Trivium - The Crusade


Dah agak kurang kencang ber-eBay, tapi sekali-sekala sempat juga menyambar sekeping CD audio bila harga berpatutan. Kali ni album ketiga Trivium The Crusade menjadi pilihan, diperolehi daripada estock musicMagpie dengan harga tersenyum £2.24+1.50 (RM21.20), berstatus terpakai tapi masih nampak baru.


Album yang memperkenalkan "semula" aku kepada Trivium. Walaupun sebelumnya aku pernah dengar nama Trivium dan Matt Heafy (MKH) menerusi album Roadrunner United, tapi aku tak pernah nak ambil tahu pun pasal Trivium.

Sehinggalah beberapa tahun lepas, Azrol suruh aku praktis lagu Anthem (We Are The Fire) untuk dijadikan projek lagu cover, Azrol memang peminat tegar Trivium. Semenjak itu, Trivium antara band metal moden yang aku follow lebih-lebih lagi selepas album Vengeance Fall.


The Crusade ni bagi aku lebih mudah dihadam berbanding dua album Trivium yang aku ada - Shogun dan Ascendancy. Mungkin disebabkan tema thrash metal vibe ala Metallica dan vokal kurang growling/screaming.

Selain Metallica (era AJFA-Black), kalau dengar berkali-kali mungkin akan perasan ada beberapa vibe dan riff lagu-lagu band lain yang familiar contohnya We Rock (Dio), Mandatory Suicide (Slayer), 2 Minutes To Midnight (Iron Maiden), My Own Savior (Iced Earth), Life And Death (Blaze Bayley) dan mungkin banyak lagi, cubalah cari...

_____
Ada apa: Next target, Silence In The Snow.

Wordless Wednesday: Arahan Tidak Boleh Mencuri




_____
Ada apa: Lokasi, sebuah kedai runcit di kampung aku.

Naga Menangis Di Sebauh


Aku letak gambar dululah, nanti ada masa aku karang ayat. [Edited 7.35 pm] Baru ada masa mengarang ayat...

25/9/2016 - MUP menyertai Gegar Juara Kugiran: Battle Of The Band anjuran Pejabat Daerah Sebauh bersempena sambutan ulang tahun Sebauh menjadi daerah, bertempat di Balai Raya Sebauh. Rasanya ini kali pertama MUP beraksi di luar Bintulu.

X-11 Azrol bermasalah, pinjam Mirage aku.
Kurang persediaan kerana hanya praktis secara berkumpulan sekali pada hari sebelumnya. Jadi tak berharap untuk menang apa-apa, hanya buat persembahan enjoy ala-ala gig. Lagu yang dipilih pun lagu "playsafe" MUP - Tears Of The Dragon (instrumental), 2 Minutes To Midnight dan Kabus.


Disertai oleh sembilan buah kumpulan yang separuh daripadanya adalah rakan-rakan seperjuangan dari Bintulu juga - Nawaitu, NV Unity, Natas dan Pro-X.

Cuma agak kurang puas hati sebab banyak masa terbuang mendengar taklimat panjang lebar syarat-syarat BOTB dan menunggu seorang juri yang lambat datang (alasan artis AF?). Acara hanya bermula sekitar pukul 10.00 pagi, padahal masa yang terbuang tadi sebenarnya boleh diisi dengan sessi soundcheck penuh untuk setiap band yang kebanyakannya sudah datang sejak pukul 8.00 pagi lagi.

Bloggers Bintulu.
Post-mortem untuk MUP:
  1. Seperti biasa perlu banyak praktis, praktis dan praktis.
  2. Kurang penguasaan pentas, perlu praktis gimik pentas macam Janick Gers.
  3. Sekali-sekala perlu ambil tindakan tatatertib pada ahli yang bermasalah.
  4. Tiga gitaris agak "overkill" untuk BOTB, terutamanya jika main chords yang sama, lebih baik kalau aku gantung gitar dan fokus pada vokal dan bermain tamborin sahaja.
  5. Nak tuntut "bragging rights" untuk soundcheck sampai puas hati jika ada BOTB lain.
Sebelum ada yang bertanya, nak video? Boleh singgah Facebook MUP, ada video amatur pendek di sana. [Edited 3/10/2016 12.15 pm] Video uploaded to YouTube by Adi Herman.


