Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 4)


Walaupun cuti umum Gawai Dayak hanya akan bermula esok (1/6/2012) sehingga Isnin minggu depan (4/6/2012), tapi aku dah mula bercuti hari ni untuk menemankan Mrs. Ijau membawa Lil'Ijau ke klinik untuk pemeriksaan berkala jaundis.

Dan kebetulan selepas balik dari klinik, aku singgah sekejap di pejabat untuk mengambil bungkusan poslaju yang sememangnya dah dijangkakan sampai hari ni.

Bungkusan poslaju kali ni merupakan barang yang dibeli dari seorang user LYN Street Mart (sebenarnya bukan beli, tapi trade dengan dua buah pedal aku dalam entri GKC ni). Barang apa?

A set of used Tesla Plasma-RS1.

Ya, ia merupakan set terpakai (used) dan bukannya set baru, yang sebelum ini pernah dipasang pada sebuah gitar strat-copy. Pi mai pi mai tang tu, penjualnya juga merupakan seorang daripada geng "Tesla Troopers" di LYN. Dan set ni dahulunya dibeli dari Ashportal, sebab penjual pikap Tesla di LYN sekarang (Hashtag) jarang menjual Tesla secara set.

Secara fizikalnya, ketiga-tiga pikap nampak masih baru dan tiada kecacatan (selain berhabuk), wayar juga masih panjang. Disertakan juga dengan segala skru dan tak lupa sekeping vibration damper.

Persoalannya sekarang, apa hal aku TERbeli set Plasma-RS1 ni? Aku bukannya ada gitar jenis strat SSS pun, hahaha! Ntahlah, mungkin pasal aku rasa ia merupakan tawaran yang sukar ditolak (used set for RM3xx, new set might cost around RM5xx) lagipun bukannya beli secara tunai, tapi trade dengan pedal yang memang aku dah tak guna lagi.

Mungkin suatu hari nanti boleh cari makan dengan servis menjual dan memasang pikap gitar secara sambilan (macam kes gitar hibrid si Korawk), betuk tak Bro Yus?

Other pickups currently in stock:

  • Seymour Duncan JB SH-4 white
  • Tesla Plasma-7 bridge white
  • Tesla Plasma-X1 set zebra
  • Tesla Plasma-1 (used)
  • Tesla VR-1 (used)
  • Tesla VR-Extreme (used)

_____
Ada apa: Macam dah gatal tangan nak bermain dengan pateri...

De-Teslarised Mirage!


Atas sebab-sebab tertentu, malam tadi aku memulakan eksperimen projek mengeluarkan pikap Tesla dari Mirage aku dan memasang semula pikap asalnya.

Ya, pikap asalnya iaitu ESP LH-150 (humbucker) dan LS-120 (singlecoil) yang dibeli semula dari NoobAxe - kira macam aku pajak la dulu hahaha (pawned).

Walaupun proses pematerian hanya memakan masa 5-10 minit (dah mula kompeten) tapi keseluruhan projek mengambil masa hampir dua jam disebabkan penyelenggaraan sistem spring Floyd Rose Special (FRS) yang agak "bahaya", terpaksa buat berhati-hati.

Kembali kepada konfigurasi asal.

Oh ya, credits to Jo NoobAxe for complimentary set of Ernie Ball Hybrid Slinky strings (lupa nak snap gambar). Hadiah "maternity mood" ke Bro? Hehehe... Thanks!

_____
Ada apa: Tiba-tiba aku teringat lagu Salih Yaacob...

Paint It Black


Masih ingat dengan drama Perang Vietnam bersiri Tour Of Duty? Di Malaysia ia lebih dikenali dengan NAM: Tour Of Duty yang suatu ketika dahulu disiarkan setiap Ahad 8.30 malam di TV2 (circa 1989-1990) dan ditaja oleh rokok Perilly's.

Lagu intro Paint It Black oleh The Rolling Stones, lagu yang berhantu.

