Kebetulan bulannya, maka keluar kembalilah CD ini daripada persembunyian. Kaset pun keluar untuk sessi fotografi.
Otomatik terkaraoke lagu-lagu jiwang dalam album ni - Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Tiada Rahsia Antara Kita, Meniti Ombak Kasih. Terkeluar segala memori tahun 1995 (tingkatan 4) dan 1997 (USM).
Album studio Iron Maiden kegemaranku kini berusia 40 tahun, telahpun diceritakan seperincinya dalam entri ulang tahun ke-35. Jadi, kali ini aku cuba buat points sahaja:
CDnya diperolehi 12/03/2008 di Victoria Music Centre, Amcorp Mall, merupakan versi enhanced CD rilisan 1998.
Album yang berkonsepkan "masa", sebab itu muzik dan liriknya masih lagi relevan sehingga kini.
Top-5 antara album yang selalu dipasang semasa pemanduan.
Anak-anak akan cepat tidur jika aku pasang album ini semasa pemanduan jarak jauh (balik kampung), dari kecil lagi mereka sudah biasa dengar lagu-lagu dalam album ini on-repeat.
Deja Vu merupakan lagu Maiden pertama yang aku dengar sekitar 1986-1987 (perenggan keempat entri 2010).
Solo dalam lagu Stranger In A Strange Land merupakan solo Adrian Smith paling aku suka.
Selain The Trooper, lagu Wasted Years antara lagu Iron Maiden yang paling banyak aku cover bersama MUP. (hajat perenggan ketiga entri 2010)
Wasted Years itu sendiri menjadi lagu tema hidupku yang sinonim ketika bekerja di Penang, circa 2000-2005 (perenggan kelima entri 2010).
Anak aku si Arlo pun sudah minat rock/metal bermula dengan album ini.
Kalau ada ruang dan peluang, mungkin aku akan cari versi-versi *cetakan lain album ini sebagai koleksi. Dan teringin pula jamming lagu SIASL, Sea Of Madness dan Deja Vu.
Bulan ini beberapa kali singgah di E-Mart Riam (Miri). Biasanya singgah untuk mencari makan tengah hari sementara menunggu urusan kesihatan Mrs. Ijau selesai.
Terbaca ciapan Facebook yang mengatakan E-Mart Riam pun ada barangan Decathlon, jadi cubalah mencari di mana sudutnya.
Jumpa juga sudut Decathlon, tapi ini sahajalah barangannya. Tiada yang menarik bagiku kecuali beg galas Quechua yang aku sudah ada (beli online).
Berharap suatu hari nanti ada premis eksklusif untuk Decahtlon di Miri (atau Bintulu) seperti yang pernah dikunjungi di Petaling Jaya beberapa tahun lepas. Bolehlah menandingi premis *Sports Direct Bintang Megamall untuk mencari barangan kesukanan.
Semalam pula baru perasan E-Mart Bintulu pun ada juga barangan Decathlon. Tapi lagi terhad seterhad-terhadnya, ada satu isle sahaja.
Ternampak gajet ini HOTT AirSound C229A All-Media CD Player di Popular Bintang Megamall, Miri. Katanya sejenis desktop CD player, memainkan mp3 terus daripada USB/TF/MicroSD card, juga boleh menjadi bluetooth speaker. Dan fungsi paling menang ialah rip mp3 terus dari audio CD ke USB/TF/MicroSD card tanpa perlu komputer.
Harganya RM300++ di Popular dan bila dirujuk Shopee/Lazada, rata-rata purata harga sama. Pendapat aku ada kelebihan dan kelemahan gajet pada harga sebegini. Kelebihan - tidak memakan ruang yang besar di atas meja, nampak fizikal CD berpusing semasa operasi. Kelemahan - pada harga RM300++ masih boleh dapat CD player jenis boombox dengan speaker (stereo) yang lebih mantap soniknya.
Di Popular ini juga masih ada sudut CD-Rama yang ada menjual audio CD, DVD dan mainan(?). Tapi katalognya ciput dan harga runcit untuk audio CD amat mengejutkan. Beginilah dilema peminat audio CD mutakhir ini, CD yang dahulunya sekitar RM30-40 local atau RM50+ untuk imported, kini sudah dua kali ganda. Itu belum tengok harga kaset lagi.
