Bagi mereka yang tidak menyedari kewujudan
Prima Domestika pasti akan menyangka ia album terbaru Wings, sebab lenggok dan beratnya seakan album
Menakluk Kosmos. Adakah disebabkan kebanyakkan lagu pada asalnya (pendapat aku) mungkin dicipta untuk gaya muzik Wings? Atau mungkin faktor vokal Aweera yang dibayangi gaya vokal Awie untuk lagu-lagu balad?
Tidak dinafikan vokal Aweera memang mantap, tapi selepas ini dia perlu mencari identiti vokal untuk PD dan perlu lari daripada hype Awie-copycat. Aku rasa gaya vokal raspy Mojo seperti dalam lagu
Lu Baca Sendiri dan
Malam Berasap patut kekal menjadi identiti Aweera dan PD.
Gabungan dua gitar hero Jo Branko dan
Hillary Ang sudah cukup untuk memberi jaminan bahawa album ini pasti berbaloi. Kerja gitar kedua-dua mereka terasa selesa dan tiada rivalry dikesan, tiada riff atau solo yang berkata "aku lebih hebat". Sebaliknya kita disajikan dengan dual (bukan duel) leads dan twin-guitar harmonies yang ketara sepanjang album.
Aku tak familiar dengan kerja Ainoll dan Fauzi, tapi aku pasti dengan résumé mereka sebelum ini, sudah cukup untuk melabelkan PD ini sebagai sebuah supergroup, bab ini aku setuju dengan
Berteromber. Aku amat senang untuk menghadam lagu-lagu dalam album ini yang agak progresif dan metal.
Dan aku pasti, orang yang menaip inlay album ini adalah orang yang sama menaip inlay album
Menakluk Kosmos, ketara pada ejaan AKOUSTIC-nya.
Ilusi Intonasi mengingatkan aku kepada lenggok lagu (instrumental)
Peace Of Mind dalam album
House Of God King Diamond dan
Windowpane Opeth. Ia lebih sesuai jika dijadikan lagu penutup album berbanding interlude. Tapi di mana aku pernah dengar lagu ni? Rasanya mungkin dalam album
Rockestra kot?
Selain Berteromber, juga boleh singgah blog
KDHR Deaf-Angel untuk ulasan lebih.
_____
AADI: #noregretnosurrender