Waktu tu lepas tengok drama ni mesti akan ada suatu rasa yang kurang senang sebelum tidur, sebab esoknya Isnin - sekolah. Dan yang tak best Isnin ada perhimpunan, dan paling malang kalau disuruh ke depan untuk menghafal sifir atau bercerita. Apa kejadahnya paksa suruh murid menghafal sifir atau bercerita di hadapan perhimpunan?

_____
Ada apa: Dulu aku ada senapang mainan AK-47, selalu saja disuruh jadi Vietcong kalau main perang-perang.

One Born Every Minutes


Urusan pendaftaran kelahiran Lil'Ijau berjalan dengan lancar Selasa minggu lepas (15/5/2012).

Aku datang agak lewat dalam pukul 11.00 pagi, waktu yang agak strategik sebab dah kurang orang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bintulu ni, yang terletak tak berapa jauh dari pejabat aku (bersebelahan dengan pejabat pos).

Seperti pejabat pos dan klinik kesihatan, kaunter JPN Bintulu ni juga mempunyai bermacam-macam bau manusia, bau yang agak unik ini dinamakan "haruman 1Malaysia".

_____
Ada apa: Dah kembali bekerja hari ni...

Ada Apa Dengan GRGA012LTD?


Satu daripada *empat model Ibanez 2012 New Arrivals Limited Edition - GRGA012LTD.

Imej link dari website Ibanez.

Dari segi spesifikasi tak ada apa yang menarik pasal model ni, ia sama saja seperti spesifikasi model GRGA lain - 24-fret, dot-inlays, fixed bridge, covered STD pickups.

Cuma finishing gold leaf (GL) tu saja yang menambat hati aku, alangkah bagusnya kalau finishing gold leaf ni juga terdapat pada model ART. Singlecut + golden finishing, mesti gempak kan?

*Tiga model lain - RG331M, GRG121SP dan GSR012LTD.

_____
Ada apa: Sambung cuti "paternity" lagi beberapa hari...

Ada Apa Dengan LTD EC-256FM Lemon Drop?


Walaupun diracun oleh tauke Dead Eye Guitars (DEG) dalam entri LTD EC-1000 VBK beberapa hari lepas, tapi terus-terang aku bagitau, aku tak berminat dengan LTD Deluxe (1000-series).

Imej link dari blog Dead Eye Guitars.
Bagi aku, kalau gitar LTD aku cuma berminat 200-series dan ke bawah sahaja (I have an M-103FM, a 100-series LTD) yang masih lagi dalam lingkungan harga RM1.5k-1.8k, iaitu kategori mampu milik.

Imej link dari website DV247.com
Kepada tauke DEG (if you are reading this) - kalau nak meracun, racunlah spesifik dengan EC-256FM lemon drop, varian EC-256 terbaru untuk 2012 (merapu dalam entri ni) yang secara rasminya dah masuk dalam senarai GAS aku, hahaha~

Mungkin model ni belum ada di pasaran Malaysia lagi kot? Kalau dah ada, harap-harap harganya sama atau tak jauh beza dari varian EC-256 biasa (distressed variant) yang masih lagi dalam kategori mampu milik.

_____
Ada apa: Lil'Ijau dah keluar dari wad kanak-kanak petang semalam, alhamdulillah~

Masa Untuk Panik! (Part 8)


Jumaat (19/5/2012) - Sekali lagi Lil'Ijau masuk Hospital Bintulu setelah dua hari berada di rumah. Kali ni ditahan di wad kanak-kanak disebabkan masalah yang biasa dialami oleh bayi yang baru lahir - jaundis (neonatal jaundice).

Rajin sungguh mereka buat mural pada dinding wad kanak-kanak ni.

