Pembelian kali ini ialah headphone Sony MDR-XB400, untuk menggantikan headphone lama aku (Sony MDR-XD100) yang dah bermasalah pada cuping kanan setelah berkhidmat 5-6 tahun. Manakala earphone Edifier H180 adalah sebagai pembelian sampingan.
![]() |
H180 dan MDR-XB400. |
Berbalik pula pada MDR-XB400, walaupun ia boleh dikatakan model agak premium (harga runcit RM296), tapi rata-rata ia dijual murah pada harga sekitar RM70-80 di Lazada. Mungkin disebabkan ingin menghabiskan stok, kerana ia merupakan model lama yang telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued) mengikut website Sony Asia Pacific (bukan Sony Malaysia).
![]() |
MDR-XB400 vs MDR-XD100. |
Ketiga, ia hanya memiliki jack TRS 3.5 mm dan tidak memiliki adapter untuk TRS 6.35 mm yang biasa didapati pada peralatan studio dan multi-effects. Juga mungkin disebabkan faktor pertama tadi.
Keempat, dari segi bunyi bassnya yang agak melampau (overwhelming) mungkin disebabkan hype XB (Extra Bass) model ini. Tapi yang membuatkan aku paling kecewa ialah kekuatan bunyi pada channel kiri dan kanan tidak seragam.
![]() |
TRS 3.5 mm. |
Dengan klausa "satisfaction guaranteed" inilah aku memulangkan semula (kos pemulangan ditanggung sendiri) headphone ini untuk digantikan dengan jenama dan model lain. Dan gantiannya telahpun sampai petang tadi.
Bersambung...
_____
Ada apa: Aku perlukan headphone jenis studio/monitoring.
5 komen:
Headphone seronok dengar muzik
headphone utk studio/monitoring agak mahal, biasa ada state 'studio monitor'. cari jenama yg khas audio cam audio-technica/shure/akg/sennheiser. i never trust sony for audio satisfaction. alternatifnya cari yg natural (takde tambahan bass or what).
aku selalu jugak beli barang kat Lazada tu,so far ok,ada COD tu yang aku suka.turntable aku pun beli kat lazada.haritu aku ada perasan gitar Fender sham kamikaze signature model..
teringin nak beli headphone.
Aku dah tanya seller. ni barang OEM sebab tu murah.
Post a Comment