
Selasa 23/11/2010 - Okela tak banyak cerita, entri ni bukan cerita pasal buah oren, tapi pasal Orange amp yang aku order dari Dead Eye Guitars (DEG) minggu lepas sudah sampai pagi tadi. Aku ingatkan sampai petang semalam (Isnin).
Waktu posmen hantar bungkusan besar seberat 16 kg+ ni kat opis (aku memang guna alamat opis, kat rumah tadak orang) pagi tadi, semua staff yang nampak macam dah tau "ni mesti barang-barang gitar si Ijau", diorang dah tak hairan macam dulu-dulu.
Kelemahan menghantar barang menggunakan parcel post ni bila sampai mesti kotaknya dah renyuk-renyuk, macam kes AX3000G dulu. Kalau barang yang mudah pecah dan amat berharga (bukan dari segi nilai wang, tapi dari segi nilai estatika atau sentimental value) ada baiknya elakkan daripada menghantar menggunakan khidmat parcel post, walaupun dah lekat sticker "fragile, handle with care". Sila gunakan courier service... You may have pay more, but in the end you doesn't have to bang your head towards the wall in frustrations.

But in my case, this amp was woody, sturdy and rugged, no big deal whatsoever to use parcel post service. Dengan parcel post, amp seberat 16 kg+ ni pun dah kena charge RM80+ apa lagi kalau hantar guna poslaju atau courier service? So this is the economical yet acceptable option. Kalau nak lagi murah guna sea mail, tapi akan sampai dalam masa sebulan. Sanggup tunggu?

Orange emblem yang agak old school.

Dah lama aku GAS sebuah bass amp... Lebih-lebih lagi Orange Crush Pix 50BXT ni. Nah! Sekarang sudah ada depan mata. Menyesal aku tak bawa Black Ice pagi tadi. Mula-mula memang aku nak bawa, tapi memandangkan terlalu banyak barang nak di bawa turun (rumah aku tingkat tiga), jadi last minute tinggalkan saja di rumah.
Waktu lunch hour semua orang tadak kat opis, aku saja-saja nak cuba test power amp ni dengan mikrofon (yang aku cilok sekejap dari bilik mesyuarat). Bila aku hidupkan power switch... Eh? Power LED tak menyala. Aku tukar kabel lain guna kabel PC (sama saiz)... Tapi tak menyala juga!
ALAMAK!~
Maka bemulalah sessi marathon SMS dengan tauke DEG dari tengahari sampai ke petang.
To be continued...
_____
Ada apa: Moody sampai petang...
2 komen:
cantik mmg cantik... ni kali aku mengaku.. aku dengki arrgghhh
oriaj:
dengki = beli
Post a Comment