Seperti biasa, terapi foto (photo-therapy) merupakan kaedah rawatan jauntis yang paling berkesan. Tahap kekuningan pada Lil'Ijau tidaklah begitu tinggi. Menurut kata doktor yang bertugas sekiranya tiada arah melintang, Lil'Ijau mungkin akan keluar petang nanti (insya-Allah).

Harap-harap macam tu lah, dah dua malam tidur tak nyenyak, tiba-tiba malam tadi tidur seorang terasa rindulah pula dengan tangisan Lil'Ijau.

_____
Ada apa: Rasa nak nyanyi lagu Sweet Child O'Mine pula...

Opeth - Damnation


Walaupun sedang bercuti "paternity mood" aku juga terpaksa berulang-alik ke pejabat untuk menguruskan hal-hal kerja rasmi yang tertangguh (jenis yang tak boleh ditangguh lama-lama).

Selasa lepas (15/5/2012) ada dua bungkusan di atas meja cubicle aku, satu bungkusan poslaju dari NoobAxe dan satu bungkusan merah dari Jerman. Ya, bungkusan berisi CD yang diperolehi dari eBay - kali ni berisi album Damnation dari Opeth.

eBay purchase info

  • Purchased from: grooves-inc
  • Location: Germany
  • Condition: new and sealed
  • Price paid: €4.79+2.99 (RM31.85)
  • Ordered: 3/5/2012
  • Received: 15/5/2012
  • Label: (P) 2003 Music For Nations (C) 2006 Sony BMG Music Entertainment (UK) Ltd.
  • Made in: EU (UK?)
  • Distributed by: Sony BMG Music Entertainment

Cover art yang tak rock langsung, hahaha!

Album yang agak radikal berbanding album-album Opeth yang lain...

"The album was a radical departure from their typical death metal sound and into the much softer, 1970s inspired progressive rock genre and features no heavy riffs, extendedly fast tempos or growled vocals. Despite the sound change differenced from most Opeth albums, it was critically acclaimed and boosted their popularity, leading to the release of Lamentations on DVD in 2004".

- Hype Wikipedia.

Tracklist

  1. Windowpane
  2. In My Time Of Need
  3. Death Whispered A Lullaby
  4. Closure
  5. Hope Leaves
  6. To Rid The Disease
  7. Ending Credits
  8. Weakness

Hampir kesemua lagu dalam album ni memang best dengan muzik progressive yang kompleks dan agak "easy-listening", jadi aku boleh kategorikan album dalam kategori super album. Juga sesuai didengar oleh mereka yang bukan berjiwa rock/metal sebagai hiburan tatkala memandu balik dari kerja.

Dulu sekitar 2003-2005 aku ada banyak diskografi Opeth dalam bentuk mp3 (sedut), walaupun aku bukan peminat tegar Opeth dan tidak mengumpul sebarang material Opeth secara fizikal (kaset, CD, DVD) sebelum ini, tapi album Damnation ni memang antara album yang wajib ada dalam koleksi aku (dalam bentuk fizikal bukan mp3).

Kadang-kadang teringin juga nak mencuba main muzik jenis macam ni, tapi muzik macam ni memerlukan latihan yang lebih berbanding main metal. Adi Herman, what say you? Mungkin nanti ada kesempatan aku nak cari DVD Lamentations pula.

_____
Ada apa: Oh ya, bungkusan dari NoobAxe tu lain kalilah aku cerita.

Masa Untuk Panik! (Part 7)


Hari-hari yang amat sibuk, semenjak Jumaat lepas aku berulang-alik dari rumah ke Hospital Bintulu 2-3 kali setiap hari.



Walaupun Mrs. Ijau dah sihat dan dah boleh keluar (discharged) dari wad materniti, tapi Mrs. Ijau terpaksa tinggal untuk beberapa hari lagi disebabkan Lil'Ijau masih ditahan di wad rawatan bayi sehingga habis dos antibiotik dan rawatan (dijangka esok atau lusa).

