Kali ni aku membawa keluarga untuk ronda-ronda mengelilingi daerah Kuala Penyu, perjalanan dari Membakut kemudian masuk Jalan Limbawang, seterusnya ke Pekan Kuala Penyu dan kembali semula ke Membakut melalui jalan Kampung Palu-Palu/Binsulok (A2, A7, SA71).
Dah agak lama aku tak ke Kuala Penyu, kali terakhir rasanya sekitar 2001-2002, dah sedekad lebih rupanya. Ketika itu masih lagi menggunakan perkhidmatan feri untuk melintasi Sungai Sitompok dari Pekan Kuala Penyu ke Kampung Palu-Palu (vice-versa).
Kini sudah ada jambatan merentasi sungai tersebut yang telah mula beroperasi sekitar awal tahun 2012 (sumber). Seperti biasa, dengan adanya jambatan merentasi sungai menggantikan perkhidmatan feri dapat menjimatkan masa penduduk setempat lebih-lebih lagi jika ada kecemasan.
Cuma aku tak sempat nak tangkap gambar ketika berada di Pekan Kuala Penyu yang KLMJ. Mungkin aku akan cuba semasa cuti balik kampung raya nanti.
_____
Ada apa: Bukan macam Rantau Abang.
3 komen:
Ada penyu ka?
baru nak tanya...Adi dah tanya...
ada, cuba perhatikan gambar pertama...
Post a Comment