Selamat berbulan November...
Agak janggal untuk aku mendapatkan sebuah buku cerpen atau novel, sebab aku ni jenis *malas membaca. Tapi atas sebab-sebab tertentu yang akan dijelaskan di bawah, aku terus mendapatkan buku ni.
Pengenalan dan ulasan rasanya tak perlu, boleh rujuk blog
penulis atau ulasan ringkas blog
PC Kokak (lepas ni ada lagi geng bloggers lain bakal buat ulasan).
[Edited 8/11/2015] Tambahan beberapa entri ulasan daripada rakan blogger lain -
Rafi Xyrus,
Berteromber,
Kaboi Tanduk.
 |
| Penulis bersama watak utama, Murad. |
Diperolehi sendiri semasa majlis pelancaran lembutnya (soft launching?) di tapak
BCBS petang Sabtu "Halloween" semalam. Katanya sold-out, betul ke?
Sejak minggu lepas aku ada idea gila-gila untuk mencabar setiap ahli
Metuk Ulau Project supaya menyediakan lagu dan/atau lirik yang diilhamkan daripada buku ini untuk dijadikan mini album "OST" dengan tajuk yang sama.
Minimum lima buah lagu, rasanya tiga lagu dalam
SoundCloud aku yang dah dua tahun tanpa lirik boleh dimasukkan dalam projek kali ni. Dapat sedikit idea untuk membuat lirik berdasarkan peristiwa
Pontianak Harum Seluar Dalam.
Setakat ini hanya penulis dan Azrol telah menyahut cabaran, manakala Bob Kandar dan
Korawk (merangkap watak utama kedua, Nasrul) belum memberikan jawapan. Jika jadi, projek akan bermula hujung tahun ini atau awal 2016, insya-Allah.
*Sebenarnya aku seorang yang malas membaca, lebih-lebih lagi bahan bacaan jenis sastera. Aku lebih suka membaca bahan bacaan jenis sains, teknologi dan sejarah yang disertakan dengan gambar berwarna-warni seperti majalah
National Geographic dan majalah
berkaitan PC.
_____
Ada apa: Aku bukan orang sastera, jadi agak susah nak karang lirik berbanding buat lagu.