Jumaat (19/5/2012) - Sekali lagi Lil'Ijau masuk Hospital Bintulu setelah dua hari berada di rumah. Kali ni ditahan di wad kanak-kanak disebabkan masalah yang biasa dialami oleh bayi yang baru lahir - jaundis (neonatal jaundice).
Rajin sungguh mereka buat mural pada dinding wad kanak-kanak ni.
Seperti biasa, terapi foto (photo-therapy) merupakan kaedah rawatan jauntis yang paling berkesan. Tahap kekuningan pada Lil'Ijau tidaklah begitu tinggi. Menurut kata doktor yang bertugas sekiranya tiada arah melintang, Lil'Ijau mungkin akan keluar petang nanti (insya-Allah).
Harap-harap macam tu lah, dah dua malam tidur tak nyenyak, tiba-tiba malam tadi tidur seorang terasa rindulah pula dengan tangisan Lil'Ijau.
_____
Ada apa: Rasa nak nyanyi lagu Sweet Child O'Mine pula...
2 komen:
pada awalnya memang sakit la kalau baby ada masalah kekuningan ni. tapi kalo kita persevere dan ikut ajer arahan doktor dan kata2 serta petua orang tua (yang sahih sahaja) insyaAllah baby akan ok...
jangan risau bro...ikut cakap doktor...anak aku 3 orang...semua jaundis...yg penting rawatan awal
Post a Comment