Aku dan Mrs. Ijau turut serta menemankan Lil'Ijau, lagipun bukan selalu dapat peluang melawat balai bomba. Sebelum ini aku cuma pernah melawat rumah kelab (club house) bomba Bintulu beberapa tahun lepas dan bukannya balai.
Aktiviti bermula seawal 8.30 pagi, permulaan yang agak "dingin" disebabkan hujan lebat sejak pukul 7.00 pagi. Sebenarnya balai bomba ni tak berapa jauh dari tempat aku kerja, tiap-tiap pagi sekitar pukul 8.30-9.00 pasti akan terdengar siren jentera bomba untuk kawat rutin (role-call) harian.
Taska Lil'Ijau ni tak ramai murid, kalau tak silap tak sampai 15 orang. Jadi taklah terlalu bersesak-sesak (crowded) semasa lawatan. Lagipun ditemankan oleh ibu bapa, tugas memantau dan mengawasi murid-murid semasa lawatan tidaklah dibebankan sepenuhnya kepada guru dan pengusaha taska.
Bukan selalu dapat tengok jentera bomba dibuka (deployed) pada jarak dekat sebegini. Bagi aku yang peminat kultus "post-apocalypse", benda pertama yang menjadi tumpuan ialah kapak bomba (firemen's axe) tu.
Begitu juga sebelah sini, mata aku terus fokus pada gergaji berantai (chainsaw) berbanding peralatan lain, hahaha...
Mengimbau kembali zaman rajin berpengakap dulu. Waktu tu ikatan sheepshank (dan variannya man-'owar) merupakan kegemaran dan tak mungkin aku lupa, kes nak dapatkan lencana Usaha.
Bomba juga ada kenderaan EMR (emergency medical rescue) ala ambulans, tapi hanya untuk kes-kes pertolongan cemas (fisrt aid). Peralatan medikal di dalamnya tidaklah sekritikal ambulans hospital, St. John atau Pertahanan Awam.
Mengikut kata pegawai yang bertugas, dua jenis jentera bomba ni - HAZMAT/CBRNE (kiri) dan decontamination (kanan) cuma ada dua di Malaysia, satu di Bintulu dan satu di Melaka.
HAZMAT - hazardous materials. CBRNE - chemical, biological, radiological, nuclear, explosive.
Mungkin disebabkan industri berat yang ada di Bintulu ni terutamanya yang melibatkan minyak dan gas, kedua-dua jentera ini ditempatkan di Bintulu. Yang di Melaka tu aku tak pasti. Rugi rasanya sebab tak tangkap gambar semasa kedua-dua jentera ini dibuka (deployed). Seronok, nampak macam dalam game Command & Conquer: Generals.
Paling seronok budak-budak taska (ditemani guru taska) dibawa naik jentera bomba pusing-pusing sekitar kawasan Parkcity, dan bersiren! Hahaha... Mak bapak pula tinggal di balai, sedih...
Juga ada demonstrasi memadam api menggunakan air daripada jentera bomba (walaupun tiada api). Yelah, nak tunjuk dengan budak-budak je... Budak-budak taska umur sebegini kalau bagi demo lebih seronok berbanding taklimat.
Sebagai seorang ahli HAZMAT dan ERT (emergency response team) di tempat kerja, walaupun dah biasa dengan benda-benda OSH sebegini, tapi masih lagi menyeronokkan bila dikongsi bersama keluarga.
Waktu kanak-kanak dulu pun (sebelum aku kenal sains) memang aku bercita-cita nak jadi ahli bomba. Jadi aku dapat bayangkan keseronokan budak-budak taska ni dapat melawat balai bomba. Sedikit sebanyak dapat menanamkan perasaan hormat dan respek pada kareer kebombaan ni.
Oh ya, selamat Hari Guru.
_____
Ada apa: Dua hari ni Lil'Ijau tak habis-habis cerita pasal bomba saja...
4 komen:
Teringat karakter transformers ultra magnus
baru minggu lepas kat JB ada pameran bomba...sayangnya bateri handphone aku kong...tak dapat la ambik gambo kereta bomba antik...
tmpt keje aku seblah dgn balai bomba.. ble jam 8.. bunyi la siren.. menandakan waktu pejabat dh mula.. tp ni tanda mase nk ngulo p bekpes haha.. jam 10 baru masuk opis..kuikui
Very nice.
aku suka tengok kecanggihan dan monster fire engines ni
Post a Comment