Tertarik dengan iklan tali gitar jenama Kerly Strings oleh Maximus Guitars di Lowyat.net (LYN) Street Mart, jadi akupun memesan sebungkus Kerly Kues bersaiz 9-42 untuk mencubanya.

Kerly Kues 9-42, kad bisnes, dan dua keping pick Dunlop Ultex Jazz III.
Dalam pencarian tali gitar kegemaran, aku ingin mencuba beberapa jenama lain yang agak kurang dikenali selain jenama yang terkenal dan pernah aku guna sebelum ni (Ernie Ball, D'Addario, Dunlop, Rotosound, GHS).

Harganya yang sedikit premium (RM25) berbanding jenama-jenama yang disebut tadi (RM18-22) membuatkan aku teringin untuk mencubanya. Adakah ia lebih bagus berbanding jenama-jenama tadi? Ada siapa-siapa di kalangan geng bloggers (dan pembaca AADI lain) pernah menggunakan tali gitar jenama Kerly ni?

Dua keping pick Dunlop Ultex Jazz III ni sebenarnya untuk menggenapkan nilai bayaran. Tapi semenjak gila jamming dengan geng Metuk Ulau Projekt, aku mula suka menggunakan pick jenis tebal (kes lambat haus). Dan sebagai seorang hoarder pengumpul (collector), satu daripada pick ni akan aku simpan dalam koleksi pick aku (kumpul pick macam kumpul setem).
Bila nak cuba pasang? Entahlah, kena tunggu giliran...
_____
Ada apa: Ada beberapa lagi jenama/model tali gitar dalam koleksi aku yang belum dicuba lagi.
5 komen:
Kerly! Aku pon ada beli Kerly .10 dari Maximus Guitar. Tapi mcm Bro Ijau, tak tau bile nak pasang. Kne tunggu turn jugak. ;)
Cuba la ini..3.0mm.
http://www.jimdunlop.com/product/stubby
zhar:
mmg tggu turn... masih ada gibson brite wires, pyramid, DR neon dlm waiting list
bro yus:
owh stubby yg tu dah ada 1-2 keping dlm koleksi, hehe...
bro, nak Stubby beri tau aje ler... tak payah beli, sini ada banyak :-) especially 3.0mm
nampak macam your picks pakai bedak... he he...
nice~ nnti blh hantar sekali dengan 2012 catalog hehehe
Post a Comment