Area DVD pun katalognya tidak seberapa, ada beberapa DVD yang menarik perhatianku antaranya koleksi Digimon dan filem-filem Police Story Jackie Chan; dari Police Story, Police Story 2, Police Story 3: Super Cop, Police Story 4: First Strike, New Police Story dan Police Story 2013. Tak pula tertarik picu untuk mendapatkannya, padahal harga masih mampu milik, harap tak menyesal...
Sekarang aku sudah tiada CD/VCD/DVD player di rumah, semua dah rosak. Kalau audio CD kini hanya boleh dimainkan pada sistem stereo kereta atau PC yang biasanya akan rip terus ke format mp3. Anak-anak aku pula mula berminat tengok koleksi CD (rock/metal) aku, dan amat teruja dengan proses memainkan lagu secara fizikal masuk CD dalam player, sambil membelek-belek inlays tengok gambar dan baca lirik.
_____ AADI: *Ingin mencari semula sistem mini hi-fi.
Tahun ini katanya Swee Lee menyambut ulang tahun ke-80 di Nusantara.
Sebelum bertapak di Malaysia, aku hanya tahu kewujudan Swee Lee di Singapura menerusi entri-entri Bro Sub The Guitar Addict. Pernah menjejakkan kaki di premis Brash Basah mereka (yang katanya sudah tutup menjadi pusat servis) ketika ronda-ronda bandar Singa sempena konsert Iron Maiden tahun 2011.
Juga mengenali Swee Lee daripada Dead Eye Guitars yang ketika zaman kegemilangannya banyak mengambil stok dari Swee Lee Singapura. Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) aku merupakan satu daripadanya selepas mendapat tahu promosi daripada entri ini.
Urusan pertama aku terus dengan website Swee Lee (Singapura) adalah pada 2015 dengan memesan pedal board Boss BCB-30. Ketika itu harganya ditambah dengan penghantaran FedEx ke Bintulu masih jauh lebih murah berbanding harga rasmi di Malaysia.
Dan setelah Swee Lee bertapak di Malaysia, perolehan atas talian pertama aku ialah satu batch tali gitar D'Addario pada 2018. Pengeposan percuma untuk semua item kecil-besar (setakat ini) merupakan faktor utama untuk memilih Swee Lee berbanding premis lain.
Setakat ini belum pernah lagi mengunjungi premis-premis fizikal mereka di Malaysia. Masih ada menyasarkan beberapa item dalam katalog online/website mereka. Tapi atas faktor harga dan isu semasa masih menyelamatkan aku daripada menarik picu.
Bulan ini hampir dua minggu aku tak ikut sessi latihan. Minggu pertama kerana urusan kesihatan Mrs. Ijau di Miri. Minggu berikutnya aku pula tak sihat, asthma datang lagi penangan jerebu dan penat urusan minggu pertama tadi.
Sarung tangan tinju (gloves) Shinobi Senshi ini antara yang "sedap" diguna untuk sessi heavy bag atau padding (sparring, no no). Tapi sayang kualiti materialnya agak teruk, baru 4-5 bulan guna sudah koyak-koyak dan mengelupas luar dan dalam seperti gambar di atas. Mungkin akan direhatkan terus hujung bulan ini.
Baru menghabiskan game Shadow Of The Tomb Raider beberapa hari lepas. Maka lengkaplah ketiga-tiga game Square Enix Trilogy (aka survivor/reboot) ini sebagai memori Tomb Raider era gaming PS4 40an aku.
"Sudahpun memainkan siri-siri Tomb Raider sejak penghujung 90an, dibincangkan dalam entri ini. Siri klasik (Tomb Raider, II, III, IV) pasti akan diingati kerana memori zaman USM. Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld) pula diingati kerana memori mula bermastautin di Bintulu.
Kena tunggu Shadow Of The Tomb Raider untuk melengkapkan *memori Square Enix Trilogy (aka Reboot). Masuk dalam senarai intai, harga cun terus tarik picu siap-siap..."
Aku perasan ada persamaan tema antara ketiga-tiga game Tomb Raider ini. Walaupun grafik dan penampilan memang ohsem, tapi elemen asal "Tomb Raider" agak cair. Menyerbu dan menjarah makam (raiding tombs, duh) kini menjadi matlamat sekunder. Patutnya trilogi ini guna tajuk lain contohnya Rise Of Lara Croft, Lara Croft: Origin, etc.
