Sejak sehari yang lepas apabila semua platform media sosial Bethesda Softworks mula menampilkan imej "Please Stand By", akhirnya kita disajikan dengan trailer rasmi Fallout 76.
Seluruh komuniti Fallout di laman-laman sosial dan forum gempar dan berbelah bagi dengan pengumuman ini. Kenapa ia dinamakan Fallout 76 (merujuk kepada Vault 76) dan bukan Fallout 5? Adakah ia game prekuel kepada siri-siri Fallout sebelum ini, spin-off seperti Fallout Shelter atau bakal menjadi MMO?
Deja vu entri tiga tahun lepas. Info lanjut dan tarikh rilisan rasmi kena tunggu semasa E3 Showcase 10 Jun nanti.
Cuba mencari perisa dark chocolate untuk "diseludup" masuk sebagai bekalan menonton filem Solo: A Star Wars Story di AGC Bintulu malam semalam. Malangnya tidak ketemu, yang ada hanyalah perisa karamel dan keju.
Perisa karamel mejadi bekalan ke pawagam, manakala perisa keju ini dinikmati di rumah. Pada pendapat aku, popcorn dan keju bukanlah gabungan yang ideal, popcorn sepatutnya digabungkan dengan makanan manis ala nickname Android (kalau faham).
Ternyata perisa keju ini memiliki rasa yang agak lucu (funny taste?). Batch pertama yang masuk mulut seakan-akan ingin diluahkan semula. Tetapi atas dasar eksperimentasi (dan tidak membazir), ia ditelan jua. Jika anda dapat lali dengan rasa keju yang lucu tadi, dan bila rasa manis lebih mendominasi, lama-kelamaan tanpa disedari, sebungkus ini habis jua akhirnya.
_____
AADI: Tidak berani untuk mencuba perisa rumpai laut (seaweed).
Bila dua gitaris idola anda dari genre yang berbeza bergabung, meletop!
Masing-masing menggunakan gitar signature mereka Ortega TZSM dan Ibanez JIVA10. Katanya sessi ini adalah secara spontan tanpa sebarang rehearsal. Jelas ketara keriangan pada wajah mereka, kah kah kah... I know that feelings, bila jumpa geng sekepala jamming lagu Maiden.
_____
AADI: Pemangkin belajar versi akustik, keluarkan semula Celeb.
Kali ni aku raid kedai kaset kat area old town Bintulu, Sun Yun Music House . Tempat aku beli CD Ella - 30110 dan Fenomena Rock Klasik - I...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?