Aku agak cerewet dengan bunyi pikap singlecoil, mungkin bukan peminat singlecoil kot? Sebab itu kali ni aku hanya memasang pikap humbucker bridge tunggal, iaitu DiMarzio Super 3 (DP152) yang sudah sekian lama terperap dalam stok peribadi.
Suis tiga arah DiMarzio EP1105 diguna untuk mendapatkan tiga konfigurasi berbeza daripada sebuah pikap - parallel/split/series - berpandukan diagram PDF yang didapati daripada website DiMarzio.
Kali pertama mengaplikasikan kaedah "crocodilos clipoterus" yang dipelajari daripada blog Yustech supaya spring pikap tidak melompat dan terbang keluar orbit.
Mirage sememangnya gitar (platform) yang mudah untuk modifikasi, hanya perlu memateri pada bahagian suis tanpa perlu mengganggu pendawaian pada potentiometer volume/tone.
Super 3 agak sukar untuk "dijinakkan" berbanding Super Distortion (DP100) pada Goldie, kerana midrange yang tinggi. Bunyinya agak bingit/nyaring, kecuali jika guna setting scooped mids pada distortion/amp. Sesuai jika anda bermain dalam kugiran yang memiliki 2-3 orang gitaris.
Tiada perbezaan ketara antara bunyi pada konfigurasi parallel, split dan series, hanya terasa perbezaan dari segi output volume. Seperti biasa, tak perlulah letak demo, ini semua entri temberang belaka...
Proses pemasangan tali pula dilakukan malam semalam, dan sekali lagi tali jenama Jim Dunlop (light/heavy 9-46) dipilih sebelum ia berkarat dalam simpanan. Ditala pada talaan Eb-standard untuk tema thrash dan power metal.
Kedua-dua kaviti singlecoil pula ditutup dengan sticker carbon fibre (for the looks). Akan dibuka sekiranya memperolehi pikap singlecoil yang sesuai kelak. Mungkin akan cuba jenis rails atau stacked humbucker jika ada suntikan dana...
_____
Ada apa: Bukan pengaruh Jackson PC1 Phil Collen, tapi Ibanez RG TMNT Nita Strauss.
1 comment
Oo..phil collen def leppard duta jackson eh?
Post a Comment