Lara Croft pula terlalu banyak beremosi, kuat mengeluh, menangis, meratap, bersedih dan daddy-issue. Watak rakan lelaki seperti langsung tidak berguna dan hanya menyusahkan keadaan (ikut jalan cerita). Contohnya Jonah Maiava yang ada dalam ketiga-tiga game.
Traversing dan puzzle yang mudah dan terlalu banyak pembayang (hint/clue). Kalau puzzle era klasik memang tahap rage-quit nak selesaikan, contohnya ketika Tomb Raider IV: The Last Revelation (TR4). Ketika itu rujukan hanyalah walkthrough daripada beberapa website, itupun kalau ada internet 1511/1515 atau pergi cybercafe.
Aku harap game seterusnya Legacy Of Atlantis dan Catalyst, Lara Croft kembali flamboyant, ada attitude seperti era klasik dan Legend. Bolehlah menyambung kembali main Remastered#1 dan #2 yang tertangguh sejak Disember tahun lepas.
Akhirnya tertarik picu juga untuk sarung tangan (gloves) Everlast Titan MMA Grappling ini di premis Sports Direct Malaysia Bintang Megamall Miri beberapa hari lepas. Harganya pun sudah berdiskaun 80% dan berlabel merah (rujukan), biasanya penghabisan stok dan/atau sudah discontinued.
Inipun tinggal seunit sahaja untuk saiz S/M di premis tersebut dengan packaging yang agak barai. Di website Sports Direct pun sudah tiada lagi saiz S/M ini. Dah cuba saiz L/XL, tapi agak besar untuk tangan aku. Glove ini lebih kepada jenis grappling berbanding striking, amat sesuai untuk jiu-jitsu, judo dan *silat.
Padding pada buku lima pun ada kadar sahaja, standard MMA. Kalau biasa kena tumbuk muka dengan padding gloves 14-16 oz (boxing), Titan ini mungkin terasa seperti padding 8-10 oz. Untuk sessi tinju aku tak pasti, juru latih benarkan atau tidak untuk padding atau heavy bag. Kalau tak, ia akan menjadi koleksi atau untuk mainan di rumah sahaja.
_____ AADI: *Masih boleh buat buah Silat Cekak dengan gloves ini.
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok). Begitu juga dengan album ini, tahun 2021 tu rasanya seperti baru sahaja 1-2 tahun lepas...
Jika Iron Maiden masih aktif berkonsert, yang kini sedang menjelajah Amerika Utama sambungan Run For Your Lives World Tour, tidak mustahil mereka diam-diam sekali lagi bakal merilis album baharu dalam tahun ini atau tahun depan.
Waktu install game Shadow Of The Tomb Raider beberapa minggu lepas, anak autis aku si Ijau Jr. tiba-tiba kata "ayah, nanti belikan saya game Jurassic World Evolution 3". Dia ni memang suka dinosaur sejak kecil, jadi nak juga main game berasaskan dinosaur. Bila aku check, game JWE3 ini kira game baharu rilisan Oktober 2025 hanya untuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S sahaja. Runding-runding suruh mula dengan game pertama dahulu Jurassic World Evolution, sekurang-kurangnya ada untuk PS4.
Ini game yang agak rare, jadi untuk mendapatkan unit baharu format fizikal agak sukar, kalau ada pun harganya masih mahal. Jadi mendapatkan unit terpakai merupakan opsyen seterusnya. Diperolehi di platform Lazada, masih agak mahal untuk sebuah unit terpakai berbanding game mainstream. Juga lambat sampai kerana tak perasan aku terpilih opsyen penghantaran laut.
Tiada sebarang dokumentasi disertakan, hanyalah sekeping cakera seperti standard kebanyakkan game PS4 lain. Jangan tanya aku apa genre dan cara mainnya, aku cuma beli, install dan suruh si Jr. fikir sendiri cara main. Tapi kena gilir-gilirlah dengan ayah yang juga sedang sibuk main Shadow Of The Tomb Raider.
