Macam babak dalam filem Gladiator? |
Walaupun muncul pada era yang sama, tapi gaya muzik dan tema lirik kedua-dua kumpulan ni jauh berbeza. Mungkin kerana golongan pendengar sasaran yang berbeza kot? Raihan lebih cenderung kepada lirik pengajaran, hafalan dan nursery rhymes key major. Manakala Rabbani pula lebih kepada lirik jenis penyesalan dan keinsafan (repentant) dengan key minor.
Untuk kompilasi ni aku lebih bias kepada Rabbani (antara sebab aku beli album ni) kerana vokal Allahyarham (Ustaz) Asri Ibrahim yang epik, suara yang telah lama didengar di corong-corong radio dan TV sebelum wujudnya kumpulan Rabbani itu sendiri.
Versi Mentari Merah Di Ufuk Timur (bersama Amy Search) memang meremangkan bulu roma. Tidak kurang juga lagu-lagu funky reKRUed (dan kontroversi) seperti Intifada, Apa Yang Kau Tahu dan Pergi Tak Kembali. Tapi sayangnya tiada lagi Insan (cover Yantzen) dalam kompilasi ni.
_____
Ada apa: Nak cover lagu Rabbani... Pergi Tak Kembali versi MUP?
5 komen:
Pak radin ni selain jual alat muzik dia pun ada jual cd jugak eh?
Rabbani aku lagi tak familiar..
all i can say, aku takut panas je dengar cd ni.
Sekarang macam dah tak ada kan kumpulan2 nasyid macam ni...kat Malaysia ni muziknya bermusim...
rafi:
radin music centre kedai jual kaset/cd/dvd je... tapi sebab dia aktif online/facebook, senang browse katalog
deaf:
panas~ dengar lagu raihan sejuk la tu
berteromber:
UNIC masih ada... hijjaz pun kalau tak silap masih berjuang
tapi tak sehebat musim nasyid penghujung 90an dulu
aku ada satu ja kaset nasyid, dua kumpulan ni ada dalam tu, kadang2 ngam timing nya mmg best layan lagu2 nasyid ni.
Post a Comment