Sebuah gitar Charvel Desolation DS2 ST (discontinued model) transparent red, yang diberi nama Cherry Boy.
Drop B woo~ |
Oh ya, baru dapat jenguk isi kandungan set ZW, tersusun rapi... Tak ada apa-apa kelebihan selain pot jenis shaft panjang dan sekeping pick ZW.
Pikap asal DS2 ni pun sebenarnya jenis aktif, serius akupun tak sempat nak pandu uji. Bila dah buka macam ni baru teringat, hahaha...
Pendawaian jenis manual berpateri (hardwired). Ruang bateri 9V tersedia di atas sana, tidak mengganggu ruang kaviti.
Saiz pikap aktif Charvel ni pun lebih kurang sama dengan EMG, adakah ia klon?
Dengan sistem tanpa-pateri (solderless) EMG, kerja memasang pikap menjadi lebih senang, tetapi tetap memakan masa yang lama...
Kerana menyusun sambungan wayar-wayar pada pot seperti di atas supaya muat dalam kaviti DS2 yang *sempit. Kalau tak susun betul-betul, memang tak muat... Aku sendiri terpaksa buat dua kali percubaan untuk mendapatkan ruang yang optimum.
Bunyi? Tak pandai pula aku nak ulas. Lagipun aku tak biasa main talaan drop B (alasan).
_____
Ada apa: *Kalau kaviti superstrat mungkin lagi senang.
1 comment
Cherry boy nasib bukan gitar belang belang di pasaraya M
Post a Comment