sabtu 21/11/2009 - lps je abis jamming, bob kandar ajak aku pi karnival keluarga petronas bintulu (20-22/11/2009) kat kelab kidurong... susah betul nak cari parking. aku pun mula2 xtau event ni, padahal banner iklan dah lama tegantung sekitar bintulu... yg ni pun dpt tau drp azroy sbb mula2 kitorg nak ajak dia jamming tp dia ada show kat karnival ni
tmpt duduk VVIP
mula2 aku smpi ni ada band tgh soundcheck kat pentas... aku ingatkan geng2 azroy, tp tgk dari jauh apsal semua rambut panjang2... muzik pun kira mantap tgh main lagu pawana, bleh tahan mcm pro! pasal aku tgk dari jauh so aku xambil kisah la (in the end baru aku tau yg tgh soundcheck tu band kristal! patutla muzik mantap - nyesal aku xpi dkt2 snap pic)
bab mkn... sapa2 penah pi hari terbuka konvokesyen usm (atau mana2 uni lain) lebih kurang mcm tu la keadaan kat sini... byk gerai2 especially gerai2 makanan yg menyediakan pelbagai juadah. kebetulan aku tgh lapar dari pagi smpi jamming blm mkn apa2 lg... so aku bantai nasi lemak rendang ayam @ RM3.00 + air tebu segelas @ RM1.00
mcm biasa kat bintulu ni klu gerai2 jual makanan (pasar malam, pasar ramadhan) mesti ada sayap manuk (kepak ayam), xkisah bbq ke goreng ke... xlupa jugak bebola ayam, sosej dan buntut (tongkeng) ayam
yg bungkus panjang2 tu roti john (i wonder why they called it roti john?) yg bungkus kecik2 tu kebab (K - kambing, A - ayam, D - daging). aku beli la roti john daging ni sebungkus utk mkn kat rmh nnti...
aik? KFC dan pizza hut pun bukak gerai?
waktu pesta layang2 hari tu pun dorg ada bukak gerai
durian pun ada jual... don't play2 (skrg borneo musim durian)
banner ni menarik perhatian aku, gmbr artis2 yg bakal menggegarkan pentas karnival ni mlm nnti... mata aku tertumpu kat mamat tgh2 tu... sapa? our rock legend! amy search!... pergh! mlm ni kena dtg...
antara artis lain yg ada dlm banner ni kumpulan sepah (raja lawak), kristal (yg tgh soundcheck td), band hiphop local (ntah aku pun xkenal), tu pic awek kiri kanan tu pun aku xkenal (nmpk mcm comel) maybe artis akedemi fantatsia yg rejek kot? belah kanan aishah, kiri claudia (AF7 kot klu aku xsilap, aku xtgk AF ni selain zmn lotter dulu)... hah! pastinya mlm ni aku xlepaskan peluang nak tgk amy perform (free!) sbb hari tu dah xdpt tgk konsert search di awan biru
waktu aku lalu dkt dgn main stage ni, kristal dah abis soundcheck, hai melepas... yg tgh ber"yau-yau" atas pentas tu aku xtau (dan xnak ambil tau) band hiphop local swk
rupa2nya grand jugak karnival keluarga petronas ni... aku ingatkan biasa2 je (alaaa... petronas nak jaga imej kan?). ni dah bleh kira mcm mini jom heboh tv3
dah bosan jln2 stgh jam, aku dan bob kandar pun balik... mmg kitorg plan mlm ni mesti dtg sbb nak tgk amy, kristal, sepah perform... bila masa lg ada peluang nak tgk free kan? tp bob kandar kata mlm nnti dia nak bawa wife... aiseh, mcm ni aku pun nak kena ajak *ehem2* jugak la hehehe ;)
to be continued...
_____
p/s: sehari sblm karnival ni bob kandar kata dia ada ternampak mamat2 sepah kat bintulu town
2 komen:
update konsert nanti bro.
kalau boleh tanya Amy. tour UK nanti SEARCH dah prepare ker?
yo bro amacam..
roti john dah macam2 aneka fesyen dah skarang..
Roti John original tak salah aku dulu2 1st time buat kat pusat penjaja dekat ngan kebun bunga singapore.
So mungkin ramai mat salleh kat situ
Post a Comment