Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death. Antara album Iron Maiden yang aku ada dua versi CD audio - Malaysian pressing dan limited edition EU pressing. Mungkin CDnya akan dilayan semula dalam Imago/Silvia minggu ini.
"Bagi aku setiap album Iron Maiden baik studio atau live memang unik, kerana pasti ada kenangan dan cerita di sebalik setiap album. AMOLAD ni mengembalikan memori tahun pertama aku bermastautin di Bintulu dan kali pertama ke Miri (dibeli pada 14/10/2006 di Imperial Mall, Miri)."
- Entri Sedekad AMOLAD.
Teringat betapa "murahnya" audio CD Malaysian pressing ketika itu sekitar RM35-40 sahaja. Imported mungkin mencecah RM50, di premis Speedy Video mungkin lagi murah kalau musim promosi.
![]() |
| Album Maiden terakhir dibeli di Speedy, circa 2013. |
Sekarang paling murah pun RM60-70 yang sudah dikira agak premium untuk golongan marhaen. Lagi bikin hangin bila di premis-premis menjual CD (baik fizikal atau online) aku perasan stok lama mereka pun ikut naik harga semasa. Inilah kekangan utama untuk aku meneruskan hobi ini...
_____
AADI: Rindu Speedy Video, kali terakhir ber-Speedy tahun 2017.






0 comments
Post a Comment