[image removed]

Nak temankan bermalam pun hanya ibu sahaja yang dibenarkan, bapa hanya dibenarkan masuk pada waktu melawat. Yang kesiannya, datuk dan neneknya dari Sabah hanya dapat memerhatikan cucu baru dari luar cermin sahaja.

_____
Ada apa: Nama je dapat cuti tujuh hari, tapi macam tak cuti pun...

Masa Untuk Panik! (Part 6)


Mrs. Ijau ditahan dalam wad materniti Hospital Bintulu semenjak tengahari semalam (tak sia-sia aku ambil cuti kecemasan) setelah dibawa dengan ambulans dari Klinik Kesihatan Bintulu, dan mula memasuki sut bersalin (labour suite) mulai 3.40 pagi tadi...

Alhamdulillah syukur, Mrs. Ijau dah selamat melahirkan bayi perempuan (aka Lil'Ijau) secara normal pada pukul 5.20 pagi tadi, dan hanya keluar dari sut bersalin dalam pukul 7.30 pagi. Manakala Lil'Ijau (setakat entri ni ditaip) masih lagi ditahan di unit rawatan bayi.

Sempena sambutan Hari Ibu esok (13/5/2012), kali ni ia lebih bermakna kerana aku dapat menyambutnya bersama-sama dua orang ibu - Mrs. Ijau yang baru bergelar ibu, dan ibu aku yang telah berada di Bintulu bersama ayah aku semenjak dua minggu lepas (nak sambut cucu baru la katakan).

_____
Ada apa: Mabuk kafein, tak bertidur hampir 12 jam...

Sekitar Seminar Hak Pengguna Dalam Perkhidmatan Komunikasi Dan Multimedia


Pagi tadi aku (beserta dua orang lagi staf jabatan) menghadiri Seminar Hak Pengguna Dalam Perkhidmatan Komunikasi Dan Multimedia (iklan), bertempat di Grand Millennium Ballroom, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu (jiran seberang jalan ni).

Selain dihadiri oleh wakil-wakil dari jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, seminar ini juga dihadiri oleh wakil-wakil dari badan berkanun, pihak swasta, malah ketua-ketua masyarakat (temenggung, tuai rumah, ketua kampung) juga dijemput hadir.

Objektik seminar (seperti yang tercatat pada surat jemputan) - Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak-hak mereka dalam menangani isu-isu komunikasi dan multimedia. Memaklumkan tentang saluran yang berkaitan untuk pengaduan bagi sebarang masalah berhubung komunikasi dan multimedia.

Aku ternanti-nanti Pembentangan 3 "Blog dan Laman Sosial bla bla bla" mungkin disebabkan aku ni boleh dikatakan seorang blogger, forumer dan FBer yang agak tegar. Tapi malangnya pembentangan tidak seperti yang aku harapkan, lebih kepada isu-isu yang melibatkan laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Satu-satunya isu berkaitan blog yang disentuh ialah isu blogger menghina almarhum Sultan Johor tak lama dulu.

Antara isu-isu yang hangat dibincangkan ialah bab-bab aduan, Astro, perkhidmatan prabayar, SMS "ON", caj perkhidmatan yang tidak munasabah, internet slow, internet banking, fraud/spam, Facebook, Youtube, dan akta-akta yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia.

Tak perlulah aku ceritakan semua di sini, info lebih lanjut boleh layari laman web Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) atau CONSUMERinfo.

Ya, memang seminar sebegini memang wajar diadakan dengan kerap, untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak kita sebagai pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia, terutamanya kepada mereka yang dikategorikan (sorry to say) agak buta ICT dan jenis internet-culture-shock. Bagi mereka yang jenis agak tech/internet-savvy macam aku (chewah~), ada baiknya kalau tempat aku digantikan oleh staf lain yang termasuk dalam kategori yang disebutkan tadi.