Lain cerita, semenjak Sony main taik, dalam seminggu lepas memang aku main secara offline sahaja. Tidak login ke PlayStation Store/Network seperti yang diboikotkan. Antara game yang "selamat" dimainkan secara offline setakat ini ialah ketiga-tiga game Tomb Raider, Doom 2016, Doom Eternal, Days Gone, Minecraft Heroes dan JWE ini. Akan cuba lagi game lain dalam koleksi aku, adakah boleh dimainkan secara tanpa perlu login?
_____ AADI: "Ayah belilah Nintendo Switch pula, boleh main game Mario" kata si kakak.
Terkejut membaca berita pagi Sabtu lepas bila isteri beliau (menggunakan akaun Facebook Joey BPR) mengumumkan berita kematian. Padahal malam sebelumnya beliau amat ceria kerana dapat membuat persembahan di Istana Budaya. Itulah ketentuan ilahi...
Ciapan FB beliau selalu juga masuk dalam algorithm aku walaupun aku tak follow. Dan yang aku perasan, beliau antara artis yang rajin berinteraksi dalam Facebook Jamtank selain Rashidi Ishak, Oja dan Alfa Booty Kesuma.
Aku tak ada apa-apa album fizikal Bumi Putra Rockers (BPR) kecuali kompilasi The Best Of yang diperolehi 16 tahun lepas. Tapi yang pasti, lagu-lagu BPR akan menggamet memori zaman kanak-kanakku, zaman main layang-layang. Memori yang sezaman dengan album Fenomena, Kau Merubah Segalanya dan Asia's No. 1 Performer.
Terima kasih Johari bin Mat Rozekhi untuk muzik dan memori, al-fatihah...
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade.
Tapi atas sebab isu jerebu semasa, kami sekeluarga terpaksa batalkan hasrat untuk bercuti (cuti merdeka/sekolah) di Kuching dan seterusnya terbatallah hasrat aku untuk menonton konsert Barbarik+ Rock In The City malam esok (30/08/2026).
Nasib baiklah aku belum lagi beli tiket, dalam perancangan Khamis-Jumaat sebelum bertolak ke Kuching baru nak beli tiket online, tak nak beli tiket pintu. Nampaknya main game Shadow Of The Tomb Raider (offline mode) sajalah cuti ni...
Teringat Rock In The Jungle 2.0 tahun lepas, layan Loudness.
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death. Antara album Iron Maiden yang aku ada dua versi CD audio - Malaysian pressing dan limited edition EU pressing. Mungkin CDnya akan dilayan semula dalam Imago/Silvia minggu ini.
"Bagi aku setiap album Iron Maiden baik studio atau live memang unik, kerana pasti ada kenangan dan cerita di sebalik setiap album. AMOLAD ni mengembalikan memori tahun pertama aku bermastautin di Bintulu dan kali pertama ke Miri (dibeli pada 14/10/2006 di Imperial Mall, Miri)."
Teringat betapa "murahnya" audio CD Malaysian pressing ketika itu sekitar RM35-40 sahaja. Imported mungkin mencecah RM50, di premis Speedy Video mungkin lagi murah kalau musim promosi.
Album Maiden terakhir dibeli di Speedy, circa 2013.
Sekarang paling murah pun RM60-70 yang sudah dikira agak premium untuk golongan marhaen. Lagi bikin hangin bila di premis-premis menjual CD (baik fizikal atau online) aku perasan stok lama mereka pun ikut naik harga semasa. Inilah kekangan utama untuk aku meneruskan hobi ini...
_____ AADI: Rindu Speedy Video, kali terakhir ber-Speedy tahun 2017.
Seperti bulan lepas, bulan Ogos ini pun tak berapa nak "rajin". Ada kalanya hanya satu sessi sahaja seminggu. Sepanjang bulan Julai dan Ogos, juru latih utama coach Dee tiada di Bintulu atas urusan luar kawasan, maka diganti oleh coach Azam dan ada kalanya oleh coach Aman Koboi.
Penghujung bulan lepas sekali lagi diberi amanah menjadi juru latih (bidan terjun) untuk satu sessi ketika juru latih utama dan gantian tiada di Bintulu kerana membawa ahli untuk kejohanan tinju di Sibu. Biasanya aku hanya akan kembali ke asas, ajar cara menumbuk yang betul dengan mekanik badan sekali.
Iklan.
