Setelah bengang dengan saddle double-locking II pada gitar Cort
X-11 yang selalu bermasalah (retak, pecah, loose) sejak
tahun lepas, Azrol menggantikan kesemua saddle yang ada dengan set saddle Floyd Rose Special (FRS).
Sekarang Azrol dah boleh melakukan selenggaraan dan baikpulih ringkas pada gitarnya (setelah diajar oleh mentornya, *ehem*), cuma hanya perlu memesan alat ganti daripada
Nonuz melalui aku.
|
Azrol's Cort X-11. |
Sebahagian daripada persiapan Azrol untuk mengikuti gig
Shout It Right 2.0 bersama
Ana & The Scene (sebagai gitaris seasonist) di Kuching hujung minggu nanti.
Sebagai peringatan kepada aku dan juga rakan-rakan supaya tidak membeli gitar yang mempunyai floating bridge murahan yang diperbuat daripada aloi rapuh - termasuk FRS, Ibanez ILT, Cort Double-Locking II/III dan mana-mana "licensed FR" yang tidak berjenama.
|
ILT bridge on Ibanez GRG270 (pre-2010 batch). |
Nak puas hati, beli gitar yang mempunyai sekurang-kurangnya
Floyd Rose 1000 atau Ibanez Edge-III (walaupun ramai yang kata Edge-III pun bermasalah). Jika tidak mampu, tunggu sampai bajet mencukupi atau pilih sahaja gitar jenis fixed bridge atau vintage tremolo.
Entri Mini: Tribute To Abang Ajis
|
Linked from somewhere on the net. |
Al-fatihah atas pemergian Bujang Lapok yang terakhir - Datuk Aziz Sattar aka Abang Ajis (laporan
Berita Harian). Babak lakonan beliau yang paling aku suka ialah babak Abang Ajis keluar dari perigi buta dalam filem
Pendekar Bujang Lapok.
_____
Ada apa: Beliau juga pernah berlakon dalam rancangan
Upin & Ipin, tak percaya?
4 komen:
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
All Fatihah..moga roh nya di cucuri Rahmat
the cast of bujang lapok series will never be forgotten.
*ehem..
al fatiha buat arwah
Post a Comment