Dan untuk soalan cepumas si Korawk yang sering merungut mengenai isu talian internet sekolah kawasan pedalaman yang lambat - jangan khuatir, dah ada wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Tatau (kalau tak silap) mewakili semua sekolah kawasan pedalaman, yang telah mengutarakan isu ni kepada pihak SKMM dalam seminar tadi.

_____
Ada apa: Adakah perkhidmatan yang kita langgani berbaloi dengan apa yang kita bayar?

Ada Apa Dengan Desolation DS-3 ST?


Charvel Desolation DS-3 ST, model singlecut paling bawah dalam siri Desolation. Kalau tak silap siri Desolation ni buatan China berbanding siri Charvel yang lain (Pro Mod, Artist, Custom Shop) yang dibuat di Jepun atau USA.

Image linked from The Musicians Heaven website.

Apa yang menarik mengenai model singlecut DS-3 ST ni berbanding singlecut dari jenama lain, ia memiliki 24-fret pada skala 25.5" (teringat aku gitar hibrid si Korawk), sebab tu bridge dan stopbar berada agak ke belakang. Selain itu badannya juga jenis melengkung/cembung (arch-top) yang jarang ada pada gitar-gitar singlecut yang murah yang biasanya rata (flat-top).

Image added on 6/6/2012 and linked from Dead Eye Guitars (DEG) blog.

Dan daripada info tauke DEG berdasarkan spesifikasi per harga, model DS-3 ST ni senang-senang saja boleh "tapau" singlecut jenama lain (sub RM800 category) seperti EC-10, Les Paul Special II dan Zenox Z40.

Cuma bentuk headstock saja yang kurang menarik (pendapat peribadi), dan ia merupakan gitar jenis bolt-on tidak seperti model DS-2 (set-neck) dan DS-1 (neck-thru-body).

_____
Ada apa: Y U no GAS?

Ada Apa Dengan Keju?


Aku memang suka makanan yang berkeju, tak kira makanan barat, timur, eksotik atau makan secara terus.

Memang geram bila tengok bermacam-macam jenis dan jenama keju di pasaraya NWM yang terkenal dengan barangan import di Bintulu ni selain pasaraya TK.

Teringin juga nak makan keju jenis yang belum pernah dicuba, terutamanya keju Swiss (Swiss cheese), tapi bila tengok harga per gram memang pikir dua kali kalau nak beli. Begitu juga dengan tahap kehalalannya yang diragui.

_____
Ada apa: In the end, stick with Kraft branded cheese.

Ada Apa Dengan RG420EG BAM?


Tertarik dengan entri Bro Yustech semalam pasal Ibanez RG420EG BRD (Brick Red).

Antara model RG yang pernah (dan masih lagi) berada dalam senarai "wishlist" aku suatu ketika dahulu waktu aku mula-mula berkecimpung dalam hobi bergitar-gitaran ni - RG420EG BAM (Bio Armor).

Imej Ibanez Wikia.

Dari segi spesifikasi, model ni taklah hebat sangat, biasa-biasa saja - basswood body, Edge-III bridge, in-house V7/V8 pickups. Tapi mungkin ukiran (engraving) pada badannya yang membuatkan harga model ni agak premium suatu ketika dahulu.

Tapi malangnya model-model RG420EG ni dah diberhentikan produksinya (discontinued) dan tidak lagi berada dalam katalog Ibanez mulai 2011. Varian terakhir merupakan RG420EG ISL (Iron Silver) keluaran 2010.

_____
Ada apa: Mungkin ada lagi yang masih "bersembunyi" di premis-premis alat muzik di luar sana...

Antara Trash, Thrash dan Thrash Metal


TRASH (noun):

  1. something worth little or nothing:
    - as junk, rubbish
    - empty talk; nonsense
    - inferior or worthless writing or artistic matter
  2. something in a crumbled or broken condition or mass
  3. a worthless person

THRASH (verb/noun):

  1. to separate the seeds of from the husks and straw by beating
  2. to beat soundly with or as if with a stick or whip, to defeat decisively or severely
  3. to swing, beat, or strike in the manner of a rapidly moving flail
  4. to go over again and again, to hammer out
  5. an act of thrashing
  6. rock music (as heavy metal or punk rock) that is extremely fast and loud.