Tapi aku perasan, berat badan aku kembali naik. Mungkin disebabkan beberapa bulan ini aku tidak menjaga pemakanan, hehehe...
Minggu ini genap lima tahun gitar ini dalam axology aku, diperolehi ketika pasca-pandemik 2021 berstatus new old stock (NOS). Kalau ikut nombor sirinya, ia sudahpun berusia hampir 19 tahun (keluaran Oktober 2008), sekarang memang terasa sebuah gitar yang sudah worn-in (bukan worn-out ya).
Sebagai sebuah Les Paul (versi Epiphone) ia juga resonans dan "sedap" dimainkan seperti abang long Goldie, selain faktor worn-in tadi berbanding singlecut moden jenama lain dalam axology aku (Shiro, Chucky, Iron Cross).
Sebelum ini digelar gitar rimau Tigera, untuk ulang tahun kelima ini biarlah ia terus digelar RIMAU sahaja selepas ini, Tigera agak eksotik untuk disebut.
"Nickname? Dengan penampilannya kontras kuning-hitam dan berbelang seakan-akan harimau, ia akan digelar gitar rimau TIGERA."
Anak aku si Arlo pula gelar gitar ni "gitar tirai" sebab efek berombak 3D flamed maple top seakan-akan lipatan tirai.
Masih bernadi EMG ALX/H1N, modifikasi lain hanyalah strap lock Dunlop Straplok SLS1032BR brass untuk kemasan yang nampak lebih bermusim (seasoned) serasi dengan hardware yang sudah malap warna emasnya. Dirancang untuk dipasangkan dengan pikap Gibson 490T Gold yang ada dalam simpanan jika ada pikap neck yang serasi kelak.
Pernah juga dilamar seorang rakan yang inginkan Les Paul Custom, tapi belum berani menarik picu. Walaupun masih belum ada nilai nostalgik, tapi jika rakan tadi ingin menarik picu lagi, lebih baik dia cari unit baharulah. Biarlah gitar ini dalam axology aku atas faktor "sedap" seperti perenggan kedua tadi.
Bila terjumpa CD audio album studio ke-17 dan *terakhir Megadeth, bertajuk sendiri (self-titled) aka The White Album pada harga yang munasabah di Shopee, terus menarik picu untuk mendapatkannya. Namun album studio sebelum ini The Sick, The Dying... And The Dead! (2022) masih belum diperolehi.
Cetakan Itali bawah BLKIIBLK Records. Cover art album ini pun cukup simbolik untuk menceritakan kisah Vic yang sudah sampai ke penghujung, ringkas, bersih dan epik - it's better to burn out than to fade away - gitu. Seperti album TSTDATD! lagu-lagu dalam album ini aku tak pernah dengar secara penuh sebelum ini kecuali Ride The Lightning.
Selepas seminggu memutar dan menghadam album ini, aku rasakan Megadeth mengambil pendekatan lebih santai. Lagu-lagu dalam album ini walaupun masih thrashy tapi solo-solo Mustaine/Mäntysaari agak kurang teknikal membuatkannya mudah dilayan oleh pendengar kasual. Tak hairanlah ia pernah menjadi #1 Billboard 200.
Aku perasan tajuk dan lirik lagu dalam album ini juga seperti memoir dalam kehidupan Dave Mustaine. Lagu "cover" Ride The Lightning (ada kredit Mustaine) sebagai penutup tirai Megadeth pula terasa agak radikal, seolah-olah ada dua maksud tersirat; 1) "versi aku lebih hebat!" atau 2) tanda sudah berdamai sepenuhnya dengan Metallica(?).
*Dave Mustaine sudah boleh berehat dengan tenang, tiada apa lagi yang perlu dibuktikan. Tidak dinafikan memang sudah menjadi ikon thrash metal dan dunia metal secara amnya, tengok silhouette kangkang dengan gitar V pun sudah tau itu Dave Mustaine. Ahli-ahli yang lain pasti akan membawa haluan masing-masing selepas ini.
Walaupun aku meminati Megadeth secara kasual dan tidak serapat Metallica, tapi impak Megadeth dan Dave Mustaine itu sendiri dalam dunia permetalan aku sudah pasti ada. Berkesempatan menonton konsert mereka di Stadium Negara tahun 2017. Cerita pasal aku dan Megadeth boleh rujuk entri ini.
