Dihubungi lagi oleh
Chop Sudir beberapa hari lepas (selepas puas hati dengan Plasma-X1 pada GAX30nya), bertanyakan sama ada aku boleh servis sebuah gitar Vantage rakannya yang bermasalah tiada bunyi (no output). Aku tak dapat janji apa-apa, tapi aku cuba buat bedah siasat dulu untuk mengenalpasti masalah.
Daripada cerita Chop, kawannya telah mewarisi gitar ni dari pakcik rakan tersebut, entah mungkin ia dah berusia 20-30 tahun kot (macam gitar
Bang Mat). Sebelum memulakan eksperimen, seperti biasa aku akan menggambar gitar ni dari beberapa sudut untuk diarkibkan dalam AADI.
|
HSS + FR + 24-fret = awesome superstrat! |
Walaupun gitar ni nampak agak buruk dan berdebu (macam baru keluar dari stor je), tapi bagi aku ia masih lagi nampak elegen, mungkin disebabkan kemasan (transparent burst finish?) yang cantik dan keadaan yang masih tegap.
|
Vantage, model 428B-DT? |
Daripada penutup truss-rod, tertera "428B-DT", mungkin ia adalah kod model untuk gitar ni. Tiada info rasmi yang dijumpai di Internet, adakah jenama Vantage ni dah pupus? Kali terakhir aku tengok gitar Vantage waktu mencari
permata yang hilang bersama Bob Kandar di Kampung Jepak awal 2010 dulu.
|
FR, HSS, 5-way switch, three knobs? |
Bro Sub, biasanya kalau gitar HSS ada tiga tombol, adakah ia berkonfigurasi macam tombol-tombol strat (volume-tone-tone)?
|
Rust in peace. |
Floyd Rose licensed tremolo, bukan Floyd Rose Original (FRO) mahupun Special (FRS), jika diperhatikan pada saddle tali ketiga (3rd/G-string), tiada blok saddle dan stopper tali gitar hanya disangkutkan pada kaviti blok saddle yang hilang, h
ex-bolt pada "knife edge" paksi tremolo sebelah kanan (high-E) juga dah loose - *garu kepala* masalah kecil yang kronik ni.
|
Off-set dot inlays after 12-fret, good position for guiding rookie shredder. |
Kurang sisa-sisa residu jari manusia pada fretboard, cuma ia agak kering dan berdebu - akan dibersihkan kemudian. Fret juga dah haus tapi belum masuk tahap kritikal.
|
Sound by design? |
Nice neck plate - made in Korea, serial number 5040751. Suatu ketika dahulu, adalah agak biasa untuk menjumpai gitar-gitar buatan Korea dan Jepun, and it's not a big deal... Tapi sekarang?
|
Only two springs? Missing cover. |
|
Ruang kaviti yang luas, pendawaian pun agak mudah untuk difahami. |
Lepas menjenguk isi perut gitar ni, aku kurang pasti mana satu yang menjadi puncanya? Adakah terus-terus tuduh pikap? Atau pendawaian? Suis? Potentiometers? Input jack?
Bro Yus, where should I start?
|
Rust in peace, again... |
|
Loose screws, again... |
Terlalu banyak skru dan bolt yang loose pada gitar ni, yang paling teruk ialah skru pada pikap neck dan middle ni (selain bolt pada paksi tremolo tadi).
Bersambung...
_____
Ada apa: Eksperimen paling mencabar setakat ni.
4 komen:
Kalau saya la..
a)memandangkan dah ade string,saya akan cuba tune standard utk tengok keaadan neck,adjust kalau perlu sambil juga trial fret wear,nut height jika perlu shim atau sebaliknya.
b)jika memberansangkan saya dismantle semua sampai tiada komponen pada body.
c)saya akan guna variasi Brass brush,sandpaper,WD40 pada metal komponen seperti Bridge,Nut,knob,or pickup pole piece(hati2 ye).
c)Komponen gantian atau guna semula yang asal tiada issue disini.
d)screw di N dan M pickup tu kalau karatnya menyerap hingga dalam kayu,elok tukar baru.
e)polish body,Neck semua dan pasang semula,
Tips-Utk tambahan keseronokan ketika assembly saya akan imagine saya sedang berada di ESP Custom Shop Room.
Panjangnya,elok saja saya copy dan paste utk New Post saya..haha.
Itu saja kongsian saya.
gitar elektrik pertama aku pun jenama Vantage tapi made in Indonesia...ermm mgkn produksi yang terkemudian kot...masih aku simpan cuma dah x bertali lagi...
bro- gambar tak jelas... dalam lobang tu, brapa capacitor yg terpatri pada pot?
yustech:
wokeh boss! thanks
adi:
ada rasa mau restore? wow!
bro sub:
cuma pot tgh shj yg ada capacitor
Post a Comment