Disebabkan perkhidmatan premis ni yang agak lembab ketika itu (audio-video tidak diselenggara, filem dah sebulan basi baru nak siarkan) aku memutuskan untuk tidak lagi menonton filem di premis ni selagi tiada perubahan (dan inilah satu-satunya pawagam yang ada di Bintulu).
![]() |
Pemandangan dari foyer premis (mana Imago aku?). |
Akhirnya semalam aku mengambil keputusan untuk menonton filem tersebut, bukan hanya disebabkan faktor aku minat X-Men, tapi juga nak menjenguk sejauh mana perubahan premis ni. Jika bagus, bolehlah aku sambung semula hobi kaki wayang aku yang dah lama terbantut.
Agak menyedihkan juga bila dapat tau premis arked bersebelahan pawagam telah tutup. Dulu selalu main game tembak-tembak Jurassic Park dalam arked ni sementara menunggu tayangan bermula.
Dari luaran nampak tiada perubahan langsung baik di kaunter penjualan tiket mahupun kiosk penjualan kudapan. Melangkah masuh ke dalam dewan tayangan aku dapati ada sedikit perubahan, kerusi dah bertukar (walaupun tidak setaraf premis nama besar) sekurang-kurangnya ia lebih selesa berbanding sebelumnya.
Juga sempat menoleh speaker di sekeliling dewan sebelum lampu dimalapkan dan mendapati ia juga seperti telah diganti. Dan ternyata tepat sekali jangkaanku apabila bunyi-bunyian semasa filem ditayangkan adalah jenis surround system bukan lagi stereo.
![]() |
Tom Cruise in bad-ass exosuit. |
Oh ya, berkenaan dengan filem X-Men terbaru ni? AADI sudah lama tidak menjadi blog ulasan filem semenjak entri Prince Of Persia: The Sands Of Time, dan ada baiknya ia kekal begitu. Untuk tidak mendatangkan *spoiler* kepada mereka yang belum menontonnya, aku cuma berpendapat filem X-Men kali ni agak emosional berbanding filem-filem sebelumnya. Anda juga perlu berfikiran empat dimensi semasa menontonnya, kerana filem yang melibatkan pengembaraan masa memiliki banyak paradox.
Teknologi yang dimiliki oleh Bolivar Trask pada tahun 1973 adalah secanggih teknologi Tony Stark pada tahun 2008 semasa filem pertama Iron Man.
_____
Ada apa: Aku terlepas tonton filem The Wolverine tahun lepas.
7 komen:
Aku macam feel ada revival orang pergi tengok wayang.
Paling penting harga berpatutan, selesa, ekon, seats, sound.
dan aku rasa zaman sekarang orang makin civilised masa ramai2 dalam panggung.
Tak ramai penonton n filem baru..Kira selesa la kan..jgn mcm kat sini..yg tengoknya takda etika langsung
aku belum ada kesempatan nak ke sini huhuhu
aku sekarang gi panggung hanya untuk layan anak tengok kartun...
berabad dah aku tak tengok wayang...
deaf & rafi:
kat sini penonton masih beretika, cuma masih ada yg jenis lambat dtg tu annoying sikit la, dah la aku suka amik seat paling dekat dgn laluan
adi:
bila last sekali naik city point?
berteromber:
do u wanna build a snowman?
d'arsil:
berapa usia anda skrg? adakah anda seorang mutant mcm wolverine?
Last sekali pergi city point awal tahun ni tadi....tu pun nak usha dvd heheh....tapi xda pulak nengok ke cineplex atas tu.....sedih
Post a Comment