Showing posts with label majestica. Show all posts
Showing posts with label majestica. Show all posts

Throwback Thursday: Oktoberfest 2012


Aku berhenti buat entri trobek pasal Oktoberfest 2012 sejak lima tahun lepas. Tahun ini agak istimewa sedikit ditrobek semula kerana ulangtahun ke-10 peristiwa tersebut. Boleh baca entri penuh di sini dan entri bias di sini. Entri versi Molotov Cocktailz pun ada di sini.

Sessi soundcheck sebelah petang.

Merupakan persembahan gig kedua aku bersama MUP selepas Opening Season Gig 2012. Peristiwa yang menaikkan nama MUP sebagai antara cover band Iron Maiden Bintulu. Selepas-selepas itu menerima banyak jemputan untuk gig-gig tempatan - Bintulu Music Festival 2013, Love & Peace Gig 2013, Bintulu Bike Week 2013 dan BRRU Rock Nite 2013 (tapi sekarang trend cover band dah basi*).

Sebelum ini aku tak berani solo, mula berani untuk ambil solo pertama lagu The Trooper (sebagai cabaran) yang semasa sessi latihan tak pernah menjadi sebab selalu terkucil. Tapi bila hari kejadian, mungkin disebabkan adrenalin dan mojo pentas, ia menjadi walaupun tidak sesempurna solo asal Adrian Smith.

Bangga juga kerana pernah berkongsi pentas bersama Majestica (bukan Majestica ini), yang kini menjadi satu nama besar muzik Iban kontemporari.

Gig pertama aku menggunakan Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) yang ternyata merupakan sebuah gitar yang tahan pukul dan amat sesuai untuk persembahan pentas.

Juga mula berkenal-kenalan dengan undergrounders/metalheads Bintulu dari kalangan penonton dan juga ahli band lain yang membuat persembahan pada malam itu.

*Selepas MUP 10th anniversary Facebook livestream tahun lepas, aku rasa MUP sudah tidak berapa relevan lagi. Kehangatan jamming bersama pun sudah tidak ada, mungkin kerana masing-masing sibuk dengan urusan peribadi. Aku faham, akupun begitu. Mungkin aku boleh teruskan projek Hepi 2020 kembali...

_____
AADI: Ice cream for me Bintulu! \m/

Majestica - Simfoni Infiniti


Majestica, sebuah band progressive rock Iban dari Bintulu mula menggegarkan industri muzik Iban dengan lagu-lagu yang berbeza daripada lagu-lagu komersil Iban yang biasanya berirama rock & roll dan joget.


Setelah menunggu beberapa tahun, akhirnya Majestica berjaya meriliskan album penuh pertama mereka Simfoni Infiniti (kalau tak silap pelancarannya seminggu selepas raya baru-baru ni). Untuk info lanjut boleh lawati Facebook mereka.


Rilisan ni bukan alang-alang, bukan demo atau split atau EP, tapi album penuh. Rilisan tahap pro, siap ada sticker ori hologram KPDNKK. Tapi sayangnya di Bintulu ia tidak dipasarkan secara komersil di premis-premis menjual CD (sedih™), unit yang aku perolehi ni pun dibeli di premis Zoso Music secara lisan. Kebetulan drummer mereka Boyzt, merupakan tauke Zoso Bintulu.

Tracklist
  1. Simfoni (Instrumental)
  2. Munsang Mirah
  3. Ais Ati
  4. Tongkat Dunya
  5. Tua Selama Ya
  6. Sapa Tua
  7. Sangkar Pemula
  8. Egois
  9. Infiniti
  10. Infiniti (guitar backing track)
Aku hanya faham 20-30% bahasa Iban, tapi dari segi muzik, mereka memang mantap, kerja gitar (guitar works) Romy Bujang Kesindap memang terasa ada elemen progressive ala Petrucci. Lagu paling aku suka Tongkat Dunya.


Dan tak lupa single hits pertama mereka yang agak radio friendly (memang selalu masuk radio tempatan lagu ni) iaitu Tua Selama Ya.


