Dalam entri-entri lepas, aku ada cerita pasal mamat Ganu kenalan Facebook yang nak sangat Cube-15 aku ni. Dipendekkan cerita, beberapa hari lepas dia ada hubungi aku semula mengenai hasratnya suatu ketika dahulu (nak beli kiub ni daripada aku).
Daripada apa yang diceritakan, nampaknya dia ni jenis tak berapa bernasib baik dari segi dana-dana bulanan (jenis kumpul duit dulu, dah cukup baru beli). Takpalah, nampaknya dia lebih memerlukan kiub ni berbanding aku, the very least I can do as an enthusiast to another enthusiast.
Sempatlah masuk dalam "axology list" aku selama tiga bulan.
Lagipun aku jual dengan harga yang sama seperti aku beli dari Jo NoobAxe dulu, kira "win-win situation" untuk kedua-dua pihak - dia dapat amp murah dan aku tak rugi apa-apa. Sekurang-kurangnya dapat juga dana tambahan nak beli gitar akustik 12-strings duit poket dekat-dekat nak jadi raja ni. Petang tadi dah selamat dipos ke Pahang (eh? Pahang? Bukan Ganu ke?).
Btw, aku dah ada dua buah amp gitar; VT40+ dan Micro-Cube, cukuplah tu kan?
_____
Ada apa: Baru balik lepas tengok cerita lanun-lanun Karibean...
2 komen:
kadang2 'cam tu la bro... kita tak nak let go tapi ada orang yg lebih memerlukannya.
skrg dah jarang main guna amp di rumah, slalu guna pandora mini + headphone saja...
Post a Comment