Sumber: Merriam-Webster.

* * * * *

Thrash metal is a subgenre of heavy metal that is characterized usually by its fast tempo and aggression. Songs of the genre typically use fast percussive and low-register guitar riffs, overlaid with shredding-style lead work.

Sumber: Wikipedia.

Master Of Puppets (circa 1989 version), as thrashed as we like it.

Kesimpulannya, jangan salah eja antara TRASH dan THRASH dalam penulisan anda, kedua-duanya mempunyai maksud yang jauh berbeza. Adakah anda mat trash atau mat thrash?

_____
Ada apa: Awang Trasher?

Masa Untuk Panik! (Part 5)


Rabu 2/5/2012 - *Kali pertama menemankan Mrs. Ijau hampir dua jam di klinik bayi dan ibu mengandung, Klinik Kesihatan Bintulu. Memandangkan bulan Mei ni merupakan bulan kritikal bagi Mrs. Ijau, tiap-tiap minggu akan ada temujanji dengan doktor.

Macam-macam bau ada...

Kadang-kadang mendengar tangisan bayi (yang berumur bawah sebulan) menjadi terapi minda untuk aku, dan sekali lagi ia menjadi "wake-up call" mengatakan tak lama lagi aku akan naiktaraf dari Ijau 2.0 menjadi Ijau 3.0, dah bersedia atau belum?

Betapa "old-school" sungguh bangunan Klinik Kesihatan Bintulu ni, mengingatkan aku pada SMK Membakut (sessi petang) waktu aku berada di tingkatan satu (circa 1992). Bangunan baru Klinik Kesihatan Bintulu dah 70-80% siap (berhampiran dengan Balai Bomba Bintulu), mungkin lepas ni tak akan berpeluang lagi merasai suasana macam ni.

*Dan juga merupakan kali pertama aku datang dan masuk ke Klinik Kesihatan Bintulu ni setelah enam tahun bermastautin di Bintulu.

_____
Ada apa: Klinik Kesihatan Bintulu dan Hospital Bintulu merupakan dua tempat yang berbeza.

Ada Sesuatu Dari Maximus Guitars


Tertarik dengan iklan tali gitar jenama Kerly Strings oleh Maximus Guitars di Lowyat.net (LYN) Street Mart, jadi akupun memesan sebungkus Kerly Kues bersaiz 9-42 untuk mencubanya.

Kerly Kues 9-42, kad bisnes, dan dua keping pick Dunlop Ultex Jazz III.

Dalam pencarian tali gitar kegemaran, aku ingin mencuba beberapa jenama lain yang agak kurang dikenali selain jenama yang terkenal dan pernah aku guna sebelum ni (Ernie Ball, D'Addario, Dunlop, Rotosound, GHS).

Harganya yang sedikit premium (RM25) berbanding jenama-jenama yang disebut tadi (RM18-22) membuatkan aku teringin untuk mencubanya. Adakah ia lebih bagus berbanding jenama-jenama tadi? Ada siapa-siapa di kalangan geng bloggers (dan pembaca AADI lain) pernah menggunakan tali gitar jenama Kerly ni?

Dua keping pick Dunlop Ultex Jazz III ni sebenarnya untuk menggenapkan nilai bayaran. Tapi semenjak gila jamming dengan geng Metuk Ulau Projekt, aku mula suka menggunakan pick jenis tebal (kes lambat haus). Dan sebagai seorang hoarder pengumpul (collector), satu daripada pick ni akan aku simpan dalam koleksi pick aku (kumpul pick macam kumpul setem).

Bila nak cuba pasang? Entahlah, kena tunggu giliran...