Aku mula mengenali Majestica setelah berkongsi pentas dengan mereka semasa Oktoberfest 2012 di La Bistro, Kemena Hotel, sekali lagi semasa Bintulu Music Fest 2013. Semasa Love & Peace Gig pula tak sempat, sebab mereka main sebelah malam.

Majestica.
Terbaik dari Bintulu!

_____
Ada apa: Serius, ini CD lagu Iban pertama yang aku beli.

Lima Album Yang Selalu Dicapai


These are my "go-to" albums... Bila bukan musim (viral?) sesebuah band atau dah tak tau nak dengar lagu/album apa semasa pemanduan jarak jauh atau pergi-balik kerja, biasanya aku akan capai (secara otomatik) satu atau beberapa album berikut untuk dipasang dalam Imago.


In no particular order:
  1. Bruce Dickinson - Tyranny Of Souls.
  2. Blind Guardian - The Forgotten Tales.
  3. Avril Lavigne - Let Go.
  4. Hootie And The Blowfish - Cracked Rear View.
  5. Iron Maiden - Somewhere In Time.
Mungkin disebabkan nilai nostalgik, ataupun lagu-lagunya menenangkan semasa memandu, dalam masa yang sama ia tidak membuatkan aku mengantuk.

Entri Mini: Gayu Guru Gerai Nyamai


Selamat berbulan Jun dan selamat menyambut Gawai Dayak kepada rakan-rakan dan pengikut AADI Sarawakian.


Walaupun bukan lagu Gawai, tapi ini antara lagu Iban paling best pernah aku dengar. Jauh berbeza daripada cliche lagu-lagu Iban yang selalu berkumandang di radio-radio tempatan yang rata-rata berirama joget atau rock and roll.

Teringat pernah buat persembahan bersama-sama Majestica semasa Oktoberfest 2012.

_____
Ada apa: [Extra 6th] May - Otai Jamm! Tapi aku cuma ada CD audio versi pasar malam.

Sekitar Hari Pertama Bintulu Music Fest 2013


Sabtu (2/3/2013) - Bintulu Music Fest 2013 (BMF2013) berlangsung selama dua hari bermula hari ini, walaupun persembahan hari pertama dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pagi, tapi aku dan Azrol datang sekitar 10.30 pagi.

Battle Royal or Royal Rumble?
Aku masih tak ada mood nak menaip, idea pun tak berapa memberangsangkan. Jadi aku biarkan entri ni dalam bentuk "caption" sajalah, nanti ada idea aku tambahlah ayat-ayat yang patut.

Daniel Ading of Gitaris Nusantara.
Apa? Daniel Ading nak join Metuk Ulau Project?
Majestica.
Eda Brig, kumpulan dangsanak kitani dari Brunei Darussalam.
Chief of Eda Brig (aka Mr. Tony Stark, hahaha!)
Erectus!
Aksi MUUVers layan persembahan Rimba Bara Erectus.
Selepas persembahan Erectus, aku terpaksa balik awal (awal apa dah dekat pukul 4.00 petang) sebab dah janji nak bawa Mrs. dan Lil'Ijau keluar jalan-jalan hujung minggu, rock pun rock juga tapi anak bini jangan lupa hehehe :)

Aku bukan wartawan, jadi tiadalah ulasan penuh mengenai BMF2013 ni, yang ada hanyalah entri merapu. Sama-sama kita nantikan ulasan dari Adi Herman nanti... Sebenarnya ada banyak kumpulan yang membuat persembahan pada hari pertama, tapi hanya beberapa sahaja yang sempat aku gambar (bias?).

Bersambung...

_____
Ada apa: Terima kasih kepada MC majlis (Barangkali Marus) yang sempat mempromosikan blog AADI kepada umum.

Sekitar Oktoberfest Di La Bistro Cafe, Kemena Hotel


Adi Herman dah awal lagi buat entri pasal Oktoberfest ni, yang berlangsung di La Bistro Cafe, Kemena Hotel pada malam semalam (Sabtu 20/10/2012). Aktiviti bermula sekitar 7.30 malam. Berikut adalah gambar-gambar yang diperolehi daripada kamera ciput murahan aku Sony Cyber-Shot DSC-S930.

