu? Sekarang yang banyak di pasaran ialah A&W sarsaparilla... Ya, sarsa...
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Selasa lepas (29/1/2013) terjumpa buku ni di premis Reissued Magazine, Amcorp Mall - An Oral/Visual History By The Red Hot Chili Peppers Wit...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-






