Diterima minggu lepas (bersama-sama dengan Train Of Thought dan Back To The Start) dari Australia dengan harga AU$6.75+14.00/3 (RM36.09), jika diambil kira tahap "rarity" ia masih boleh dikira pembelian yang berbaloi. Keseluruhan fizikal CD masih baru cuma ada keretakan pada jewel case ehsan daripada pengeposan.
Walaupun album studio pertama Kamelot ni keluaran 1995, tapi CD yang aku perolehi ni merupakan cetakan 2002. (P)(C) 2002 Noise Records, a division of Sanctuary Records Group. Distributed by Universal Music, made in USA.
Hanya Thomas Youngblood sahaja yang masih kekal hingga kini. |
Faktor utama mungkin disebabkan vokal Mark Vanderbilt yang seakan-akan meniru gaya Geoff Tate. Faktor kedua mungkin muzik Kamelot yang ketika itu masih belum ada identiti tersendiri, guitar works Youngblood masih pada tahap biasa-biasa sahaja. Keseluruhan album terasa seolah-olah mendengar album Queensryche. Tapi melalui album pertama ni Kamelot berjaya membuktikan bahawa power metal bukanlah sekadar bertemakan fantasi dan mitologi dengan muzik berderap.
_____
Ada apa: Rindu dengan vokal Roy Khan.
2 komen:
Zaman kemaruk power metal dulu pernah cuba dengar Kamelot ni...tapi ntah la...best tu best...tapi macam susah nak melekat...
Kamelot memang susah nak jumpa CD nya untuk pasaran sini..power metal Europe yg paling aku suka hammerfall
Post a Comment