Checkout the drumset! - Imej cilok dari Facebook 36 Studio. |
Bob Kandar antara yang paling teruja untuk sessi kali ni disebabkan drumset 36 Studio ni yang agak lengkap ala drumset Lars Ulrich. Terlalu banyak tom-tom dan simbal yang nak diketuk, kelam-kabut Bob dibuatnya.
Walaupun hanya "impromptu", tapi Adi Herman agak bersemangat memainkan bass, terlebih bersemangat sampai putus tali bass paling tebal dek main slap-pop meletup-letup, hahaha! Putus di bahagian ball stopper, memang dah sampai
Kali ni aku menggunakan Goldie yang disambung terus pada amp Marshall MG102FX tanpa menggunakan apa-apa pedal efek lain. Sememangnya semenjak
Azrol pula lebih selesa menggunakan Zoom G1XN yang disambung pada clean channel amp Marshall MG102FX, disebabkan banyak pertukaran bunyi/efek yang digunakan oleh gitaris utama MUP ni.
Kesimpulan, komen dan komplen:
- Les Paul (with Super Distortion) + Marshall = awesome "British" sound!
- Hampir kesemua bunyi agak "berdengung" hasil pantulan bunyi disebabkan dinding studio yang masih rata dan belum dimodifikasi dengan bahan penyerap bunyi - boleh diperbaiki.
- Susunan amp serta speaker monitor agak kurang sesuai dari segi rangkuman sonik (sonic coverage) ada beberapa "interference-spot" dikesan - juga, boleh diperbaiki.
- Sekiranya jamming dengan tiga orang gitaris (full MUP line-up) di studio ni pada masa akan datang, sebagai gitaris ketiga mungkin aku akan menggunakan Pod HD300 dan disambung terus ke mixer studio.
Ada apa: Berkebarangkalian besar minggu depan pun akan ada sessi jamming lagi...
7 komen:
next time, aku rasa kena bawak fx zoom utk bass...kedengaran kosong dan kurang feel. Amp Hartke tu memang cun (500 watt ma!) cuma kena sesuaikan diri dgn amp ni next time. by the way, pada waktu malam di hari yg sama, band TRESNO pun jamming di 36 studio jugak.
Sampai putus tali bass adi..dasyat sungguh..!hehe..
adi:
amp hartke hydrive 5210C tu sbnrnya cuma 350watt, wlupun menggunakan head LH500 (500watt) tp bila dah jd kombo guna internal 8ohm 2x10" speakers outputnya kurang menjadi 350watt shj
rafi:
ada ilmu dalaman tu...
Bro Ijau- itu pose... Priceless!
rafi: baru putus tali,belum pecah gitar lagi hahaha....xdala (sayang oooo nak pecah gitar, aku bukan kurt cobain)
Adi harris ke adi burton?heheh..tapi tgk dari gamba tu ada mcm ala2 Flea RHCP..hehe
flea rhcp idola gua bro....kemudian pakcik steve ataupun mendiang cliff....gua lebih terpengaruh dgn groove funk Flea dan agresif vibe punk dia tu...pastu ada jugak bassist lain dgn stail yg sama gua suka mcm Lee Graham dgn Jaco Postarius...ermmmm memang bukan mat metal la gua ni...influence semuanya dari genre berlainan.
Post a Comment