Tengahari semalam selepas balik dari menderma darah di Hospital Bintulu (nak dijadikan entri tapi kurang menarik), aku menerima mesej daripada
Takilala melalui WhatsApp, tak lain tak bukan pasal konsert Metallica di Stadium Merdeka 21/8/2013 nanti. Untuk mengesahkan info tersebut dengan pantas aku rujuk laman web
Metallica - Yup, it's official.
|
Imej cilok. |
Seperti komen aku dalam
entri ni, kalau tiba-tiba Metallica umumkan mereka akan buat konsert di KL pasti ramai mat metal Malaysia yang dah beli tiket konsert di Singapore akan "hangin satu badan" (kecuali orang Selatan lah~). Mujurlah ada legionnaire menyelamatkan aku...
Aku? Seperti yang aku pernah komen (dalam entri blog siapa ntah~) kalau mereka tiba-tiba buat konsert di KL, kena pada masa, tempat dan ongkosnya - heck, why not? Dengan adanya konsert di KL, perbelanjaan dapat dijimatkan beberapa ratus ringgit berbanding jika ke Singapore (tapi harga tiket Singapore lebih berbaloi berbanding KL).
Cuma aku malas nak meroyan tak tentu pasal, biarlah secure dapatkan tiket konsert terlebih dahulu barulah boleh bercanang-canang dan pikir benda-benda lain (cuti, flight, lodging).
Dan jangan terkejut jika minggu depan mereka mengumumkan beberapa sessi konsert lagi di rantau Asia Tenggara ni (Bangkok, Jakarta, Manilla) sebelum lari ke rantau Amerika Selatan. KJ pun dan bagi green light (seperti yang ditulis dalam
artikel ni), siap tegur Wardina lagi sebab salah eja "METALICCA".
_____
Ada apa: "Legionnaire" clause only applicable for concert in Singapore, thank you.
8 komen:
untunglah kalau dapat pergi
kena pergi woooiii
Sebagai ahli dewan legionare saya menarik balik perletakkan jawatan saya..heheh
racun...racun...pergi oii...
wherever i may roam
Kalau suka metallica gi la. At least skali dapat tengok dorang...
Tapi i wish its cheaper for the standing ones, especially front area.
jom pergi.....
kalo dah Doc Ben cakap kena pergi tu, maknanya wajib la tu....heheh
Post a Comment