Pagi tadi aku (beserta dua orang lagi staf jabatan) menghadiri Seminar Hak Pengguna Dalam Perkhidmatan Komunikasi Dan Multimedia (iklan), bertempat di Grand Millennium Ballroom, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu (jiran seberang jalan ni).
Selain dihadiri oleh wakil-wakil dari jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, seminar ini juga dihadiri oleh wakil-wakil dari badan berkanun, pihak swasta, malah ketua-ketua masyarakat (temenggung, tuai rumah, ketua kampung) juga dijemput hadir.
Objektik seminar (seperti yang tercatat pada surat jemputan) - Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak-hak mereka dalam menangani isu-isu komunikasi dan multimedia. Memaklumkan tentang saluran yang berkaitan untuk pengaduan bagi sebarang masalah berhubung komunikasi dan multimedia.
Aku ternanti-nanti Pembentangan 3 "Blog dan Laman Sosial bla bla bla" mungkin disebabkan aku ni boleh dikatakan seorang blogger, forumer dan FBer yang agak tegar. Tapi malangnya pembentangan tidak seperti yang aku harapkan, lebih kepada isu-isu yang melibatkan laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Satu-satunya isu berkaitan blog yang disentuh ialah isu blogger menghina almarhum Sultan Johor tak lama dulu.
Antara isu-isu yang hangat dibincangkan ialah bab-bab aduan, Astro, perkhidmatan prabayar, SMS "ON", caj perkhidmatan yang tidak munasabah, internet slow, internet banking, fraud/spam, Facebook, Youtube, dan akta-akta yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia.
Tak perlulah aku ceritakan semua di sini, info lebih lanjut boleh layari laman web Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) atau CONSUMERinfo.
Ya, memang seminar sebegini memang wajar diadakan dengan kerap, untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak kita sebagai pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia, terutamanya kepada mereka yang dikategorikan (sorry to say) agak buta ICT dan jenis internet-culture-shock. Bagi mereka yang jenis agak tech/internet-savvy macam aku (chewah~), ada baiknya kalau tempat aku digantikan oleh staf lain yang termasuk dalam kategori yang disebutkan tadi.
Dan untuk soalan cepumas si Korawk yang sering merungut mengenai isu talian internet sekolah kawasan pedalaman yang lambat - jangan khuatir, dah ada wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Tatau (kalau tak silap) mewakili semua sekolah kawasan pedalaman, yang telah mengutarakan isu ni kepada pihak SKMM dalam seminar tadi.
_____
Ada apa: Adakah perkhidmatan yang kita langgani berbaloi dengan apa yang kita bayar?
2 komen:
aku kalau gi seminar2 ni suka bab makan dia ajer....hahaha...
aku xsmpt nak makan sbb blk awal
Post a Comment