Photo credits: Fatarizt BRRU/Pro-X

_____
Ada apa: #54321mula

Delayed Boss


Berjaya mendapatkan semula pedal Boss DD-3 yang beberapa bulan lepas ditukar (trade) dengan set pikap Seymour Duncan Hot-Rodded.


Pemiliknya sebelum ini (seorang rakan seGASan dari Miri) sudahpun memiliki beberapa ketul pedal delay, termasuk yang terbaru Boss DD-500 untuk menggantikan DD-3 ni. Jadi, masa yang sesuai untuk rujuk kembali, hahaha...


Pedal board BCB-30 aku kembali lengkap (BC-2, CH-1, DD-3), dan mungkin juga akan digunakan untuk BOTB Sebauh Ahad nanti menggantikan gigrig digital. Akan dibuat perbandingan semasa sessi jamming esok.

_____
Ada apa: Real men use three pedals?

Wordless Wednesday: Acoustic Dragon




_____
Ada apa: Instrumental lagu ni Ahad nanti...

The Daw Pick Addict!


Cuti seminggu lebih Aidiladha, cuti sekolah (jaga anak), Hari Malaysia dan balik Sabah membuatkan aku jarang dapat peluang melayari internet melalui PC. Ya, melalui PC, sebab tak seronok berblog guna smart phone.


Monday blues yang melanda (walaupun hari ni Selasa) diceriakan oleh sekeping surat bersetem dari Pulau Temasek, tak lain tak bukan daripada Bro Sub The Guitar Addict.

Bersempena dengan entri giveaway awal bulan yang lepas, aku mendapat tiga keping pick berjenama DAW, siri PRO Line dengan ketebalan 1.5 mm bersaiz Jazz.


Kebelakangan ni aku memang guna pick bersaiz Jazz (namely Jim Dunlop Max-Grip Jazz III), jadi apa-apa pick bersaiz Jazz memang agak selesa. Cuma yang membezakan "feel" hanyalah material yang digunakan sama ada nylon, tortex, ultex, cellulose, dll.

Material PRO line ni pula katanya menggunakan themoplastic (acrylic based), 100% dibuat dan diasah menggunakan tangan, fuh! Apa-apapun, hanya sekeping sahaja yang akan digunakan, dua keping masuk dalam *koleksi pick peribadi hehehe...

Terima kasih Bro Sub.

_____
Ada apa: *Macam koleksi setem.

Wordless Wednesday: IDK Gigrig #3




_____
Ada apa: Gigrig untuk BOTB Sebauh?

Activated Nuing's DS2


Nuing (rakan serumah si Korawk), pembeli set pikap EMG Zakk Wylde Signature dalam entri sebelum ini telah menghantar gitarnya untuk dipasang dengan pikap tersebut.


Sebuah gitar Charvel Desolation DS2 ST (discontinued model) transparent red, yang diberi nama Cherry Boy.

Drop B woo~
Seperti gitar si Korawk, gitar ini juga seperti kurang mendapat kasih sayang tuannya berdasarkan karat, kotoran, debu dan sawang yang ada.


Oh ya, baru dapat jenguk isi kandungan set ZW, tersusun rapi... Tak ada apa-apa kelebihan selain pot jenis shaft panjang dan sekeping pick ZW.


Pikap asal DS2 ni pun sebenarnya jenis aktif, serius akupun tak sempat nak pandu uji. Bila dah buka macam ni baru teringat, hahaha...


Pendawaian jenis manual berpateri (hardwired). Ruang bateri 9V tersedia di atas sana, tidak mengganggu ruang kaviti.


Saiz pikap aktif Charvel ni pun lebih kurang sama dengan EMG, adakah ia klon?


Dengan sistem tanpa-pateri (solderless) EMG, kerja memasang pikap menjadi lebih senang, tetapi tetap memakan masa yang lama...


Kerana menyusun sambungan wayar-wayar pada pot seperti di atas supaya muat dalam kaviti DS2 yang *sempit. Kalau tak susun betul-betul, memang tak muat... Aku sendiri terpaksa buat dua kali percubaan untuk mendapatkan ruang yang optimum.

Bunyi? Tak pandai pula aku nak ulas. Lagipun aku tak biasa main talaan drop B (alasan).

_____
Ada apa: *Kalau kaviti superstrat mungkin lagi senang.

Ada Apa Dengan Calpis?


Dah lama teringin untuk mencuba minuman susu kultur Calpis ni sejak iklannya (yang ada Yuna, Harith Iskander, dll) ditayangkan di TV.


Ada tiga perisa (setakat ini) asli, mangga dan anggur, aku memilih untuk mencuba perisa mangga. Rasa? Terlalu manis jika dibandingkan dengan minuman susu kultur jenama lain.

Bagi mereka yang tak puas minum minuman susu kultur jenama lain kerana isipadu yang sedikit, belilah Calpis yang boleh didapati dengan isipadu 350 ml dan 1 liter, nescaya puas minum.

_____
Ada apa: Cal pi pi pi pi pi pi...

EMG Zakk Wylde Signature Set


Mungkin pembeli taksub dengan hype EMG atau mungkin juga teracun dengan EMG yang ada pada gitar rakannya.


Mulanya pembeli ingin memesan EMG 81 dan EMG 85, tetapi disebabkan masalah pada stok baru EMG 85, aku menyarankan supaya pembeli memilih set Zakk Wylde Signature. Diperolehi tak lain tak bukan daripada Dead Eye Guitars.


Set ZW ni pada asasnya merupakan EMG 81 + 85 juga, tetapi dengan sedikit kosmetik dan tit-bits. Lagipun harganya lebih kurang harga EMG 81 + 85 yang dibeli berasingan. Kena tunggu pembeli menghantar gitarnya untuk dipasang set ni (next project), baru dapat tengok isi kandungan di dalamnya...


Oh ya, lain cerita... Oops! Ernie Ball rusted again~

_____
Ada apa: #ernieballrustedagain

Wordless Wednesday: BOTB Sebauh 2016




_____
Ada apa: Scream for me Sebauh?

Sedekad AMOLAD


Baru teringat album ni pun dah 10 tahun (Wiki kata 28/8/2006), dah boleh dikira instant classic. Ia merupakan album Iron Maiden pertama yang aku beli dalam format CD audio (sebenarnya kedua selepas album ARLO/ARDO yang dibeli pada hari yang sama).


Bagi aku setiap album Iron Maiden baik studio atau live memang unik, kerana pasti ada kenangan dan cerita di sebalik setiap album. AMOLAD ni mengembalikan memori tahun pertama aku bermastautin di Bintulu dan kali pertama ke Miri (dibeli pada 14/10/2006 di Imperial Mall, Miri).

Versi limited edition pula dibeli kerana inginkan DVD bonus yang memiliki dokumentari berkaitan AMOLAD. Apa yang pelik dan unik (mungkin kebetulan) nikmat mendengar lagu-lagu dalam album ni sama seperti mendengar album X Factor.

_____
Ada apa: Agaknya Iron Maiden boleh beraksi sedekad lagi?

Ada Apa Dengan Kicap Kikkoman?


Bukan Kiko Loureiro...

Tertarik dengan kicap istimewa ni semasa bersarapan di sebuah hotel tempatan di Miri (semasa musim raya lepas). Ia disediakan di setiap meja bersama penambah rasa yang lain (garam, lada putih).


Rasanya masih lagi rasa kicap, duh~ Apa yang istimewa? Entahlah, mungkin sebab jenama ni jarang dijumpai di kedai-kedai makan atau restoran. Buatan Singapura oleh Kikkoman (S) Pte. Ltd.

Adakah ia jenama ekslusif? Itu aku tak tau, cuma bila terbaca "naturally brewed" aku teringat sebuah kilang kicap di Jelutong, Penang yang berlabel "Kelang Kechap".

_____
Ada apa: Wujud lagi tak "Kelang Kechap" tu?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger