Memang rasa sakit hati bila buka set tali gitar baru, tengok-tengok tali di dalam dah berkarat, bukan setakat tompok-tompok kecil karat, tapi berkarat teruk! Begitulah nasib set Ernie Ball
Hybrid Slinky kali ni.
Dalam empat kali pengalaman memasang tali jenama Ernie Ball sebelum ini, hanya sekali yang dipasang pada
Goldie sahaja yang tidak berkarat.
Cuma tali EAD (wound strings) sahaja yang masih boleh dipakai, tali GBE (plain strings) dengan segala hormatnya masuk tong sampah, satu-satunya tempat yang sesuai untuk kes sebegini.
|
Latest restock 8-38, 10-52. |
Nasib baiklah ia merupakan set Ernie Ball terakhir yang ada dalam stok peribadi (stok 2013), selepas ini faham-faham sajalah ye Ernie Ball? Dalam stok masih ada beberapa set jenama D'Addario, GHS, Jim Dunlop dan Martin Darco.
_____
Ada apa: Kes
Bro Sub lagi sedih.
7 komen:
fuiyohh. Ini dah terjatuh dalam ke ape nih? hahaha. First time tgk karat gini dr ErnieBAll. Lepas ni mau pakai GHS la.
fuhh.. tak boleh ganti balik ke.
mba:
dah cuba jenama alice?
d'arsil:
boleh ganti balik kalau aku end user dan claim dengan seller... tapi kes aku ni complicated sikit, kira burn sajalah
dia ada expiration date kot?
Ernie ball tu..bukan tahan karat ke
berteromber:
benda ni nickel/steel, rasanya takde expiry date
rafi:
ernie ball lah jenama yg paling cepat karat, tapi kalau karat kat gitar lain ceritalah~
Alice.. KVLT gilerrrr kat kedai runcit pun ada jual. Power
Post a Comment