Mungkin disebabkan perangai aku yang selalu "cuci" strings setiap kali selepas main gitar terutamanya selepas sessi jamming, menyebabkan strings pada gitar aku mampu bertahan sehingga 4-6 bulan, juga bergantung kepada kualiti, saduran (coating) dan jenama.
Akibatnya, disebabkan ada beberapa stok strings dalam simpanan, secara tak langsung aku dapat hobi baru - mengumpul strings pelbagai jenama, termasuk kotak/plastik bagi strings yang sudah digunakan.
Hampir separuh daripada stok aku merupakan pemberian orang, sama ada "saguhati" bila berurusan dengan tauke Dead Eye Guitars, ataupun complimentary gift from Bro Sub (tHe gUitaR aDDict).
Strings in stock: DR Extra Life Evergreen, DR Neon, Martin & Co. Darco, Rotosound R9, D'Addario (EXL120, EJ21), Pyramid, Dunlop KFK, GHS Boomer, Gibson Bright Wires. Kebanyakkannya bersaiz 9-42, kecuali Dunlop KFK (10-46) dan D'Addario EJ21 (12-52).
Chemicals: Dunlop products (Fingerboard Cleaner & Prep, String Cleaner & Conditioner, Ultimate Lemon Oil, Polish & Cleaner), the iconic GHS Fast Fret, Kyser Klassics Dr. Stringfellow Lem-Oil.
Disebabkan botol-botol chemicals kegitaran tu pun nampak comel, ada harapan untuk dikumpul juga ni (dah dasar collector)...
_____
Ada apa: Ini semua pengaruh tHe gUitaR aDDict.
0 comments
Post a Comment