Tiket rasmi.
Ahli-ahli kumpulan yang membuat persembahan boleh masuk tanpa tiket, tapi tak dapatlah kelebihan seperti pengunjung yang membeli tiket seperti makan secara buffet, cabutan bertuah, "minuman" sebotol dan beberapa cenderamata. Walau bagaimanapun, makanan untuk ahli-ahli kumpulan telah disediakan berasingan di dewan banquet.

Walaupun ringkas tapi sedap.
Urutan persembahan:
  1. Ana & The Scene The Once
  2. Majestica
  3. The Once Ana & The Scene
  4. Metuk Ulau Projekt (MUP)
  5. Wantwojuice
Persembahan "live band" bermula sekitar 9.00 malam dimulai dengan persembahan raggae berwarna-warni yang mengasyikkan daripada kumpulan The Once.

The Once.
Sepatutnya persembahan pertama ialah kumpulan Ana & The Scene, tapi disebabkan beberapa ahli kumpulan tersebut belum tiba (malam tu hujan lebat), jadi giliran mereka diambil alih oleh kumpulan The Once.

Persembahan antara kumpulan diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah dan beberapa permainan parti anjuran pihak bistro untuk memberikan masa persediaan bagi kumpulan yang bakal membuat persembahan seterusnya.

Majestica.
Persembahan yang mantap oleh Majestica, dengan muzik progresif dan sentuhan gitar ala-ala Petrucci memang memukau penonton. Cover lagu Perfect Stranger (Deep Purple) memang best! Dengar-dengar mereka ni bakal melancarkan album/EP/single (aku tak pasti) mereka tidak lama lagi.

Ana & The Scene.
Band indie/alternative tempatan Bintulu - Ana & The Scene, persembahan dan perkakasan yang telah dinaiktaraf semenjak gig OSH2012 Februari lepas. Baru berpeluang berkenalan dengan Chop Sudir (vokalis/gitaris) kumpulan ni.

Setiap kumpulan diperuntukkan masa sekitar 30 minit (5-6 buah lagu) untuk membuat persembahan. Walaupun tiada unsur-unsur pertandingan, tapi pada pendapat aku setiap kumpulan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton pada malam itu.

Wantwojuice.
Cuma aku kesian dengan kumpulan Wantwojuice ni, waktu mereka membuat persembahan (sebagai kumpulan terakhir) sekitar pukul 11.00 malam, ramai pengunjung yang coming home dah pulang. Adakah disebabkan perlawanan MU dah tamat? Yang tinggal hanyalah beberapa pengunjung di meja hadapan dan ahli-ahli dari kumpulan lain memberikan sokongan dengan menyanyi dan menari(?) bersama.

Oh ya, mesti ada yang tanya mana gambar persembahan MUP kan? Tengoklah nanti kalau aku rajin aku sambung, buat entri khas untuk persembahan MUP sahaja. Bias? Memang pun hahaha~

Bersambung...

_____
Ada apa: Selepas Oktoberfest ni, Metuk Ulau Projekt akan dikenali sebagai Metuk Ulau Project.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (65) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (185) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (80) botb (21) bourns (5) boxing (76) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (67) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (85) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (57) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (64) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (28) dean markley (5) decathlon (11) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (54) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (8) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (80) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (284) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (22) family (77) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (56) floor jansen (11) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (62) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (42) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (63) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (31) iron cross (9) iron maiden (184) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (297) j5 (15) jackson (79) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (40) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (121) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (312) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (31) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (31) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (490) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (24) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (118) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (20) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (72) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (49) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (59) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (59) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (79) solar (1) sonata arctica (3) sony (37) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (197) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (30) sundrop (7) sungai (12) super album (108) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (36) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (39) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (24) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (494) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger