Musim tersebut datang lagi, biasanya inilah musim cuti sekolah, musim tengkujuh, musim
mengawan kahwin, dan musim jualan akhir tahun (year end sale). Seperti tahun-tahun lepas, mulalah
terGAS macam-macam. Antaranya...
1) Jim Dunlop Cry Baby Mini
CBM95 - Aku tak pandai main pedal wah, Vox
V845 pun dah jual. Tapi bentuk comel Cry Baby Mini ni sesuai untuk rig kecil-kecilan. Cuma harganya mahal sedikit berbanding Cry Baby saiz biasa (
GCB95), patutnya lagi murah kan?
2) Orange
Micro Dark - Jangkaan untuk masuk pasaran Malaysia awal tahun depan. Jadi secara tak rasmi boleh
dikeluarkan daripada senarai, selamat...
3) Korg
Sledgehammer Pro - Hampir tiap-tiap tahun aku beli tuner, dan hampir kesemuanya berjenama Korg (
GA-1,
Pitchclip,
PitchHawk-G, ex-
Pitchblack Poly). Tahun ni terGAS dengan model ni...
4) Blackstar
HT-112 (or
HT-408) cabinet - Untuk digandingkan bersama dengan
HT-5RH, sekarang cuma menggunakan kabinet 10" Vox
V110NT.
Kebelakangan ni banyak pedal-pedal yang aku dah jual, tinggalkan yang betul-betul digunakan sahaja (mostly Boss pedals). Dana-dananya boleh dikitar (GLTL) untuk perolehan
barangan baru. Tapi, macam biasalah, faktor keperluan-kemahuan perlu diambil kira (secara serius) untuk melawan GAS.
_____
Ada apa: Akronim; GAS =
gear acquisition syndrome, GLTL = gali lubang tutup lubang.
5 komen:
Sekali sekala gali ler lubang baru...
mungkin TERgali lubang console gaming
tidak kah anda GAS pada TC Clip on?hehe
Hahah..tu aku setuju..ps4 on the way?
yustech:
ntahlah, macam dah setia dengan tuner jenama korg
rafi:
belum lagi, masih dalam perancangan...
Post a Comment