Sessi pertama (bersama Bob Kandar) - Mencuba Ironheart IRT-Pulse sebagai pre-amp terus ke PA system, footswitch (daripada amp HT-5RH) memang serasi dengan FS1 digunakan sebagai butang bypass.
Ironinya, pikap Probucker pada Goldie memang "enak" dimainkan dengan IRT-Pulse ni. Karekter pikap Probucker hanya akan terserlah apabila dimainkan terus ke amp (atau pre-amp dalam kes ni) berbanding melalui pemprosesan bunyi (amp simulator, modelling, multi-effects).
Sessi kedua (bersama Azrol) - Dah lama aku teringin memandu-uji amp Fly 3 Bass dengan setup sebegini. Emulated output (headphone) disambung terus ke input CD/tape pada mixer menggunakan kabel stereo. Boleh dikirakan Fly 3 Bass ni dijadikan sebagai pre-amp.
Dengan setup sebegini dah cukup mantap untuk sessi jamming makeshift studio akan datang. Markah bonus sebab Fly 3 Bass ada built-in overdrive dan compressor, tak perlu pedal tambahan.
Kesimpulannya, studio jamming perlu ada PA system yang mantap untuk menyokong bunyi-bunyian jika
_____
AADI: Lain kali nak bawa kabinet IRT-X.
0 comments
Post a Comment