Petang tadi giliran aku pula memasak juadah berbuka puasa. Selalunya Mrs. Ijau yang masak dan aku menjaga Lil'Ijau, tapi hari ni bertukar syif.
Seperti kes ayam 100 plus dalam
entri ni, resepi yang dimasak petang tadi pun kira eksperimentasi tambah itu ini masak ala
Jamie Oliver. Konon-konon nak masak sizzling tapi kurang kepakaran, jadi main hentam sajalah.
Disajikan bersama dengan kentang
goreng bakar (masak tanpa minyak). Bila dah masuk waktu berbuka puasa (sungkei, iftar) baru terasa minyak bijan terlebih banyak berbanding bahan-bahan lain, jadi aku namakan juadah ni ayam minyak bijan "AADI style".
_____
Ada apa: Tahap filler entry.
9 komen:
wow! x sangka Ijau boleh masak...kalo ada lebih boleh hantar kat rumah aku har har har har hahaha
wah..bakat terpendam rupanya papa ijau ni.
bila kecik2 dah join pengakap kompem pandai memasak, kan? (cuma rajin/malas saja faktor utama)
alrite je, ko makan ngan nasik ke roti?
jamie oliver chef pujaan.
aku masak air pun hangus...
Aku dulu pengakap jugak, tapi still x reti masak
deaf:
mkn dgn fries
mba:
chef bogel?
berteromber:
air apa tu? ribena?
adi lagi:
xpa, kelak beli sardin sapi :)
dulu dlm naked chef kurus je dia circa tahun 1999-2000.sekarang dh mcm mustapa kamal.haha
Post a Comment