Batch kelima daripada Radin Music Centre (Batu Pahat). Kenapa aku rajin beli daripada RMC ni?
Di tempat aku (Bintulu) susah untuk mencari CD audio original, kalau adapun yang original, faktor harga tidak pernah berubah sejak hampir 10 tahun aku bermastautin di sini. Tapi kalau premis menjual VCD karaoke dan CD\DVD versi Jack Sparrow memang berlambak
RMC banyak CD audio artis tempatan, versi lama atau cetakan semula, kena rajin belek katalog, kemudian tanya tauke melalui Facebook Messenger atau Whatsapp.
Berkait dengan faktor 1) dan 2) tadi, tak perlu bersusah payah memburu CD (macam kes The Book Of Souls), cuma rileks belek katalog RMC di Facebook, bagitau tauke, transfer duit, tunggu 2-3 hari sampai. Harga pun biasanya hanya sen-sen mahal daripada harga runcit (contoh kalau harga runcit RM16.90 RMC akan genapkan RM17).
Seperti biasa 2-3 CD per batch. Batch kali ni ada dua album bernilai nostalgik, manakala satu album jenis "shot in the dark", maknanya tak pernah dengar sebelum ini, hanya TERacun dengan entri geng bloggers. Entri berasingan akan menyusul minggu depan.
Percubaan Maggi untuk menceburi bidang mi segera berperisa eksotik(?) dengan perisa mi kolo + sup (2 in 1). Aku tak pasti kenapa ia dieja "mi kolo" (macam lucu loghatnya), setahu aku ejaan "mi kolok" lebih sesuai.
Sebenarnya aku tertarik selepas ternampak iklan di Facebook, dengan hype "only available in Sabah, Sarawak and Brunei", regional, terasa seperti diskriminasi kan? Kalaulah nanti Maggi buat perisa laksa Penang, Hokkien mee, char koey teow, dll, agak-agak akan ada hype "only available in Penang" tak?
Rasanya? Rasa mi kolok tu memang ada, tapi hanya cukup untuk menghilangkan rindu atau melepaskan gian nak makan mi kolok, sup yang agak cair.
Walaupun cadangan kaedah penyediaannya sama seperti cara mi goreng segera (rebus mi dan toskan), tapi aku lebih suka memasaknya cara tradisional. Masukkan mi dan semua perencah ke dalam periuk, dengan cara ini, kedua-dua rasa perencah dan rasa sup bergabung, nang antap.
Tapi jika anda berada di Sarawak, lebih berbaloi keluar sekejap pergi ke restoran atau gerai yang ada menjual mi kolok.
_____
Ada apa: Tiba-tiba teringin nak makan mi sapi Ahim.
CD/DVD Sonata Artica Live In Finland ni diperolehi melalui "kedai CD" Dr. Bentara kita iaitu Rock At Large. Sebenarnya aku dah target CD/DVD ni sejak bulan Jun lagi, tapi baru minggu lepas tergerak hati.
Finnish power metal at it's best!
Menurut Pak Wiki, Live In Finland ni dirakam pada 15/4/2011 di Club Teatria Oulu, Finland semasa world tour mereka ketika itu. Dengan harga RM60 agak berbaloi untuk 2DVD + 2CD, terima kasih Dr. Ben.
(P)(C) 2011 Nuclear Blast GmbH. sudah pasti ia cetakan Jerman. Dengan saiz digipak ala-ala The Book Of Souls, sesuailah untuk koleksi walaupun aku tak berapa *follow Sonata Arctica.
Versi DVD.
DVD1 memuatkan konsert penuh, manakala DVD2 memuatkan persembahan empat lagu daripada sessi Sonata Arctica Open Air II dan tiga lagu daripada sessi Acoustic Live At Alcaraz, Milano.
Selain itu DVD2 juga memiliki bonus material seperti the making, tour documents dan beberapa video muzik seperti lagu Don't Say A Word, Paid In Full dan Flag In The Ground.
Versi audio CD.
Versi CD agak berbeza sedikit, dalam CD1 ada beberapa lagu semasa konsert tidak dimasukkan, mungkin kerana kekangan masa untuk sesebuah audio CD (~75 minit). CD2 pula memuatkan lapan lagu daripada sessi Sonata Arctica Open Air II.
Banyak band-band dari Finland memang best, antaranya (yang aku follow) Nightwish, Tarot dan Children Of Bodom. Persamaannya, mereka mempunyai elemen keyboard. Lagipun kalau mereka buat konset bukannya alang-alang walaupun hanya dalam kelab atau stadium tertutup. Vokal dan muzik memang mantap, contohnya lagu The Misery di bawah ni...
Seperti Children Of Bodom, Sonata Arctica juga dikenali menerusi album A Tribute To The Beast, mereka memainkan lagu Die With Your Boots On dengan versi power metal yang ohsem. Selain itu gitaris mereka Elias Viljanen selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez sehinggalah beliau masuk khemah ESP (tahun lepas kot?).
*Tapi sayangnya aku tak berapa follow Sonata Arctica ni (macam kes Helloween/Gamma Ray), padahal muzik mereka paling senang masuk jiwa aku (power metal).
Material mereka yang aku ada hanyalah EP Don't Say A Word (dan beberapa mp3). Dulu waktu ada estock_deutschland, album-album Sonata Arctica memang mahal, kalau tak memang aku dah lengkapkan diskografi mereka.
Pada mulanya aku jangkakan 100 Plus perisa beri ni adalah keluaran semula perisa *kranberi pada awal 2000an dulu, malangnya tidak...
Rasa berinya *tidak sama dan yang agak biasa-biasa (too common), tidak dinyatakan beri apa secara spesifik. Tapi tak mengapa (parap-parap), sekali-sekala layan 100 Plus berperisa selain perisa asli pun best juga.
Pagi tadi ternampak 100 Plus tin emas edisi khas di Kedai Mesra Petronas, boleh buat modal entri 100 Plus akan datang.
_____
Ada apa: *Selalu order 100 Plus kranberi bila makan di kedai mamak dengan awek USM dulu.
Memang terjadi Oktoberlah bulan ni... Rasanya aku hanya sempat ikut dua sessi sahaja bulan ini atas masalah kesihatan. Dua minggu pertama ...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?