Set pikap Seymour Duncan Thrash Factor dalam koleksi ini sebagai legasi, tunggu ada gitar V baru pasang. Terima kasih Dave Mustaine dan ahli-ahli Megadeth baru dan lama - Mustaine is Megadeth, Megadeth is Mustaine. Album Risk(original, bukan versi remastered) tetap menjadi album Megadeth #1 di hatiku walaupun ramai yang membencinya.
Diajak oleh anak autis aku si Ijau Jr. untuk menonton filem The End Of Oak Street kerana dalam trailer ada dinosaur, dan dia memang minat dinosaur sejak kecil. Amat jarang si Jr. ni ajak tengok wayang kecuali kalau filem yang boleh ditonton sekeluarga (Minions, Mario, Papa Zola, Minecraft, dll).
Memilih tayangan 3.00 petang Sabtu lepas (15/08/2026) menggunakan tiket promosi Bintulu Marathon, serta movie points yang cukup untuk menebus satu tiket deluxe, dapatlah mengurangkan kos sedikit. Adiknya si Arlo pula last minute tiba-tiba nak ikut, terpaksalah beli lagi satu tiket.
Ini merupakan filem sci-fi horror/thriller/survival. Spesies dinosaur pun jenis yang kurang popular (bukan t-rex atau raptor), tetapi anak autis aku dapat mengenalpasti nama setiap spesies yang muncul.
Pemerhatianku tanpa membuka spoiler besar:
Percubaan yang bagus untuk suasana suburban berlatar belakangkan tahun 80an.
CGI dinosaur nampak bawah par jika dibandingkan dengan filem-filem Jurassic World. Anjing mereka Starbucks pun nampak sangat CGI.
Seperti filem-filem Jurassic World, dinosaur jenis karnivor akan sentiasa lapar.
Tidak lengkap filem-filem horror tanpa watak remaja yang degil, yang selalu buat keputusan bodoh kurang bijak.
Juga tidak dijelaskan apakah punca sebenar peristiwa ini, kerana ini adalah filem JJ Abrams, faktor "the mystery box" pasti akan ada.
Ada diselitkan elemen-elemen girl boss, DEI dan LGBTQ+ secara halus, kalau tak perasan pasti akan terlepas.
Tapi tak mengapa, asalkan anak-anak aku terhibur tengok dinosaur dan berpuas hati. Lebih-lebih lagi bila babak dikejar dinosaur.
Aku dah jauh ketinggalan bas dengan perkembangan rilisan rasmi Blaze Bayley. Kali terakhir tahun 2018 dengan perolehan CD The Redemption Of William Black dan dua t-shirt pra-pandemik X-Factor (2019) dan t-shirt era pandemik Virus (2020).
Agak cemburu dengan Berteromber yang sudah ada dua album studio terkini Blaze Bayley iaitu War Within Me (2021) dan Circle Of Stone (2024). Mulalah menjenguk kembali eBay (hobi yang sudah lama ditinggalkan) kemudian Amazon untuk mencari album-album Blaze Bayley yang aku belum ada.
Akhirnya singgah ke website rasmi Blaze Bayley, ada promo pula untuk trilogi Infinite Entanglement pada harga £21.00 berbanding £9.99 jika membelinya satu persatu. Ditambah kos pengeposan agak premium £13.80 yang mengambil masa 10 hari untuk sampai ke Bintulu menggunakan Royal Mail. Dapat sekali flyer Luke Appleton (Blaze Bayley, Absolva, Iced Earth) yang sama pengurusan dengan Blaze Bayley.
Trilogi ini merupakan siri album konsep sci-fi pengembaraan William Black ke angkasa lepas yang terdiri daripada Infinite Entanglement (2016), Endure And Survive (2017) dan The Redemption Of William Black (2018).
Hanya CD episod pertama IE sahaja tidak bersegel (sealed) atas faktor telah ditanda tangani oleh Blaze. Adakah ia stok lama? Kalau minta opsyen tanda tangan Blaze pada CD memang ada cas tambahan kecuali ketika promosi.
IE sudahpun dilayan versi mp3 sedut sekitar tahun 2016-2017 dulu. Album yang memang masyuk/jiwa selepas The Man Who Would No Die dan Promise And Terror, terutama lagu What Will Come, lagu akustik dengan vokal yang epik, kolaborasi bersama Thomas Zwijsen dan Anne Bakker. Macam mana agaknya kalau lagu ni ada dalam versi metal?
Episod kedua EAS rasanya aku tak pernah dengar melalui apa-apa platform digital. Mungkin pernah sedut versi mp3 dulu, tapi tak terlayan juga. Akan fokus dengan album/episod ini berbanding episod pertama dan ketiga. Kalau aku rajin aku akan buat entri berasingan kelak...
Episod ketiga TROWB sudahpun diperolehi daripada Rock At Large sekitar 2018 dulu, tak perlu nak cerita lagi. Jadi aku akan biarkan CD TROWB tadi dalam keadaan sealed. Kalau Bert belum ada album ni dan berminat, boleh hubungi aku.
Apa yang aku boleh katakan mengenai trilogi ini, antara penulisan lirik Blaze Bayley dan rakan-rakan yang bagus, bukan senang nak buat album konsep, lagi-lagi trilogi, sci-fi pula tu. Mungkin suatu hari nanti boleh dijadikan filem. Muzik berat memang kena dengan julat vokal baritone Blaze Bayley. Mainan muzik daripada geng-geng Absolva terutama kerja gitar Chris Appleton memang ohsem. Ada masa mungkin akan cuba check-out band Absolva ni.
Atas kekangan dana, perolehan album War Within Me dan Circle Of Stone ditangguhkan dahulu dan akan diusahakan kemudian. Selebihnya, entahlah... Aku tak ada idea~ Up the Blaze! \m/
Mini Entry: BlazeFest
Di bawah ni merupakan entri yang dibuat selepas konsert Eddfest, Knebworth yang kononnya untuk entri Wordless Wednesday 15/07/2026, tapi tak terpos pula. Jadi aku sangkutkan sebagai entri mini.
Seperti jangkaan entri lepas, persembahan adalah sebagai "Blaze Bayley" dan bukannya bersama-sama Iron Maiden.
_____ AADI: Lagu Calling You Home pun agak dalam liriknya.
Shadow of The Tomb Raider rilisan 2018 ini merupakan game ketiga dalam Square Enix Trilogy (aka survivor/reboot/origin) selepas Rise Of The Tomb Raider (2015) dan Tomb Raider (2013). Unit baharu (sealed) yang diperolehi melalui Shopee yang kini berharga suku berbanding harga runcit ketika ia dirilis.
Terus memilih Definitive Edition seperti dua game terdahulu yang disertakan dengan beberapa konten tambahan - DLC, weapons, outfits, skills, soundtrack. Cuma agak sedih "definitive" ini langsung tidak disertakan apa-apa dokumentasi fizikal, hanya sekeping cakera sama seperti game 2013.
Game ini antara pemangkin untuk aku menceburi Steam pertengahan 2022 dulu. Versi percuma free trial merupakan muatan turun pertama Steam aku ketika itu (tidak dibuatkan entri) lebih awal daripada Planescape: Torment. Cuma PC picisan Core i3 aku sahaja yang tidak mampu memainkannya dengan cemerlang.
Sehingga entri ini ditaip, baru lepas install, update dan main sekitar 30 minit sahaja, lepas tu berhenti. Menunggu mood gaming datang atau kalau ada cuti panjang barulah boleh memainkannya dengan tenang. Cuma aku perasan muka Lara Croft kali ini dah agak lain, tidak seperti game 2013 dan ROTTR yang iras-iras prime Emma Anzai.
Dengan adanya game ini, maka lengkaplah kesemua era rilisan rasmi game Tomb Raider aku sehingga kini - Classics, Legend Trilogy, Survivor Trilogy (PS4) dan Classics Remastered (Steam). Mungkin boleh dibuatkan entri merapu berasingan kelak. Pendapat peribadi, aku lebih suka penampilan Lara Croft dalam Legend Trilogy yang bad-ass (literally and physically), terutama ketika game Underworld.
_____ AADI: Misi mengumpul game-game PS4 format fizikal.
Ketika musim No Way Home beberapa tahun lepas aku sanggup ambil cuti semata-mata untuk tayangan paling awal iaitu pukul 10.15 pagi akibat FOMO. Ternyata ia tidak mengecewakan...