_____
Ada apa: Ada beberapa lagi jenama/model tali gitar dalam koleksi aku yang belum dicuba lagi.

Ada Apa Dengan Krating Daeng? (Part 2)


Dalam entri yang lepas aku tak sempat nak beli sebab was-was, kali ni aku berpeluang membelinya di pasaraya M dengan harga RM1.50 untuk botol 150 ml. Ia juga memiliki logo halal Majelis Ulama Indonesia. Diproduksi oleh PT Asia Health Energi Beverages, Babakan Pari, Sukabumi, Indonesia. Atas lisensi dari TC Pharmaceutical Industries, Co. Ltd. Thailand.

Setelah membuat pencarian Google/Wikipedia, Krating Daeng ni sebenarnya merupakan produk jenama dari Thailand - Krating Daeng (กระทิงแดง) bahasa Siam yang membawa maksud sama seperti kerbau merah. Jadi tak hairanlah kenapa penampilan dan logonya lebih kurang sama dengan Red Bull. Rasanya pun memang 100% sama seperti Red Bull.

"Red Bull is an energy drink sold by Austrian Red Bull GmbH, created in 1987 by the Austrian entrepreneur Dietrich Mateschitz, in partnership with Thai businessman Chaleo Yoovidhya, inventor of an earlier energy drink that had been popular in Thailand. In terms of market share, Red Bull is the most popular energy drink in the world, with 4.5 billion cans sold each year."

- Hype Wikipedia.

Tapi kalau minuman dalam kategori minuman tenaga (energy drinks) aku lebih suka Gatorade dan Booster Blitz (air cap kuda), tapi sekarang kedua-dua jenama minuman ni amat susah diperolehi di Bintulu ni.

_____
Ada apa: Dah lama tak buat entri pasal nanasmania kan?

Ada Apa Dengan Age Of Heroes?


Semenjak dapat akses hampir 130 saluran Astro (kecuali Astro First dan saluran HD) selama seminggu ni (sehingga 6/5/2012), aku mengambil peluang untuk menonton saluran filem iaitu HBO Asia, Cinemax dan Fox Movies Premium. Antara filem yang menarik ialah Age Of Heroes, yang boleh dikatakan filem baru (released 20/5/2011 in UK).

"Age of Heroes follows the exploits of Corporal Rains (Danny Dyer) as he is inducted into the newly formed 30 Commando unit in World War II. Rains and the rest of the platoon are put through intensive training under the watchful eye of Major Jones (Sean Bean), where their skills and endurance are pushed to the limit as they prepare for their first highly classified and dangerous mission: to parachute into occupied Norway and capture new radar technology from the Germans which could change the outcome of the war."

- Imej dan hype dari Wikipedia.

Seperti biasa, aku memang meminati filem-filem yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua (WWII), filem ni menceritakan penubuhan pasukan elit British 30 Commando unit dan operasi mereka (Operation Grendel) semasa WWII.

Dan semenjak menonton TLOTR: The Fellowship Of The Ring aku mula meminati lakonan Sean Bean (yang akan aku kenali dengan nama Boromir sampai bila-bila).

Jensen, codename Beowulf (Izabelle Miko),
image linked from izabellamiko.com.

Bagi aku walaupun filem ni boleh dikategorikan sebagai B-rated, tapi dari segi prop - pakaian, senjata, kenderaan dan bangunan - ia masih agak teliti.

Cuma aku kurang puas hati dengan penamat (finale) filem ni yang agak tersangkut - adakah tiga komando yang terselamat (Rains, Rollright, Jensen) berjaya menyeberangi sempadan ke Sweden? Dan apakah nasib yang menimpa dua orang komando (Jones, Mac) yang tertinggal?

Apa-apapun, selamat Hari Pekerja dan selamat bulan Mei.

_____
Ada apa: Comel juga Izabelle Miko ni...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger