Macam tak sangka album ini sudah mencecah usia sedekad, terasa seperti baru beberapa tahun lepas ia dirilis. Tapi bila difikir semula, rupa-rupanya yang beberapa tahun lepas tu album Senjutsu (2021) kah kah kah...
Teringat ketika aku mencarinya di beberapa premis menjual CD sekitar KK (Speedy, Goblinz) ketika cuti Aidiladha 2015, tetapi tidak ketemu. Akhirnya memesan kedua-dua versi deluxe (Oktober 2015) dan jewel case (April 2016) melalui Radin Music, Batu Pahat.
Untuk era album berkembar Iron Maiden, aku lebih suka album ini berbanding Senjutsu. Pernah terlintas untuk cover lagu Speed Of Light dan/atau Tears Of The Clown bersama MUP. Tapi macam biasa, tidak kesampaian...
_____
AADI: Sama umur dengan anak autis aku.
0 comments
Post a Comment