Untuk Brand New Day, memilih tayangan hari Jumaat (31/07/2026) 8.30 malam di GSC Bintulu bersama-sama anak dara aku Lil'Ijau. Sambil menggayakan jaket Avengers seperti ketika menonton Deadpool 4.
Seperti biasa, tiada spoiler dalam entri ini. Hanya Spider-Man/Peter Parker dalam filem ini nampak lebih matang dan serasi dengan usia Tom Holland yang sudah 10 tahun memegang watak tersebut. Lebih "neighbourhood friendly" menyelesaikan masalah kentang-kentang kecil di New York berbanding masalah global pada filem-filem terdahulu.
Skor peribadi 7.5/10, kalau tak ada Zendaya pun tak apa.
Bila sudah ada pengumuman rasmi daripada Facebook Barbarik, barulah terasa yakin untuk bertindak. Tarikh dan masa dah cantik, tempat pun dah cantik, lagi dekat dengan "rumah aku" di Samariang berbanding Loudness dalam hutan tahun lepas (penganjur yang sama).
Dalam poster tu dia tulis Barbarik+, sudah pasti mereka akan bawa Eddie dan Black bersama, gambar pun dah ada tunjuk muka mereka kan? Harap mereka main setlist sama macam Sandakan beberapa bulan lepas.
Nak tanya geng-geng Membakut (Takilala & Bros) sama ada mereka akan pergi atau tidak, sebab mereka dah layan show Sandakan. Bert, jom turun Kuching bulan depan. Harga tiket pun kira berbaloi RM218/238 dan ada opsyen marhaen RM138/158 jika mahu.
Teringat aku pasca Rock In The Jungle 2.0 tahun lepas, penganjur ada buat survey band apa yang patut mereka jemput untuk acara seterusnya. Dalam ruangan komen aku bubuh Barbarik...
_____ AADI: T-shirt Joe Barbarik kira aci juga kan?
Seperti yang dirancang, Tyrant terus dipasangkan dengan set pikap aftermarket yang ada dalam simpanan. Memilih set Lace Alumitone/Deathbucker untuk dipasang pada gitar ini selepas dikeluarkan daripada Tofu.
Memilih set ini berbanding set lain semata-mata kerana penampilannya, *gitar ini nampak semakin "ganas" dengannya. Harap ia akan terus melekat pada gitar ini selepas berpindah-pindah dari lima buah gitar sebelumnya (Shiro, Praetor, Goldie, Tigera, Tofu).
Pikap asal "DMT designed" nampak sangat generik, sekurang-kurangnya kalau pakai pikap murahan Belcat, BHK/BHC atau G&B memang akan diberi peluang untuk beraksi sebelum ditukar. Kaviti pikap pun tidak dicat konduktif sama seperti isi perutnya.
TOM bridge yang digunakan bertanda BM003 (Sung-il Korea?), selagi berfungsi dengan baik dapat intonasi tepat, ia akan terus dipakai. Kan lebih bagus jika ia berpasangan dengan stoptail (seperti Les Paul) berbanding sistem string-thru body.
Masih mengekalkan semua komponen elektronik asal - suis, potentiometer, output jack. Mulanya ingin berkonfigurasi volume songsang ala ESP/LTD Eclipse iaitu volume bridge di depan, tapi panjang wayar pikap-pikap Lace ini pula cukup-cukup sahaja untuk sampai ke pot masing-masing. Jadi, ia dibiarkan mengikut konfigurasi asal. Wayar-wayar dikemas dan diikat untuk meneruskan legasi YusTech.
Dibelanja dengan set tali baharu GHS Burnished Nickel Rockers (10-46). Ditala dan diintonasi pada Eb-standard (naik E-standard jika perlu). Action direndahkan seoptimumnya dan fretboard diberi rawatan lemon oil. Dengan adanya gigbag Gator dalam entri minggu lepas, sudah tidak sabar untuk membawanya jamming di REG Studio.
_____ AADI: *Kalau bab bunyi memang temberang saja ulasannya.
Baru menghabiskan game Shadow Of The Tomb Raider beberapa hari lepas. Maka lengkaplah ketiga-tiga game Square Enix Trilogy (aka survivor/re...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?